Monday, August 11, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (7)

PENANTI

Jumlah pemilih - 15,421
Keluar mengundi - 12,667 (82.14 peratus)
Undi Rosak - 184

Melayu - 72.51 peratus
Cina - 24.32 peratus
India - 2.43 peratus
Lain-lain - 0.57 peratus

1. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) - 5,127
2. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) - 7,346
Majoriti - 2,219 (2008)
Penyandang : Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN)( majoriti 667)

Saya difahamkan lebih 60 peratus pengundi di Permatang Pauh ialah golongan wanita yang memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Golongan wanita simpati dengan nasib yang menimpa DS Wan Azizah kerana daripada isteri seorang Timbalan Perdana Menteri bertukar menjadi isteri kepada orang yang dihadapkan makhamah kerana tuduhan rasuah dan liwat.

Apakah kali ini, mereka terus bersimpati dengan DS Wan Azizah? Apakah kali ini mereka tetap memberi undi kepada DSAI sedangkan mereka tahu beliau kini menghadapi dakwaan liwat oleh Saiful Bukhari Azlan?

Apakah mereka akan menyetujui dengan apa yang diperkatakan oleh DSAI bahawa dakwaan liwat terhadapnya itu satu konspirasi politik?

6 comments:

al-Yasar said...

Salam,

Saya tidak pasti adakah majoriti golongan pengundi wanita itu akan bersimpati dan memberikan undi mereka kepada Anwar sebagaimana mereka bersimpati dan memberikan undi kepada Wan Azizah dalam pilihan raya yang lalu.

Akan tetapi, jika mereka melihat Anwar ialah orang yang pernah dihina dan dizalimi dan kini menjadi mangsa konspirasi politik buat kali yang kedua, saya rasa kita boleh mengharapkan mereka akan memberikan simpati dan undi kepada Anwar.

Anonymous said...

Mengundi sebab simpati saja? Pasti ke yang Anwar tu betul2 tak salah. Kali ni masih mahu mengundi sebab simpati saja ke? Kali ni yang diletak disitu bukan lagi Wan Azizah tapi yang tertuduh, Anwar. Tak perlu hanya dengar cakap2 Anwar, keputusan perundangan belum selesai, jadi tak perlu kita menilai dengan hanya cakap dia. Buat keputusan dengan bijak.

Anonymous said...

Kenapa nak mengundi secara simpati. Tak patut, tak kan lah penduduk Permatang Pauh tak boleh berfikir kalau nak main simpati-simpati je, tak sampai kemana hasilnya nanti.
Jangan terlalu mengikut perasaan, teliti dulu calon-calon.

Anonymous said...

Setakat undi simpati buat apa? Kita mahukan pemimpin yang bersih dan tidak melakukan perkara terkutuk seperti liwat.. Tapi apaupun sukar kita nak ramal PRK Permatang Pauh ni sebab macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Sekarang pun dah ramai yang mula percaya kes liwat Anwar. Rasanya golongan wanita yang dulunya menyokong Wan Azizah, mungkin tidak 100% mengundi PKR lagi sebab yang bertanding nanti adalah suaminya.

Anonymous said...

Kemungkinan Anwar untuk menang di Permatang Pauh memang tidak dinafikan. Beliau memang mempunyai ramai pengikut di sana. Tapi untuk menjadi PM, ianya adalah tak mungkin sama sekali...

Anonymous said...

tak main lah kalau menang atas dasar undi simpati je..
Nampak sangat king of drama.