Tuesday, August 5, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (1)

Apa itu sambal belacan? Secara ringkasnya ialah bahan pembuka selera ketika makan nasi. Walaupun secara umumnya digemari oleh masyarakat Melayu tetapi ada juga kaum lain terutama di Melaka yang meminati sambal belacan.

Walaupun sedikit saja, ia sedap dan sungguh nikmat ketika makan. Ia satu bahan yang penting.

Sambal belacan PP adalah bahan ringkas untuk diteliti oleh pembaca blog ini mengenai kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sebagai pengenalan kawasan Parlimen ini terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N10 Seberang Jaya, N11 Permatang Pasir dan N12 Penanti.

Jumlah Pemilih yang berdaftar di kawasan itu ialah 58,449 orang. Pada PRU12 8 Mac lalu, 47,442 pengundi atau 81.17 peratus saja yang keluar mengundi.

Perkara menarik yang ingin diutarakan ialah undi rosak yang dicatatkan di kawasan Parlimen PP pada PRU12 lalu hanyalah 110 undi.

Jumlah undi ini kecil berbanding kawasan Parlimen di seluruh negara. Ini memaparkan tiada unsur undi protes di kawasan itu pada PRU lalu.

Dalam ertikata lain, pengundi yang keluar mengundi itu sudah menetapkan siapakah calon yang mereka ingin undi.

13 comments:

Anonymous said...

Mereka main undi saja Datuk. Asal nampak dacing biru, mereka tidak undi. Maklumlah kawasan kuat PKR.

Hello Permatang Pauh said...

Tok Rimau,itu dulu sekarang tak tahu lagi mungkin jika BN dapat betulkan kesilapan lampau tidak mustahil BN menang.
Mungkin Warga Permatang Pauh boleh menentukan..

http://hellopermatangpauh.blogspot.com/

kamal... said...

lantak lah siapa menang atau kalah kami org permatang pauh cuma tunggu janji ezam dan Abdul Ghani Haroon..jng ckp saja kalau berani londehkan d sana..tapi ingat jng salah langkah..tapi kalau betul kenyataan dan bukti blh buka fikiran kami alhamdulillah..selamat berjuang.buat kenyataan dan yakinkan kami..

Anonymous said...

Salam Dato...
Bagi saya walaupun PKR terlalu yakin mereka akan menang disebabkan oleh penyokong PKR ramai tapi itu hanya andaian mereka berdasarkan kemenangan mereka dalam Pilihanraya Umum lalu saje. Sekarang tak pasti lagi.

Walaupun BN sendiri tidak menafikan agak sukar untuk bertanding di Permatang Pauh, namun kemenangan masih boleh berpihak kepada BN kerana belum pasti penduduk setempat akan menyokong Anwar 100%. Mungkin ada antara penyokong beliau yang sudah mula merasai kepincangan Anwar dan PKR... Mana tau ada rezeki BN boleh menang kat sana. Memang terkejut beruk la penyokong PKR...

Quantum Metal Consultant said...

Permatang Pauh akan menjadi antara tempat yang mencipta sejarah bagi Malaysia dan untuk Anwar, di situlah kubur politiknya yang digalinya sendiri. Perjuangannya yang kurang ikhlas, dendam dan percaturan yang 'terdesak' akan serba tidak menjadi kali ini dihimpit dengan pelbagai isu. Musuh politiknya akan menamatkan riwayatnya kali ini, untuk sekian kali dan terakhir kali.

Kita simpati kepada Anwar, kita mungkin bermimpi berperdana menterikannya tetapi adakah dia dipihak 'benar'??

ibrahim yahaya said...

Sdr Cebukkuning,

Apabila mereka sudah membuat pendirian, memang sukar untuk menukarkannya. Yang mungkin dijadikan sasaran oleh kedua-dua parti ialah kumpulan Di Atas Pagar (DAP) yang ramai antaranya keliru dan binggung ketika itu. Siapa yang berjaya menambat hati DAP, merekalah yang menang atau menambah undi.

ibrahim yahaya said...

Sdr HPP,

Tidak mustahil perkara yang sebaliknya berlaku selepas dua kali dimenangi oleh PKR.

Yang akan menentukan sudah pasti pengundi di situ yang akan menilai tindakan Ahli Parlimen sekarang meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada calon lain. Apakah mengundi masih setia dengan PKR di situ atau mahu bertukar angin memangkah BN kali ini berikutan pelbagai perkembangan sejak PRU12? Kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

Penduduk Permatang Pauh adalah penentu kemenangan sama ada BN atau PKR. Walaupun sebelum ini majoriti penduduk telah mengundi PKR dan menyebabkan PKR menang dalam Pilihanraya Umum lepas. Untuk pilihanraya kecil kali ini sebarang kemungkinan boleh terjadi. Mungkin PKR akan mengulangi kejayaannya atau mungkin juga kali ini akan menyaksikan Anwar tersungkur di tempat sendiri...

Nasionalis said...

Saya ingin memberitahu bahawa saya baru mewujudkan suatu blog khusus menggabung, memantau dan memudahkan melayar tulisan terkini dari wartawan-blogger tertentu, blogger2 nasionalis, dan pemimpin serta blog cawanagn/bahagian/negeri umno.

Blog anda telah dimasuk senarai.
Sila mampir. Harap kita dapat bertukar pautan.

R@duan said...

Seperti kata Najib, sukar untuk BN menang di Permatang Pauh. Cara terdesak mungkin boleh dilakukan, tangkap Anwar. Tapi itu akan membuat rakyat lebih benci pada BN. Macam dah tak ada cara lain...
Berita kemungkinan Anwar akan ditangkap telah pun tersebar (lihat laman :http://aminiskandar.wordpress.com/

daripada:
http://suteramalaya.blogspot.com/

Unknown said...

PKR telah memenangi kawasan Parlimen Permatang Pauh dalam tiga kali pilihan raya, termasuk pilihan raya 2004, ketika BN mendapat kemenangan besar di seluruh negara. Dalam pilihan raya terakhir (2008), PKR telah memenangi kawasan itu dengan majoriti yang lebih besar. Jadi saya tidak menduga PKR akan dapat dikalahkan dalam pilihan raya kali ini.

Lagi pun dalam konteks kontroversi yang melihatkan DS Anwar pada masa ini, pihak yang bersimpati mungkin lebih besar daripada yang tidak bersimpati kepada beliau.

Dengan itu, saya tidak nampak bagaimana BN boleh menang, kecualilah kalau BN boleh melakukan pelbagai "taktik kotor" dalam pilihan raya itu.

faisal said...

Susah Bn nak menang, kalau masih calonkan Ustaz pirdaus. Kalau org lain tak tahulah

Anonymous said...

Sukar sungguh nak ramal keputusan undi di Permatang Pauh nanti. Ini adalah kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Walaupun Najib kata agak sukar untuk BN menang tapi siapa tahu mungkin penduduk di sana telah menukar fikiran dan mula mempercayai kes liwat Anwar, maka tidak mustahil juga BN bolah menang. Tapi saya rasa jika BN memang pun, ia bukanlah menang besar.