Sunday, August 3, 2008

AFO DAPAT SATU LAGI PENCALONAN

Bekas Ketua Pegawai Operasi Biro Latihan dan Keahlian UMNO, Ahmad Fairuz Othman (AFO), yang dicalonkan untuk menentangkan DS Tengku Adnan Tengku Mansor bagi Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, hari ini mendapat satu pencalonan lagi.

Ini membolehkan AFO mendapat empat pencalonan, satu lagi untuk membolehkan beliau layak menentang KUNAN pada Oktober ini.

Ejen kenit memberitahu saya, bahawa dalam cawangan di mana AFO menjadi AJK cawangan itu, nama KUNAN tidak dicalonkan menjadi Ketua Bahagian. Malam ini, ada dua lagi cawangan yang akan mengadakan mesyuarat.

Jika AFO gagal mendapat pencalonan dalam dua mesyuarat malam ini, beliau terpaksa menunggu pada 7 dan 8 Ogos depan untuk baki cawangan mengadakan mesyuarat.

Penantian satu dugaan.

No comments: