Wednesday, August 20, 2008

TUNKU ABDULLAH MENINGGALKAN KITA

Al-Fatihah.

Maklumat daripada blog Big Dog.

"Mantan MP Rawang Tunku Tan Sri Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir apabila tiba di KLIA untuk perjalanan ke luar negara pagi tadi.

Tunku Abdullah merupakan salah seorang pengerak utama membawa Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali kedalam UMNO setelah dipecat pada 1969 oleh Presiden UMNO ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Beliau bersedia untuk mengosongkan kerusi Parlimen Rawang ketika itu untuk memberikan laluan kepada Tun Dr. Mahathir untuk kembali kepada persada politik perdana.

Beliau menjadi seorang tokoh korporat yang berjaya apabila meninggalkan kareer sebagai seorang diplomat.
"

Al fatihah.

2 comments:

mn said...

Al-Fatihah. Kita doakan semoga beliau bakal 'Ahli Syurga'

Quantum Metal Consultant said...

Al-Fatihah, semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan para syuhada..