Posting Terbaru - 5.15 petang
AFO mendapat dua pencalonan hari ini. Jika dicampurkan dengan pencalonan sebelum ini, AFO sudah mendapat tiga pencalonan dan beliau hanya memerlukan dua pencalonan lagi untuk bertanding melawan Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ejen kenit memberitahu saya, mesyuarat salah satu cawangan hari ini ditangguhkan kerana faktor tertentu.
Esok ialah mesyuarat cawangan AFO sendiri.
(Nota: Terima kasih kepada nasihat IXORA yang membuat komen dalam blog BUJAI - JUST READ. Selepas saya membuang sitemeter, blog ini boleh dilayari.)
Posting Asal - 11.33 pagi
Hari ini menentukan sama ada Ahmad Fairuz Othman (AFO) yang hendak menentang Ketua UMNO Putrajaya boleh tidur nyenyak atau perlu menunggu sehari lagi.
AFO adalah Ketua Pengarah Operasi Biro Latihan dan Keahlian UMNO dipecat oleh Ibupejabat UMNO baru-baru ini kerana dikatakan menyatakan hasrat bertanding pada pemilihan kali ini. Apa ni?.
Ejen kenit memberitahu saya, hari ini lapan cawangan dalam Bahagian Putrajaya akan bermesyuarat yang akan menentukan sama ada AFO boleh mendapat empat lagi pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding Ketua Bahagian.
Sebelum ini, Cawangan Pakma telah memberikan satu pencalonan menerusi undi sulit kepada AFO dan beliau kini hanya memerlukan empat pencalonan lagi untuk melayakkan beliau menentanga Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ejen Kenit menegaskan jika pengundian diadakan secara undi sulit, harapan AFO lebih cerah berbanding undian secara mengangkat tangan. Alasannya, anda sendiri boleh menekanya. Jika tiada empat pencalonan, beliau akan terpaksa menunggu hari esok.
Penantian satu penyiksaan.
Saturday, August 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Datuk,
1. Jika pasti Tg Adnan boleh hidup 100 tahun lagi, no problem jika nak halang AFO untuk bertanding Ketua Bahagian.
2. Apa kata jika ditakdirkan tiba-tiba Tg Adnan pendek umur?
3. Sebenarnya yang rugi bila menghalang sesuatu pertandingan ialah UMNO itu sendiri. Bukan PAS, PKR atau DAP
Salam Datuk dan semua warga UMNO Putrajaya,
Streamyx saya pun buat hal juga secara-cara tiba2. Pelik ya! Mungkin ada orang takut kot. Buat hal tak buat hal, tak kisahlah tu tetapi yang pastinya warga UMNO Putrajaya kena tentukan yang 'siBadut' itu dapat cukup pencalonan untuk bertanding walaupun banyak tekanan dan desakan yang pelbagai, yang berTENTANGAN dengan tata-etika ahli UMNO, dilakukan untuk menafikan pencalonan 'siBadut' tersebut. Biar diberitahu kepada mereka bahawa 'Badut2' yang ada tidak boleh dijualbeli & tak menggadaikan maruah & bangsa.
Warga UMNO Putrajaya kena berani mengatasi desakan2 tersebut kerana PUTRAJAYA adalah INDUK atau contoh bagi seluruh bahagian2 UMNO di negara ini, contoh jatidiri bangsa yang memperjuangkan kesucian maruah Melayu.
Bentayan
Sdr SUKJ,
Satu pandangan yang bernas.
Kita perlu mengingatkan diri sendiri mengenai waktu untuk mati. Mati adalah satu countdown kepada kehidupan kita.
Apabila sampai waktunya, pastikan segala yang ditinggalkan teratur dan tiada bermasalah. Janganlah kerana terlalu sangat hendak bergayut kepada jawatan, kita terlupa membenarkan orang lain mengambilalih teraju bahagian. Yang lebih malang ialah kita cuba menabur fitnah terhadap pesaing kita sehinggakan orang mula tidak percaya kepada kita. Salah siapa?
Sdr Hamid,
Kita perlu memilih pemimpin yang berwawasan dan tahu apa yang ingin dilakukan untuk ahli di peringkat Bahagian. Jangan biar ahli tertanya-tanya apakah kelebihan menjadi ahli UMNO terutama dalam membabitkan diri dalam aktiviti yang boleh memanfaatkan mereka. Jangan biarkan ahli terkontang-kanting dengan ketiadaan aktiviti yang berfaedah. Tanpa aktiviti buat apa hendak menyertai sesuatu persatuan atau parti. Buang masa saja.
Salam Perjuangan,
Menarik, itu shj yg terungkap di benak fikiran saya apabila ketua bahagian UMNO Putrajaya dicabar. Bukan calang2 orgnya Kunan ni... berjawatan besar dalam UMNO...
AFO... berlatar belakangkan bekas pegawai BTN, Bekas Pegawai Khas DS Ali Rustam (COO biro latihan UMNO M'sia), Bekas penerangan Bhgn, Bekas Jaw. Penaja UMNO Bahagian Putrajaya... iskh2 klu telek2 lah tipis untuk AFO menang ...
Kalau AFO minta pendapat "rakan" spt saya, saya akan memintanya bersabar 1 penggal shj lagi... tp mungkin rakan "rapat" AFO x sabar dah yelah makin season dan AFO percaya nasihat dan maklumat sahih rakan "rapat" nya tu dan terus je setuju nak lawan kunan....satu sahaja nak ingatkan AFO... jangan sokong membawa rebah sudah lah...
teringat Dr. Adham Baba... dia pergi lawan Halimah Saddiq... tgk apa jadi skrg Dr. Adham Baba langsung x berjawatan apa2 selepas election 2008... kenapa rakan "rapat" Dr. Adham ter-over confident... tu yg kata sokong membawa rebah... jangan AFO terjebak n terikut cerita Dr. Adham dah la...
Tp cerita pun tak guna... nasik dah tengah masak skrg ni... nak tgk AFO jadi nasik atau jadi bubur...
Tinjauan di peringkat cawangan menjangkakan AFO boleh lepas had pencalonan nak cabar Kunan... x ada masalah... dgr cerita kunan memang saja minta secara senyap pd org2nya di cawangan tertentu yg berpotensi calonkan AFO jgn lawan n berkeras setuju shj AFO dicalonkan. Nak buktikan yg Kunan adalah org yg terbuka dan menerima demokrasi dalam UMNO... nak bg contoh ke seluruh negara kata Kunan kan dia setiusaha UMNO skrg.
Analisis sokongan utk ketua bahagian 40% AFO dan 60% Kunan... analisis dan berita dari sayap pemuda dan puteri dijangka 80% memberikan sokongan pada Kunan. Sayap wanita pula 50/50 antara kunan dan AFO... dari cawangan pula 60 berpihak pada kunan... walau berlaku pertandingan seperti di sayap pemuda Zaki dicabar Faisal... Zaki yg mendapat back-up kunan dijangka menang mudah... sama juga di peringkat puteri yg mendapat naungan Kunan. di Sayap wanita shj AFO ada pengaruh sedikit kerana ada wanita yg tak puas hati dengan Kunan lantas menyokong kuat AFO... tapi itu kalau pemilihan ketua bahagian berlangsung 2-3 minggu lagilah...
Tempoh berkempen pjg lagi... macam-macam boleh berlaku... Duit, Wanita, Projek, Habuan, Janji Manis & Segala Keduniaan mungkin mempengaruhi keputusan akhir nanti... mungkin Kunan nak bg isentif macam dulu-dulu atau AFO menggunakan kepakaran, strategi dan nasihat "Rakan2" pakar politik dari seluruh Malaysia utk menggempur Putrajaya.
peluang masih terbuka...
Kunan terkenal dengan hipokrasi dan ahli politik yg sudah terbukti terlibat dengan skandal, mulut shj manis tindakan belum tentu lagi... yg kini sudah sampai ke penghujung kariernya.
Manakala AFO pemimpin muda yg berkarisma, berwawasan, masih "bersih" namun masih perlukan masa untuk membentuk kematangan terutama dalam mengenal intan mahupun kaca, mengenal rakan atau lawan... kebijaksanaan memelihara rangkaian agar tidak merasa tersisih...
Apapun selamat berjaya kepada kedua-dua calon ini... harap siapa pun menang di Putrajaya akhirnya tidak menyisihkan antara satu sama lain sebaliknya membawa pihak yg tewas agar sama-sama dapat menymbangkan bakti untuk Putrajaya...
Renung-renungkan selamat berjuang
Post a Comment