Friday, August 22, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (18)

"Merdeka" dan "Jalan atau Menuju ke Putrajaya" adalah antara tagline yang digunakan oleh PKR bagi menarik perhatian pengundi Permatang Pauh.

PKR menampilkan perkataan "Merdeka" daripada penindasan dan kezaliman selama ini manakala "Menuju ke Putrajaya" adalah impian parti itu terutama penasihatnya, DSAI untuk membentuk kerajaan pada bulan depan.

Bagaimanapun, pemimpin BN dalam ceramah mereka menyifatkan tagline itu sebagai pembohongan besar PKR sedangkan Malaysia terkenal sebagai antara negara yang mengamal dan memastikan tiada siapa yang ditindas dan dizalimi.

Malah ramai pemimpin PKR ini berjaya kerana dasar pragmatik kerajaan selama ini.

Bagi BN, inilah penipuan besar PKR yang sanggup menggunakan apa saja taktik bagi memancing undi. Bagaimanapun, mereka yakin pengundi Permatang Pauh boleh menilai sendiri apa yang di utarakan oleh pembangkang dengan keadaan yang sebenar.

Namun, kenyataan PKR mengajak pengundi menyokong mereka kali ini bagi membolehkan parti itu "menguasai" Putrajaya dianggap oleh BN sebagai "politik angan-angan Mat Jenin" sepertimana yang diutarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam sidang media di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Ini kerana "lagu mana" PKR akan membentuk kerajaan sedangkan majoriti BN ialah 58 di Parlimen (140 - 82). Jika PKR kata mereka boleh mendapat 13 Ahli Parlimen sekalipun, mereka akan memiliki 95 kerusi sedangkan BN masih menguasai 127 kerusi.

Ini memaparkan BN tetap mengetuai kerajaan dan bukannya PKR seperti yang digembar-gemburkan. Oleh itu, pengundi Permatang Pauh bukanlah memilih calon Perdana Menteri seperti yang dicanangkan oleh PKR tetapi seorang Ahli Parlimen saja.

Ini adalah usaha terbaru PKR untuk "membuat bising" bahawa ada MP BN akan melompat parti sepertimana yang dinyatakan sebelum ini tetapi tidak menjadi kenyataan.

Oleh itu, pemimpin BN amat berharap pengundi Permatang Pauh tidak ditipu sekali lagi.

8 comments:

Sang Rajuna said...

Salam,

Sekiranya Anwar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. saya kira dia bukan menjadi ahli parlimen biasa, tapi sekurang-kurangnya akan menjadi ketua pembangkang.

Jadi peranan Anwar ketika itu tentulah penting, wajar diberi perhatian dan tidak diperkecilkan.

Sementara itu, adakah "katak" akan melompat dari Sabah dan Sarawak, setelah Anwar memasuki parlimen?

Saya tidak tahu. Tapi marilah kita tunggu dan lihat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Sang Rajuna,

Ketua Menteri Pulau Pinang bekerja keras untuk memastikan pengundi Cina menyokong DSAI dengan mengatakan mereka akan mendapat lebih banyak "keadilan" jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

Beliau menggambarkan apa yang berlaku sekarang ialah kekayaan negara ini "dikuasai" oleh golongan yang rapat dengan Perdana Menteri saja dan konsep Malaysian Malaysia yang dipelopori DAP dan disambut baik oleh Anwar akan menguntungkan kaum Cina dan India.

Bagaimanapun, konsep Malaysian Malaysia ini tidak disokong oleh pengundi Permatang Pauh yang ditemui terutama golongan umur pertengahan dan ke atas kerana mereka merasakan ia akan pasti mengetepikan kepentingan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Konsep sama rata, sama rasa ini juga adalah perjuangan PAP Singapura sejak dari dulu lagi sehingga Tunku Abdul Rahman merasakan mereka adalah "duri dalam daging".

Anonymous said...

Tuan bercakap seolah olah orang Melayu bangsa yang paling mulia dan teratas di Malaysia nampaknya dan bangsa lain adalah kelas kedua.

Mereka juga berhak mendapat apa yang kita dapat cuma banyak atau sedikit itu yang perlu di ikhtiarkan.

Sedangkan selama ini UMNO/BN lah yang mengenepikan kepentingan Melayu.

Jangan kerana mengampu UMNO/BN pengkhianat negara, agama , Rukunegara ini tuan sanggup berkata yang palsu.

Husain Bolt & Nut

Anonymous said...

Siapa tipu siapa? Siapa kena tipu? Kita jangan sewenang wenangnya menghukum mana mana pihak. Kluangman

Anonymous said...

Kepada Husain Bolt,

Apa yang tuan bercakap adalah benar. Ayat saudara bercakap di atas seolah-olah mengetahui bahawa bangsa melayu diberi kepentingan oleh UMNO/BN, akan tetapi saudara telah memtuar belit ayat pada perenggan yang ketiga. Nampaknya saudara berbohong disini.

Saudara, bangsa melayu bukanlah bangsa yang paling mulia di negara ini, sedangkan bangsa lain diklasifisakikan sebagai kelas kedua.

Saudara terlalu berfikiran tutup. Semua bangsa telah diberi hak yang sama rata, malah di jemaah kabinet sendiri menyaksikan bangsa yang berbilang kaum memegang jawatan-jawatan yang penting untuk mentadbir negara.

Saudara kena ingat, saudara sedang menuduh tuan kerana berkata bahawa beliau sanggup mengampu parti UMNO/BN dan sanggup memalsukan rukunnegara. Bersiap sedialah dengan tanggungjawab saudara berdasarkan tuduhan saudara terhadap tuan.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Tuan, teruskan memberi komen dalam artikel tuan. Sesungguhnya saya merasai tuan adalah seorang yang adil dan prihatin terhadap masyarakat di Malaysia.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Sesiapa pun boleh berkata MP sabah akan melompat ke PKR. Tapi yang pastinya semua itu hanyalah omongan kosong DSAI dan PKR seolah-olah BN / UMNO berpecah. Tetapi hakikatnya semakin kuat BN/UMNO digoyah semakin utuh perpaduan dan semakin kuat pegangan tangan di antara parti komponen BN/UMNO. Jadi PKR jgn cuba2 meneguk di air yang keruh.

Anggun Menawan said...

aslm tiger,

kata2 lompat parti di sabah tu adalah crita kosong dr PKR sbg momok kosong saja tapi hakikatnya 13 ahli parlimen BN di sabah tetap setia pd parti UMNO dan BN, ini adalah masa depan rakyat Sabah bukannya suka hati mau lompat mcm katak ni soal negara bukan soal main2. sya sedih jika demokrasi bparlimen yg diamalkn negara ini mbiarkn pbuatn ahli parlimen melompat parti atas pengaruh sogokan wang tnpa tindakan hukuman. Integriti kerajaan tletak di atas bahu wakil2 rkyt yg amanah dan xda rasuah..harap2la BN terus tumbuh hidup segar di Sabah kami masi mhrpkn BN mentadbir rakyat SABAH. I Love BN...Hidup BN!..

Fido Dido said...

"Bagaimanapun, konsep Malaysian Malaysia ini tidak disokong oleh pengundi Permatang Pauh yang ditemui terutama golongan umur pertengahan dan ke atas kerana mereka merasakan ia akan pasti mengetepikan kepentingan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan".

Saya minta penjelasan Tuan. Sekiranya Tuan adalah orang yand adil. Sila bagi contoh bagaimanakah konsep sama rata semua kaum boleh menyebabkan kepentingan kaum melayu diketepikan?

Tuan berkata kepentingan kaum Melayu akan diketepikan, tetapi tidak disertai dengan isi dan fakta yang boleh menyokong hujah Tuan.

Sila bagi bukti yang Melayu di Singapura diketepikan.