Tengah hari tadi saya menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di sebuah taman perumahan yang dipanggil SB Country And Resort.
Pertama, ia sukar untuk mencari tempat itu kerana terletak jauh ke dalam seolah-olah kita mahu masuk ke dalam kawasan perladangan. Papan tanda di situ juga cacamarba sehingga sukar untuk mencari kawasan yang dinyatakan dalam peta disediakan.
Kedua ialah keadaan sekitarnya yang tidak dijaga dengan baik dengan sampah terutama bungkusan minuman plastik bertaburan dan lalang panjang. Kawasan yang menempatkan lot banglo juga seperti hutan kecil yang terbiar. Mesti ada ular sawa di situ.
Siapa yang berani tinggal di kawasan berdekatan semak samun. Melainkanlah Sdr Osman Ayob dan pasangannya yang mencatatkan rekod tinggal dengan ular berbisa seperti tedong selama 88 jam berakhir hari ini di Langkawi.
Ini membuat saya bersyukur tinggal di taman perumahan Sime UEP, pemaju yang sentiasa menjaga kawasan perumahannya dengan baik dan teratur.
Tapi.... tolonglah tengok sikit pelesit seperti yang dilaporkan oleh The Star yang masih membakar sampah di Bukit Lancong tu.
Saturday, August 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tentang papan tanda saya pun rasa ta'ajub bila agaknya negara kita akan improve. Di lebuhraya yang elit pun terkadang kita keliru.
Berbalik kepada keadaan kawasan perumahan kawan tu tak adil rasanya Dato bandingkan dengan SIME UEP yang sudah jauh developed. Seingat saya pada awal 80'an dulu, abang ipar saya beli rumah di Subang Jaya. Keadaan pada ketika itu sama seperti keadaan kawasan rumah kawan Dato, masih lagi kotor & tempat jin bertendang.
Sdr Toolbox,
Apa yang saya ingin cadangkan ialah semua pemaju hartanah yang baru terutama Bumiputera perlu belajar daripada pemaju yang telah jauh kehadapan seperti Sime UEP.
Jangan fikir untuk menjual rumah saja dan mendapat keuntungan tanpa memikirkan keadaan sekelilingnya termasuk dari segi lanskap dan kebersihan taman perumahan itu.
Perlu kreatif dan cergas dalam memastikan bakal pelanggan tertarik untuk membeli rumah di projek hartanah mereka. Sime UEP sentiasa menjanjikan harga hartanahnya boleh meningkat dalam peratusan yang baik dalam tempoh yang singkat.
Belajarlah daripada mereka yang merangkak daripada pemaju yang terpaksa berdepan dengan rungutan pembeli mengenai "bunyi bising" kapalterbang sehinggalah sekarang mempunyai projek hartanah di bawah laluan kapalterbang yang menuju ke KLIA.
Ada papan tanda nama taman perumahan yang mula menggunakan dua tulisan yakni Rumi dan Cina. Kenapa tulisan Tamil tidak disertakan. Tulisan Cina tak perlulah, sebab tulisan Rumi bahasa kebangsaan dah mencukupi. Lagipun tulisan Cina tidak pernah pun diberi taraf rasmi. Hanya bahasa kebangsaan bertaraf rasmi.
Post a Comment