Membaca laporan Muda Mohd Noor, wartawan Malaysiakini, mengenai keluhan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, membuat saya rasa bersyukur kerana kini ramai pemimpin kanan parti itu sudah mula sedar politik wang yang berlaku di peringkat bahagian dalam pemilihan jawatan sekarang akan menyebabkan parti itu hancur.
Menurut "wanita besi" itu, beliau sudah mendapat bukti bahawa politik wang banyak berlaku termasuk di kalangan pemimpin Wanita Umno sendiri.
"Saya sedih... Saya sudah 42 tahun dalam politik, belum ada etika pertandingan dalam Umno. Sekarang sudah ada etika, seolah-olah kita perlu diajar. "Dulu baik-baik tetapi akhir-akhir ini baru saya dengar (ada etika), tetapi kita kena buat kerana sudah ada yang berlaku," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur, semalam.
Bagi penulis, baguslah jika semua pemimpin kanan UMNO menyedari bahawa politik wang semakin menjadi-jadi sekarang kerana ramai orang lama yang ingin bergayut pada jawatan manakala golongan muda (bukan pemimpin muda yang berwibawa. tetapi yang baru masuk UMNO semalam kerana networking bagus punya - bunyi macam menyindir) pula ingin cepat sampai ke kemuncak untuk mengikut ketua mereka yang berada di kayangan.
Eloklah dibanteras segera sebelum terlambat. Tangkap mereka yang menabur wang terutama "orang kaya" yang muda tetapi duit melambak seperti Gunung Kinabalu (bukan cemburu dan mengata tetapi amat mengetahui duit tu hasil daripada mendapat projek sana, projek sini. bukan hasil titik peluh mereka tetapi ada kuasa dan networking. jadi pengarah sana sini. macam pelesit yang suka hisap darah oranglah). Apa ni?
Saturday, August 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam DIY,
Setuju 100% kata-kata DIY di perenggan akhir dalam kurungan tu. Sendiri faham-fahamlah siapa tu...kan? Alamak...macam tak tahu pulak.
Rafidah Aziz (wow la ni dah naik sikit title Tan Sri) dah sedar dan insaf baguslah. Bab politik wang ni dari dulu lagi. Macam saya kata sebelum ni jugaklah, nak hapuskan 100% susah kalau tak ada kerjasama daripada orang yang terima habuannya. Maklumlah duitlah katakan, siapa tak mahu. Nampak RM majoriti naik juling bijik mata. Teringat saya di zaman arwah datuk saya bertanding dalam perebutan Ketua Bahagian Umno (kat mana tak payah bagitahu-lah ya?) tahun 1970an dan 1980an dulu pun dah berkarung berguni main tabur duit. Akhirnya orang tua tu naik "fed-up" dengan Umno langsung terjun masuk PAS sampailah dia meninggal dunia tapi sempat jugaklah bertanding 2 kali pilihanraya umum tentang calon Umno/BN kerana memberontak.
Kemudian kes ayah saya pun begitu juga pada tahun 1980an dulu. Mana mampu nak lawan wakil rakyat ADUN yang dah dua tiga penggal pegang jawatan untuk nak rebut Ketua Bahagian. ADUN tu banyak duit sebab pulun banyak projek pakai nama "proxy", yang orang tua ni pulak bergolok bergadai harta nak ambil hati penduduk bahagian tu buatkan balai serbaguna, court badminton/sepaktakraw, bagi bantuan baka ternakan (ayam, itik, lembu, kambing), salurkan anak-anak benih pokok & baja, dan macam-macam lagi. Akhirnya pun sama jugak bungkus. Masa pemilihan bahagian cuma dapat 14 undi, tak berbaloi. La ni jatuh bankrupsi cuma makan hasil pencen.
Azalina Othman Said dengar kata main tabur duit di Pengerang betul ke DIY? Jika betul ada bukti, dakwa sajalah, nak tunggu apa lagi. Janganlah main pilih-pilih bulu. Lagi pun tak ada-lah dia tu hebat mana sangat pun. Nak buat apa duk simpan spesis tomboy yang cakap saja lebih tapi tang buat kerja haprak. Buat menambah golongan sewaktu dengannya saja. Sejak dia jadi Menteri Belia dan Sukan dulu lagi, dah nampak dah spesis tu makin membiak. Bila komen apa-apa isu main hentam merapu-rapu tak guna akal. Saya cukup menyampah betul.
Sorry DIY, adakala pun geram saya ni tak boleh nak simpan jugak. Sesekali nak kena hamburkan jugak. Bukan apa, dah bosan sangat dengan kerenah politik sekarang ni.
www.pemuda-pelapis.blogspot.com
www.rujukanberitatv3.blogspot.com
Sdr Pemuda Pelapis,
Seseorang yang mahu menyertai politik perlu bersedia dengan segala macam persediaan - fizikal dan kerohanian. Apatah lagi mereka yang ingin masuk gelanggang pemilihan jawatan parti sekarang sama ada di peringkat cawangan, bahagian dan pusat.
Bermula daripada penyataan hasrat untuk bertanding, mereka pasti akan menerima dugaan atau cabaran. Antaranya dipecat, difitnah dengan pelbagai tohmahan, diperangkap, diugut, diumpan dengan wang ringgit dan projek, diduga atau dirayu untuk membatalkan hasrat.
Individu itu juga perlu bersedia dengan permainan black magic atau "mainan halus" terutama kumpulan desperado yang mahu bergayut kepada jawatan sampai mati. Ada kawan saya yang masuk gelanggan pemilihan terpaksa berzikir setiap malam sebagai pendinding daripada serangan black magic itu. Kumpulan desperado ini adakalan "main kasar" dengan mengimport black magic dari negara jiran kita yang terkenal dalam bidang atau industri ini. Selamat bertanding.
Sdr boleh menghamburkan geram tetapi dengan syarat ia perlu betul dan benar. Kita pun tidaklah mahu digolongkan sebagai orang yang memfitnah dan membuat tohmahan. Peranggan yang berkurung itu adalah maklumat yang disampaikan kepada saya. Ia berlaku dan perlu dibanteras secepat mungkin.
Mengenai AO, pagi semalam sahabat saya menceritakan kawan baiknya terbabit dalam rundingan tertentu yang tidak mahu dihuraikan. Saya tidaklah begitu terkejut mendengar berita sahabat itu. Inilah dunia politik sebenarnya, bukan DuniaTiger yang pasti benar.
Terima kasih atas nasihat DIY. Benar... sebelum hambur nak kena tahu akan kebenarannya tapi setakat ni insya'Allah saya pastikan segalanya ada kesahihannya.
Soal "black magic" tu saya malas nak sebut tapi dah DIY sebut maka saya komen la sikit. Senang cerita kalau melayu-nya kira "main bomoh" la. Itu sejak berkurun lamanya lagi dah ada pun. Alkisah arwah datuk dengan ayah saya tu pun samalah dah terkena. Sampai pihak lawan hantar orang-orang dia ke rumah kononnya datuk dengan ayah saya tu mesti nak kena mandi limau.
Yang hairan tu, siapa carikan, siapa tukang taja bomoh tu? Nak tergelak pun ada jugak sebab tak masuk akal. Bab bomoh siam toksah cerita la. Sumber yang boleh dipercayai kata, KJ menantu PM pun main bomoh jugak, diatur oleh mak dia. Bab ni dengan saya toksah-lah dia nak nafikan atau kelentong kata tak ada. Saya berani ajak dia "mubahalah" macam Saiful cabar Anwar jugaklah. Sebenarnya ramai DIY mereka yang kaki bomoh syirik ni. Mintak pada Tuhan mereka tak nak tapi percaya tang bomoh sakai, siam dan macam-macam lagi. Na'uzubillah... langsung tak takut dosa kerana mengejar pangkat dan kuasa. Saya mohon Allah swt laknat saja mereka ni kerana inilah golongan pemimpin pemusnah.
Jika kata DIY ada dapat khabar berita kes di Pengerang, Johor tu, apa salahnya kita kongsikan saja di sini kerana ramai yang berminat hendak tahu kisah lanjut.
Wassalam.
Sdr Pemuda Pelapis,
Perbuatan syirik ialah apabila menduakan Allah SWT. Dosa besar bagi umat Islam. Seseorang itu syirik apabila meminta benda lain melindunginya bukan Allah SWT.
Kita boleh berikhtiar seperti berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat apabila sakit. Begitu juga bertemu dengan pengamal perubatan tradisional atau hemeopati.
Apabila sakit, kita janganlah pula duduk di rumah dan hanya berdoa kepada tuhan. Perlu pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat untuk penyakit itu. Tetapi kita jangan pula percaya doktor atau pengamal perubatan itu yang menyembuhkan kita kerana mereka hanya membantu memberi ubat kepada kita dan Allah SWT yang menyembuhkannya. Ini perlu jelas.
Apabila kita bergantung kepada benda yang diberikan oleh bomoh, maka kita boleh menjadi syirik. Umpamanya bergantung kepada "ubat pelaris" untuk melakukan perniagaan makanan sedangkan makanan tidak sedap dan kotor. Memakai cincin untuk melindungi kita atau menganggapnya sebagai pendinding. Hanya Allah SWT yang akan melindungi kita. Perlu jelas.
Bab muqabalah ini Sdr perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan Sdr kerana blog ini hanyalah sebagai medium saja untuk pembaca memberi pandangan. Saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis saja seperti dinyatakan dalam ruangan di sebelah kanan.
Bab Pengerang, itu kisah lama bukan kisah mengenai pemilihan jawatan parti. Beliau tidak mahu menghuraikannya, jadi setakat di sini sajalah.
Saya tidak tahu sama ada Rafidah baru tahu atau buat-buat baru tahu yang politik kita diselubungi politik wang.
Buat pengetahuan Rafidah benda ni dah lama berlaku, dah menjadi barah dalam politik kita.
Sebagai orang awam yang banyak terlibat dengan orang politik, saya dah anggap ini perkara biasa, lumrah dan normal dalam politik Malaysia kini.
Sekian
Post a Comment