Friday, August 15, 2008

MUSAFIR......SETAKAT INI SAJA

Musafir. Tapi tetap mahu sembahyang Jumaat dengan penduduk Permatang Pauh.

Ketika menuju ke masjid, rakan terus berkata, "kita masih bebas dan tiada masalah ke masjid. Tidak takut terkena bom. Tiada siapa akan halang."

Kami mengangguk. Tiada ulasan lagi. Faham dan mengerti.

"Setakat ini" beliau menyambung. Kami tercenggang.

"Yelah kalau Melayu terus berbalah, tiada penyatuan, setakat inilah. Esok belum tentu.".

Kami faham dan mengerti.

(Posting tru N E90)

10 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Makanya orang melayu kena bersatu dan ketepikan ideologi politik masing-masing yang hanya bukan membawa kebaik tapi kehancuran. Cukuplah dengan kerajaan kita yang sedia ada sekarang, Kita selamat, anak2 p sekolah pun tak takut, nak p surau tak ada bom, nak p keje tak ada perang dan nak beriadah pun tak ada rusuhan kaum. Jadi kenapa mesti kita nak ubah apa yang kita ada. Bersyukurlah betapa kita duduk dalam keadaan yang selesa, makan pakai cukup walau pun tak sekaya mana. Kerajaan macam mana lagi yang kita nak? Jangan disebabkan kepentingan diri masing-masing kita komplot nak jatuhkan apa yang ada sedangkan nenek moyang kita nak jadikan kita negara aman dan makmur bukan mudah, sanggup bergadai golok untuk orang melayu dan negara malaysia. Kita cuma mengekalkan apa yang ditinggalkan itupun susah sangat ke? Fikirkanlah tentang masa depan generasi anak melayu kita yang akan datang. Jangan fikirkan diri sendiri.

terubuk jantan said...

Wah...DIY sudah sampai ke p.p lah..Dato,amacam mood disana everthing under control ke?Amat besetuju dengan dato bahawa setiap sesuatu itu ada noktahnya kita masih ada kewarasan,Dato...jangan lupa try laksa kat penanti..ok Dato c u there...

Anonymous said...

walaupun sudah 50 tahun,kita disini masih dikongkong dengan politik perkauman.mungkin entah bila kita akan pergi ke politik yang berteraskan isu.

bukan hanya setakat orang melayu,kalau semua bangsa tak bersatu padu dan bercakaran antara satu sama lain maka tak hairan negara akan kucar-kacir dengan perang saudara.

Anonymous said...

Berdoalah agar rakyat di permatang pauh dapat mengundi calon yang sesuai untuk memimpin dan memenuhi keperluan dan kepentingan mereka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Ada pandangan yang mengatakan bahawa bagilah peluang sekali kepada pihak tertentu untuk memerintah. Ini bukan isu peluang dan tidak boleh dibuat main-main terutama parti yang tidak pernah mempunyai rekod apatah masih baru dan tidak tersusun. Apatah yang kemaruh kuasa dengan cuba membeli.

Ibarat memberi kunci kereta antik berusia 51 tahun kepada "budak-budak" yang tidak ada lesen memandu. Boleh memandu tetapi tidak menghormati undang-undang. Ibarat tiada lesen.

Jika sudah masuk ke dalam gaung nanti, kereta remuk, rosak teruk dan lebih malang terbakar hangus, tiadalah ruang lagi untuk memperbaikinya. Tiada teknologi hebat yang boleh memperbaiki kerosakan sesebuah negara yang sudah hangus. Ia mungkin mengambil tempoh yang panjang. Ketika itu, apa yang ada di muka bumi ini, hanya tuhan saja yang tahu.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Seimbang. Harapkan kumpulan di atas pagar saja termasuk ahli PAS.

Namun, pembangkang sudah mula memainkan saraf mereka dengan mengatakan kepada akar umbi Paklah sengaja memilih Datuk Ariff Shah Omar bagi memenangkan DSAI. Ini kerana DSAI lebih mudah kalahkan DASOS daripada calon lain.

BN, apa tunggu lagi. Jawab segera. Mereka pun tahu lawan kini pening kepala dan sanggup main kasar.

ibrahim yahaya said...

Sdr Youth Attack,

Yang penting bangsa Melayu perlu bersatu, bukan untuk mereka tetapi untuk negara ini. Jika orang Melayu bergaduh, orang lain pun resah dan gelisah.

Orang lain cepat bersatu dengan hanya satu SMS saja. Lihatlah bagaimana restoran nasi kandar terjejas teruk gara-gara seorang keluarga pengusaha restoran dilihat dalam gambar orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap Guang Eng yang mahu menghapuskan DEB. Itu seorang saja dibuat macam-macam. Bukan semua pengusaha yang terbabit. Jadi mereka nak balas dendam. Sedangkan ketika DAP menang, mereka duduk seminggu dalam rumah. Takutlah kalau ada orang mengamok. Tapi tiada, perasaan mereka saja.

Ada pihak di kalangan kaum Cina di Penang sepakat untuk "melumpuhkan" restoran nasi kandar kerana isu "gambar" berkenaan sehingga berbulan-bulan. jadi mereka hantar SMS. Ini boleh berlaku lagi.

Orang Melayu tidak begitu, mereka terus beli walaupun bangsa mereka dihina atau dimalukan. Ada pemimpin buat tak tahu. Apa ni? Mungkin tiada alternatif. Maka, mulalah berfikir untuk berniaga besar-besaran. Tidak payah lagi bergantung kepada orang lain. Amacam?

ibrahim yahaya said...

Sdr DK,

Mereka akan jadi bijak berbuat demikian jika tiada yang memaksa atau menyebarkan fitnah dan membuat lakonan terbaik. Ejen kenit memberitahu saya, Datuk Nallakarupan menganggap kawan baiknya sebagai pelakon terbaik dunia kalah Hollywood dan Bollywood. Kalah juga Robinhood kot?

MAWAR BERDURI said...

SALAM?

DEAR MR. TIGER AGAIN

Olahan cerita di atas bunyinya begitu santai tapi kalau di jadikan hujan tuk penduduk kat permatang pauh, pasti ada yang pulang dan menangis sedih (bagi mereka yang mahu berfikir).

Apa tidak nya..Pembangkang membuatkan kehidupan kita seharian jadi tidak menentu kdg2 bila melihat tv dan mendengar radio, hati berkata2 "mengapa Pakatan pembangkang ni tidak habis2 bawa masalah".

Jadinya kehidupan 2008 menjadi medan berpolitik sepanjang masa. Bukan tidak mahu menumpukan kerja di pejabat tapi, perasaan terganggu dengan kemelut politik yang tidak sudah...

Mahu dijadikan cerita, kalau pegi Shoping Mall kat sabah ni, Sales Girl pun mula bercerita pasal politik.

Pernah terdengar dan ada kawan bertanya 'Aku pening lah apasal berita pasal anwar lawan kerajaan ni henti2. aku bukan tau lah pasal dia ni,tapi tenguk muka dia mcm aku benci!tambahnya lagi..

dah keluar penjara tu diam2 ah kat umah. ni tidak, angan2 besar sangat mau jadi PM. Diri sendiri pun tak keruan. Pemimpin yang baik, moral kena baik." katanya.

Org yang kenal pun jadi benci kalau yang kenal lagi benci rasanya?..kalau yang terlebih kenal tu? yang pi undi dia sebab percaya semua kata2 dusta c pembawa bencana, pemula politik wang semalaysia.

Anonymous said...

Tak salah nak berpolitik. Tapi jangan sampai maruah bangsa dan agam tergadai dek kerana terlalu asyik berpolitik. Jangan sampai Melayu hilang di bumi Malaysia. Jangan sampai masyarakat Islam susah untuk ke masjid disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak diingini seperti darurat atau sebagainya.. Adalah tanggungjawab kita bersama untuk bersatu padu dalam masyarakat majmuk dalam negara kita. Keharmonian dalam negara harus dikekalkan. Tak kira apa jua fahaman politik kita...