Wednesday, August 6, 2008

LANCARKAN KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH


(Membuat posting menggunakan Nokia E90 di tepi pantai First Beach Resort, Tanjung Aru, Sabah. Gambar oleh Shamsul Yunos).

Saya di KK. Peliknya bandaraya itu redup diikuti hujan dengan kehadiran saya, selepas seminggu panas.

Kawan berkata saya bawa rahmat. Selamba saya menjawab, "walikota datang". Jika tidak membaca akhbar dan menonton televisyen, anda akan tenang. Tiada heboh dengan kes liwat dan penafian bertubi2. Rupanya kita boleh tenang tanpa media. Betul ke?

Baca blog? Baca tapi jangan pening kepala untuk menganalisisnya. Hanya angguk dan geleng kepala.

KK nampaknya bersih. Kawan bagitahu jika buang sampah kena denda RM30 on the spot. Ini Kempen Anti Kutu Sampah. Eloklah Datuk Bandar KL lancarkan kempen itu.

(Posting menggunakan Nokia E90).

2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kenapa orang kita suka sampah? suka pencemaran?

kita maki dan pandang rendah pada pengutip sampah sedangkan kita yang buat sampah.

sekarang sampah bukan sekadar sampah. sampah masyarakat-penagih, sampah politik dah menjadi-jadi,...nanti semua pembaca blog nie bau busuk pula sebut banyak2 pasal sampah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Individu yang suka buang sampah merata-merata ini kerana mereka telah "membuang" sifat manusia sejati yang suka kebersihan.

Mereka sanggup mengotorkan jalan raya dengan membaling sampah daripada kenderaan terutama kotak rokok, plastik dan tisu. Apa ni?