Wednesday, August 6, 2008

PASAR BERGERAK DI HADAPAN RUMAH

Sebentar lagi, saya hendak terbang ke suatu tempat. Jadi pagi ini, saya berehatlah di taman kecil di laman rumah menghadap pokok mangga yang sedang berbuah.

Tiba-tiba saya dikejutkan oleh van yang membunyikan honnya begitu kuat beberapa kali. Oh van sayur rupanya.

Tetapi yang tidak sedap, van itu berhenti betul-betul di lorong di hadapan rumah saya. Maka berpusu-pusulah surirumah datang membeli ikan dan sayur. Ada jual daging haram ke? Jika ada jangan bersepah-sepah sebab tidak elok.

Yang peliknya bagaimana pasar bergerak ini dibenarkan berniaga di taman perumahan. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tolonglah tengok sikit van sayur bergerak ini.

Ketika duduk di Seksyen 19 ada penjual daging haram menggunakan motosikal sering berhenti di sebelah rumah saya. Ketika itu, jiran saya sedang mengandung. Mengidam kot.

Hampir setiap pagi, penjual itu berada di sebelah rumah saya. Yang tidak sedap, di situlah dipotong daging berkenaan. Adakalanya pisau terkena tulang. Aduhh peningnya.

Nasib baik, rezeki bertambah terus pindah.

2 comments:

MR. said...

tak pe la datuk ... orang nak mencari rezeki ... datuk takpe la dah kaya ...

kalau datuk ikhlas benarkan van tu berniaga depan rumah kan dapat pahala ... lagi pun bukannya lama ... sekali orang serbu, 10-15 minit selesai la ...

kadang², hati kita ni kene la jugak dalami perasaan org susah ...

saya kalo tgk orang berniaga kecil²an ni, dapat pulak yg berniaga tu ibu tunggal dengan terpaksa bawak anak² sekali, sayu hati melihatnya ... nak tak nak, beli la juga sikit utk menolong org susah ...

takkan org yg dah kaya macam Kak Katty jer Datuk nak tolong gi makan kat kedai dia!

ibrahim yahaya said...

Sdr MR.

Mengapa saya terasa panas ni?

Ok..ok..lah. Saya faham.

Kalau hendak berniaga tu boleh, cuma mestilah memastikan ia bersih dan tidak bising macam pasar. Jangan pula ada air ikan atau ikan daging yang tertinggal di situ. Pasti akan berbau yang tidak menyenangkan. Yang akan menghadapinya bukan orang lain tetapi saya. Cakap senang le.

Tetapi, sebenarnya banyak tempat kosong di hujung baris rumah saya untuk van itu berhenti dan berniaga. Strategik juga tu. Bukanlah jauh sangat untuk surirumah berjalan. Boleh eksais sikit.

Tauke tu berkahwin daah. Ada suami yang ikut.

Bezanya Khaty, dia buka kedai makan tetapi yang ni pasar bergerak. Van ini memberi saingan kepada banyak kedai jual buah dan sayur di taman perumahan itu. Nak cari makan tu boleh, tetapi pastikan bersih dan ikut peraturanlah. Itu je.