Sunday, August 10, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (6)

PERMATANG PASIR

Jumlah Pemilih - 20,350
Keluar mengundi - 16,803 (82.57 peratus)
Undi Rosak - 227

Melayu - 72.31 peratus
Cina - 25.94 peratus
India - 1.61 peratus
Lain-lain - 0.14 peratus

1. Ahmad Sahar Suib (BN) - 5,571
2. Mohd Hamdan Abdul Rahman - 11,044
Majoriti - 5,433 (2008) Majoriti - 679 (2004)

Panglima Perang BN untuk Permatang Pauh, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, semalam mahu semua pihak dalam UMNO Bahagian PP mengetepikan pertelagahan dan pertandingan antara mereka, sebaliknya memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil PP.

Dalam ertikata lain, mereka yang bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO PP ketika ini terutama Datuk Pirdaus Ismail, Datuk Abdul Jalil dan Datuk Ahmad Saad, tidak payahlah bersusah payah berkempen untuk pemilihan UMNO tetapi memberi tumpuan kepada usaha memenangkan calon BN, tidak kira siapa yang dipilih.

Memanglah sukar untuk berbuat demikian dalam sekelip mata kerana perkara itu sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu, tetapi demi parti dan BN mereka perlu melihat agenda yang lebih besar iaitu memenangkan calon BN.

Hanya mereka yang mementingkan diri sendiri saja yang tidak menghindarkan nasihat Panglima Perang.

12 comments:

tajudin said...

Datuk Harimau

Saya tertanya-tanya, Datuk Harimau post dari mana?

Dari KK kah, dari Permatang Pauh kah atau dari Restoran Khatty Ibrahim...

(maaf, perut tengah memulas. malam tadi pekena ulam-ulaman dengan sambal belacan, rasa macam kembung perut pulak).

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Daripada beberapa tempat. Harimau katakan, boleh menjelma di mana saja. Harimau jadi-jadian?

Saya berharap sambal belacan PP ini tidak akan menyebabkan perut Sdr kembung dan terasa hendak muntah. Jika berlaku, urutlah dengan minyak gamat dari Langkawi.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Panglima Perang pening bukan saja berdepan dengan Anwar tetapi gelagat warlord dalam UMNO sendiri. Nak pilih calon pun nanti satu kerja yang berat.

Kena pakai teknik pilih durian yang baik : angkat, hidu, ketuk2, korek sikit. Kadang tu baunya sedap, bawak balik ke rumah, separuh rosak.

aimdaim said...

Pengundi Permatang Pauh telah dibekalkan macam2 cerita yang telah lama tidak disangkal mana2 pihak. Kalau bagi sambal belacan belum tentu nak diambilnya....

Saya ada rakan yang menceritakan keyakinannya DSA blk bertanding ke PP sejak awal, meskipun dia hanya pemandu bas.
Mungkin ada cerita disebalik yang perlu selidik.
Bagaimana nak yakinkan pengundi PP termasuk rakan saya, perlu satu mekanisma yang baik selain masalah perebutan jawatan.

Gagak di Rimba said...

Sebagaimana selalu, UMNO nak pilih calon pun sukar. Apalagi kini untuk menghadapi Anwar.

Bagaimanapun, kalau tidak dapat mengalahkan Anwar, UMNO mungkin dapat kemenangan moral, kalau dapat mengurangkan majoriti Anwar berbanding dengan majoriti Wan Azizah.

Mungkin itu saja matlamat UMNO pun sudah cukup!

bungaraya said...

Salam.
Nampaknya Ramai pemimpin utama kita telah mengambil tindakan permuafakatan dalam pemilihan kepimpinan parti pada kali ini. Tentunya tindakan ini disokong kerna dgn berbuat demikian perpecahan dalam parti dapat dibendung. Tatapi move yang mereka buat tidak diikuti oleh banyak bahagian dan cawangan dimana pemilihan kepimpinan berlaku. Pemilihan ini mendatangkan kesan negatif kepada kestabilan UMNO danparti pembangkang nampaknya menegok di air yang keroh. PKR dan PAS hanya menunggu masa untuk membuka pintu mereka kepada ahli UMNO yang kecewa akibat kekalahan dalam pertandingan.
Sesuatu harus kita buat segera sebelum 'Nasi menjadi bubur'

CHILLIRIVER

Anonymous said...

Saya setuju Dato'...
Walaupun pilihanraya kecil Permatang Pauh kecil tapi ia amat penting dan besar buat BN. Jika BN menang, ia amat bermakna buat BN. Apa yang pemimpin-pemimpin BN harus buat ialah bekerjasama dan mengetepikan pertelagahan antara mereka dan jangan mementingkan diri sendiri seperti yang disyorkan oleh DS Najib. Adalah lebih baik jika mereka menumpukan usaha untuk memberi kemenangan calon BN.

Anonymous said...

Jeneral perang atur strategi, orang bawahan ikut arahan!! Tak perlulah pukul anak sindir menantu, menantu kita tu dah besar panjang....kemenangan tetap berpihak kepada BN, susah lagi untuk kalah dari mencari kemenangan, kerana berdasarkan rekod, keahlian ahli-ahli parti BN di Permatang Pauh sudah cukup untuk memenangkan BN dala pilihanraya ini. Pergilah jumpa mereka, gunalah ayat-ayat lentok agar mereka kekal dan akan mengundi kerajaan...lagipun, dah 10tahun lebih mereka di bawah jagaan pembangkang,hinggakan mereka pula yang terpaksa `menjaga periuk nasi' wakil rakyat pembangkang itu. jadi kita kena fikir seperti mana mereka juga sedang berfikir untuk memilih siapa...barang siapa yang dapat menyakinkan mereka, sudah tentu itulah pilihan mereka dan sekiranya BN buat percaturan yang betul, maka BN lah yang akan menang. Yang keras harus di lawan dengan yang lembut...buat apa siram minyak pada bara api yang sedang menyala....hang, nak kena ke???

mat_terab said...

Assalamualakum....Dato...
Pada pendapat saya ada baiknya BN ikut saja pandangan Dato Anuar Musa supaya tidak payah bertanding di permatang pauh....
Duit pun jimat....duit tu nanti boleh la digunakan untuk melobi jawatan ketua bahagian ka...apa-apa ka....
Apa salahnya bagi saja Anuar Ibrahim menang percuma lagipulak Anuar Ibrahim orang melayu, islam kita tak perlulah nak berkira sangat.....lagipun Anuar Ibrahim tak ada apa-apa jawatan apa salahnya bagi saja jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh tu kat dia.......BN tak rugi apa-apa kerana sebelum ni pun Parlimen Permatang Pauh di pegang Oleh Wan Azizah dari PKR juga.....

MAWAR BERDURI said...

dear mr.tiger.

kalau dalam bahasa bugis pauh 2 mangga. baik tukar tajuk jadi sambal mangga permatang. mana tau dengan makan mangga BN boleh menang. sebab dulu rasanya wan azizah pandai masak sambal belacan tulah dia menang 2.

Anonymous said...

Salam,

lari dari tajuk sikit. Tuan dan bloggers boleh baca patrick teoh punya blog, niamah. Komen yang diutarakan serta bloggers mengenai perhimpunan di hadapan bangunan bar council. walaupun diberi beberapa hujah untuk menyokong pandangannya, bagi saya ianya sangat BUSUK.... Saya berpendapat parti memerintah macam UMNO sangat lemah, boleh diperkotak-katik oleh bukan melayu.

Saya sendiri tak pasti apa matlamatnya, mereka mahukan lagi satu 13 mei? Ini bukan menghasut tetapi sekiranya orang islam mengadakan forum yang serupa seperti yang dilakukan oleh pihak bar council, apa agaknya reaksi yang timbul? Just for thoughts...

-Pemerhati

Anonymous said...

Apa gunanya Jeneral Perang jika arahannya diingkari? Memang betul pun, hanya orang yang mementingkan diri sendiri je tidak ikut arahan Najib. Sepatutnya tumpukan bagaimana nak bagi UMNO menang, bukan dok sibuk berentap sesama sendiri...