Friday, August 29, 2008

JENTERA BN PERMATANG PAUH DIPUKAU?

Malam tadi, saya mendapat SMS daripada seorang ejen kenit kepada ejen besar. Beliau bukan salah seorang ejen kenit saya ketika di Permatang Pauh. Kawan lama yang sama-sama berjuang dan menjadi pemerhati politik negara.

"Salam Sdr Tiger, saya sedang melayari web saudara. Apa yang saudara katakan mengenai punca punca sesuatu yang tidak kena dalam jentera tempatan pilihanraya itu adalah benar.

Jentera UMNO tempatan seolah-olah kaput dan macam dipukau.

Mereka seakan diberi "dadah" sehingga tidak menggantung banner, apa lagi hand bill etc. Disuruh edar risalah, flyers pun mereka takut.

Astarghfirullahal azim. Allah SWT saja yang menjadi saksi apa yang berlaku di Permatang Pauh. Salam."


(Renungan Rimau : Selain pengundi taksub kepada DSAI, saya menyetujui pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin negara bahawa pengundi Permatang Pauh bukanlah hendak sangat mengundi penasihat PKR itu tetapi mereka tidak mahu mengundi BN. Jadi undi itu diberikan kepada DSAI. Alasannya, mungkin kita sudah lama ketahui. Tiada ke ahli dan pemimpin UMNO Permatang Pauh yang mahu berkongsi maklumat dengan kita semua? Kalau takut dan malu,...takpelah.)

16 comments:

Anonymous said...

Inilah alasan pihak yang kalah dalam pertandingan, kononnya ada pukau-memukaulah dan apa-apa tahlul lagi. Orang Islam jangan berfikiran macam ini. Terimalah keputusan sebagai kehendak Allah swt.

terubuk jantan said...

Salam Dato,
2 pandangan yang tepat mengenai permatang pauh adalah dari 1) tun Dr Mahathir 2) Tan Sri Muhyiddin Yassin saya tidak setuju pukau-pukau ini dan saya percaya dato sebagai orang lama pemerhati politik juga tahu bahawa kedua-dua pandangan dari 1) negarawan 2) ahli umno sejati, benar dan tepat pukau macamanapun pandangan kedua-dua tokoh ini tepat.

Anonymous said...

Tok Rimau,

Pepatah melayu ada menyebut,

`Rumah siap, pahat berbunyi'

Al-Yasar said...

Salam,

Sebenarnya sukar dipastikan betulkah pengundi di Permatang Pauh memberikan undi mereka kepada Anwar/PKR, kerana tidak mahu mengundi BN (kerana sebab-sebab yang tertentu).

Tapi kalau kita lihat dari segi sejarah, Permatang Pauh sebenarnya sudah merupakan "kawasan Anwar" sejak tahun 1982 lagi. Jadi sikap penduduk Permatang Pauh menyokong Anwar bukanlah perkara baru.

Dalam 3 pilihan raya umum pula (1999, 2004 dan 2008), isteri Anwar, Wan Azizah telah memenangi kawasan itu, dan dengan undi yang lebih besar pada pilihan raya terakhir (2008).

Berdasarkan sejarah Permatang Pauh sejak tahun 1982 dan fakta yang demikian jelas, saya yakin majoriti pengundi di Permatang Pauh adalah "pengundi setia" kepada Anwar.

Sama ada Anwar dituduh melakukan liwat atau tidak, dan sama ada bekas sahabat Anwar mendedahkan segala keburukan Anwar atau tidak, sebagai "pengundi setia", mereka tetap menberikan undi kepada Anwar.

Cakap Tun Mahahir bahawa PKR tidak menang tapi BN yang kalah, sebarnya cakap orang yang tidak mahu menerima kenyataan dan kebenaran.

Pada hakikatnya PKR memang menang dan BN memang kalah.Hendak apa bukti apa lagi?

SPdotCom said...

Assalamualaikum Datuk Tiger..

Datuk Kata :"Jadi undi itu diberikan kepada DSAI. Alasannya, mungkin kita sudah lama ketahui."

Saya kata :"Kalau dah tau tak pa".


Wasalam

Anonymous said...

salam dato!

saya ada terjumpa satu maklumat yang tidak kurang menarik tentang pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

selain Anwar,bookie judi juga telah menang besar!.saya terjumpa tentang ini sewaktu melayari the Star online.bolehlah melayari url yang saya berikan dibawah ini.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/29/nation/22196084&sec=nation

amirul said...

Salam Tok Tiger,

Akan tetapi, PM kesayangan rakyat masih tidur lena... tepis-menepis lagi tentang PRK PP. Apa susah sangat untuk menerima hakikat yang sebahagian besar rakyat malaysia tidak mahu beliau memimpin! Apa salahnya sekali-sekala merujuk Tun sebagai seniornya untuk mendapatkan nasihat dan sebagainya?
Saya wakil dari sebahagian jutaan rakyat malaysia menyeru dan menyokong TDM bahawa PM kesayangan rakyat sila undur secara hormat. Wallahualam...

Anonymous said...

bukan kena pukau, melayu meluat kat Pak Lah dan anak beranak dia SESANGAT sampai tak boleh pandang....simple as that

R@duan said...

Dato'percaya ke...depa kena pukau ?.
Tapi takkan pekerja BN aje yang kena pukau. Pengundi pun patut di tuduh kena pukau...! barulah lebih sensasi cerita lawak ni.!

Razlan said...

Tok Rimau,

Melayu Sudah Tidak Rasional.

Disebabkan implikasi dan virus yang telah dibawa oleh DSAI bermula dari 1997, maka Orang Melayu sudah dijangkiti Virus Tidak Rasional.

Sekarang buat apa sahaja, orang melayu sudah tidak berfikiran secara rasional. Mereke selalu mengambil jalan mudah dan senang untuk menidakkan apa sahaja orang cakap.

Sumpah laknat, paling mudah dan sekurang-kurangnya ada rasa sediki percaya tetapi ianya sudah tidak di Percayai langsung, bahkan menolak sama sekali dan akan mempercayai sebelah pihak yang mereka taksub.

Maki hamun Orang Melayu kepada Orang Melayu sudah dihalalkan, Melayu sudah tidak heran sekiranya bergaduh, tunjuk isyarat lucah, keluarkan kata-kata lucah, dan apa sahaja yang bertentangan dengan tradisi orang timur sudah rasional bagi orang melayu sekarang.

Orang Melayu pakai tudung labuh di Permatang Pauh tidak ada rasa bersalah bersalaman dengan orang DAP. Mereka lebih rasional bersalaman dengan kafir lelaki.

Melayu akan menyokong apa sahaja yang diperjuangkan oleh DAP. seperti kes UITM, orang melayu akan melihat perkara ini sebagai retorik BN dan tidak akan percaya sama sekali yang Khalid sudah buat dosa kepada orang Melayu.

Melayu sudah tidak heran diberikan sama rata haknya sedangkan Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan sudah pastinya tidak boleh di samaratakan dengan agama lain, ini terjadi di Selangor dan saya kesal usul ini dibawa oleh tokoh Islam yang disegani.

Jentera Permatang Pauh pula bukan dipukau datuk, tetapi Mereka sudah hilang keyakinan dan mereka lebih mementingkan Diri dari Parti. Inilah terjadi disana, boleh dikatakan semuanya tidak digerakkan oleh jentera Permatang Pauh.

Sibuk dengan permilihan sehingga sanggup mengadai Parti.

Inilah dato ... Melayu sudah tidak rasional .. bukan sahaja di pihak Pembangkang .. malah di Pihak Kita pun .. ramai yang sudah tidak RASIONAL ....

Maaf dato .. lari tajuk sikit ...

pikirkan bersama ..... razlans

Unknown said...

salam.

benar ke berita ni,dato?

taktau la saya nak percaya tau tidak.cuma yang boleh katakan saya boleh ambil tahu tapi tak boleh percaya bulat.

tapi saya percaya masih banyak perkara tentang situasi diPermatang Pauh yang masih belum didedahkan.

Anonymous said...

hang punya ejen kenit pun salah lapor..ejen UMNO ni selalu temberang lebih..fakta tak pernah betoi!!
kalau hang nak tau banner BN tu penoh dkt area pmtg pauh..tak sehebat 1999 nyer pukulan banner PKR saja sampai naik gelap pmtg pauh waktu brahim saad lwn...PKR nyer banner hebat pun kat kubang semang ja..so lain kali nak amik ejen tu cari la yg boleh pakai...jgn bodek jer lebih bagi boss kita syokk dgr cerita kita yg tak betui tu..

Anonymous said...

tuan2, bukan kita tidak pernah mendengar berbagai alasan jika satu pasukan bola kalah dalam perlawanan. selepas main, puncanya kalahnya macam2 dikatakan oleh pihak yang kalah:
-pengadil berat sebelah le
-tiang gol kita luas le
-padang becak le
-kasut kita buruk le
-puak dia main jahat le
-puak dia pakai bomoh le
-puak di main kasar le

kemudian dikatakan lagi:
-puak kita main sangat baik le
-penonton tak sokong kita le
-pemain kita takde semangat le...
macam2 macam2

masih tak mahu terima kenyataan pulak dah serupa bila dapat keputusan PRU12 dulu.
kini kelebihan memang ada pada DSAI dan parti2 PR.
jangan terlalu ekstrim hingga nak percaya tahyul dan perkara syirik tu.

kini dah zaman orang cerdik2 dah, zaman siber..jangan rasa kita saja yg pintar dan tuduh orang lain jahat @ bodoh.

terubuk jantan said...

Dato,
Saranan saya mudah dan terlalu berat untuk saya katakan tapi demi agama dan bangsa serta tanahair saya,merayu agar Pak Lah menyerahkan,tidak bertanding dan segerakan perlihan kuasa sebelum 2009.Ds Pak Lah kami menghormati anda namun kami sayang Agama dan Bangsa ini serta negara ini.

P/s: Selamat Tinggal Dunia Tiger.

Anonymous said...

Salam. Semua pimpinan tertinggi UMNO BARU sama sahaja. Naiklah siapa pun

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Bila Otak dah tak boleh fikir, mulalah ayat merapu semacam. Kadang-kadang saya tak paham apa yang orang melayu kita hendak sebenarnya.