Sunday, August 3, 2008

DANA KUASAI KUMPULAN NSTP?

Malam tadi, di majlis perkahwinan anak DANA, saya duduk semeja dengan AKJ, HH, MA dan AO dan isteri masing-masing. MI bersama ZAM dan KM duduk di meja sebelah.

Di atas meja kami terpampang perkataan NSTP/Karyawan.

Saya bertanya apa yang dimaksudkan dengan karyawan itu?

Seorang menjawab, "mereka" yang bukan kakitangan NSTP tetapi masih "berkarya". Termasuk saya la tu.

"Silap dan betul. Sekarang tidak, lain kali mungkin keluarga NSTP. DANA sudah mula menguasai NSTP dan karyawan-karyawan inilah akan menyertai NSTP. Tengoklah lepas ini slanting akhbar Kumpulan NSTP kepada siapa." jawab seorang bekas boss kami.

"Betul ke DANA nak control NSTP?" seorang lagi bertanya.

"Kamu tengoklah nanti slanting berita. Tunggulah." tegas bekas boss kami itu.

Ketika berbual, DANA datang ke meja kami mengucapkan terima kasih kerana menghadiri majlis perkahwinan anaknya.

Ketika itu, bekas boss memberitahu DANA mengenai rancangan beliau untuk menguasai NSTP.

"Mereka tidak percaya." kata bekas boss itu.

DANA secara selamba berkata, "Mereka ni slow". Beliau terus berlalu.

Apakah kecondongan berita media NSTP ke arah kiri? Siapa yang kena berhenti?

3 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,
orang `slow`selalu tertindas dan tak habis-habis kena tindas.akal mesti ligat tindakan sentiasa cepat dan tepat.baru hidup sentiasa dilimpahi berkat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Salam kembali.

Saya bersetuju dengan pandangan Sdr bahawa kita tidak boleh "slow" dalam pemikiran dan sukar membaca apa yang tersirat. Dalam ertikata lain, kita perlu sentiasa aktif dan cepat membuat tafsiran mengenai sebarang maklumat yang diperolehi. Tafsiran itu pula bukanlah membabi buta tetapi berdasarkan fakta dan angka yang membantu membuat perkiraan.

Bangsa Malaysia terutama Melayu tidak boleh "slow" dalam pemikirannya sehingga ditipu "orang" yang pandai membelit dan memutarkan fakta. Antaranya menjanjikan bulan dan matahari pada pilihan raya umum lalu tetapi hakikatnya mereka tidak dapat menunaikannya.

Jangan pilih "orang slow" ini.

A KADIR JASIN said...

Sdr Tiger,

1. Sesiapa pun boleh menguasai syarikat am yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Pokok Pangkalnya ada duit;

2. Saham NSTP kini sangat murah. Jadi tidak perlu banyak modal untuk menguasainya;

3. Tetapi adakah Umno atau kerajaan akan membiarkan pihak-pihak yang tidak sebulu dengannya menguasai NSTP? Pastilah tidak;

4. Adakah Sdr Ahmad Nazri Abdullah sebulu dengan Umno dan pembesarnya sekarang? Saya tidak mahu buat kesimpulan. Tetapi yang berlaku, Anwar Ibrahim adalah tetamu kehormat malam itu;

5. Saya rasa sesetengah meja dilabelkan "NSTP/Karyawan" sekadar memudahkan seating saja;

6. Namun siapa tahu. Semua bekas ahli MBO ada di situ. Begitu juga bekas pengarang dan kakitangan kanan NSTP. Yang masih berkhidmat pun ramai;

7. Bagi saya, saya gembira jumpa keluarga NSTP. Saya pun dah bertahun tidak ke NSTP. Pada akhir-akhir ini AGM pun tak dibuat di Balai Berita lagi. Jadi susahlah orang macam saya nak jenguk. Saya harap tahun depan AGM diadakan semula di BB.

Terima kasih.