Friday, August 8, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (4)


(DIY membuat tinjauan di PP pada PRU12)

P.044 PERMATANG PAUH

Jumlah pengundi - 58,449
Keluar mengundi - 47,442 (81.17 peratus)
Undi Rosak - 110

Melayu - 68.5 peratus
Cina - 24.79 peratus
India - 6.3 peratus
Lain - 0.41 peratus

1. Datuk Pirdaus Ismail (BN) - 16,950
2. Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR) - 30,338
Majoriti - 13,388 (2008) Majoriti - 590 (2004)

Saya pernah menulis mengenai Datuk Pirdaus Ismail pada 5 Mac 2008.

Salah satu faktor yang menyebabkan Datuk Pirdaus kalah pada PRU12 ialah kerana parti pembangkang terutamanya DAP yang memainkan sentimen agama dan perkauman sempit di kalangan pengundi bukan Melayu.

Ejet kenit memberitahu saya, antara perkara yang ditimbulkan ialah "Mengapa pengundi Permatang Pauh diwakili oleh seorang imam?".

Ini seumpama kita bercakap dengan orang Melayu atau Islam bahawa seorang sami mahu bertanding di situ dengan mengemukakan persoalan , "Mengapa pengundi Permatang Pauh diwakili oleh seorang sami?".

Taktik sebegini sudah tentu menyebabkan pengundi bukan Melayu menolak Datuk Pirdaus sedangkan semua orang tahu bahawa seorang yang mempunyai pegangan agama sudah tentu seorang manusia yang baik dan rasional.

Namun, mereka tetap berusaha memburuk-burukkan imej Datuk Pirdaus dengan memaparkan beberapa tindakannya termasuk apa yang dikatakan "menendang kotak undi" setelah beliau gagal dengan majoriti kecil pada PRU 2004.

Penyebaran maklumat itu dibuat dalam bentuk risalah atau pun kain rentang di merata tempat di PP termasuk menggunakan pantun.

Apakah kali ini, UMNO memilih Datuk Pirdaus?

6 comments:

Aspirasi said...

Assalamualaikum

Saya rasa tak perlulah lagi Dato' Firdaus bertanding.

Dia tu dah expired! Cukuplah 2 kali dah kalah..

Carilah orang lain....

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAKATAN Rakyat kata mereka mewakili pelbagai kaum dan tidak melibatkan parti kaum. tapi dalam pilihanraya mereka lah memainkan kaum... politik gitu lah gamaknya.

kalau firdaus kalah di PP, apa kata dia lawan Azmin Ali? Apa pula katanya? Nak Sekular ke atau Tok guru?

pasal PP, pertandingan agak sengit. Kalah Mati, atau Kalah malu.atau menang malu (anwar menang majoriti kecil)...dan kalau tak malu.

Datuk tiger jangan lupa siarkan isu semasa PP sebab saya dan ramai pembaca tidak boleh ke sana pasal kerja. ada gambar-gambar menarik dan terkejut beruk...kasilah. kita lihat semua

painah said...

" ........ pengundi bukan Melayu menolak Datuk Pirdaus sedangkan semua orang tahu bahawa seorang yang mempunyai pegangan agama sudah tentu seorang manusia yang baik dan rasional"

********

betul ker ni. Ada tulis ker dalam Quran atau hadis bab nih. Berapa banyak pulak pak imam yang kantoi bila berhadapan ngan nafsu (jgn baca nafsu hanya pada sex saja)

Kawan aku citer ... sorang tok kadi terang2 tanpa malu dan segan terima rasuah (bkn upah nikah)depan mata dia sedangkan tok kadi tu sorang ustaz dan dilantik oleh kerajaan.

Dan si Pirdaus tu "menendang kotak undi" adakah lambang" seorang yang mempunyai pegangan agama sudah tentu seorang manusia yang baik dan rasional?"

Mengaji org dulu2 tak sama ngan org skrng. Dulu mengaji kerana mencari redha Allah dan kalu ditawar jawatan pung menolak kerana merasa ramai lagi yg lebih pandai.

Tapi ngaji la ni ... sebab nak dapat kerja. Ada target. Kalu jadi imam 1, kerajaan bagi perdana v6 siap drebar lagi.

Dalam bab agama ni ... jangan cerita bab ikhlas tetapi nawaitu pada peringkat awal itu yg dikira Allah.

Kan jauh beza tuh.

Anonymous said...

merujuk kepada painah..
orang kuat sembahyang pun kalau dah masuk politik hancuslah jawabnya....sama kes la dengan pirdaus hancit ni...masuk bn plak tu, lagi haru! pirdaus nak lawan anwar? hahahaha...cap ayam, gerenti kena libas punya. DIY pun boleh pegi tolong kempen kalau sudi...

Anonymous said...

Abis tu yang tok2 iman dan kononnya ulamak masuk pas tu nak panggil ape ek Puan Rafa....??

bungaraya said...

Komen Painah tu terlalu keterlaluan. Apa yang dimaksudkannya 'baik' tu. Seorang Imam kena duduk dalam masjid saja kah? Atau duduk dalam gua menunggu kematian?. Jangan terlalu beku otak tu. Saya minta Datuk Firdaus teruslah menjadi pemimpin UMNO kerana kita sangat memerlukan golongan bijak pandai ugama dalam UMNO. Org macam Datuk Firdaus ni boleh memberi nasihat berguna kepada pemimpin kita yang kurang bijaksana agama tetapi memiliki kebolehan dalam bidang yang lain. Jangan kita menghina pemimpin spt Dt Firdaus ni. Kalau marah sangat awaklah Painah mengganti tempat Dt Firdaus. Macam pandai sangat. Ini tentu tak belajar sejarah melayu ni.