Wednesday, August 27, 2008

DSAI ANGKAT SUMPAH ESOK

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, esok.

Menurut news alert AgendaNews, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mengumumkan perkara itu hari ini.

16 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.

Anonymous said...

Baguslah Anwar menang.

Baguslah dia masuk parlimen.

Lepas ni lagi banyak perkara yang dia kena jawab.

Silap2 dibogelkan.

Kita saksikan.....

MM

Anonymous said...

Angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat nak pula? Ingatkan apa-apa yang berkaitan dengan sumpah, beliau tak nak buat... Ada sesiapa yang boleh bagi pendapat atau quote dari mana-mana berkenaan angkat sumpah yang diamalkan dalam negara kita ni, mengikut ajaran Islam atau tak? Just nak taulah. Iyelah, sebelum ni duk kata sangat bersumpah tak de dalam Islam..

Unknown said...

Mungkin harapan untuk melihat media perdana lebih adil, telus dan bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan maklumat tidak akan tercapai selagi UMNO/BN tidak mahu berubah.

Dato' Tiger sendiri masih dalam media kerajaan (baca UMNO/BN) yang terus memperbodohkan pemikiran rakyat dan terlalu melekakan dengan hiburan melulu. Propaganda terlampau dan memburuk/menfitnah pemimpin pembangkang terlampau menjadikan kredibiliti hancus, sehingga kalau benarlah berita yang dibawa, orang sudah tidak percaya lagi.

Mungkin saya tidak tepat kerana sudah 10 tahun tidak menonton TV Msia yang kesemuanya sama ada dipunyai secara langsung atau tidak langsung dipunyai kroni UMNO/BN.

Pembangkang mempunyai kelemahan, itu memang benar, tetapi rakyat sudah muak, jelak, menyampah, benci, dengan kepimpinan UMNO/BN sekarang, jadi apa pilihan yang ada?

Meneruskan penyelewengan, rasuah, pembaziran yang menjadi jenama UMNO/BN?

Membangkang UMNO/BN bukan bererti anti-negara, malah patriotik dalam menegakkan kebenaran.

Atau mencuba nasib dibawah kepimpinan baru untuk membawa sinar baru sebuah negara tercinta.

Kalau ada perubahan dalam kepimpinan, ramai eksptariat yang mahu pulang berbakti di tanahair sendiri.....UMNO/BN mesti berubah 100% bermula dari atas!

Anonymous said...

haaa...ini adalah sumpah yang memang perlu dilalukan dan tiada sapa boleh menafikannya.

satu cabaran dah lepas.ada lagi beberapa cabaran untuk Anwar tempuhi.

mampukah Anwar berjaya mengharungi semua cabaran tersebut?

amirul said...

Salam Tok Tiger,

Bertambah kecoh le parlimen nanti Tok? Nanti ntah kemana plak lencongnya perbahasan mereka2 yang diplih untuk membahas isu rakyat! DSAAB dah bersedia ke untuk menerima sebarang serangan dengan orang baru tu? Jangan nanti balik2 jawab saya tak tau pasal perkara tu plak! memalukan... Sekali lagi saya sebagai rakyat menyeru DSSAB letak jawatan secara hormat, tak payahlah nak tunggu 2010. Cukuplah segala keprihatinan beliau selama ini. Demi Bangsa, Agama dan Negara lakukanlah yang terbaik... Wallahualam...

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Terima Kasih dan syabas buat Dato kerana sepanjang musim prk pp, kami para pelayar telah mendapat info dan berita dari sana melalui ruangan "sambal belacan permatang pauh.Saya secara peribadi,sentiasa 'ALERT 'dengan apa yang dibincangkan dan diberikan dalam ruangan tersebut.Prk pp menunjukkan bahawa demokrasi diMalaysia subur dan terpelihara dan yakinlah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..Buat DIy, teruskan ngauman tiger anda.....

ibrahim yahaya said...

Sdr Fudzail,

Saya sudah berhenti daripada menjadi perunding media RTM sejak Disember 2006. Kini saya adalah wartawan/jurugambar/editor DUNIATIGER.

Ketika menjadi perunding media selama dua tahun, saya telah menasihatkan petugas bilik berita RTM untuk mengutamakan kepentingan berita daripada segala-galanya. Bagi saya berita yang ada newsworthy perlu diutamakan.

Oleh itu, ketika dua tahun di RTM, bahan pertama atau kedua bukanlah mengenai Perdana Menteri atau TPM tetapi berita yang terbaik untuk penonton. Berita RTM juga membuat pembongkaran penyelewengan dan memperbaiki berita ekonomi, hiburan dan sukan. Petugas RTM juga dikehendaki membuat penyelidikan dan investigative dalam semua berita penyelewengan.

Banyak lagi, tapi itu semua sudah menjadi sejarah.

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
molek sungguh lerr tu....senang nak belasah dia sampai telanjang bulat.... tiada lagi main belakang-belakang.....
Jangan sebut RAKYAT...bukan semua yang sokong dia... hanya penyokong keganasan dan kacau bilau sahaja yang sokong dia....

Anonymous said...

kena belajar jadi gentleman dari Koh Su Koon.Jangan ajdi gentelman.
grow up umno.

Anonymous said...

Datuk,Telah tiba masa bagi kita merenung kembali apa yg tersirat dr idea TGNA mengenai UMNO dan PAS perlu dimansuhkan dan ditubuhkan sebuah partai siasah diatas landasan akidah sahaja.Hanya dgn cara ini umat melayu mampu miliki solidariti yg ampuh.Selagi atas dasar ras kita sukar menemui titik persetujuan.Bukan utk kita sahaja tapi nasib bangsa mendatang.Apa pendapat datuk? Dang Ratna Kesuma.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Bermla lah ERA orang melayu sendiri akan jatuhkan hak orang melayu

Anonymous said...

Selagi ada insan yg bermentaliti seperti 2rrun ni di dalam UMNO/BN sampai bila pun UMNO/BN akan ditolak rakyat.

Salah satu kekalahan UMNO/BN didalam PRU dan PRK sebab sikap keterlaluan penyokongnya. Bersederhanalah

Nama demokrasi mesti ada pembangkang dan pencadang. Kalau nak suruh semua sokong buat ajer dasar kukubesi.

Indak ku tahu kau Sabahan...

Raimin
Gum Gum

Anonymous said...

Bagus, nanti lagi meriah lah arena politik negara diwarnai dengan cerita putar belit oleh kepala pembangkang baru. Tahniah!

bat8 said...

Tok Tiger

PRK Pematang Pauh dah abih. Lepaih ni PRK DUN Sanglang plak. Kita sama-sama tengoklah samada UMNO/BN belajaq ke dak dari PRK PP.

bat8

Anonymous said...

Salam semua....
Fudzail...apa `patriotik dalam menegakkan kebenaran' yang anda sebutkan.... kebenaran apa dan siapa yang menegakkannya...???
Raimin...`sikap keterlaluan penyokong UMNO' apa yang anda maksudkan....apakah penyokong UMNO ada buat rusuhan, tunjuk kemaluan, tunjuk kapak pada perayu undi, belasah reporter,cuba anda jelaskan agar saya dan pembaca lain tidak teraniaya dengan ungkapan anda itu..!!
Demokrasi tetap demokrasi, tapi bukan yang berunsurkan keganasan, sabotaj ekonomi dan kestabilan negara dengan membuat kenyataan mahu menumbangkan kerajaan dengan guna tipu helah (lompat parti)... gelanggang sudah disediakan untuk pertandingan....gunakanlah secara gentlemen....kalau dah kalah, sabar saja tunggu pilihanraya akan datang....buat apa nak jatuhkan kerajaan yang telah di pilih oleh rakyat...nak dapatkan kuasa dengan cara itu sama juga dengan memperlekehkan keupayaan rakyat memilih wakil rakyat yang mereka suka...kalau mahu juga, ertinya mencabar rakyat....BERPERANG!!!