Wednesday, August 27, 2008

PENYOKONG DAN BILIK GERAKAN PKR












(Gambar oleh DIY)

Penyokong PKR terdiri daripada rakyat pelbagai lapisan daripada anak kecil yang "tidak tahu apa-apa" sehingga golongan berumur yang adanya daripada Wilayah Persekutuan, Perak dan Kedah. Ada juga penyokong PAS dari Kelantan dan Kedah yang berkampung di Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh untuk "memeriahkan" pilihanraya kecil ini. Tidak hairanlah, warung di tepi masjid itu penuh sesak dengan orang ramai yang menikmati nasi kandar yang dibuka dua "shift" pagi dan petang.

17 comments:

Conspiracy Theorist said...

Salam Dato,

tak yah sebut l;a pasai nasi kandaq tu,..meleleh ayaq lioq dengaq..nasi kandaq sebelah P.Pinang kebayakkan nya best.. heheh...apo nak dikato...(,")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar & PLah!!

Anonymous said...

Salam Dato'...Memang seronok tengok kemeriahan penyokong pelbagai lapisan umur seperti dalam gambar ni. Cuma kadang-kadang kesian kepada mereka kerana mereka terlalu mempercayai Anwar bulat-bulat seolah-olah menerima Anwar sepenuh hati, seolah-olah Anwar tak pernah berdosa pulak...

Anonymous said...

alaa...biasa la ni dato.sekarang ni PKR senang mendapat perhatian dan sokongan masnyarakat.yang bertanding sebagai calon PKR pula bukan calang-calon calon - Datuk Seri Anwar Ibrahim.seorang yang super-senior dalam politik di antara 3 calon yang bertanding dan yang paling terkenal dan popular.jadi memang mudah untuk meraih sokongan.

tapi harus diingat juga diatara ramai penyokong PKR itu benarkah mereka faham akan perjuangan dan cita-cita Anwar atau hanya sekadar "suka-suka" menoyokong kerana orang yang terdekat juga menyokong Anwar dan PKR?

Sang Rajuna said...

Salam,

Bolehkah saya tafsirkan bahawa PKR (dan tentunya Anwar) memang mendapat sokongan daripada pelbagai golongan dan lapisan masyarakat? Sebab itu dia menang besar dalam pilihan raya kecil PP.

Yang anehnya perkara ini berlaku setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pihak tertentu untuk memusnahkan Anwar dan partinya

Quantum Metal Consultant said...

Ramai sangat tukang pahat berbunyi apabila rumah sudah siap, menyalahkan jentera pilihanraya , pemimpin dan sebagainya. Semuanya didedahkan 'selepas' ..kalau 'sebelum' semuanya lebih memuji dan menyokong - rupanya membawa rebah.

Mungkin penyokong BN terlebih makan mee udang sg dua.

ysnizam said...

Sedeh melihat mereka yg sebangsa ngan aku.. dan tak tahu pekara sebenar dalam iklim politik Malaysia nie..

Jangan besok nasi dah jadi bubur
baru nak sedar..

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Mmg seronok tgk kemeriahan mereka menyokong. Yang kecik, yang besar, yang tua dan tak kurang "KANAK-KANAK" tapi faham ke mereka erti PERJUANGAN yang sebenar? saya takut mereka nih cuma terikut-ikut BUDAYA PAK TURUT..

Anonymous said...

Menyokong tu jangan berlandaskan simpati dan mendengar cakap kosong Anwar je. Jangan esok tiada apa perubahan je. Jangan Malaysia lingkup dibawah kaki putar ni.

hasipin66 said...

Datuk Anwar sah sebagai ketua pembangakang dan angkat sumpah esok sebagai MP Permatang Pauh.Kehadiran DSAI di dewan diharap dapat mendidik MPsnya yang masih baru,agar dapat mengawal tutur kata serta tingkahlaku ketika sesi dewan bersidang kelak.

Tahniah juga kpd Datuk Arif Shah (BN)kerana nampak begitu tenang,walaupun tewas oleh DSAI pada election kelmarin.Kita percaya rakyat Permatang Pauh tidak akan selama-lamanya terbelenggu dan lena dalam selimut parti pembangkang.

DSAI boleh menawan minda dan emosi siapa sahaja,tetapi bagi "Anak Malaysia"yang tulin cintanya terhadap perjuangan UMNO (BN)demi Agama Bangsa dan Negara,pasti yakin tak masuk kelambu mereka.

jiwakita said...

Kuasa ada pada pengundi P.Pauh telah gunakan
sepenuhnya....kemenangan telah diraih,DSAI mendakap title AP...KP..di Parlimen.

Faktor kemenangan bukanlah parti kuat,tetapi calon yg "hebat"...

Janji p/raya untuk penduduk P.pauh
jika ada jangan sesekali ditagih...
kerana motto utama "MENEGAKKAN KEADILAN, KESAMARATAAN DAN BANGSA MALAYSIA"

Penyokong harus bersabar menantikan
habuan yg lebih besar....,rancangan
lebih hebat...yg telah lama dikhabarkan...bermula 16 sept.ini..

Hakikat sebenar kita tunggu...!!
tiada dolak tiada dalih...

Bagi rakyat yg masih sentimental
dan jiwa rasional,melihat -inilah
politik versi Malaysia masa kini..

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Kalau sudah dikata penipu oleh Syed A Rahman, dituduh liwat oleh Saiful, dituduh rasuah oleh Nalla, didakwa kaki perempuan oleh seorang Tim. Menteri, rakyat Permatang pauh masih pilih DS Anwar, ini bukan salah ibu mengandung.

Dan walau bersumpah dipintu syurga pun Datuk Najib tidak upaya menyakinkan.

Apa pun kita kena hormat keputusan pengundi Permatang Pauh. Mereka lebih mengenali Anwar dan perjuangannya.

Jom makan nasi kandaq di kedai Kuddu Jalan TAR. Nak ke Line Clear atau Jalan Patani jauh sangat.

Gurindam Jiwa said...

Nasi kandar dua shift tu tentu enak hidangannya, apatah lagi jika dimakan dengan sambal belacan tiger.

Anonymous said...

Menyokong DSAI kerana memang tidak sukakan UMNO/BN yg telah menghancurkan negara ini dengan rasuah, penipuan dan salahguna kuasanya.

Correct..correct...correct..

duniamiaw

TOOLBOX said...

Teringat saya masa mula-mula PAS (Angkatan) dapat menubuhkan kerajaan di Negeri Kelantan. Satu Malaysia orang mengeluh; habislah Kelantan, hancurlah Kelantan dan sebagainya, tetapi hakikatnya sampai hari ini adalah sebaliknya.

UMNO tidak akan diterima selagi tidak bangun daripada tidur dan terus bergaduh berebut bantal & selimut di dalam kelambu.

Sutera Collection said...

Salam Datuk,

Kalau betul lah cuma ini penyokong DSAI, macam mana DSAI boleh dapat undi yang begitu banyak...Hantu barangkali yang undi DSAI...

Fikir-Fikir kan lah

aimdaim said...

DSAI sudah sinonim di PP since 1982 dengan pelabagai jawatan yang telah dijawatnya dan kontroversi2 ke atas dirinya.
Kali ini dia datang dgn cita2 mahu menjadi PM dengan melanggar semua batas2 dan menjanjikan pelbagai benda manis dan molek untuk rakyat pelbagai kaum tanpa menghiraukan bangsanya sendiri akan tersepit. Dikala bangsanya tersepit dia akan menjadi hero dan akan disanjung seterusnya dia mengukir nama.
Tak pelik lah gambar2 itu apabila mereka bersungguh2 untuk mempertahankan DSAI, tetapi apabila mereka susah nanti adakah akan ada org DSAI yg dtg menolong atau terpekik terlolong kata kerajaan tak tolong.

fikir-fikirlah....

tok janggut said...

Inilah perbezaan pendekatan antara kerajaan dan pembangkang. Kerajaan hanya mendidik masyarakat di peringkat remaja atau dewasa dalam berpolitik.Tapi pembangkang mendidik abak-anak mereka sejak dari lahir lagi supaya membenci pemimpin kerajaan.

Pernah saya terlihat di kelantan di era mahathir, kanak-kanak yang baru berusia dalam lingkungan 4 tahun didapati memijak-mijak gambar Mahathir, katanya orang jahat.

Jadi tak hairanlah jika penyokong pembangkang ini begitu fanatik. Dan saya rasa mungkin benda yang sama pun akan berlaku pada UMNO jika suatu hari nanti UMNO akan jadi pembangkang.