Friday, August 15, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (11)

Salah satu parti rakan pembangkang yang menarik untuk diperhatikan di Permatang Pauh ialah PAS.

Ini kerana pelbagai peristiwa menarik yang berlaku kebelakangan ini seperti Muzakarah UMNO/PAS dan kes laporan liwat terhadap DSAI sudah tentu memberi kesan kepada pemimpin dan ahli PAS.

Ejen kenit memberitahu saya, keghairahan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS sekarang tidak seperti pada Pilihan Raya Umum pada Mac lalu.

Mungkin terlalu awal kot?

Tidak, katanya. Menurut beliau, jika dulu, sebelum penamaan calon, markas-markas PAS sudah tumbuh macam cendawan selepas hujan di merata-rata tempat. Ada semacam "keghairahan" di Permatang Pauh.

Tetapi kali ini, agak "slow" sedikit. Mungkin mereka sedang berfikir lagi.

11 comments:

Salman Madani said...

Salam,

Perkembangan terakhir menunjukkan PAS semakin menunjukkan "belangnya" sebagai parti Islam fundamentalis, parti Islan "garis keras " (mengikut istilah yang biasa digunakan di Indonesia) di mana semuanya hendak "diislamkan" dengan serta merta.

Kita lihat Pemuda PAS sudah semakin agresif. Mereka hendak mencampuri pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung, walaupun di negeri berkenaan sudah ada EXC0 PAS dengan tugas masing-masing.

Ketua Dewan Ulama Pas pula sudah bercakap hendak mengharamkan arak dan judi, di negeri-negeri di mana Pakatan Rakyat memerintah, sedangkan di negeri berkenaan majoriti penduduknya adalah bukan Islam, bukan seperti di Kelantan.

Pendekatan politik PAS semakin tidak realistik, dan kerana itu PAS mungkin tidak boleh lama bersama PKR dan DAP.

PAS pun kini sudah kurang selesa di Selangor, Pulang Pinang dan Perak, kerana sikap "bongkak" PAS sendiri.

Mungkin PAS tidak ghairah untuk menyokong Anwar dan PKR, kerana bagi mereka agaknya tidak menguntungkan Islam.

Kalau begitu, baiklah PAS berjuang secara bersendirian, dan terus wujud sebagai "parti Melayu" sahaja di Kelantan, Terengganu dan Kedah (atau kawasan Melayu yang lain).

Tidak payahlah PAS bercita-cita untuk memerintah Malaysia.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS marah. Kat persidangan diaorangpun sesama. Mereka protes macam UMNO protes UMNO sokong PKR dan PAS.

Kini benda nie dah terbalik kong dan mungkin PAS protes sokong UMNO. Kalau benda ini berlaku, anwar kena penyakit 'kronik' kali ketiga. pertama semasa di dalam lokap, kedua kalah di IJok dan ketiga di PP???

PAS kata mereka layak jaga sampah sahaja. PAS kata Jangan Anggongkan Anwar dan utamakan Ulama. Pas kata, susah nak jumpa Menteri Barua Selangor. PAS tentang UITM dibuka kepada bukan Melayu. PAS bantah dengan cadangan Khalifah Umar Abdul Aziz, Lim Guan Eng kerana hendak tukar nama Jalan Majid Keling kepada nama lain dan tidak layan permintaan PAS dalam majlis bandaran PP.

Kesian PAS. Dulu bukan main taksub. Sekarang jadi macam nie. UMNO ajak supaya bekerjasama tapi jual mahal. Kira bijak juga Pak Lah kerana boleh baca situasi macam nie.

Tapi Tun Dr. Mahathir pula buat hal.

MAWAR BERDURI said...

Dear Mr. tger of d world.

Memang ah slow..sekarang ni isu besar melanda. Pakatan Pembangkang semuanya 'katar2' (bahsa org sabah, membawa makna tidak dapat menahan perasaan yang sangat mahu) mau 'Ketua' deorang jadi PM!

wah kalau jawatan ini yang direbutkan apa makna perjuangan pakatan pembangkang...rasanya moto mereka adalah "mengejar keadilan untuk menjadi Perdana Menteri"

Betul2 gila kuasa!

mat_terab said...

Pas sebuah parti yang berpengalaman dalam pilihanraya tindak tanduk sukar dibaca......
bagi aku kalau Bn pandang ringan jawabnya nahasla.......

Jiwa Merdeka said...

Salam,

Perjuangan PAS sebenarnya tidak realistik. Hendak menubuhkan negara Islam dalam sebuah negara yang kira-kira separuh penduduknya bukan Islam melalui proses pilihan raya. Mana ada jalan?

Malaysia bukan Madinah yang juga merupakan masyarakat plural, tapi negara Islam boleh diwujudkan di situ.
Pembentukan negara Islam di Madinah tidak melalui proses pilihan raya dan yang membentuknya pun Nabi Muhamad, nabi akhir zaman.

Tak payahlah samakan Malaysia dengan Madinah, dan janganlah berangan-angan.

Anonymous said...

Salam Dato,
Saya rasa PAS dah mula menyedari kedudukannya di dalam Pakatan yang seolah-olah meminggir kehadirannya. Ataupun mungkin PAS telah sedar perjuangan Anwar selama ini hanya palsu belaka. Perjuangan beliau hanya untuk menjadi PM semata-mata. Ada juga khabar angin mengandaikan bahawa Anwar jika Pak Lah tawarkan jadi PM pada 2010 nanti, Anwar akan terima tawaran tersebut walaupun terpaksa masuk UMNO. Secara automatiknya perjuangan untuk keadilan semua bangsa akan dilupakan begitu sahaja.. Just andaian khabar angin je... Apa pendapat Dato'?

Anonymous said...

Mungkin PAS masih ingat kata2 Mat Sabu pasal Al-Jubori?

Nak masuk kena slow, slow. Nanti melecet.

Quantum Metal Consultant said...

Sikap parti2 di Malaysia kuhususnya orang Melayu, setakat ini dan pasti diikuti keturunan Cina dan India selepas ini ialah apabila 'mula memang dan berkuasa' mulalah mereka terlupa diri, terlupa daratan, hingga ke tengah laut pun disangkanya masih darata, akibatnya akan lemas lah kelak..

Semasa jadi pembangkang, bila kalah semua perangai masih waras, masih boleh berkompromi, duduk semeja berbincang sokong menyokong, tetapi apabila menang mulalah ada yang mendabik dada, sebab aku lah, sebab parti kamilah..kita memang, suara suara sumbang sebegini dan sewaktunya mula kedengaran..

Ini amat ketara berlaku kepada PAS sekarang yang sudah mempunyai beberapa suara yang sumbang dan berangan angan. Suara ini tidak akan ke mana, sebaliknya hanya kepada perpecahan parti dan hilang kepercayaan dari rakyat, pengundi dan penyokong.

Ini juga akan terjadi kepada Anwar jika memang kelak di PP dan seterusnya menjadi PM jika cita citanya termakbul.

Begitu juga UMNO yang mendabik dada pada 2004 kini menikus kuyup mengemis kesetiaan parti parti komponen dan mahu bekerjasama dengan PAS.

PP adalah tempat terbaik menilai semula sikap semua parti2 dan individu politik di Malaysia..

Tinta Biru said...

Salam Datuk, Bila dah tak adapt apa yang dihajati mulalah PAS berfikir balik sama ada untuk kekal dengan Pakatan Rakyat atau pun sebaliknya. Kalau dah PAS tak percaya pada pakatan rakyat? bagai mana dengan rakyat diluar sana? Teouk dada tanya selera, Tapi sambal belacan juga yang sedap

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
sekurangnya tok pas tak mengandaikan prinsip mereka ini harus dihormati bukan macam pkr yang menggunakan konsep asal boleh janji mereka dapat apa yang dikehendaki walaupun tak sedar mereka sudah syok sendiri
pru12 sejak dari cuti tahun baru cina lagi mereka dah mulakan kempen walaupun belum masa berkempen
mungkin rakyat dah sedar yang pilihan mereka silap dan janji2 manis pkr tidak lagi boleh dipercayai dan ditambah pula megasale guan eng undi ahli dapat dapat pm
kuat betul berangan diorang nih
p/s tok semayang kat masjid perda sejuk sikit

Anonymous said...

Memang PAS agak slow sekarang ni di Permatang Pauh. Adakah ini merupakan bunga-bunga petanda PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat? Atau memang itu strategi PAS sekarang ni?