Thursday, August 7, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (3)

Dalam pilihan raya, salah satu perkara penting yang perlu dianalisis ialah perangkaan keputusan PRU lalu. Daripada pemerhatian saya, kawasan Parlimen ini mempunyai hampir 19,234 pengundi yang menyokong parti pembangkang.

Calon PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, memperolehi 21,737 undi pada PRU 2004 dan 30,338 undi pada PRU 2008.

Jumlah undi yang diperolehi oleh parti-parti pembangkang pada PRU2008 ialah 27,252 undi.

Ini menunjukkan bahawa secara umumnya parti pembangkang telah berjaya meningkatkan sokongan hampir 8,018 undi pada 2008 berbanding pada PRU 2004, termasuk 3,086 undi penyokong BN memihak parti PKR pada PRU 2008.

Adalah didapati selain pengundi Melayu yang merupakan pengundi majoriti (68.5 %), hampir 14,749 pengundi bukan Melayu yang merupakan 31.09 peratus daripada jumlah pengundi dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan BN pada pilihan raya kecil ini.

16 comments:

Anonymous said...

kemungkinan besar Anwar akan menang pada piliharaya kecil nanti.tapi adakah jumlah yang keluar mengundi nanti sama seperti pru yang lepas?dan adakah jumlah undian untuk Anwar lebih atau kurang dari pru yang sebelum ini?

Anonymous said...

Diharapkan pengundi-pengundi di permatang pauh mengundi dengan penuh bijak, kerana sejah dibawah wan azizah tiada arus pembangunan yang dilakukan di permatang pauh, lebih-lebih lagi mendapat komplain daripada masyarakat komuniti cina di permatang pauh. Mereka mengharapkan calaon yang terpilih berikutnya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan sentiasa membantu penduduk permatang pauh di dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Akar Umbi said...

DIY,

Nak tunggu hingga 27/8 ke baru chapter SAMBAL BELACAN ni nak habis?

Tak laratlah nak makan sambal belacan tak berulam.....

tandubas-lady said...

jom pakat ramai2 buat sambal belacan paling sedap bagi depa makan. sure sokong gomen punya!!

Anggun Menawan said...

hang asal mana?

daddy-wafiah said...

Saya bersetuju dengan komen yang diutarakan bro tiger.

MAWAR BERDURI said...

bagus juga blog tiger ni

Anonymous said...

Race aside, we should all do our job to vote. It's our one ticket to voice out and ensure that the people we think are capable in leading us to greater heights win the elections.
Votes shouldn't be based on racial differences but we should look at the integrity of the leaders and what they can and will bring to the table.

zorro said...

saya setuju pandangan datuk, tapi untuk memastikan pada pilihanraya yang akan datang mencapai kemenangan, kita kenalan tunaikan segala-janji politik yang tidak tertunai. rakyat amat memerlukan kepimpinan yang rajin turun padang dan memahami masalah rakyat.

Anonymous said...

Salam Dato'
Bagi saya keputusan undian sukar diramal dalam keadaan yang kelam kabut sekarang disebabkan terlalu banyak isu yang timbul yang mungkin boleh mempengaruhi undian. Saya berpendapat pada peringkat sekarang, pengundi di Permatang Pauh tak kira apa bangsa sekalipun, ada 7 jenis:

i) Pengundi setia BN.
ii) Pengundi setia PKR atau PR.
iii) Pengundi atas pagar.
iv) Pengundi yang asalnya BN atau PKR tapi telah tukar parti disebabkan oleh terpengaruh dengan berita-berita semasa.
v) Pengundi yang takkan mengundi kerana fed up dengan politik semasa.
vi) Pengundi yang terlalu bebas dan ikut suka hati je nak undi siapa pun.
vii) Pengundi hantu.

Itu pendapat saya tapi kalau Dato' ada nak tambah jenis pengundi, boleh la tambah lagi. Berdasarkan jenis-jenis pengundi diatas, maka sebab itulah saya katakan agak sukar nak meramal keputusan undi nanti...

Quantum Metal Consultant said...

Berdasarkan majoriti tersebut, di atas kertas Anwar sukar dikalahkan kerana rakyat masih belum nampak perubahan besar yang dibuat oleh kerajaan untuk menangani masalah rakyat, bukan sahaja tidak dikurangkan, malah ditambah lagi dengan pendekatan yang tidak masuk akal berhubung kenaikan minyak.

Rakyat masih marah.

Apa isu yang hendak dimainkan oleh kerajaan kali ini, selalunya kerajaan yang mendabik dada mengatakan pembangkang 'tiada isu' tetapi kali ini keadaan itu belaku kepada kerajaan.

Jika kerajaan mahu memperlihatkan isu ataupun membuat beberapa pengumuman dan janji sekalipun, kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah samar dan hilang. Kredibiliti dan integriti kerajaan keseluruhannya termasuk PM dan TPM merudum.

Abdullah Badawi's popularity has dipped to its lowest since becoming Prime Minister in 2003, according to a Merdeka Centre quarterly survey.

Once popularly known as Mr Nice Guy and Mr Clean, Abdullah's popular ratings slumped to 28 per cent from a score of 68 just before the General Elections in March.

Malangnya ini tidak 'dipedulikan' Dolah.

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger
itu menunjukkan yang pembangkang telah mendapat kepercayaan pengundi disana dlm pru12 tetapi adakah persepsi mereka masih sama setelah apa yang berlaku dan setelah kak wan memberi laluan kepada suami tercinta
cam tadi kat jalan tun razak laluan utk bas2 bawa delegasi or pelancong ke?? siap kena escort 4-5bijik peronda tetapi ambulan dibelakang lebih kurang 100m terpaksa menggunakan kepakaran sendiri mencelah celah.
so adakah sama lagi laluan yang akan diberikan oleh pengundi disana sama2 lah kita saksikan janji2 berteraburan di permatang pauh

ketam said...

Satu perkara nak bangkitkan di sini berkenaan FORUM MAJLIS PEGUAM tu.. terbaru PAS bantah forum anjuran Majlis Peguam Malaysia itu yg dinytakan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi saya tertanya-tanya mana kenyataan daripada Pemimpin ISLAM yg bernaung dibawah PARTI KEADILAN RAKYAT yg kononnya memperjuangkan ISLAM?????

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Isu kempen : di manakah Anwar pada ketika itu pada 26 Jun 2008 ?

Isu turun harga minyak mungkin dah muak dengar.

Al-Yasar said...

Salam,

Saya kurang bersetuju, apabila nanti beribu, malah berpuluh ribu orang dari pelbagai parti politik berhimpun di Permatang Pauh, sehingga kawasan itu penuh sesak dengan orang luar.
Tidakkah itu satu perkara yang berlebihan, dan sepatutnya tidak diamalkan?

Anonymous said...

Janji tatap janji bah...turun harga minyak dan harga barang, buka kedai PKR dan jual ikut harga PKR!! Pengundi Permatang Pauh terutamanya kaum wanita, mana wakil rakyat kaum wanita kamu?? Bagus-bagus ada wakil rakyat wanita, tukar lak gi laki dia..nanti kena sondol kedalam jel, buat lagi election..lagi dan lagi dan lagi..hujung-hujung jadi gila (lagilagi).