Sunday, August 31, 2008

IKHLAS DALAM PERJUANGAN

Sempena Hari Kemerdekaan ke 51 hari ini, saya memohon semua pihak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Jika parti kerajaan, mereka perlu ikhlas untuk membangunkan negara dan negeri yang diperintah mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

Jika parti pembangkang, mereka perlu ikhlas untuk menegur segala kepincangan atau penyelewengan yang dilakukan oleh parti kerajaan di Pusat atau Negeri.

Malaysia perlu maju ke hadapan bukan lembab dalam pergerakannya.

Mulai hari ini, rakyat Malaysia perlulah memilih pemimpin yang ikhlas, budiman, berwibawa, matang, berpandangan jauh, berwawasan, moral yang baik, tidak rasuah dan meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya.

Jika kita meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya, kita akan sanggup berkorban walaupun terpaksa meletakkan jawatan, meninggalkan pangkat, memberi laluan kepada pemimpin yang budiman, memastikan negara terus aman serta maju tanpa halangan retorik politik, tidak menyusahkan rakyat jelata dan berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Doa yang ikhlas akan dimakbulkan Allah SWT.

6 comments:

JantanGiler said...

Keihklasan yg kerap kali disalah tafsirkan pada mereka yg menghalalkan cara. Semua ini berlaku dikalangan wakil rakyat yg mengaku berjuang utk rakyat dan juga kebanyakan jabatan kerajaan yg mengaku berkhidmat utk rakyat.'Saya anti-rasuah' perlu diberi kesedaran bukan sahaja pada penjawat tetapi perlu juga pada kaum keluaga.Ada isteri jual handphone pada jiran jiran nya rm50 jer dan kata nya 'laki aku masa buat operasi tahan org dapat hanphone'. Tokeh nie baik kawan laki aku..selalu antor hamper kat umah...' Isteri dan keluaga gagal mengtafsir apakah yg dikatakan rasuah dan keikhlasan. Mcm org putih kata ' No free lunch.' Setiap hadiah ada maksud disebalik nya.

JJ said...

salam merdeka tuk rimau. setuju sangat dengan apa yg tuk katakan. dlm mengharungi usia negara yg ke 51,rakyat perlu ikhlas dlm segala-galanya dan hendaklah meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya. malah jika kita merupakan pemimpin pilihan rakyat,keperluan utk berbuat demikian menjadi sesuatu yg wajib. ia mengatasi keperluan diri sendiri yg biasanya dipengaruhi oleh hawa nafsu yg tiada batasannya.

hakikatnya berapa ramaikah pemimpin dan pegawai di jabatan dan agensi kerajaan yg mengamalkan prinsip ini? akibatnya saban hari kita dengar orang itu dan orang ini ditahan oleh badan pencegah rasuah utk disoal-siasat dan sebagainya. bila agaknya perkara ini akan berakhir. jawapannya mudah, selagi kita tidak memerdekakan diri sendiri daripada hawa nafsu yg membuak-buak dan tiada noktah ini,selagi itulah kita perlukan kewujudan bpr dlm jentera pentadbiran kerajaan. oleh itu,sempena hari kebangsaan negara ke 51,saya panjatkan doa agar negara kita yg tercinta ini akan terus maju dan dianugerahkan kepimpinan yg berjiwa rakyat dan prihatin terhadap keperluan setiap rakyat dari semua lapisan baik melayu, cina, india dan sebagainya kerana dlm dunia ini, malaysia adalah sebuah negara pilihan yg dianugerah Allah swt dengan pelbagai keistimewaan. hidup malaysia!!!!!!

Anonymous said...

Bukan bodek, bukan mengampu.
Saya setuju 100% dengan pandangan Datok Tiger.

Semoga pemimpin memahami, kenapa mereka dipilih sebagai wakil rakyat?

Agama dirujuk berdasarkan dalil dan hujah yang benar. Politik banyak berkisar atas emosi. Sedangkan emosi banyak dipengaruhi oleh Syaitan.....

-ADAM AMIN-

Tinta Biru said...

Salam Merdeka Datuk,
Maknanya hari ini genap 51 tahun negara kita merdeka dari jajahan negara barat, kita mencorak negara dengan acuan kita sendiri tanpa campur tangan kuasa barat, kita harus bangga dengan apa yang telah kita capai dari dulu sehingga kini, Dari meniarap, kemudian merangkak, selepas itu kita bertatih, berjalan dan akhirnya berlari, kita mampu untuk setanding dengan dunia luar, setanding dengan negara barat yang pernah menguasai kita. siapa sangka negara kecil yang dahulunya dijajah, ditakluk tapi kini telah menjadi sebuah negara yang maju dan disegani oleh negara luar. Kerana Pemimpin dahulu dan Pemimpin kini serta kepimpinan itulah yang membawa MALAYSIA hingga sampai ketahap ini.
Walupun ideologi politik berbza tapi letakkanlah kepentingan negara melebihi segala-galanya.

Salman Madani said...

Salam,

Tentang ikhlas dalam perjuangan ini saya bersetuju pada prinsipnya sahaja. Sebab biasanya semua orang ada kepentingan diri, dan batas antara keikhlasan dan kepentingan diri mungkin begitu kabur.

Anonymous said...

Integriti kepimpinan harus ada dalam diri setiap pemimpin, tahu sekiranya diri masih boleh menyumbang, dan berundur bila tubuh dan minda sudah tak bermaya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KEPADA KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL DAN PARTI UMNO, RAPATKAN BARISAN, TERUS KEHADAPAN...