Friday, August 8, 2008

ZAHID MAHU PERKUKUHKAN PARTI

Zahid Hamidi bukan satu nama asing dalam politik negara ini. Perjalanan politiknya berwarna warni, adakalanya naik dan ada masanya terpaksa diturunkan. Dipaksa meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Hakikatnya, semua ahli UMNO mengetahui dan menyedari bahawa pemimpin yang lahir daripada kilang Pemuda UMNO akan ditolak ke atas kerana telah menunjukkan ciri-ciri kepemimpinan yang tahan menghadapi cabaran dan dugaan.

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang tidak pernah menyerah kalah.

Bagi anak watan Bagan Datoh, Perak ini, jatuh bukan bermakna terus tertiarap tetapi mengumpulkan kekuatan untuk terus berdiri memperjuangkan Alif Ba dan Ta.

Doa daripada ayahnya yang amat berbangga dan merestui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri selepas PRU12 lalu, yang ditugaskan menjaga bidang agama, pasti membawa seribu rahmat kepada perjalanan politiknya.

Bagi ayah, menjaga kepentingan agama adalah satu amanah dan tanggungjawab penting untuk dipikul oleh anaknya. Kejayaan adalah rahmat. Inilah ujian dan tangga pertama bagi pemimpin pelapis ini menuju ke puncak hiraki kepemimpinan UMNO.

Berikut kenyataan media oleh Dr Ahmad Zahid yang dipetik daripada blog Lokman Hamidi, mengenai hasratnya menawarkan diri untuk bertanding Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini. Kenyataan media ini dihantar oleh beliau sendiri melalui SMS.

1. Setelah diambilkira pendapat, pandangan & sokongan di kalangan kawan-kawan, saya menawarkan diri sebagai Naib Presiden UMNO.
2. Mereka menyeru saya mencuba nasib bagi jawatan berkenaan. Selebihnya saya serahkan kepada keadaan, perwakilan dan takdir untuk menentukan.
3. Saya menghormati Naib-Naib Presiden yang sedia ada, namun mungkin masih ada sedikit ruang kosong untuk calon baru seperti saya bagi turut menyumbang bakti serta membariskan diri dalam kepimpinan UMNO di lapisan ketiga.
4. Semoga dengan pengumuman ini akan bernoktahlah keresahan kawan-kawan yang meminta saya mengesahkan untuk pencalonan Naib Presiden.
5. Mudah-mudahan saya akan diberi kesempatan untuk terus memperkukuhkan parti bersama-sama dengan Presiden dan Timbalan Presiden serta syaf kepimpinan yang lain dalam pemilihan 16 Disember nanti.
Drp : Zahid Hamidi

7 comments:

Anonymous said...

Bila sesuatu perkara terlalu banyak diperbincangkan, maka ia menjadi tidak menarik. Agenda politik dan pilihan raya kecil telah menjadi tidak menarik, Yang menarik kini (kerana melibatkan semua lapisan masyarakat)apabila harga minyak dunia telah ditutup rendah dan semua bursa dunia telah melonjak. Dipercayai speculator telah mengunakan keuntungan harga minyak kepada lonjakan bursa dunia. Harga minyak diramal berada ditahap lega USD98 ~ USD100 setong. Theory buble economic 1997 mengulangi setiap 10 tahun -JantanGiler
http://oil-price.net/dashboard.php?lang=en

Quantum Metal Consultant said...

Zaid Hamidi melangkah terlalu awal untuk Naib Presiden tetapi lebih kepada 'testing' untuk dirinya termasuk senarai pencalonan.

Jika berjaya dicalonkan, itupun sudah dikira 'menang' dan jia bertanding, Zahid dikira mampu membuat kejutan.

Johari juga mengenal Macknikam.

daddy-wafiah said...

Saya amat tertarik dengan sms yang Datuk Zahid Hamidi hantar sendiri.Menunjukkan beliau bukanlah seorang yang tamakkan kedudukan dan ingin merebut jawatan dengan orang yang lebih senior dari beliau. Selama beliau menjawat jawatan yang disandang sebelum ini baik dalam kementerian ataupun parti, beliau telah melaksanakan semua tugasnya dengan cemerlang.Komitmen yang ditunjukkan oleh beliau boleh menjadi contoh bagi pemuda pemudi untuk terus bangun membantu dan mengekalkan kerajaan yang sedia ada demi menjadikan negara Malaysia ini cemerlang,gemilang dan terbilang di mata dunia.

Anonymous said...

saya tabik hormat kepada Datuk Zahid Hamidi.setakat ni beliau dapat memberikan komitmen yang cemerlang.tiada kontroversi setakat ini.harap beliau dapat berkhidmat lama untuk negara dan masyarakat.

Tinta Biru said...

Salam Datuk.
rasanya tidak salah kalau "ada sedikit ruang kosong untuk calon baru seperti Datuk Dr. Zahid Hamidi bagi turut menyumbang bakti serta membariskan diri dalam kepimpinan UMNO di lapisan ketiga" kalau itu mampu memperkukuhkan parti mengapa tidak diberi peluang?

Anonymous said...

Hari ini di dalam Utusan Malaysia ada keluar berita mengenai kes saman malu terhadap Datuk Zahid Hamidi oleh Amir Bazli Abdullah,seorang usahawan,kerana mendakwa dikasari dalam satu kejadian 2 tahun lalu.

Datuk Zahid Hamidi menegaskan kejadian tersebut tidak penah berlaku dan sengaja direka oleh Amir Bazli Abdullah.

Datuk Zahid Hamidi telah membuat permohonan pembatalan saman malu terhadap beliau dan keputusan permohonan tersebut ditetapkan pada 30 oktober depan.

Anonymous said...

dato,
saya baru saja melayari sebuah blog.ada artikel mengenai dato Zahid Hamidi dan ada juga yang didakwa video yang agak porno(menampakkan buah dada) anak kepada Dato Zahid Hamidi.

betul atau tak itu anak beliau?saya sendiri pon tak tahu.tapi bolehlah check di blog tersebut.urlnya ada dibawah.

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2008/08/kawan-yang-suruh-zahid.html