Saturday, August 2, 2008

PROPAGANDA MEMENANGI HATI RAKYAT?

Saudara mara yang datang ke ibu kota memberitahu saya, beberapa tempat di Negeri Indera Kayangan macam ketika zaman British menaburkan pelbagai risalah yang ditujukan kepada komunis untuk menyerah diri atau bertaubat.

Risalah itu ditabur merata-rata tempat.

Kali ini, risalah mengenai laporan pemeriksaan Dr Osman, doktor di Pusrawi terhadap mangsa liwat, Saiful Bahri Azlan, ditabur di merata tempat di Perlis terutama di tepi-tepi jalan atau ditempat awam yang boleh diambil oleh penduduk.

Risalah itu yang ditandatangani oleh pemimpin kanan sebuah parti politik yang mengandungi laporan dan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk memudahkan pembacanya mengetahui apa isi kandungan laporan doktor berkenaan.

Inilah bentuk perang saraf dan gerak saraf untuk memenangi peperangan maklumat.

Rakyat percaya ke mengenai kes liwat yang hangat di pasaran sekarang dengan hanya membaca risalah itu? Setelah percaya, apa pula yang rakyat akan buat?

2 comments:

kamal... said...

org bukan bodoh lah kawan,kita tahu dah sapa dr osman tu...dlm rocky's blog ada mempersoalkan sapa dr osman tu..bukan kah dia kwan baik DSAI,LAGI pun kalau kes ini sudah ada melibatkan konspirasi atau telah d rancang takan betapa terselah kebodohan org yg mengaturnya..secara logik org tak akan jumpa DR LAIN kalau perkara ini dah d rancang lah...mesti dia akan p DR MANA yg telah d atur kan oleh pengarah tu..so nyata dan jelas kawan DSAI tu tak nak dia kena tahan so dia pasti tak berani buat keputusan maka dia akan bg tahu u p lah jumpa DR pakar d HKL...PIKIR2 LAH DULU.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kamal,

Jika kes liwat ini jadi kes mahkamah (atau ada kes), maka sudah tentulah tidak boleh tabur lagi risalah seperti itu lagi kerana ia boleh menganggu proses perbicaraan.

Apa pun, pagi ini ada usaha untuk melenyapkan blog DUNIATIGER dengan kesukaran bagi pembaca untuk melayarinya. Puncanya tidak tahu mengapa kerana setiap kali cuba dibuka arahan yang diberikan ialah blog ini perlu ditutup. Ia berlaku selepas beberapa cerita dilaporkan termasuk komen pelayar blog ini mengenai DSAI, KJ, AO dan KUNAN.

Tapi takpe, jika blog ini dihapuskan atau tidak boleh dibaca silalah tengok DUNIATIGER2. Jika dihack lagi, tengok DUNIATIGER3 atau DUNIATIGER4 dan selanjutnya untuk membaca pembongkaran dan ilmu pengetahuan. Mungkinkah sampai DUNIATIGER1000. Tak tahulah? Ada orang yang sukar untuk menerima kenyataan. Mereka mengambil jalan mudah iaitu merosakkan blog orang. Ini strategi kot. Taubatlah.