Wednesday, August 27, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (23)

Malam tadi saya, teman-teman dan beberapa ejen kenit menikmati char kuey teow udang di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Selepas selesai menikmati char kuey teow udang itu termasuk menghirup kuah yang enak, kami meneruskan perbualan mengenai keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Kali ini, tumpuan lebih kepada faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN walaupun pada dua hari sebelum itu, geraf sokongan terhadap BN dilaporkan meningkat dan seimbang.

Melihat keputusan malam tadi, kami bersetuju ada yang tidak kena dengan jentera BN terutama UMNO di Permatang Pauh. Antara pengamatan kami terutama ejen-ejen kenit yang berada terus di lapangan ialah:

1. Jentera BN terutama UMNO Pulau Pinang dan Permatang Pauh sebenarnya bergerak perlahan sejak penamaan calon pada 16 Ogos dan mengharapkan pihak lain termasuk bapa angkat negeri dan bahagian angkat berkerja keras. Macam mana "hero" boleh jadi "pelakon tambahan" dan sebaliknya.

2. Pemimpin UMNO Permatang Pauh terutama "warlords" yang ingin bertanding menjadi Ketua Bahagian sebenarnya "bersandiwara" untuk membantu calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, sedangkan tiada usaha bersungguh-sungguh dijalankan bagi memastikan kemenangan BN. Sikap sambil lewa dan bersandiwara ini akan memusnahkan UMNO.

3. Jentera BN dilihat seolah-olah tidak mempunyai perancangan teliti daripada penyediaan poster, buntings, banner, placard atau apa saja bahan maklumat berbanding PKR yang lebih kemas dan dilaksanakan dengan berkesan. Kempen Gerak Saraf PKR dilihat lebih tersusun dan menyakinkan. BN perlu pengarah gerak saraf yang lebih berwibawa dan tidak melantik secara "tangkap muat". Pengarah ini perlu terus melaporkan kepada Panglima Perang.

4. Bilik Gerakan atau markas BN banyak yang lesu berbanding PKR yang dipenuhi oleh orang ramai yang menonton televisyen atau big screen ucapan pemimpin pembangkang jika tiada ceramah diadakan. Bilik gerakan BN didapati kosong dan dipenuhi hanya pada waktu tertentu saja oleh beberapa kerat orang.

5. Beberapa individu yang dinasihatkan "tidak perlu datang" ke Permatang Pauh tetap menjengukkan muka mereka termasuk pemimpin parti komponen menyebabkan perasaan marah penyokong tegar PKR semakin meluap-luap. Ada antara mereka juga tidak disenangi oleh ahli dan pemimpin UMNO/BN di Permatang Pauh.

6. Tiada gerakan bersepadu antara parti-parti komponen BN yang boleh dilihat sejak penamaan calon sehinggalah ketika hari pengundian. Pemimpin parti komponen dilihat terpingga-pingga menunggu petugas UMNO di satu pondok panas. Pemimpin itu datang awal tetapi petugas tidak nampak muka. Entah apa yang tidak kena dengan kerjasama ini.

7. Hari pengundian memperlihatkan seolah-olah ada yang tidak kena dengan jentera BN apabila banyak perkara yang tidak munasabah berlaku seperti tiada petugas di pondok panas tertentu, tiada senarai pengundi yang memaksa mereka membuat fotokopi daripada pihak lain, kenderaan BN yang banyak tersadai seperti tidak mendapat duit minyak atau vitamin, jenis kenderaan BN yang digunakan tidak menarik kepada pengundi termasuk sikap pemandu yang menghisap rokok, semacam ada ketakutan dalam diri petugas BN dengan penyokong PKR. Banyak lagi....

Perbualan kami berakhir lewat pagi dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak payah ditonjolkan di sini. Banyak perkara pahit yang perlu ditelan oleh BN dan UMNO. Mereka sudah pasti akan menafikan apa yang dipaparkan kerana mereka merasakan orang lain yang tidak betul. BN terutama UMNO perlu bekerja keras jika mahu parti itu terus disokong oleh rakyat negara ini.

Tapi yang pasti, char kuey teow udang Sungai Dua berjaya menghilangkan sejenak "rasa kecewa" terhadap jentera BN/UMNO yang mungkin akan terus bersandiwara pada PRK atau PRU akan datang jika tiada usaha mengatasinya.

13 comments:

Anonymous said...

Hoi bro, awak tu sebahagian daripada punca kekalahan BN. Tulis dok asyik membodek BN saja. Tapi, takpelah kami faham sebab saudara bekerja makan gaji. Tolonglah ubah cara penulisan anda. Nasihatlah kawan-kawan anda yang lain di blog-blog yang dok membodek tu. Kami bukan bodohlah.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Tok Rimau,

Saya setuju tulisan Tok Rimau banyak membodek macam media arus perdana. Rakyat dah meluat. PKR menang bukan semata-mata kekuatannya atau DSAI tetapi kerana rakyat dah benci dengan BN.

Siapa yang tak harus pi Permatang Pauh. Khairy, Sammy Vellu? Siapa yang sabotaj atau siapa bapa angkat yang malas tu. Tok Rimau sebagai penulis upahan BN kena dedahkan la..Ini membodek kiri kanan, buat apa?

Maaf kalau tulisan ini menyinggung tapi ia hakikat sebenar.

Anonymous said...

Datuk,saya musykil sejauhmana BN memanfaatkan postmortem PRU ke 12 dlm menggerakkan jentera pilihraya kecil Permatang Pauh.Sikap nafsu nafsi,liwat(tikam dr belakang).bermuka muka merupakan gejala yg masih belum dpt dibendung.Adakah ini satu cara nak sabotaj Pak Lah?Meskipun Pak Lah dilihat lemah diantara PM yg ada di M'sia namun lebih baik dr bersekongkol dgn juak juak Yahudi.Jom kita relax..Tengok teater "2 jam sebelum Sultan Alaudin mati diracun" karya Faisal Tehrani.Sarat mesej nya dgn yg tersurat dan tersirat. Dang Ratna Kesuma.

Anonymous said...

salam sejahtera,
char kuey tew sungai dua tepi jalan tu ka?char kuew tew telur dibasuh.kalau char kuew tew memang ditaruh udang.
banyak gerai makanan yang menarik di sana jenuh nak makan.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Biar apa orang nak kata KERAJAAN BN kita masih mampu untuk menjadikan kita negara malaysia yang berdulat dan aman damai. Orang yang dok tau mengata, menghina dan sentiasa menyalahkan orang lain adalah manusia yang tak tau nak bersyukur. Hantar je orang-orang macam nih duduk kat iraq baru depa rasa duk kat tempat mcm tu dan tahu erti bersyukur.
Saudara ANONYMOUS
Rasanya sedara ni terlebih makan keju. Kami sekadar memberi pandangan tentang apa yang kami rasa benar, betul dan ikhlas. Bukan bodek lagipun kami tak dapat apa2. TERIMA KASIH ATAS INGATAN SAUDARA ITU SEBAB SELAGI SAYA ANAK MALAYSIA SAYA BANGGA DENGAN APA YANG KERAJAAN SAYA BUAT UNTUK SAYA, AGAMA SAYA, BANGSA SAYA DAN NEGARA SAYA.

Al-Yasar said...

Salam,

Barangkali memang banyak faktor atau sebab yang boleh dianggap menyumbang kepada kekalahan BN.

Akan tetapi, saya berminat untuk mengetahui apakah "faktor utama" yang menyumbang kepada kekalahan itu.

Sebahagian daripada faktor itu, walaupun penting, saya kira hanya merupakan faktor sampingan sahaja.

Kalau kita dapat mengetahui apakah "faktor utama" itu kita tentunya akan dapat memahami sebab-sebab kekalahan BN dengan lebih baik.

Saya menunggu analisis yang demikian.

Anonymous said...

Orang kata, terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kalah pilihanraya, tak boleh buat apa dah.. Eloklah kita kaji atau sedap sikit bunyinya, post moterm kesilapan BN.

Anonymous said...

Datuk,

Pada firasat saya, `faktor utama'nya dah lama kita sedari. Sejak sebelum PRU 12 barangkali. Jika `faktor utama' itu dibiarkan terus mengepalai UMNO, mungkin UMNO akan jadi tidak relevan lg

Anonymous said...

Benci dengan BN, lepas tu pergi undi si kaki putar belit. Bagus, esok semua kena jual. Tak campur huru hara yang dianjurkan Anwar lagi. Tahniah Permatang Pauh!

Ahmad A Talib said...

Salam DIY,

Saya baca analisa ini dan saya faham yang tersirat dalam ungkapan yang Sdra maksudkan. Hari ini Umno dan barisan pemimpinnya berhadapan dengan satu lagi cabaran DSAI dalam Parlimen. Ini bukan cabaran yang boleh dipandang ringan. Jika pemimpin Umno tidak membuat perubahan yang berani dan radikal, ia akan hanyut dibawa ombak rakyat yang mahukan ketelusan, kepimpinan yang berwibawa dan menyakinkan. Salam

PAHIT MANIS

Anonymous said...

Datuk,
KAn betul saya cakap ejen kenit datuk yg ramai tu semuanya tak boleh pakai!

Sebelum keputusan pilihanraya dibuat, semuanya kata ok, sokongan meningkat, dan sebagainya ...

tapi, bila dah kalah, baru buat analisis dan baru perasan mende2 tu semua?

kenapa sebelum keputusan pilihanraya dibuat, ejen kenit datuk tak melaporkan pasal "pelakon tambahan", "bersandiwara", jentera BN tak de perancangan, bilik gerakan lesu dan sebagainya??

Tu la Datuk ... saya dah cakap. Jangan percaya ejen kenit datuk. LAgi satu gaya tulisan Datuk yg macam Berita Harian ni pun penyumbang kepada kemenangan DSAI ...

PEpehal pun rakyat berterima kasih kepada Datuk kerana secara tak langsung "membantu" kemenangan DSAI dengan gaya penulisan Datuk ni ...

Anonymous said...

Perkara yang menyumbang kepada kekalahan BN di PP ialah kerana pengundi hendakkan Anwar....!! Mereka sanggup susah untuk anwar asalkan anwar hidup senang lenang, baguss tu....!!
Lepas ni, tengoklah apa gerak tari anwar pula..., nak menyesalpun susah juga.... silap haribulan,pilihanraya kecil lagi balik..., keluarga anwar mana lagi nak di calonkan???
Haii....biarkan,biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.