Sunday, August 3, 2008

JEJAMBAT MRR2 RETAK LAGI

Apa ni? Jejambat MRR2 retak sekali lagi. Apa sudah jadi dengan perbelanjaan sebanyak lebih RM70 juta untuk memperbaiki keretakan sebelum ini.

Warta Jam 5 RTM sebentar tadi melaporkan jejambat MRR2 yang dibuka pada 8 Disember 2006 setelah siap diperbetulkan, dilihat retak pagi ini.

Sehubungan itu, jejambat MRR2 sejauh 1.7 kilometer ditutup pada jam 10 pagi.

Rakan saya, Salim Durja, yang mengendalikan stesen minyak di situ pasti terjejas.

Banyak bersabar saudaraku.

4 comments:

Anonymous said...

Betul juga kata Datuk. Sepatutnya dengan wang sebanyak rm70 juta itu jambatan tersebut tidak akan mengalami kesan keretakan lagi buat jangka masa yang lama.

Namun setelah hanya tidak sampai 2 tahun jambatan tersebut telah pun mengalami keretakan. Adakah ini menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor sekarang hanya tahu menggelapkan duit yang banyak tanpa hasil kerja yang berkualiti sejajar dengan duit yang diberikan banyak sedemikian rupa?

Anonymous said...

ini mungkin kerja kontraktor-kontraktor yang jahat dan tidak membuat kerja mengikut spesifikasi.mungkin juga ini adalah hasil "usahasama" kontraktor dan sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab yang hanya tahu mengaut wang tanpa memikirkan keselamatan orang lain.tindakan sebeginilah yang memalukan kerajaan.

Anonymous said...

Kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja membaik pulih jejambat MRR2 harus disiasat secepat mungkin kerana dikhuatiri terdapatnya gejala 'makan duit' di kalangan mereka.. Apa yang dikhuatiri ialah keuntungan diorang melebihi kos pembaikan. Kalau tak siasat, sampai bila kita nak biarkan nyawa pengguna MRR2 terancam.. Sepatutnya, kontraktor yang diberi amanah untuk membaik pulih harus membuat kerja mereka dengan mengikut prosedur dan spesifikasi yang telah ditetapkan..

Anonymous said...

Memang tak dinafikan bahawa sesuatu benda tu memang akan rosak tapi tempoh hayatnya bergantung pada kualiti bahan yang digunakan, spesifikasi standard dan beberapa faktor lagi. Begitulah juga dengan jejambat MRR2 yang dilaporkan mengalami keretakan lagi. Perkara ini harus didiasat sedalam-dalamnya untuk mengkaji dan mengetahui beberapa sebab. Adakah kerana penggunaan bahan yang tidak berkualiti atau tidak mengikuti spesifikasi standard atau sebagainya...