Wednesday, August 20, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (16)

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah medan peperangan maklumat.

Perang untuk menyakinkan rakyat dan perang menggunakan maklumat sepenuhnya.

Pihak yang berjaya menyakinkan rakyat akan menang dalam peperangan ini. Ini termasuk bahan ceramah yang digunakan dan barisan penceramah yang menyakinkan.

Jika bahan ceramah dipilih dengan baik dan diulas serta dikupas oleh penceramah berwibawa, ia sudah pasti akan menyakinkan pendengar.

Jika bahan ceramah itu tidak relevan dengan PRK Permatang Pauh, ditambah pula penceramah tidak pandai mengulas atau mengupasnya, orang ramai yang menghadiri ceramah itu akan hanya mendapat angin - masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Setakat ini, PKR menggunakan semua penceramah yang dikenali ramai termasuk penasihat dan calon PKR, DSAI; AP Lembah Pantai, Nurul Izzah; Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor dan beberapa orang penceramah PAS termasuk Dr Mujahid Rawa.

BN pula menampilkan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor; bekas Setiausaha Sulit DSAI, Annuar Shaari; bekas rakan tenis DSAI, Datuk Nallakarupan; Pemimpin UMNO dan parti komponen dan pemimpin akar umbi.

Perang kedua ialah bagaimana parti-parti yang bertanding menggunakan semua maklumat yang ada untuk menarik pengundi menyokong mereka.

Dalam PRU12 pada 8 MAC lalu, pembangkang banyak menyebarkan CD dan menayang video di warung-warung yang memuatkan ceramah dan ucapan pemimpin pembangkang. Kali ini, taktik yang sama juga digunakan oleh PKR dan rakan-rakannya selain ceramah.

Bagi BN, mereka boleh mengharapkan laporan berita dalam media cetak dan elektronik yang menyiarkan apa yang berlaku kebelakangan ini termasuk sumpah Saiful Bukhari Azlan, sidang media peguam Datuk Shafee Abdullah terhadap laporan blogawa, RPK; laporan Muktamar PAS dan segala perkembangan terbaru di negara ini.

Terpulanglah kepada pengundi Permatang Pauh untuk menerima segala maklumat yang diberikan oleh kedua-dua pihak sebelum menganalisis, mengupas atau menerima bulat-bulat dan kemudiannya membuat keputusan di kertas undi pada 26 Ogos ini.

10 comments:

amirul said...

Salam Tok Tiger,

Harapan besar agar pengundi2 permatang pauh bijak memilih wakil mereka.

Anonymous said...

Pihak BN menggunakan MSM untuk menyalurkan propaganda mereka, manakala bagi pihak pembangkang menggunakan internet, CD ataupun mana-mana saluran yang boleh disalurkan dengan mudah kepada orang ramai dan juga penyokong-penyokong mereka.

Dua saluran yang berbeza, tapi saluran internet nampaknya menjadi semakin masyhur pada masa sekarang ini berbanding dengan MSM. Namun begitu MSM mendapat ilham mereka daripada MSM, sedangkan mereka berpulun menyeru penyokong mereka mencari maklumat di internet daripada di MSM. Hairan bukan?

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya rasa sekurang-kurangnya sebahagian (mungkin sebahagian besar) pengundi di Permatang Pauh sudah ada pendirian masing-masing, iaitu hendak mengundi siapa, sebelum kempen pilihan raya bermula; kerana mereka bukan sehari dua kenal UMNO dan calonnya, dan bukan sehari dua kenal Anwar Ibrahim.

Dengan perkataan lain, mereka sudah lama kenal UMNO dan calonnya dan sudah lama juga kenal AnwarIbrahim. Jadi apa yang nak ditimbang dan nak difikirkan sangat?


Mungkin maklumat baru yang mereka terima boleh mengubah pendirian mereka. Tapi mungkin juga boleh meneguhkan lagi pendirian mereka.

Saya tidak tahu adakah orang-orang UMNO berminat mendengar ceramah PKR, dan adakah orang-orang PKR berminat mendengar ceramah UMNO?

Jika mereka sama-sama tidak berminat, ada kemungkin keputusan pilihan raya kecil ini sama sahaja dengan keputusan PR12 dahulu.

Saya harap begitu.

APPLE PIE said...

salam dato,boleh berikan pandangan tentang kehadiran dan kemunculan akhbar2 baru selain akhbar arus perdana adakah ini perkembangan yang baik?bagaimanakah pengukuran mutu sesebuah akhbar itu..tq

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

datuk ada alamat website diaorangtak? saya banyak ada pembangkang punya. penipu aje berita diaorang. KALAU HENDAK BELA BANGSA LAIN BUAT APA SURUH MELAYU BERKORBAN DI NEGERI SENDIRI.

ibrahim yahaya said...

Sdr Amirul,

Saya yakin pengundi Permatang Pauh akan membuat pilihan yang bijak. Sebagai tuan punya badan, mereka sudah pasti tahu apa yang berlaku di kawasan mereka selama ini termasuk "ketiadaan" perkhidmatan Ahli Parlimen mereka terutama perkara-perkara yang peribadi. Bekas Ahli Parlimen mereka selalu berada di Kuala Lumpur.

ibrahim yahaya said...

Sdr PK,

Daripada satu kajian seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam mendapati medium utama yang dipercayai oleh masyarakat umum ialah media cetak diikuti media elektronik, blog dan ceramah.

Kajian itu dibuat ketika PRU12 dan blog berada ditempat ketiga dan tidak lama lagi pasti jadi nombor satu. Bacalah DUNIATIGER.

Anonymous said...

MEdia Arus PErdana nampaknya tidak mengambil pengajaran terhadap kekalahan BN pada PRU yg lalu ...

Lagi kuat pembangkang dihentam oleh Media Arus PErdana, lagi kuat sokongan rakyat kepada pembangkang.

Sepatutnya Media Arus Perdana kena lebih cool and easy terhadap pembangkang ... laporan yg tidak berat sebelah akan membuatkan pengundi lebih percaya daripada laporan yg terang-terangan bias kepada parti pemerintah.

Oleh itu saya tak la berapa heran tulisan Datuk ni bias, sebab dah asal usulnya dari Berita Harian dan TV3 ... tak sangka bila dah retired pun mind set masih cam tu ...

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Masyarakat kini kian berilmu dan boleh berfikir mana yang baik dan yang buruk untuk mereka pilih. Namun golongan-golongan manusia seperti PKR yang pandai bercakap , pandai memutar belitkan fakta dan pandai memunipulasikan isu amat kita khuatirkan. Kerana untuk mendapatkan kemenangan mereka sanggup lakukan apa sahaja, Isu Yang Betul di Jadikan Salah serta sebaliknya.

Anonymous said...

Semoga pengundi di Permatang Pauh bijak memilih calon. Jangan kerana simpati dan hanya kehebatan berkata2 dan menghasut saja dijadikan sandaran untuk mengundi.