Friday, August 15, 2008
PEMIMPIN YANG SUKA TURUN PADANG
(Gambar oleh Utusan Malaysia)
Ejen kenit memberitahu saya, Datuk Ariff Shah Omar, adalah seorang yang pemimpin rakyat yang suka turun padang.
Jika ada kematian, beliau akan segera datang dan akan mengusung sama keranda jenazah ke kubur. Itu sebabnya kita boleh melihat banyak gambarnya mengusung jenazah penduduk kampung. Inilah pemimpin rakyat. Pemimpin akar umbi.
Ada pemimpin, ketika pemilihan saja nampak muka. Itu pemimpin muka atau bermuka-muka.
Satu lagi perangainya ialah beliau sentiasa menyediakan t-shirt kerjanya di dalam kereta untuk membolehkan beliau menukarnya apabila perlu berbuat demikian.
Kelebihan istimewanya ialah berhubung dengan ISO. Tunggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Salam Dato,
Turun padang atau tidak adalah antara kriteria yang selalu dijadikan asas penilaian pengundi bukan dipermatang pauh sahaja tetapi disemua dun di Malaysia ini.Dato,buletin utama malam tadi menyiarkan kenyataan TS Muhyiddin yang bagi saya cukup unik ungkapanya..."bukan mudah bagi kedua2 parti di pp"Pada waktu ini jentera kempen BN perlu menyakinkan sesungguhnya kenapa perlu memilih BN dan seluruh jentera harus memberikan sokongan padu buat calon Dato Ariff.Dato,sepekara lagi Bn tidak seharusnya merasa "over confident'tetapi harus ada perasaan yakin untuk merampas kembali PP.Dato,bila ke sana?
Sdra.,
Umumnya masyarakat mengingini calon seperti Datuk Ariff Shah yang serba sederhana, berintegriti dan yang penting amanah. Semoga berjaya memecah benteng PKR di Permatang Pauh.
Sdr TJ,
Salam kembali.
Antara punca yang menyebabkan pengundi UMNO menolak calon UMNO ialah kerana pemimpin UMNO yang dipilih menjadi calon pada masa lalu memang tidak buat kerja dan malas turun padang. Itu sebabnya mereka reject. Satu lagi pemimpin yang selalu buat janji tetapi tidak ditunaikan. Buat janji tidak tunai dinamakan pembohong. Mereka tidak mahu pembohong dan pemalas.
Saya rasa peperangan di Permatang Pauh adalah antara DSAI dan The Rest bukan Paklah atau Najib. The Rest itu termasuklah kawan-kawan DSAI sendiri yang pernah menyokong dari belakang. Kini mereka kecewa dan menyokong BN. Ada juga yang hilang segala-galanya - tiada duit, tiada kawan dan tiada apa-apa. Inilah yang UMNO perlu tolong mereka. Orang kecewa yang tiada duit. Tolong bantu kehidupan mereka.
Saya pergi ketika waktu "panas".
Sdr SE,
Saya melihat pemilihan calon ini memaparkan kepemimpinan UMNO mahu mendengar "suara" akar umbi yang mahu parti memilih calon terbaik. Jika orang atas UMNO masih berdegil seperti dulu, pasti peperangan ini akan menjadi satu malapetaka kepada BN. Biasanya sesuatu tsunami itu ada hikmahnya walaupun ia memeritkan. Mungkin ini salah satu daripada hikmahnya - mendengar suara akar umbi.
Saya suka Anwar menang, kerana kalau BN menang berarti politik Malaysia "akan balik asal."
UMNO/BN akan terus merasa kuat dan selesa, tidak buat perubahan apa-apa. Tapi dalam parti pemimpin berebut pangkat dan kuasa, main politik wang, sokong menyokong sesama kroni dan sebagainya.
Kalau Anwar menang, walaupun tidak jadi PM, mungkin dia boleh bersuara dengan lantang di Dewan Rakyat untuk "membetulkan" apa yang tak betul.
Saya harap rakyat mahu begitu.
salam dato',
rakyat sebenarnya sukakan pemimpin yang dekat dihati mereka dan dengar permasalahan serta rintihan rakyat.glamour dan popular itu tak penting.yang penting tahu ambil hati rakyat dengan bekerja dengan baik.
Umno kata Arif dan Anuar bagai bertemu buku dengan ruas tapi bagi aku macam bertemu gajah dan semut ja...macam debat sabre chek dan Anuar depa kata sama juga...last-last hampeh....sabre leh buat air leor ja, tapi isi tak da...............
http://pkrpasdap.blogspot.com
Abe MIE teringat tentang calon BN Taman Medan, PJS. Dia memang suka tolong orang. Selalu melawat temasuk masalah sampah. Masa itu abe MIE jadi wartawan dia.
ABE MIE SUKA UMNO SEBAB DIA. DIA BAIK SANGAT. PERNAH DIA BERITAHU ABE MIE YANG DIA TAK AKAN MAKAN DUIT RAKYAT WALAUPUN SATU SEN KERANA AKAN DITANYA OLEH ALLAH KELAK.
Namun pada tahun 2004, beliau tidak terpilih. Cawangan UMNO protes tapi dia tidak kisah sebab Uztaz Wahab adalah kenalannya. Majoriti terbesar BN di Selangor bagi ADUN dan ketiga di Malaysia.
2008, Monalisa jadi ADUN, dia kalah 4000 undi kerana dia menyisih Norkhaila Jamaluddin yang disayangi dan disukai oleh semua lapisan masyarakat.
Ada pemimpin dan ahli PAS berjumpa dengan beliau kerana mahu memberi sokongan kepada BN bukan kepada PKR. Bayangkan bagaimana beliau disukai.
Namun cawangan beliau dicantas habis oleh Ketua Pemuda PJS, Dato Kapten Azhar yang kaua raya. Dia lantik Monalisa- kerani pejabatnya bagi membolehkan dia meletak anaknya pada masa akan datang di DUN Taman Medan.
Teringat cerita yang sama di PP tentang Shah Omar. Kira dia bernasib baik kerana UMNO sana tidak SAMA DENGAN KHIR TOYO.
Salam Dato'...
Pemimpin yang rajin turun padang seperti Dato' Arif Shahlah yang kita inginkan sebagai pemimpin. Bukan macam Anwar tu. Beliau nak menang dii Permatang Pauh tapi beliau di KL. Macam Dato' Arif memang permanent resident kat sana. Secara logiknya, mana yang lebih relevan untuk jadi pemimpin yang selalu mengambil berat tentang masalah penduduk? Pemimpin yang memang menetap di sana atau pemimpin yang duduk di KL? Teruskan usahamu Dato' Arif Shah...
Pemimpin yang turun padang adalah pemimpin yang mengambil berat pada rakyatnya. Ini baru pemimpin rakyat yang dihendaki oleh seorang rakyat.
mat terab,
UMNO berkata "bertemu buku dan ruas" sebab hendak naikkan semangat Arif dan seluruh penyokong UMNO.inilah namanya psikologi.
kenapa perlu diungkitt lagi debat antara Anwar-Shabery.benda tu dah lepas.kita teruskan ke babak yang baru.
Beginilah sikap pemimpin yang diperlukan oleh rakyat.. Sikap Dato' Arif Shah yang suka turun padang dalam apa jua hal di tempatnya mampumenambat hati rakyat setempat. Ini menunjukkan beliau perihatin kepada masalah rakyat. Bukan macam Anwar. Setakat duduk kat KL goyang kaki, turun padang sekali-sekali, baik tak payah...Macamana beliau nak selesaikan masalah penduduk setempat?
Datuk,
Sepatutnya kita kene membezakan antara ADUN dengan Ahli PArlimen ...
ADUN semestinya kene sentiasa turun padang ...
AHli PArlimen pula, agak sukar utk sentiasa turun padang kerana perlu menghadirkan diri ke Sidang Dewan Rakyat ...
Antara tugas ahli parlimen adalah berbahas dan mengundi utk meluluskan sesuatu usul (ie tentang undang2) di negara kita ni ...
tapi, kesian jugak ramai diantara kita yg tak paham perbezaan ADUN dengan Ahli Perlimen ...
Kalo sentiasa ada kat kampung, siapa pulak nak hadir Sidang Dewan Rakyat?
Dato' Arif Shah mungkin baik menjadi ADUN tapi belum tentu baik menjadi Ahli Parlimen ...
Masalah rakyat sepatutnya dibawa oleh ADUN dibawah Parlimen terbabit kepada Ahli PArlimen utk dipanjangkan kepada Sidang Dewan Rakyat ...
Tapi tak guna saya tulis panjang kat sini ... silap2 Datuk sendiri tak paham beza peranan ADUN dengan Ahli Parlimen!
Salam Datuk,
Rasanya Encik MR ni yang tak paham peranan MP dengan ADUN.:)
ibrahim yahaya said...
Antara punca yang menyebabkan pengundi UMNO menolak calon UMNO ialah kerana pemimpin UMNO yang dipilih menjadi calon pada masa lalu memang tidak buat kerja dan malas turun padang. Itu sebabnya mereka reject. Satu lagi pemimpin yang selalu buat janji tetapi tidak ditunaikan.Buat janji tidak tunai dinamakan pembohong.Mereka tidak mahu pembohong dan pemalas.
hmmm... dato' dah lupa dgn janji2 BN/UMNO sebelum GE-12???... kalau lupa saya boleh ingatkan.. ponder.. ponder...
:)
Post a Comment