Wednesday, August 13, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (9)

Dalam pemerhatian saya, antara perkara yang akan dibangkitkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam RPK Permatang Pauh ini ialah:

1. Pertarungan moral DSAI
2. Pertahankan kebenaran kerajaan untuk berdepan dengan kepalsuan DSAI
3. Usaha menjadi Perdana Menteri menerusi taktik gangster
4. Perjuangan untuk bangsa bukan untuk kepentingan individu
5. Campurtangan Amerika Syarikat dalam kes liwat DSAI
6. Siapakah sebenarnya orang bernama Anwar Ibrahim
7. Permatang Pauh bukan kerusi Parlimen keluarga
8. Calon BN mewakili semua kaum dan bangsa
9. Calon BN akan meneruskan pembangunan di Permatang Pauh
10. Penghapusan tol di kawasan Permatang Pauh
11. Permainan politik parti dalam PR

BN sudah tentu akan menggunakan dua bekas kawan baik DSAI iaitu bekas Ketua Angkatan Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Noor, dan Datuk Nallakarupan untuk "menceritakan segala-galanya" mengenai pergerakan, perangai dan sikap DSAI.

Apakah BN akan menjanjikan calon mereka yang menang di Permatang Pauh akan dilantik menjadi Menteri kerana pengundi di kawasan itu sudah lama menanti untuk diwakili oleh seorang Menteri Kabinet sejak 1998?

25 comments:

apisfires said...

nampaknye tok ghimau suka sambal belacan...
hurm...
drama gaya rawna dah bermula...
ape laie beli popcorn dan tengok drama terhangat tahun ini....
kite tengok sape kutuk sape lagi teruk,...

Gurindam Jiwa said...

Banyaknya sambal belacan!

Kalau makan nasi, tak larat nak menambah dah ni ... ;-)

Quantum Metal Consultant said...

BN sebenarnya tidak perlu merangka terlalu banyak strategi terutama strategi yang mahu 'menelanjangkan' siapa Anwar kerana itu lebih kepada 'strategi makan tuan diri'.

Anwar tidak boleh diterlalu burukkan di kampung halamannya sendiri, simpati dan penerangan yang diharap, kebencian yang akan dapat.
Jika BN nampak terdesak dan melakukan taktik kotor, makin cepatlah BN hanyut..jangan sampai BN dimalukan..., hilang wang pertaruhan.

Memadailah kita belajar dari taktik Adnan di Pahang, beliau akan melawat secepat mungkin di mana sahaja kawasan yang Anuar telah kempen, Adnan akan hantar orangnya untuk meninjau apa yang Anwar cakapkan dan kemudian Adnan akan membilas semula persaolan itu dengan bijak, ertinya, rakyat akan cepat cepat diberi jawapan dan penjelasan atas apa jua yang Anwar momokkan.

BN perlu berhujah dan menjawab atas apa jua kempen Anwar, ertinya mematahkan setiap serangan Anwar. Ini pilihanaya kecil, masalah setempat perlu diberi perhatian.

Dalam bahang ini ada juga yang syorkan BN meletakkan calon wanita menentang Anwar dan menghantar hanya wanita dan puteri untuk petugas pilihanraya, Anwar akan kalah badi.

Jika calon lelaki atau petugas pemuda khususnya, itu memanglah 'kegemaran' Anwar..

ibrahim yahaya said...

Sdr Apisfires,

Dalam politik semua ada. Apatah lagi dalam pilihan raya kecil yang boleh menyaksikan lakonan dalam drama terbaik yang tidak pernah terfikir oleh pengundi.

Ada yang menuduh, ada yang menafikan. Ada yang mendakwa, ada yang membela. Ada membuat tohmahan tetapi ditapis dengan hujjah menyakinkan.

Rakyat perlu banyak bertanya dan menduga agar fikiran mereka lapang walaupun apa calon yang disokong. Mereka jangan terbabit dalam membuat fitnah dan tohmahan. Yang penting jangan undi mengikut nafsu, simpati dan saja-saja nak ikut orang. Kecundang.

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Sambal belacan tu adalah appetizer rakyat Malaysia. Ia bukan dimakan di peringkat awal malah sepanjang kita makan dengan main course.

Jadi kita akan menjadi gemuk jika makan terlalu banyak sambal yang mendorong makan terlalu banyak nasi.

Jika sudah berbuat demikian, yang terbaik ikut sikap ibu bapa kita dulu dengan mencangkul dan mencari kayu api untuk mengeluarkan peluh. Jika sekarang mungkin elok naik turun tangga flat atau kondo. Tidakkan pun pusing taman perumahan empat kali.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Ada masa tidak payah memburuk-burukkan lagi kerana sudah buruk. Umpamanya, durian buruk takyah kata, "apalah durian buruk ini". Cukup dengan membuangkannya ke dalam bakul sampah. Tetapi kena cermat mengendalikan perkara yang buruk takut melekat air busuknya di tangan.

Jiwa Merdeka said...

Salam,

Saya tak mahu komen banyak. Saya harap pemuda UMNO jangan tunjuk perangai samseng seperti dalam pilihan raya kecil Ijok, sudahlah.

Walau apapun yang dikempenkan oleh BN, saya kira pihak yang bersimpati terhadap Anwar mungkin tetap ramai, sebab Anwar ialah orang yang "dizalimi" dan mangsa konspirasi.

MAWAR BERDURI said...

Ntah Sapa yang jadi samseng masa di Ijok??? tapi di permatang pauh la ni, samseng pkr yang bermaharajalela. Tak Paham kenapa org ckp anwar dizalimi? Anuar mana ya? ntah2 anwar yang tinggal di kg si pinang 3. hehe

daddy-wafiah said...

Saya pun tak faham sesetengah orang kita ni, tak nampak atau pura2 buat rabun.Takkan kita nak biarkan orang yang tidak layak nak jadi pemimpin atau PM nanti, moral penting untuk dinilai.
Mana boleh kita biarkan orang barat campur tangan hal negara kita.Apa kelas main pintu belakang nak jadi PM dan tubuhkan kerajaan dengan terburu2,nampak sangat ada agenda yang tersembunyi, mendapat support dari Yahudi Laknatullah plak tu!!!
Apa yang penting semasa kempen di Permatang Pauh nanti,apa saja yang dikatakan DSAI, balas balik dengan hujah yang bernas dari rumah ke rumah.Tunjukkan siapa yang benar...
BERANI KERANA BENAR

Anonymous said...

Tidak pasti datuk BN akan janjikan calon mereka menang di permatang pauh akan dilantik menjadi PM nanti, mungkin ada relevannya disitu, ataupun sekadar penguat semangat kepada calon mereka untuk menang kerusi tersebut. Namun calon BN yang menang menentang ANWAR pada pilihanraya nanti mungkin akan diberi penghargaan dan pengiktirafan oleh pihak parti dan rakyat yang secara keseluruhannya membenci ANWAR.

Anonymous said...

Salam Dato'...
Bagi saya gempur tetap gempur. Tak kira apa jua isu yang nak dibangkitkan. BN harus bangkit menentang habis-habisan. Orang macam Anwar tak layak untuk menang dan jadi pemimpin.

Asmara Dhana,
Bukan si samseng Anwar yang dizalimi, sebenarnya Pak Lah yang dizalimi oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Kalau PAS berkempen kat PP, agaknya isu apa dia nak bawa?

Kalau DAP berkempen kat PP, agaknya isu apa dia nak bawa?

Kalau semuanya bersatu, berkempen untuk menjahanamkan MELAYU dan menyokong PKR supaya UITM dibuka kepada semua kaum, memberi kuota lebih pada bukan Melayu dalam jawatan kerajaan dan membina lebih banyak rumah berhala HINDU, itu kiranya PERJUANGAN BERSAMA.

Tapi abe MIE hairan ada manusia menganggap Tugu Peringatan sebagai berhala sedangkan Kat Terengganu masa PAS memerintan, patung penyu digandi dengan PATUNG MAT REMPIT BERWAJAH HADHI dikira tak apa.

abe MIE ada cerita tentang KEKECEWAAN PAS dengan PR yang semakin hari semakin terkoyak.

Anonymous said...

saya mewakili penduduk permatang pauh akan memastikan setiap undi kami hanya untuk DSAI.Pengampu UMNO tiada dalam kamus hidup kami.

kanu07 said...

Kita tengokla siapa pejuang sebenar. Kita akan tahu juga tu kelak.

kanu07 said...

Ni la manusia ni macam-macam ragam

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Alhamdulilah saya telah selesai segala kerja saya dan tidak sabar-sabar untuk menulis didilam dunia tiger...harap diy masih mengingati saya....
Dato,permatang pauh bukan setakat pilihanraya tetapi pada hemat saya merupakan satu medan mengukur prestasi dan kekuatan parti samaada BN atau parti lawan.Dato,Amat penting bagi BN melihat apakah penduduk dipermatang pauh masih mahukan parti lawan yang pastinya akan meletakkan Ds Anwar sebagai pilihan mereka atau memilih sebaliknya dengan pelbagai fenomena yang berlaku selepas pru 12 yang lepas.Saya sekali lagi menegaskan bahawa BN perlu meletakan calon yang terbaik dari kalangan anak tempatan dalam usaha menyaingi populariti Ds Anwar.BN juga perlu sedikit sebanyak mengunnakan kelainan dan perubahan didalam kempen-kempen mereka supaya maksud dan setiap mesej itu sampai kepada pengundi yang tepat.Selepas Pendang 2002, saya dapat merasakan inilah "by-election" yang menarik diutara tanahair.Dato,teruskan lagi dengan ruangan sambal belacan permatang pauh....(nokia e90)

Unknown said...

salam Dato

sama2 la kita renungkan apa yg dinyanyikan oleh M.NASIR

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu.

P/s...nasi kandaq sama cendol penang ada baguih ka....

carcoon

Anggun Menawan said...

ahahaha...siapa zalimi anwar?..anwar yang minta dihukum dan minta dizalimi suka2 meliwat org, liwat dtg opis sekali skala boleh ba.. tp liwat org ndak boleh ba...Allah marah!..

Anonymous said...

Anwar dok sibuk promote "Dari Permatang Pauh ke Putrajaya"... Anwar ni berangan nak jadi PM.. Padahal, kalau beliau menang pun bukannya boleh jadi PM terus. Habvis-habis pun dapat masuk Parlimen je. Itupun hanya gantikan tempat isterinya...

aimdaim said...

Tok Ghimau,

Saya dapat maklumat tadi dari rakan di PP, katanya orang2 luar yang berkempen ke sana jgn bawa kereta plet luar nanti samseng2 akan punahkan. Kena sewa keta plet Penang. Tak tau lah pulak klu taukeh2 keta sewa buat propaganda.

Jadi ambil perhatian kepada yang nak pergi berkempen atau meninjau, tak pasal-pasal dpat bala.

puchong mari....

mat_terab said...

ada lagi..
kerajaan tidak akan menaikan harga minyak (lepas tu minyak naik juga..)....
Melayu akan merempat di bawah pakatan rakyat(walhal 50 tahun BN memerintah melayu terus merempat juga).....
kerajaan akan mengurankan kadar imflasi....
kerajaan akan membangunkan pulau pinang melalui Koridor wilayah utara (Dalam masa yang sama projek monorel di hentikan, dan banyak lagi projek di hentikan).......
dan banyak lagi isu lain.....

Anonymous said...

Ha ha ha...masih ada rupa pencacai UMNO/BN kat sini.

Apa yg pasti rakyat dah nampak sangat sangat kejahatan dan kedajalan majoriti orang UMNO/BN.

Boleh bilang yg baik tu dan biasanya yg baik akan diketepikan. Yg berwang, berharta, berpangkat itulah pilihan UMNO/BN.

Duku...kini...selamanya tobat dah tak sokong UMNO/BN

JinGala

hasipin66 said...

Jentera BN mesti mantap untuk bertarung dengan Pakatan Rakyat pada pilihanraya 26ogos08.Alang-alang menawan Permatang Pauh,biar tawan jadi kawan.

Anonymous said...

BN tetap menang di Permatang Pauh

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

MENTERI PENERANGAN KATA JANGAN TAKUT KEPADA HANTU. AYAH DIA PESAN. SEBAB TU KALAU ADA HANTU DIA PERGI DAN PASTIKAN BENDA TU BUKAN HANTU. BEGITU JUGALAH PERMATANG PAUH TU DIKATAKAN BERHANTU. DAN DSAI TU AURANYA MACAM HANTU. ORANG TAKUT NAK LAWAN. TAPI TOK SHABERY DAK LAWAN BERDEBAT. BETULKAH DSAI AURANYA DITAKUTI? MARI KITA TELANJANGKAN HANTUNYA DAN ILUSSI KOSONGNYA....