Apakah isu yang akan dimainkan oleh PKR dan DSAI pada PRK Permatang Pauh ini?
1. Kelemahan pentadbiran kerajaan sekarang.
2. Pembentukan kerajaan pada September ini.
3. Konspirasi politik.
4. Saya tidak pernah meliwat Saiful. Akuan bersumpah Dr Osman boleh dijadikan bukti.
5. Mengapa saya dituduh jika liwat itu membabitkan dua orang suka sama suka.
6. Kes Altantuya.
7. Kenaikan harga minyak.
8. PP kubu kuat PKR dan perlu dipertahankan.
9. Muzakarah UMNO dan PAS.
Tuesday, August 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Salam,
Sebahagian daripada isu itu adalah isu nasional atau boleh dijadukan isu nasional. Jadi memang wajar dimainkan oleh Anwar/PKR.
Sebahagian isu yang kelihatan yang sebagai isu peribadi pula (misalnya isu no. 3, 4, 5 pula) boleh dimainkan untuk menarik simpati dan bagi Anwar untuk menegakkan kebenaran.
Apa maksud sambal belacan Permatang Pauh?
tertarik untuk mengutarakan pandangan berhubung isu yang di mainkan di permatang pauh. khususnya isu 4 & 5. tersenyum depan laptop tak henti2, apasal suruh dr. osman plak yang angkat sumpah hehheeee..isu ke 5 jadi benarlah isu limat ni, cuma hujahnya atas dasar suka sama suka..wah? tetap juga luar tabei. mana bleh ada pemimpin meyokong perbuatan2 sebegini. tidak patut!
Sdr Nadzri,
Kena baca sambal belacan permatang pauh 1. Ada penjelasannya. Pedas dan sedap.
Salam Tok Rimau,
Semua isu-isu itu sudah pasti akan di pacu deras oleh sdr.DSAI untuk pancing undi. Tetapi, apakah rakyat masih menerima omongan kosong itu sedangkan dalam realitinya mereka nampak keadaan sebenarnya..., rakyat Sabah pernah habis mabuk oleh janji terang bulan DSAI masa dalam PIRU ke-12 yang lalu,tetapi mereka lebih bijak dari DSAI dengan tidak termakan umpan yang di tabur oleh PKR di Sabah. Kini, apakah rakyat Permatang Pauh akan menunjukkan kebijakan mereka lebih dari rakyat Sabah atau mereka akan pangkah saja dengan menutup mata, telinga dan akal sihat mereka....kita sama-samalah tunggu dan lihat.
Cadangan terakhir saya...calon untuk bertanding di Permatang Pauh, tidak lain dan tidak bukan...TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD, itupun kalo dia really got the `ball' to do it.... just do it sir.
make the country proud.....
Salam Datuk,
Dah tau dah semua isu ini akan dimainkan oleh PKR menjelang Pilihanraya dipermatang pauh,tetapi sejauh mana kebenaranya hanya PKR yang tahu. Justeru itu semua pihak yang terlibat dalam berkempen di permatang pauh kenalah bawa senjata perang untuk menangkis setiap isu yang timbul.Kalau setakat datang lenggang mak minah jawabnya BN akan kecundang. Tapi kalau datang dengan senjata perang jawabnya kecundanglah PKR dibumi sendiri.Lawan jangan tak lawan.
Kepetahan dan kepandaian serta keputarbelitan Anwar, mampu mengolah 9 isu tersebut menjadi seperti 1001 isu dengan gaya bahasa yang ala-ala indon lantas mencairkan pendengar-pendengar ceramah beliau. Siapa tak kenal Anwar, kuat putar belit dan pandai meng'ayat'. Sebab itulah Saiful boleh cair dengan beliau.. Apa la akan jadi pada Malaysia jika Anwar ni memerintah?... Maunya hancur kot...
betul tu datuk. Setuju sangat. Pasal isu no.4 itu, patut bagi DSAI yang buat akuan bersumpah. Ni suruh orang lain pulak yang buat. Kalau ikat jamin rm20,000 pun boleh bayar, setakat rm4 untuk surat akuan bersumpah apala sangat.
Barisan isu-isu panas yang bakal dibentangkan oleh kedua-dua pihak.
Kita tengok siapa yang lebih bernas hujah-hujahnya.
Rakyat, terutama sekali pengundi-pengundi Permatang Pauh dapat menjadikan ini sebagai satu platform untuk meneliti calon-calon yang bertanding.
Jangan terpengaruh dengan isu-isu populist sudah.
Apa? Nak suruh Anwar bersumpah? Sampai ke mati la beliau takkan bersumpah... Banyak sangat putar belit... Setakat 9 isu sebagai modal ni, senang sangat bagi Anwar nak goreng...
Berani tak DSAI mainkan isu nak hapuskan DEB nanti.
Tak lupa juga 'Masuk Islam' yang penceramahnya Bar Council
Mana pergi Johnlabu yek....
puchong mari
Assalamualakum....Dato...
Pada pendapat saya ada baiknya BN ikut saja pandangan Dato Anuar Musa supaya tidak payah bertanding di permatang pauh....
Duit pun jimat....duit tu nanti boleh la digunakan untuk melobi jawatan ketua bahagian ka...apa-apa ka....
Apa salahnya bagi saja Anuar Ibrahim menang percuma lagipulak Anuar Ibrahim orang melayu, islam kita tak perlulah nak berkira sangat.....lagipun Anuar Ibrahim tak ada apa-apa jawatan apa salahnya bagi saja jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh tu kat dia.......BN tak rugi apa-apa kerana sebelum ni pun Parlimen Permatang Pauh di pegang Oleh Wan Azizah dari PKR juga.....
Post a Comment