Monday, August 4, 2008

"SORILAH JIKA MAHU MEMECAHKAN KAMI"

Bukan Paklah saja yang mempunyai peralihan kuasa kepada timbalannya....., TS Rafidah Aziz juga berhasrat untuk berbuat demikian kepada Naibnya.

Menurut news alert AgendaNews, Kak Fidah dilaporkan akan menyerahkan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang ditandinginya pada Disember ini, kepada DS Shahrizat Jalil.

(Itupun jika beliau menang tanpa bertanding atau menang ketika pemilihan Disember ini).

Tarikhnya lebih cepat daripada Paklah iaitu pertengahan 2009.

TS Rafidah berkata demikian di Kuala Lumpur hari ini.

Selamat bertanding Kak Fidah dan menyerahkan kuasa kepada DS Shahrizat.

Bak kata DS Shahrizat, "Sori, Sori, Sorilah...bla, bla, bla...jika ada pihak hendak memecahkan kita" selepas PRU12 apabila Kak Fidah dikatakan marah dengan Naibnya kerana menerima jawatan yang bertaraf Menteri. Kak Fidah digugurkan daripada Kabinet yang menimbulkan kemarahan pemimpin Wanita UMNO. Mereka sepakat tidak mahu menerima sebarang jawatan tetapi DS Shahrizat pula menerimanya. Betul ke?

Jadi "sorilah" kepada orang yang membuat ramalan selama ini bahawa DS Shahrizat akan bertanding menentang Kak Fidah pada Disember ini.

Betul ke DS Shahrizat tidak mahu bertanding?

15 comments:

Anonymous said...

Peralihan kuasa adalah untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian di dalam politik di samping menghindarkan ahli-ahli parti untuk berbalah serta bertelingkah antara satu sama lain. Mungkin ada baiknya Rafidah menyerahkan jawatannya kepada Shahrizat dalam tempoh yang tleh ditentukan oleh beliau. Ini juga mampu menyuntik semangat Shahrizat untuk bersedia merangkul jawatn posisi terebut dalam masa yang diberikan.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Sharizat dan Rafidah bukan ke sehati sejiwa?

ibrahim yahaya said...

Sdr Jambubaik,

Pemimpin berjiwa besar saja yang sanggup menyerahkan kuasa mereka kepada timbalannya. Namun, pemimpin yang jujur dan berani mampu menyerahkan kuasa tanpa dipaksa atau desakan pihak tertentu. TDM adalah pemimpin berjiwa besar, jujur dan berani yang perlu dicontohi oleh semua pemimpin di negara ini. Tidak perlu mengampu TDM lagi kerana beliau tiada kuasa hendak memberi saya projek lagi. Ini ikhlas.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nadzri,

Dalam persahabatan, sehati sejiwa adalah konotasi yang baik. Rapat dan memahami antara satu sama lain.

Dalam politik, sehati sejiwa adalah satu perlambangan dua pemimpin yang boleh berkerjasama. Apabila tidak lagi boleh berbuat demikian, ia mungkin menjadi sakit jiwa. Dalam politik, tiada yang kekal kerana musuh boleh menjadi kawan. Itu sebabnya ramai yang terkejut dan pelik apabila melihat dua musuh berpelukan atau bercumbuan. Elakkan di luar tabii.

Anonymous said...

Jika peralihan kuasa itu dilakukan dengan baik dan adil, tanpa menganggu keamanan rakyat; ia merupakan sesuatu yang boleh dipandang secara sihat. Tetapi sekiranya peralihan ini menjadi 'medan peperangan peribadi' di antara dua pihak, ia nya cuma akan merugikan rakyat dan pilihan raya itu sendiri.
Jangan pula sampai jadi macam Anwar dan kempen politik beliau. Merugikan masa dan memecah-belahkan keharmonian rakyat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Milo,

Peralihan kuasa mesti ikhlas dan tiada sebarang muslihat. Ini penting bagi mengelakkan rakyat memaki hamun pemimpin apabila peralihan itu tidak dilakukan. Apatah lagi pelbagai alasan dihamburkan untuk memperkuatkan ketiadaan peralihan itu. Umpamanya, "rakyat masih menyokong saya" dan timbalan pula kecundang disebabkan perbuatan sabotaj. Ia ujian sebenar peribadi pemimpin.

Anonymous said...

Saya setuju dengan Dato',
"..Pemimpin berjiwa besar saja yang sanggup menyerahkan kuasa mereka kepada timbalan..."... Yang pentingnya ialah keikhlasan beliau dalam menyerahkan kuasa tersebut. Sikap inilah yang dapat kita lihat pada Pak Lah...

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Elok lah kalau TS Rafidah nak mengundurkan diri. Dah lama sangat di tampuk tertinggi namun jika penyerahan kuasa demi menjamin sinambungan 'pengaruh'serta petanda melindungi kedudukan 'proksi' dari tergugat tentunya pendekatan ini bercanggah dengan asas pengamalan demokrasi; sindrom ini akan menyekat peluang orang lain yang mungkin boleh 'perform' lebih baik dari DS Sharizat sebagai Ketua Wanita.

Pemilihan di peringkat Bahagian Seputeh yang lalu menyaksikan perwakilan diberikan kertas kecil yang sedia tercatat nombor nombor calon AJK harus dilantik untuk menduduki barisan kepimpinan Bahagian.

Dulu saya masih hijau lantas ikut sahaja arahan ketua cawangan; jika fenomena ini masih berlaku saya akan mempersoalkannya. Sekiranya jawapan diberikan kukuh serta boleh diterima akal makanya saya akur, jika tidak mesej ahli akar umbi akan meledak.

terubuk jantan said...

Saya tidak berminat untuk komen tentang apa-apa jua peralihan kepimpinan atau kuasa kerana bak kata dato "penantian satu dugaan".Mari kita tunggu "signal"dari permatang pauh baru saya akan memberikan ulasan-ulasan dari rakyat "what rakyat feel on the ground"itu lebih penting....SEGERAKAN SEGALA PERALIHAN MUDAH SAJA.Dato saya ingin hilangkan "burnout" sehingga selesai piliharaya kecil permatang pauh.GOODLUCK TIGER SEE YOU SOON.

Anonymous said...

Dari pengalaman, pengamatan dan laporan kawan kawan saya UMNO masih lagi tidak mahu belajar.

Nampaknya UMNO hanya parti untuk meraih kesenangan dan kemewahan. Tempat untuk mendapat duit dan kuasa.

Sampai bila pun orang muda akan menjauhi UMNO yg memang sudah nazak.

Biarlah Luncai terjun dengan labu labunya.

KopiTiang

donmny said...

TUAN

apakata cadangkan rafidah bertanding jawatan presiden umno. susah nak cari wanita seperti dan sehebatnya di malaysia. iras-iras TDM dalam berhujah.

sharizat....ok la. tak dak rotan, akarpun boleh la.

faisal said...

Kenapa semua kelam kabut nak adakan peralihan kuasa. Masa zaman Tun Dr Mahathir, takde pon benda2 camnih

Anonymous said...

Nak kata apa lagi...
Hanya 2 wanita nii.. saja dalam tin MILO.. kocak pi mai, pi mai, mestilah dapat Depa jugak..

Yang penting pengorbanan TDM semasa dalam parti UMNO (BN) tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Jasanya besar, Jasanya tidak terhitung banyaknya sama ada dari segi aspek pembangunan negara atau kedaulatan negara.

Dimana semua rakyat Malaysia yang berlainan IDEOLOGI dapat merasai nikmatnya..
Terima kasih TDM

-ADAM AMIN-

Gagak di Rimba said...

Agaknya Rafidah dapat ilham daripada Pak Lah untuk menyerahkan kuasa kepada naibnya mengikut persetujuan bersama.

Kebetulan agaknya dalam Wanita UMNO memang tak ada tokoh lain yang "berani" menentang mereka berdua. Jadi selamatlah mereka!

Quantum Metal Consultant said...

Memang benar, Rafidah akan dicabar oleh Sharizat bukan sesuatu omongan kosong, dengan jawatan Menteri yang ada padanya, Sharizat mempu menewaskan Rafidah dengan mudah kerana sokongan dari Presiden. Rafidah mencari helah dengan 'peralihan kuasa' kerana cuba mengelak pertandingan dan tewas, sesuatu yang mengotorkan sejarah politiknya dan lebih bimbang 'dibogelkan' oleh Sharizat jika terus betanding.

Bagaimanapun peralihan kuasa itu belum tentu bejalan lancar kerana jika pengambilalihan kuasa di pertengahan 2009, Sharizat seolah mendapat jawatan atas ehsan dan sebagai pemangku tentulah tidak banyak pekara yang mampu beliau lakukan terutama orang kanan dan kirinya masih ada saki baki orang Rafidah.

Terdapat juga beberapa percanggahan fakta antara Dolah dan Sharizat berhubung peralihan kuasa ini. Sharizat menerima peralihan kuasa atas nasihat Presiden sebaliknya Dolah mengatakan Sharizat bersetuju peralihan kuasa kerana itu cara terbaik. Jadi, siapa yang mempengaruhi siapa sebenarnya.

Suara suara meminta peralihan kuasa berlaku Disember atau dalam lain perkataan Rafidah tidak perlu bertanding, mula kedengaran, gagasan itu ada logiknya, Rafidah dan Sharizat harus memikir semula.