Sejak 1982, hanya satu DUN dalam kawasan Parlimen PP iaitu N10 Seberang Jaya didapati tidak mudah ditembusi parti pembangkang. Ia dikuasai oleh BN sehingga sekarang.
Dua lagi kawasan DUN yang lain ialah N11 Permatang Pasir dan N12 Penanti didapati mudah ditembusi oleh parti-parti pembangkang.
DUN Permatang Pasir juga menjadi kubu PAS sejak 1995, malah calon PAS mencapai kemenangan pada PRU 2004 dan 2008.
Faktor kemunculan Perdana Menteri baru pada PRU 2004 tidak dapat "mengubah" sebahagian besar pengundi yang memberi sokongan kepada PAS di kawasan itu. Apakah mereka tidak tertarik kepada pemimpin UMNO yang berlatarbelakangkan agama?
Pilihan raya kecil kali ini, adakah penyokong PAS lari memangkah BN? Adakah kenyataan pemimpin PAS yang menyatakan orang Melayu sudah meragui peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kelebihan kepada BN? Adakah orang PAS tidak kisah dengan isu dakwaan liwat?
Bagi DUN Penanti, yang dimenangi oleh Ketua Bahagian UMNO dengan majoriti 667 undi pada PRU 2004 jatuh ke kerusi PKR pada PRU 2008. Adakah ahli UMNO mengundi PKR pada PRU lalu?
Wednesday, August 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Saudara Dato,
Piliharaya kecil Permatang Pauh nanti insyaAllah akan menyaksikan pertarungan yang sengit antara BN dan Pembangkang.Dato,saya sering terfikir "pakatan Pembangkang" ini adakah pakatan yang rasmi? seperti Barisan Nasional yang mana kita tahu parti ini telah bersepakat sejak tahun 50an lagi dan di tambah lagi dengan beberapa komponen parti selepas itu.Saya menjadi hairan apabila kita melihat sebelum musim pilihanraya hanya 2 bendera pembangkang sahaja yang kita nampak diusung kehulur kehilir iaitu Bendera bulan purnama" dan "Bulat sabit terbalik" tidak nampak pulak bendera "roket" bersama tetapi menjelang pilihanraya Ketiga-tiga lambang ada bersama.Hati kecil saya berkata..'mungkin roket belum sampai ke bumi"..
Sdr Ibrahim.
Mungkin benar juga apa yg diomongkan olh anwar dlm vcd yg diambil sempena ceramahnya di pp. Dia berkata bahawa faktor kemenangan isterinya yg lalu bukannya bergantung kpd pkr sahaja tetapi ramai ahli2 umno yg turut mengundi. Kalau BN nak menang, pilihlah calon yg sesuai. Datuk Pirdaus, dah sah2 kena tolak. Ezam, tak tahu lagi lah........
Bercakap tentang sambal belacan, teringat satu kawasan pengeluaran belacan yang terkenal di daerah Klang suatu ketika dulu. Saya kurang pasti Sementa masih mengeluarkan belacan. Istimewanya kawasan pengeluaran belacan ini, ialah ia adalah satu2nya kawasan yang dimenangi oleh BN dari 3 + 1/2 kawasan parlimen dan hampir 11 kawasan DUN dalam daerah Klang.
Assalamualaikum...
Berlatarbelakangkan agama saja tidak cukup. Seorang pemimpin yang disebut "Perdana Menteri" mestilah bijak, cerdik, pandai, berpengetahuan serta berkebolehan dan beragama.
Bukan bodoh tapi nak "Cemerlang","Gemilang" dan ada hati nak jadi yang "Terbilang".
Contoh kebodohannya:
Semua cerdik pandai sedar dan tahu kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia baru2 ini disebabkan oleh specalutor2 yang mahu mengaut keuntungan dan bersifat sementara TAPI mamat bodoh ni melatah tanpa berfikir terus naikkan harga minyak sehingga 40%. Akibatnya harga barangan lain turut melambung naik. Kalau diturunkan harga minyak sekalipun belum tentu harga barangan lain akan turun.
Mamat ni dah jadi liability pada Malaysia dan rakyat Malaysia. Sebagai ahli UMNOs,saya tak akan terkejut kalau undi di Permatang Pauh nanti BN hilang wang pertaruhan.
Kita adalah pengundi dan kita selalu merasakan kita bijak, begitu jugalah dengan pengundi di Permatang Pauh.
Dengan mereka kita berkongsi rasa, meletakkan tanggungjawab bagi pihak rakyat secara amnya dalam situasi terkini, Ogos 2008 untuk menentukan pilihan rakyat. Citarasa kali ini mungkin agak berbeza dengan PRU12...semakin berselera atau bernafsu melepaskan perasaan..
Dalam sudut yang berbeza, apakah keutamaan pengundi Permatang Pauh, parti atau individu yang bertanding..
Jika saya, saya akan memilih individu, kerana dia yang akan bersusah payah atau bersenang bersama rakyat di kawasan tersebut...ada betul ka..
Datuk, kalau ada ahli UMNO mengundi PKR pada PRU lalu, mereka semuanya sepatutnya dilabelkan sebagai pembelot parti.
Penyokong PAS mungkin tidak akan memangkah BN, walhal dalam media pihak mereka tidak akan mengadakan rundingan dengn BN lagi disebabkan oleh desakan rakan DAP dan PKR terhadap parti mereka.
Namun demi kepentingan parti politik mereka, mereka kemungkinan besar akan mengundi PKR. Kalau tidak DAP dan PKR akan label mereka pembelot di dalam pakatan, meskipun mereka sudah meragui peribadi DSAI.
Dato,
Yang masih segar dalam ingatan saya nama Dr Raden Amin Raden Hadi Munir, bekas ADUN Seberang Jaya berasal dari Bagan Datoh.
Beliau menjadi satu-satunya ADUN di Permatang Pauh daripada BN yang memenangi kawasan itu ketika kemelut berkaitan DSAI mula melanda.
Dr Raden menggunakan vannya (klinik bergerak) menyelusuri kampung-kampung untuk memberikan rawatan percuma kepada penduduk.
Dulu ada TV3 siarkan bagaimana seorang pengusaha belacan berketurunan Cina memproses belacannya sampai berulat ( pembantunya orang Bangla) di sebuah ladang terpencil dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.
Elok juga kita berhati hati memilih sambal belacan di Permatang Pauh, takut terkena yang berulat dan beracun..
Post a Comment