Monday, August 25, 2008
SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (21)
(Aksi Ezam Mohd Nor ketika berceramah di Kampung Tun Sardon, malam tadi. Gambar oleh Shamsul Yunos)
FAKTOR EZAM KELUAR PKR
1. Anwar menyimpang daripada perjuangan asal PKR untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam. Penyimpangan itu disengajakan bagi meraih undi Cina dan India.
2. Anwar ingin menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dan menuduh DEB punca rasuah di negara ini.
3. Anwar menghina dasar yang dipersetujui oleh pengasas bangsa seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan. Penghinaan ini membuat pemimpin politik bukan Melayu yang berfahaman sempit berani menghina DEB.
4. Anwar mengutamakan kepentingan peribadi daripada memikirkan kepentingan negara terutama kesejahteraan sosioekonomi rakyat.
5. Ingin menghalang tindakan Anwar mengucar-kacirkan kestabilan politik negara yang memberi kesan kepada keadaan ekonomi Malaysia.
6. Pembohongan Anwar yang mengelirukan masyarakat termasuk dakwaan memasukkan racun arsenik dalam makanannya dan suntikan hiv.
7. Anwar membuat pelbagai tuduhan atau mengalihkan kesalahan kepada orang lain jika ada dakwaan dilemparkan terhadap dirinya.
8. Ingin menyedarkan semua pihak sikap Anwar yang suka bermuka-muka dengan semua pihak termasuk DAP dan PAS.
9. Tindakan Anwar sanggup membuat tuduhan kepada Paklah, pemimpin yang telah banyak membantunya termasuk ketika dalam penjara.
10. Mengetahui isu peribadi Anwar yang tidak mahu didedahkan kerana menghormatinya. Buat masa ini, ia tersimpan dihatinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Salam Dato,
Seharusnya pengundi dipermatng pauh ambil kira segalanya yang disampaikan oleh para penceramah termasuk Ezam.Kita lihat selepas dari 8hb Mac tak henti-henti cerita pasal DSAI ini..apakah Nilainya dia ni?
P/S: benci pada orang yang taksub membuta tuli pada seseorang.
Salam,
Saya sudah lama mencari-cari sebab atau faktor mengapa Ezam meninggalkan PKR dan "berpatah arang" dengan Anwar.
Akan tetapi, 10 faktor yang dinyatakan itu kurang meyakinkan saya. Saya lebih yakin ada faktor lain, faktor yang lebih bersifat peribadi, yang menyebabkan Ezam meninggalkan Anwar.
10 faktor yang disebuat oleh Ezam itu hanya "alasan" dan bukan sebab sebenar dia meninggalkan PKR dan Anwar.
Tapi setakat ini saya hanya boleh membuat spekulasi sahaja, dan belum tahu secara pasti apakan sebab atau faktor yang sebenar.
Mungkin faktor sebenar ini masih tersembunyi, tetapi akan kita ketahui juga satu masa nanti.
Salam,
Setakat yang saya tahu, hubungan Ezam dengan Anwar dan PKR sudah lama bermasalah dan renggang, dan bukan bermula ketika Anwar dikatakan telah mengubah prinsip perjuangannya.
Pada mulanya dikatakan ada tokoh lain yang lebih disenangi oleh Anwar dan menjadi penghalang untuk Ezam merapati Anwar dan menjadi tokoh penting di samping Anwar.
Itulah sebab mulanya Ezam meletakkan jawatan sebaga ketua pemuda PKR (masa itu masih bernama Keadilan), dan kemudian memimpin organisasinya sendiri (GERAK).
Kemudian Ezam agaknya mula rapat kembali dengan bekas kawannya dalam pemuda UMNO, seperti Norza dan Jamaluddin. Kita tidak tahu adakah apa-apa tawaran dari Pemuda UMNO supaya Ezam memasuki UMNO semula. Itu tentunya mereka yang berkenaan saja yang lebih maklum.
Menjelang kemasukannya ke dalam UMNO dan selepas kemasukannya ke dalam UMNO, kita lihat Ezam mula melancarkan serangan yang hebat dan sengit terhadap Anwar, walaupun Anwar adalah bekas sahabatnya.
Itulah yang dapat kita saksikan.
Jadi betulkah dia meninggalkan PKR kerana 10 faktor itu, wallahualam.
Assalamualaikum … all … just my view on this person ‘yang bernama Ezam’. Now this guy truly depicts a 200% Melayu kuno … the worst of the lot mind you!! Talk about ‘dengki, iri-hati, busuk hati,’ the real ‘bastardo’ in person … you have it here. Just to refresh everyone that not too long ago he was singing in top pitch-voice about corruptions and the illnesses exits in UMNO. He said he has 6 boxes that will expose and put to light about all the wrongs in UMNO & government. Now … as time elapsed … typical “Melayu mudah lupa’ … did a 360 …
Todate I’m still trying to figure out how special or why when he re-joined UMNO … off all people Pak Lah yang kena sambut personally. Besar or special sangat ke orang yang bernama Ezam ni? If he is not looking for fame & fortune to go back to UMNO … does the event have to be so so fully covered by mainstream media?? Just goes to show how idiotic the whole mess we have in front of us right here and now. As for our PM … I’ve nothing much to say about him ... waste of time & words!!
I’m really disappointed, disgusted and embarrassed to have association with these kind of despicable people … coz like me they are Malay. What kind of future do we have ... sad I would say!
Salam Datuk,
memang dah tau dah agenda DSAI yang sebenar. PKR tu cuma platform untuk DSAI menyampaikan niat beliau. Inikah pemimpin yang kita hendak? Masyarakat PP jangan cepat terpengaruh dengan omongan kosong DSAI ini. Ini akan merugikan bangsa kita dan merugikan kita.
Melayu yang menghina DEB ialah melayu yang sememangnya punya agenda yang tersembunyi. JADI JANGAN SALAH PANGKAH. Jangan jadikan kita orang melayu ditindas dibumi kita sendiri. Perjuangan BN/UMNO sudah cukup baik dalam mentadbir negara.
Salam Dato',
Kalau saya jadi Ezam, saya pun akan keluar daripada PKR. Jika diteliti satu-satu perkara di atas, siapa yang boleh tahan dengan pemimpin macam Anwar yang kononnya membela Melayu dan Islam. Sedangkan bila terdesak untuk jadi PM, Anwar sanggup melupakan agenda utamanya iaitu membela Melayu dan Islam.
Salam Tok Tiger,
Harapan besar Rakyat PP sedar dan dapat membuat pilihan bijak untuk keesokan hari. Selamat mengundi buat warga PP. Wallahualam...
Kenapa tidak cerita pasal kenyataan Imam Ramlang Porigi -- imam yang menjadi saksi kepada sumpahan Saiful -- bahawa sumpahan Saiful itu adalah tidak dilakukan dengan betul, dan beliau diarah untuk menjadi saksi sumpahan itu?
Ini berita hangat yang mempertikaikan kesahihan sumpahan Saiful.
Kenapa tidak disiarkan?
Sila baca di sini: http://harismibrahim.wordpress.com/2008/08/25/breaking-news-from-permatang-pauh-imam-ramlang-porigi-saya-diarahkan/
saudaraku tiger,
MEMANG benar kata saudara, SUMPAH kini tiada nilainya. Masyarakat kita kini bagaikan dilanda sindrom sumpah. Mereka bersumpah kononnya atas nama agama atau bersumpah dengan alasan menegakkan kebenaran.
Kini orang sudah berani membuat akuan bersumpah untuk mencerca dan mengaibkan orang lain. Niat mereka kononnya untuk menegakkan kebenaran, tetapi dalam sedar ataau tidak mahu mebnjatuh atau mengaibkan orang lain. Benar atau salah - itu belakang kira. Kalau berani cabar di mahkamah.
Orang Islam pun mula dijangkiti sindrom bersumpah atas nama Tuhan. Salah atau tidak tuduhan terhadap mereka itu belakang kira juga. Janji dah buat sumpah atas nama Tuhan. Maknanya 'aku tidak bersalah'. Pandangan mereka - orang yang tidak bersumpah itu bersalah. Jika kedua-duanya bersumpah - siapa salah dan siapa pula benar.
Tapi, tak apalah. Tunggu saja penghakiman di akhirat nanti.
Bukan apa, saya ditanya oleh seorang rakan bukan Islam mengenai sumpah ini. Kata mereka - senangnya Islam menjatuhkan hukum terhadap seseorang. Jika macam itu, mengapa perlu undang-undang dalam Islam. Mengapa perlu ada mahkamah syariah. bukankah cukup sekadar bersumpah.
Pening juga hendak menjawab soalan 'bodoh' macam tu.
Asal usul Kontrak Sosial.
Masa sebelum Negara kita merdeka dulu memang ramai pekerja-pekerja kontrak dari Negara China dan India datang ke Malaysia yang di bawa oleh kerajaan British untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah di Negara ini. Tetapi masa tu mereka tidaklah dipanggil sebagai pekerja kontrak.
Memang sifat orang Melayu dari dulu lebih selesa menjadi ‘tuan’ mereka tidak berapa suka kerja sebagai buruh kontrak ni. Mungkin juga kerajaan British ketika itu bayar upah yang murah maka orang Melayu tak suka kerja seperti itu.
Sama jugalah seperti masa sekarang ini, kerja-kerja pembinaan yang memerlukan tenaga tulang empat kerat, kerja-kerja yang bergaji murah seperti pelayan-pelayan kedai, membersih bangunan atau pejabat tidak diminati oleh rakyat tempatan.
Oleh itu kerja-kerja seperti ini telah diambil alih oleh pendatang-pendatang dari luar seperti dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Akhirnya ramailah pekerja-pekerja asing ini memenuhi Negara kita.
Mereka ini datang dengan niat untuk bekerja bagi mendapatkan wang untuk dihantar balik bagi keperluan keluarga mereka yang ditinggalkan di kampung. Mereka yang datang bekerja ini juga tidak pernah memikirkan untuk terus tinggal menetap di Malaysia.
Kehidupan mereka di sini sungguh ringkas sekali. Mereka makan sekadar yang boleh mengenyangkan, pakaian pun jarang berganti baru, tinggal di rumah kongsi, lebih baik sikit mungkin ada majikan yang menyewakan rumah untuk dikongsi beramai-ramai dan jauh sekalilah untuk membeli perabut-perabut mahal dan harta kekal kerana susah untuk dibawa balik ke Negara asal mereka nanti.
Kecintaan mereka kepada Negara ini memang boleh dikatakan tidak ada, hati dan perasaan mereka hanyalah kepada Negara asal mereka sahaja.
Kita sebagai warganegara dan rakyat tempatan tidak begitu selesa dengan kehadiran pendatang-pendatang asing ini. Resam dan budaya mereka jauh berbeza dengan kita. Sudah tentu kita tidak mahu kalau pekerja-pekerja asing ini diberikan taraf warganegara. Kita masih curiga dengan kesetiaan dan kecintaan mereka terhadap Negara ini.
Suasana beginilah yang berlaku semasa menjelang Negara kita mencapai kemerdekaan dahulu. Masyarakat Melayu yang merupakan penduduk tempatan Malaya ketika itu sangsi dengan kesetiaan dan kecintaan orang-orang Cina dan India terhadap Negara ini yang kehadiran mereka sebelum itu hanya dianggap sebagai pekerja asing yang mencari wang di sini.
Kebanyakan pekerja-pekerja Cina dan India ketika itu memang lahir di Negara asal mereka, mereka datang ke Malaya untuk bekerja bagi mendapatkan wang. Oleh itu memang tak dapat dinafikan kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Negara asal itu masih tebal, Malaya hanyalah tempat mereka mencari makan sahaja.
Tidak hairanlah kalau semasa penjajahan Jepun tahun 1941, ramai orang-orang Cina di Malaya dibunuh oleh Jepun kerana orang-orang Cina di Malaya ini juga dianggap sebagai warga Negara China. Di waktu itu Jepun juga berperang dengan Negara China.
Apabila British menawarkan Merdeka kepada Malaya, British telah meletakkan syarat supaya orang-orang asing yang mereka bawa ke Malaya iaitu orang-orang Cina dan orang-orang India hendaklah diterima sebagai warganegara seperti orang Melayu, tentulah syarat yang dikenakan British ini amat berat untuk diterima oleh penduduk tempatan atau orang Melayu ketika itu.
Samalah beratnya seperti kita hendak menerima pekerja-pekerja asing dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar sekarang ini untuk menjadi warganegara Malaysia.
Memang ada sebab untuk orang tempatan berasa bimbang kalau pendatang atau pekerja asing ini diberikan taraf warganegara, kerana khuwatir orang asing ini akan merampas hak-hak dan keistimewaan yang mereka miliki sebagai rakyat tempatan.
Maka dari situlah lahirnya apa yang dinamakan ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin dari tiga kaum terbesar ini iaitu Melayu, China dan India bagi mencari jalan tengah bagi mengatasi masalah tersebut.
Mengikut yang punya cerita, dari ‘kontrak sosial’ inilah lahirnya ‘ketuanan’ dan ‘keistimewaan’ orang-orang Melayu yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin kaum tadi.
Kini kita telahpun 50 tahun merdeka, hampir semua orang Cina dan orang India yang menjadi warganegara Malaysia hari ini adalah lahir di bumi Malaysia ini. Kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Malaysia memang tidak boleh disangsikan. Di sinilah tempat mereka dilahirkan dan disini jugalah tempat mereka mahu dikebumikan.
Oleh itu ‘kontrak sosial’ yang pernah dipersetujui untuk suasana di masa yang lalu itu memang tidak relevan lagi. Kita tidak kira kaum seharusnya mempunyai hak yang sama, tidak ada siapa harus menjadi ‘tuan’ dan tidak ada siapa juga yang harus menjadi ‘hamba’. Kita bukan lagi berdepan dengan pekerja asing dari China dan dari India seperti sebelum merdeka dulu, tetapi sekarang kita berdepan dengan orang Cina dan India yang lahir di bumi ini.
Kalau etnik Jawa, Minang, Banjar, Bugis telah boleh diterima setaraf warganegara Melayu lainnya, maka tidak ada sebab etnik Cina dan India tidak boleh mendapat taraf yang sama.
Mungkin perbezaan adat dan agama menyebabkan kita sukar untuk bergaul antara satu sama lain, tetapi ini bukanlah sebab untuk kita membeza-bezakan hak-hak mereka melalui ‘kontrak sosial’ yang dikenakan kepada mereka tanpa mereka mengetahui justifikasi disebalik kewujudan ‘kontrak sosial’ itu.
sala sejahtera...
agak menarik komen2 yang sy baca..tp dlm hati sy masih tertanya kenapa anwar xnak bersumpah???ingin sy tany kpd semua, sbg seorg islam wlupn amlan xseberapa, beranikah anda bersumpah laknat kpd diri sendiri,keluarga & keturunan anda???wlupn anda dibayar berbilion ringgit untuk buat sedemikian??sy rasa xberani sbb azab ALLAH sgtla berat..pk2 kan la..sy xmenyebelahi sesiapa pn..tp dlm hal ni, Allah maha mengetahui..bg sy klu anwar tidak lakukan beranilah kerana benar..seringkali anwar katakan konspirasi politik, pandangan peguan supaya jgn bersumpah..tp nk tny sikit peguam anwar islam ke???klu anwar islam balikla ke pangkal jln..undang2 manusia boleh diubah..BERANI KERNA BENAR..tq
Datuk
Saya juga ada di situ malam semalam tapi tak nampak Datuk pun. Kali pertama saya mendengar pidato Ezam. Tak lah hebat sangat. Sederhana saja. Mungkin Datuk lebih baik he he he......Tapi cara pidatonya sebijik macam sifu dia DSAI. Apapun dari pengamatan saya, UMNO semakin bertenaga, bersemangat dan semakin teratur.
Akulamat
PS: Jangan lupa pi cari mee kuah ketam. Gerai itu terletak di kawasan Tok Kun dekat rumah keluarga DSAI.
faktor kesebelah...ezam ni adalah katak dan bukan manusia. tiada berpendirian dan suka jilat ludah sendiri. org mcm ni kalau menjadi pemimpin, hancur melayu!!! tapi apa nak kisah, melayu pun dah nak hancur dah!!!
Kalau dah bekas orang kuat PKR yang rapat dengan Anwar pun sanggup keluar PKR maknanya memang sahlah ada berlaku kepincangan dalam parti tersebut...
Orang yang rapat dengan Anwar satu masa dulu pun sampai keluar dari parti sebab tidak bersetuju dengan cara Anwar. Ini sudah asti banyak benda yang sudah berlaku. Jangan senang2 nak kata dia macam2. Dulu bukan main menyanjung dia, apa Anwar dan PR takda salah langsung ke? Semua mereka buat semua betul? Kalau rasa betul, memang sah laa taraf pencacai tu.
kah kah kah kah kah kah!
ada jugak manusia yg berpendidikan tinggi spt kalian ni percaya ngan apa yg diomelkan si mat ezam ni.
10 perkara tersebut mengambarkan betapa remuk redam nya hati mat ezam kerana tersisih dr PKR.
Tetapi soalnya disini .. betul ker? Harus diingat Mat Ezam ni seorang ahli politik yg kecewa dari arus perdana lalu memingirkan dirinya sendiri lalu united malay national organisation membentangkan karpet merah, siap ngan paluan gendang pengantin dan disambut oleh peng6 pang6 united malay national organisation untuk dijadikan ayam laga.
Tetapi ayam laga yg disangkakan 'berpelior' ini hanya mampu terberak berak, cirit birit kerana tersalah makan.
Kesian ... ada jugak org yg terpelajar macam kalian ni terberak sama ngan mat ezam hanya kerana mendengar mat ezam ni meneran!!
Post a Comment