Bagi Datuk Seri Syed Hamid Albar, pergaduhan yang berlaku di beberapa cawangan Bahagiannya adalah disebabkan wujudnya elemen "gila kuasa".
Beliau menyifatkan apa yang berlaku dalam beberapa mesyuarat cawangan itu adalah yang terburuk pernah berlaku dalam kerjaya politiknya.
Setakat ini, Bernama melaporkan polis sudah menerima lima laporan mengenai pergaduhan di beberapa cawangan di Bahagian Kota Tinggi itu.
OCPD Kota Tinggi, Sup Osman Mohd Sebot, berkata polis sedang menyiasat kejadian itu menurut Seksyen 323 Penal Code yang membabitkan perbuatan sengaja mewujudkan kecederaan.
DS Syed Hamid mendapat 10 pencalonan manakala bekas Naib Ketua Bahagian, Daing A Malik Daing A Rahman mendapat 13 pencalonan.
Sebenarnya kejadian pergaduhan ini turut berlaku di mesyuarat beberapa cawangan di Selangor. Dalam satu kes, seorang lelaki dipukul oleh anak Ketua Cawangan menggunakan kerusi yang menyebabkan kepala mangsa berdarah.
Ejen kenit memberitahu saya, kejadian itu berlaku apabila ahli cawangan tidak puas hati dengan tindakan mesyuarat membenarkan cadangan bagi jawatan pengerusi tetap ditutup dengan "kadar segera".
Individu yang beria-ria hendak menentang ketua cawangan "terperangkap" apabila namanya dicadang oleh anak ketua cawangan dan ditutup oleh anak kedua ketua cawangan. Ini menyebabkan individu itu terpinga-pinga.
Keputusan itu menjadikan individu berkenaan sebagai pengerusi tetap cawangan.
Individu itu kemudiannya mahu membatalkan keputusan pemilihannya sebagai pengerusi tetap apabila pencalonan jawatan ketua cawangan dibuka. Beliau mahu bertanding.
Bagaimanapun, tindakan itu tidak dibenarkan kerana beliau terpilih menjadi pengerusi tetap. Ini menyebabkan mesyuarat cawangan itu terpaksa ditangguhkan kerana berlaku keributan. Ketika itulah kejadian memukul dengan kerusi itu berlaku.
Sebenarnya, setiap cawangan perlu memastikan mesyuarat dijalankan dengan baik dan teratur tanpa ada elemen berat sebelah. Umpamanya, jika ada pencalonan jawatan tertentu, pengerusi tetap perlu memastikan setelah tiada pencalonan lain dengan mengira satu, dua dan tiga, barulah boleh meminta ahli membuat cadangan untuk menutupnya. Bukan serta merta yang membuat ahli cawangan marah.
Oleh itu, ibu pejabat UMNO perlu memastikan setiap cawangan bermesyuarat mengikut peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian memukul dengan kerusi itu tidak berulang.
Monday, August 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Nampaknya pertempuran sengit sedang berlaku didalam peperangan UMNO dengan UMNO kerana:-
*jawatan yg akan dimenangi akan membawa sebillion kesenangan hatta ke cicit piut keluarga 20 keturunan.
*nilai kuasa adalah yg penentu hidup golongan ini.
*kuasa adalah matlamat utama, manakala ekonomi bangsa dan negara yg paling belakang setelah semua ekonomi kaum kerabat di kehadapankan.
*perjuangan bangsa hanyalah sebagai gimmick atau silap mata untuk menyucikan matlamat perjuangan diri dan kerabat.
Malahan pembunuhan pernah berlaku dalam kes di Tampin dahulu kerana perebutan kuasa. Manakala yg berlaku sekarang pembunuhan secara penyiksaan:-beransur-ansur.
Bila ini yg berlaku dan mereka ini yg memerintah Negara dan menjadi Tunjangnya alamat akan hancurlah negaraku yg tercinta ini.
Hidup Malaysia.
YahyaAhmad
Rumah LKNP
Jerantut
Pahang
Salam Datuk IY,
Kelakar melihatkan gelagat mereka-meraka ini. Rasanya anak-anak kecil yang bermesyuarat dalam persatuan-persatuan/kelab sukan sekolah menengah mahupun rendah lagi sopan dan bertatasusila menjalankan proses mesyuarat dan pemilihan.
Tapi itulah realiti seribu macam kisah sebenarnya yang berlaku masa persidangan dan pemilihan kini kerana jawatan menjadi keutamaan.
Wasalam.
Datuk,
1. Sepatutnya setiap Bahagian UMNO, pastikan mempunyai 5 cawangan sahaja.
2. Barulah setiap cawangan akan melahirkan seorang Ketua Cawangan yang lebih berwibawa dan berkualiti.
3. Disamping itu ia juga dapat mengurangkan berbagai karenah politik yang kurang sihat.
Ai say man Datuk,
Bukan kah itu Sudin dah kata alif tendang wow (Pendekar Bujang lapok) = Sarkas. Alif Mim Nu Wow = UMNO = Sarkas
Salam Datuk,
DSSHA ni pun satu. Saja ja kata orang macam 'sarkas'; awak tu kena lah fikir sikit kalau dah ada calon nak berdepan merebut jawatan Ketua Bahagian then dah ada pulak puak tak sebulu di peringkat cawangan.
Tentunya fenomena ini amat jelas menggambarkan dah ada protes sekaligus perasaan tak puas hati di peringkat akar umbi; dah ada keretakan yang tidak terkawal. Ahli dah mahukan perubahan dalam pucuk kepimpinan.
Ini lah masalah sesetengah 'big head' UMNO yang sentiasa menyalahkan orang lain tanpa menyuloh muka sendiri di cermin.
Anggaplah peristiwa yang berlaku kerana rasa cinta dan kasihnya mereka terhadap UMNO!
Salam Dato',
Sedih tengok suasana dalam politik sekarang ni, macam-macam hal. Kadang-kadang tu lawak pun ada... Kerana gilakan kuasa, manusia sanggup buat apa saja.
Mereka yang berwang, gunakan wang untuk 'beli' segalanya. Ada yang sanggup berbomoh. Ada yang juga yang sampai mencederakan orang lain hanya kerana nakkan kuasa... Apa dah jadi ni?
Yang paling memalukan ianya terjadi di kalangan bangsa kita sendiri iaitu Melayu dan Islam. Kemanakah hilangnya nilai-nilai positif yang sepatutnya ada dalam diri kita selama ini? Kenapa boleh sampai hilang pertimbangan? Di manakah kewarasan akal mereka? Bagi saya tindakan mereka ini amat memalukan UMNO. Dalam keadaan UMNO dikritik teruk oleh pembangkang, tiba-tiba muncul pula 'modal percuma' bagi pembangkang untuk terus mengkritik UMNO... Macam agak hal macam ni boleh diselesaikan?
Orang yang rakus dan tamakkan kuasa memang begitu. UMNO memang dari dahulu inilah masalahnya. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan mereka ditentang.
Kuasa yang ada sentiasa hendak dipertahankan habis-habisan walapun secara tidak betul. Gilakan kuasa dan tamakkan harta untuk mengenyangkan anak bini tidak bawa ke mana.
Tidak perlu tunggu akhirat, banyak kes di dunia Tuhan sudah tunjukkan. Apa yang berlaku, masih tidak diambil pengajaran.
Biasa.. Biasa...
Bila hati sudah panas....
Pilihan hati tidak diterima...
Puncanya kerana kuasa..
Kuasa dari orang atasan...
Mencetuskan huru-hara peringkat cawangan.
Maka kotorlah politik pabila orang dah Gila Kuasa.
Ini menggambarkan bahawa masih ramai ahli yang sayangkan Parti.
Bukan tamakkan kuasa.
-ADAM AMIN-
salam dato,
harta dan kuasa.
dua benda tu boleh jadi kelebihan atau kelemahan buat diri kita.
kalau kita bijak mengimbangkan kedua-duanya,rasanya tiada masalah.cuma masalahnya sekarang kita "dikaburi" oleh harta dan kuasa mana sifat dan cara kita berfikir boleh berubah.contoh seperti kisah Tanggang,bila dah senang mulalah sikapnya berubah.
sebab tu bukan semua orang boleh "tangani" hal harta dan kuasa ni.saya?entah lah.kekuatan diri kena ada untuk benda-benda macam ni.
kadang-kadang bila baca dalam blog-blog,memang banyaklah yang mengutuk si polan itu gila harta la,si polan ini gila kuasa la.tapi ada tak terfikir macammana kalau kita sendiri berada di dalam keadaan yang ada kuasa dan harta?mampukah kita untuk mengimbangkannya?
Sdr YahyaAhmad,
Semoga pandangan Sdr akan dibaca oleh semua pemimpin parti politik di negara ini. Yang penting jangan biarkan negara tercinta ini hancur lebur menjadi abu. Jangan biarkan rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan bangsa terus menderita manakala yang kaya-raya terus melambakkan duit mereka tanpa segan silu.
Saudara Ibrahim Yahya,
Saya dari Kota Tinggi. Apa yang telah berlaku cukup menyedihkan. Satu bangsa, sama Agama dan juga dari parti yang sama. Kerusi meja berterbangan, mikrofon patah. Dasyat2..habih rosak barang2 sekolah. Sanggup bermati-matian2 mempertahankan tampuk kuasa.Kalau lah bermati-matian mcm ni mempertahankan Islam kan bagus...menggadai nyawa menyelamat saudara Islam yang murtad ka...tapi baguih jgk ada org2 berani mcm ni..bleh hantaq pi berjihad di Palestin..
Post a Comment