Sunday, August 17, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (13)

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Noor, malam tadi mendedahkan pertemuan sulit yang diusahakannya dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membolehkan DS Wan Azizah Wan Ismail bertemu Paklah pada 2004.

Dalam ceramahnya di Kampung Tanah Liat, Kubang Semang, Ezam yang kini menjadi ahli UMNO, menegaskan pertemuan itu bertujuan untuk membolehkan DS Wan Azizah membuat tiga permintaan kepada Paklah berhubung dengan suaminya.

Pertama ialah membenarkan suaminya keluar menemui doktor daripada penjara di Sungai Buloh. Kedua bagi membenarkan DSAI mendapat rawatan di luar negara. Ketiga ialah tidak campurtangan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes DSAI.

Menurut Ezam, Paklah berkata sebagai pemimpin Islam, beliau tidak akan menzalimi DSAI dan akan berbincang dengan kawan-kawan mengenai permintaan itu.

Sebagai pemimpin yang berpendirian dan tidak zalim, beliau tidak akan mencampuri urusan penghakiman.

Maka DSAI bebas dengan kesilapan teknikal pihak pendakwaraya. Perkara itu kini sudah menjadi sejarah.

Apa yang Ezam kesalkan ialah setelah bantuan sebegini rupa diberikan oleh Paklah kepada keluarga DSAI, Anwar Ibrahim tergamak mengatakan Paklah membuat konspirasi politik terhadapnya berhubung pendakwaan liwat oleh Saiful Bukhari Azlan.

"Apakah ini pemimpin yang mahu kita pilih dengan membuat tuduhan kepada orang yang sudah berbuat baik kepada dia. Inilah prinsip pemimpin yang disanjung oleh sesetengah pihak di seluruh negara."

"Oleh itu, saya meminta penduduk Permatang Pauh memilih antara seorang pemimpin yang ingin mencapai cita-cita peribadinya dengan kepentingan agama, bangsa dan negara."

(Nota: Tun Dr Mahathir Mohamad ada membuat penghuraian di blognya mengenai PENGHAKIMAN Mahkamah Rayuan.)

15 comments:

Salman Madani said...

Salam,

Saya kira kalau dakwaan Ezam itu benar, selama ini Anwar telah "membalas" kebaikan Pak Lah itu dengan mengelakkan diri daripada mengkritik Pak Lah secara langsung.

Ketika Mahathir mengkritik Pak Lah dengan begitu keras dan hebat satu masa dahulu, saya dapati Anwar boleh dikatakan tidak menyertai orang-orang yang mengkritik Pak Lah.

Akan tetapi, perkembangan terbaru agaknya menunjukkan bahawa kerana satu dan lain-lain sebab, Pak Lah telah terlibat dalam konspirasi dalam menjatuhkan Anwar, dan tentunya untuk menghalang Anwar daripada mengambilalih pemerintahan pada 16 September 2008.

Sebagai pihak yang menjadi mangsa konspirasi peringkat tinggi, saya kira Anwar terpaksa membela diri, dan oleh kerana Pak Lah dipercayai terlibat sama dalam konspirasi itu, Anwar tidak ada pilihan lain selain daripada mengkritik Pak Lah.

Ini bukan lagi soal membalas kebaikan atau tidak. Akan tetapi, survival politik memerlukan dan memaksa Anwar berbuat demikian.

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Ezam ini umpama jambatan tetapi jambatan ini dipandang sepi setelah apa yang dihubungkannya mungking berjaya sedikit.Ezam,pakaian dan cara bercakap seiras Anwar dilihat semakin petah berkata-kata terutama diatas pentas UMNO dan sedikit sebanyak mampu untuk membuatkan penyokong-penyokong PKR berfikir 2 kali atau lebih tentang arah tuju parti mereka dengan apa yang dikatakan oleh beliau.Bagi saya Ezam adalah pengasas Parti Keadilan(1999),bagi saya Ezam lebih berjuang,bagi saya Ezam lebih faham,fikirlah.... kajilah.... terutama pengundi permatang pauh

P/S: Lei Chong Wei beraksi pukul 8.30pm bro..

RANGKAIAN PEMUDA BERANI said...

Depa kata macam2, tak per la. Biaq kat depa. Tolong pi blog POKPET kejap, bukan apa, pakat2 pi undi sikit. Nak tengok ada depa kata ...

http://www.pokpet.blogspot.com

Quantum Metal Consultant said...

Apa yang Ezam kesalkan ialah setelah bantuan sebegini rupa diberikan oleh Paklah kepada keluarga DSAI, Anwar Ibrahim tergamak mengatakan Paklah membuat konspirasi politik terhadapnya berhubung pendakwaan liwat oleh Saiful Bukhari Azlan.
...................................

Azizah minta 3 perkara yang dirangkumkan menjadikan satu: bebaskan Anwar.

Dolah telah 'membantu' dan akhirnya secara teknikal, Anwar dibebaskan.

Setakat ini Anwar telah membalas jasa Dolah itu dengan tidak menyerang habis2an Dolah walaupun peluang cukup terbuka luas (ketika TDM juga menyerang Dolah) sebaliknya menyerang Najib kerana Najib boleh menggugat kedudukan Dolah jika mahu.

Situasi politik terkini yang dianggap selamat oleh Dolah kerana Najib bertubu tubi menyatakan kesetiaan menyebabkan Anwar merasa dirinya tersingkir dan Dolah dituduh berkonspirasi.

Kesimpulannya Ezam telah memperakuil
Secara teknikal, dengan bantuan Dolah, Anwar terselamat.
Secara teknikal, dengan bantuan Dolah, Anwar terselamat.
Secara teknikal, dengan bantuan Dolah, Anwar terselamat.

Untuk tuduhan kali ke 2, apa pula yang akan menyelamatkan Anwar, siapa pula yang akan memberi bantuan, adakah dari orang yang sama ???

Tinta Biru said...

salam datuk,
Inilah namanya manusia yang tak tahu bersyukur. Ibarat Kacang Lupakan kulit. Tak tau hendak menghargai pertolongan orang lain.

ibrahim yahaya said...

Sdr Salman Madani,

Dalam ceramah itu, Ezam tidak mengulas mengenai isu liwat kerana baginya ia adalah isu peribadi antara Saiful dan Anwar. Isu itu perlu diselesaikan sendiri oleh DSAI dan biarlah undang-undang melindungi mereka yang berani membuat laporan.

Bagaimanapun, beliau yakin apa yang dilakukan oleh Saiful itu adalah seiring dengan rakyat negara ini dalam menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang hanya memikirkan diri sendiri.

Ezam berkata, beliau "keluar" dari PKR kerana kecewa DSAI telah lari daripada perjuangan asal PKR iaitu memperjuangkan nasib bangsa dan agama seperti yang dilakukan oleh UMNO sekarang. Tegasnya, tidak payahlah membuat pelbagai tuduhan terhadap kemasukannya dalam UMNO kerana beliau tahu apa yang dilakukan setelah 30 tahun bersama DSAI dan kini beliau mahu berjuang dalam UMNO termasuk menentang "boss" lamanya.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Salam kembali.

Ezam mengakui beliau telah mengikut segala arahan DSAI kerana yakin dengan perjuangannya pada masa lalu. Beliau sanggup lari ke luar negara, membuat akuan mengenai mata lebam, masuk penjara dan ditahan di bawah ISA. Apabila keluar penjara, beliau melihat DSAI telah lari daripada perjuangan asal PKR yang menjadi alternatif kepada UMNO untuk memperjuangkan bangsa dan agama. Kini, katanya, DSAI membuat apa saja demi untuk mendapat kuasa termasuk mengetepikan perjuangan membela Melayu dan Islam.

Mengenai 6 kotak itu, Ezam meminta semua pihak bertanyakan kepada DSAI kerana apa yang diperkatakan selama ini berdasarkan apa yang dicakapkan oleh DSAI kepadanya.

Tiada halangan, depan TV.

ibrahim yahaya said...

Sdr Pokpet,

Maghi ramai-ramai pi pokpet.

Undilah menggunakan otak dan jangan mengikut nafsu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Adakalanya seseorang itu akan menyimpan dengan erat apa yang diketahuinya. Ini untuk memastikan apa yang tidak perlu diketahui oleh orang ramai, tidak payah diberitahu apatah lagi isu itu tidak membabitkan orang ramai.

Dalam hal bantuan Paklah ini, Ezam mengutarakannya agar penduduk Permatang Pauh faham siapa yang mereka perlu undi pada PRK akan datang. Sudah tentu, Ezam mahu pengundi memilih Datuk Ariff Shah Omar Shah bagi menjaga mereka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Salam kembali.

Ada kawan kata ia seperti perpatah Melayu "melepaskan anjing tersepit". Setelah dilepaskan, anjing itu mengigit kita. Jangan main-main dengan gigitan anjing kerana ia boleh membuat kita mendapat penyakit "anjing gila". Anjing itu tidak gila, kita pula yang gila seperti anjing.

mat_terab said...

Aku sokong apa yang di katakan oleh salman ni.....
tapi apa yang aku tengok Ezam ni benar-benar orang yan tidak berpendirian dan tidak ada perinsip......
Apa yang dia katakan tu kita tak leh percaya benar atau tidak kerana terbukti dia ni tidak berpendirian kerana dulu dia kutuk Umno bukan main tidak ada apa yang dia tidak kata pada umno sekarang dia kata pada Anuar pulak......
Dulu semasa dalam PKR orang lain susah contoh macam Johari abdul terpaksa berniaga di pasar malam tapi dia Boleh buat Rumah besar lak tu....
tapi aku malas la nak tuduh apa-apa mengikut kawan-kawan lamanya di ni tak leh hidup susah.....
tapi kalau hidup dalam Pakatan susah ni biasa ja....cuma kalau nak hidup senang dan mewah aku nasihatkan sapa-sapa la duk dalam umno la .....
tapi kalau nak merasa kena sembur Gas pemedih mata, Air asid, kena ISA penjara atau sebaganya duk la dalam pakatan.......
tak gitu datuk...?

ysnizam said...

Pemimpin Umno mmg rumah besor2..
Tak nafi langsung...

Pakatan hidop susah..?
Rumah Anwar rumah teres ker..?

Ker Azmin yang dok rumah teres cam kiter orang biaser nie..

hmmmm...

Anonymous said...

Moral of the story kacang lupakan kulit.
anwar lupakan jasa pak lah
ezam juga lupakan jasa anwar.
mungkin ezam kacang yang lebih busuk.
bagaiman pula kita dengan tuhan
jangan lupa pula kerana selalu makan tanggung/free/belanja.

Anonymous said...

Disini mereka lupakan jasa yang telah disumbangkan kepada mereka, kesemuanya kerana untuk menyelematkan status dan kepentingan di dalam kehidupan mereka. Adakalanya dilihat sebagai perkara yang baik, adakalanya dipandang sebagai tidak berprinsip dan keji. Seperti kata komentator diatas, 'Kacang lupakan Kulit'.

Anonymous said...

Orang macam tu, buat apa pun tak boleh dah. Dia bukan kira orang lagi, janji dia dapat jadi PM semua benda pun dia sanggup buat. Perpecahan antara kaum, perbalahan sesama Melayu pun dia tak peduli. Cakap dia je yang bunyi konon prihatin tapi perbuatan dia disebaliknya. Masih ramai orang yang tak nampak semua ni, ramai yang menyokong dia. Buat apa orang macam ni kita nak angkat jadi pemimpin?