Friday, August 1, 2008
KANANG TIDAK MAHU ANUGERAH DATUK?
(Gambar oleh The Star)
Saya pernah menulis mengenai KANANG ANAK LANGKAU pada 22 Ogos 2007. Kanang adalah Pahlawan Negara dari Sarawak.
Kanang dianugerahkan Panglima Gagah Berani (PGB) pada 1980 dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada 1981 kerana jasanya mempertahankan negara sehingga ke titisan darah terakhir ketika berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 25 tahun.
Hari ini, Iban tracker itu menegaskan beliau tidak mahu menerima gelaran DATUK buat masa ini kerana beliau tidak mampu untuk hidup sebagai seorang DATUK.
Media hari ini melaporkan Kanang seorang pahlawan Iban tidak mahu menjadi DATUK kerana tidak mampu "membawa diri sebagai DATUK" yang memerlukan seseorang itu "berwang" dan mempunyai seorang pemandu.
Adakah seorang DATUK memerlukan banyak wang dan pemandu?
Atau...adakah Pahlawan Negara mahu "merendah diri"?
Semoga panjang umur Pak Kanang.
( ANAK MAHMUD juga menulis mengenai Kanang)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Datuk Harimau
Saya membaca artikel di the Star tersebut. Hanya seorang Datuk yang tahu/faham kehidupan seorang Datuk. Pak Kanang tidak tahu itu. Sepatutnya terus anugerahkan sahaja kepadanya dan berikan yang sewajarnya kepadanya sebagai membalas jasa dan budi.
htpp://pkrpasdap.blogspot.com
ada ke orang macam nie baik sekarang. Penjenayah dan bapa penjahat pun nak gelaran datuk.
syabas kepada kanang.
assalamualaikum tok tiger
salute to datuk kanang legend of the not alone ranger.
biasala tuk orang2 yang berjuang dengan ikhlas tidak akan mahukan pangkat sebagai balasan
tetapi sebagai seorang yang memang pakar dan berpengalaman di hutan dia mungkin boleh dilantik menjadi penasihat diakademi tentera/polis atau pun penasihat di universiti pertahanan, rugi tok ilmu dia tak dikongsi, tak semestinya untuk bertempur atau tracker aje tetapi mungkin boleh disalurkan ketempat lain, pelancongan ke pembangunan dan macam2 lagi
agi idup agi ngelawan tok
Sdr Tajudin,
Hanya seorang blogawan yang akan memahami seorang blogawan lain. Tahniah kerana berjaya menyelami apa yang tersurat dan tersirat.
Saya amat bersetuju dengan pandangan Sdr berhubung pemberian terus anugerah itu. Bagaimanapun, bakal penerima boleh menolaknya.
Sdr Abe Mie,
Ramai di luar sana yang "menolak" tawaran anugerah setiap masa kerana mereka bersedia untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sedia ada, seperti biasa.
Mereka mahu hidup tanpa tambahan gelaran yang sesetengah mereka pasti mengetahui "kesan-kesannya" terutama tanggungan dan keperluan kewangan yang teramat sangat.
Bagaimanapun, ramai juga yang mencari-cari anugerah itu untuk matlamat yang hanya beliau saja yang mengetahuinya. Berikanlah kepada "kumpulan orang sebegini" kerana mereka tetap akan berusaha mendapatkannya walaupun perlu menabur wang di mana saja. Ada antara mereka menggunakan DATUK dari negara antah berantah. Maaf ya sekadar melaporkan saja.
Sdr Junkopile,
Salam kembali.
Satu cadangan yang baik untuk memastikan kepakaran dan kemahiran Kanang boleh dimanfaatkan oleh negara terutama perwira negara. Saya pasti Kementerian Pertahanan sudak memikirkan perkara itu dan mungkin ada faktor tertentu yang tidak memungkinkannya berlaku. Kanang menolak lagi ke? Atau hendak terus memberi khidmat kepada penduduk kampung halaman?
Post a Comment