Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita panel di muka satunya dengan tajuk, "Penduduk Permatang Pauh desak Anwar Bersumpah". Empat penduduk iaitu pemilik restoran mi bandung, peniaga buah dan dua orang surirumah mahu DSAI bersumpah.
Bagi saya, majlis angkat sumpah ini seolah-olah sudah menjadi perkara biasa sekarang. Saiful Bukhari Azlan angkat sumpah, DS Najib Tun Razak bersumpah di Masjid Guar Perahu dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli juga bersumpah tidak terbabit dengan kejadian dua EXCO PKR Perak didakwa mengambil rasuah.
Saiful bersumpah untuk memperkuatkan dakwaannya bahawa DSAI meliwatnya. DS Najib bersumpah, bukan seperti Saiful yang diadakan satu majlis khas, untuk menyatakan tidak mengenali gadis Mongolia, DS Tajol pula mahu menafikan dakwaan beliau terbabit dengan peristiwa EXCO PKR didakwa.
Ejen kenit memberitahu saya, segala sumpah itu sedikit sebanyak membuka mata pengundi Permatang Pauh. Bagaimanapun, ia tidaklah memberi kesan kepada penyokong tegar PKR yang sudah taksub dengan DSAI.
Bagaimanapun katanya, jika mahkamah syariah yang mengarahkan agar Saiful atau Anwar mengangkat sumpah maka masyarakat akan lebih percaya kepada individu yang mengikut arahan mahkamah dan mereka yang ingkar pasti akan didapati "bersalah".
Oleh kerana ia dibuat secara sukarela, ada pihak yang membuat pelbagai andaian dan dakwaan seolah-olah ada "tangan-tangan" atas yang memaksa mereka bersumpah.
Namun, yang penting ialah keberanian mereka yang membuat sumpah dan sanggup dilaknat oleh Allah SWT pada diri mereka, keluarga dan generasi akan datang. Siapa yang ada di sekeliling mereka yang membuat sumpah tidak penting tetapi lafaz sumpah itu adalah perkara pokok dan asas utama.
Oleh itu, tiada isu mengenai imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, yang mendakwa di pentas PKR di Permatang Pauh malam tadi bahawa beliau dipaksa menjadi saksi. Kehadiran beliau sebenarnya tidak penting.
Jika Anwar bersumpah hari ini, adakah anda percaya bahawa beliau berada di pihak yang benar? Apatah lagi ia dibuat di hadapan ulama politik seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Monday, August 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Jika kita berhadapan dengan orang politik, walaupun Saiful disuruh bersumpah oleh mahkamah, maka sumpah tersebut tetap dipertikaikan, mahkamah juga akan dianggap berkonspirasi, kelak ada pula hakim naik kepentas mengatakan ia disuruh, dipaksa oleh pihak atasan. Cerita ini tiada kesudahan.
Siapa yang bersumpah (dengan cara masing masing) tetapi telah melafazkan dengan lafaz yang dituntut Islam maka mereka telah mengambil 'risiko' peribadi yang ditanggung sendiri samada untung atau rugi, wang sebanyak manapun tidak mampu 'membayar' harga risiko tersebut.
Dan sesiapa yang terlibat secara langsung (dituduh) di dalam sumpah laknat itu dan tidak bersumpah atau bersumpah atau mempertikaikannya tetap mengambil risiko yang sama.
Laknat hanya akan menimpa kepada yang 'bersalah'.
Tetapi jika kita diluar ini ingin tumpang sekaki, menerima tempias sumpahan tersebut, sila silalah persenda dan pertikaikan sumpah tersebut sekadar logik dari minda yang taksub.
Salam Datuk,
BERSUMPAH bukan perkara yang boleh dibuat mainan. Ia melibatkan agama. Apa ingat orang yang bersumpah itu saja nak main-main ke? Kita hanya manusia. Bukan kita yang berhak menentukkan sama ada betul atau tidak cara mereka bersumpah WALAU imam sekalipun .Tapi ALLAH SWT. PENCIPTA SEKIAN ALAM. Kita hanya manusia biasa Yang penting adalah niat.Kalau nawaitu kita bersumpah untuk kebenaran siapa mereka untuk mempertikaikan semua itu. Apa yang hendak dipersoalkan. Cuma sekarang kenapa sampai saat ini DSAI tidak mahu bersumpah?
Memang benar kata datuk,yang penting ialah keberanian mereka yang membuat sumpah dan sanggup dilaknat oleh Allah SWT pada diri mereka, keluarga dan generasi akan datang.
SeSiapa pun yang ada di sekeliling mereka yang membuat sumpah tidak penting tetapi lafaz sumpah itu adalah perkara pokok dan asas utama.
Bak kata pepatah BERANI KERANA BENAR....
Salam Tok Tiger,
Setuju ngan tok tiger kerana kini seolah-olah sudah jadi trend sumpah plak! Anyway kita harap sumpah2 mereka ini adalah benar. Terfikir juga mereka2 yang bersumpah bohong sanggup ke menerima laknat dari Allah? Apapun kita tunggu dan lihat desakan orng PP dapat mengubah DSAI? Manalah tau? Kerana kepentingan diri sanggup berbuat apa saja. Bukankah begitu?
Hah pandai pun.
Tau kan, siapa siapa boleh sumpah di dalam dan luar mahkamah?
Maka apa yang harus kita buat ialah kembali ke jalan asal untuk menentukan suatu tuduhan, dengan mengemukakan bukti atas saksi yang kukuh di mahkamah. Kalau takde bukti dan saksi kukuh, maka kes tidak menjadi. Si tertuduh tidak bersalah.
Habis cerita.
Buat apa bazir masa percaya dengan sumpah Saiful?
Kita tunggu saja kes mahkamah. Sehingga akhirnya kes mahkamah, Anwar Ibrahim tidak bersalah.
Beres.
Anwar setuju dengan pandangan saudara blogger.
"Sumpah menjadi alat permainan, kata Anwar."
Baca sini...
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/24/sumpah-jadi-mainan-umno-di-permatang-pauh-anwar/
~Mulut Lazer~
Mungkin temuramah dengan Imam Masjid, Ramlang Porigi (RP)yang menyaksikan sumpah Saiful boleh difikirkan sejenak:
Ikuti pendedahan yang pasti menggegarkan ini bersama dua orang wartawan kanan Edi Suleiman dan Dzulkarnain Taib serta Rusnizam Mahat dan juruvideo Ebrahim Harris, Suara Keadilan (SK).
SK: Boleh ustaz terangkan siapa yang arahkan ustaz untuk menjadi saksi kepada sumpah Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan?
RP: Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperti perlu memegang Al-Quran atau tidak.
SK: Saiful dikatakan tersalah sebut beberapa istilah semasa lafaz sumpah beliau. Adakah ini mencacatkan kesahihan sumpah yang dia ucapkan?
RP: Bagi saya kalau dia bersumpah untuk dirinya sendiri sumpah itu boleh diterima lagi tetapi dikatakan mubahalah tidak sempurna selagi kedua-dua pihak tidak bersumpah.
SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?
RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.
SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?
RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.
SK: Apa yang menyebabkan Ustaz berkata Saiful tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah perkara ini adalah kecil dan tidak penting?
RP: Jika kita beragama Islam dan beriman dan sekiranya kita ingin melakukan sumpah seperti ini kita merasa bimbang, adakah sumpah yang kita lakukan ini adalah betul. Kita akan rasa ketakutan dan riak wajah kita pun kita akan dapat tahu yang kita ketakutan. Berat sebenarnya sumpah ini.
SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?
RP- Tidak ada.
SK-Tetapi yang sahnya, seorang pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri bertemu Ustaz di dalam masjid.
RP- Ya!
Sk-Setelah Ustaz membaca caci, tohmah dan maki hamun terhadap Ustaz selepas peristiwa itu di dalam laman web adakah Ustaz menghubungi pihak berkuasa atau pun sesiapa untuk membantu Ustaz dalam perkara ini untuk membersihkan imej Ustaz?
RP-Saya ada bertanya kepada pegawai saya bagaimana keadaan yang saya alami tetapi saya tidak dipertahankan bila saya dicaci. Orang kata yang bukan-bukan. Saya lihat dalam tempoh seminggu dua ini memang jabatan saya tidak mempertahankan saya.
SK: Apa jawapan ketua jabatan Ustaz?
RP: Oleh kerana imam besar tiada pada masa itu, saya hanya bertanya kepada pegawai sahaja dan dia cuma mengatakan bahawa perkara itu kita pun tidak tahu kebenarannya, jadi kita jangan merasa bersalah,itu sahaja. Jadi segala tohmahan yang dilemparkan kepada saya tidak betul jadi beliau berkata kita tidak perlu berasa tertekan atau bersalah.
SK: Jadi apa perasaan Ustaz bila beliau beri jawapan sedemikian?
RP: Jadi bagi saya, saya perlu menilai diri saya sendiri apakah itu tindakan betul yang saya lakukan.Kalau kita lihat pada laporan internet itu, ianya memang satu fitnah dan saya boleh menyaman tetapi kerana bimbangkan kerja saya, jadi saya hanya berdiam diri sahaja
SK: Sekarang Ustaz bimbangkan kerja Ustaz akan terjejas, apakah langkah Ustaz seterusnya selepas membuat penjelasan ini?
RP: Saya telah berfikir semasak-masaknya apa yang saya telah saya lakukan hari ini.Kawan saya ada memberitahu bahawa insya Allah rezeki Allah SWT ini amat luas. Kita jangan berfikir hanya itu sahaja kerja yang ada.
SK: Mungkin keselamatan Ustaz terjejas disebabkan tindakan berani Ustaz tampil ke hadapan menjelaskan perkara sebenar. Apakah langkah yang akan Ustaz ambil memandangkan perkara ini sudah luas tersebar dan ada kemungkinan polis ‘mencari’ ustaz?
RP: Itu saya berserah kepada ALLAH SWT kerana sebagai makhluk yang diciptakan oleh ALLAH SWT hanya ALLAH SWT sahaja yang berkuasa ke atas setiap makhluk.
Laknat dari ALLAH S.W.T akan datang tok kalau tipu... esok .. lusa .. atau bila-bila masa ...
Kalau dah boleh main bontot, takkan takut sumpah .. apa bezanya tok ...
Nabi tak mengaku umat tok ..
Tapi si anwar ni bukan pasai TAKUT SUMPAH .. dia ni ego tinggi tok .. tok suruh apa pun dia tak buat tok kalau dia tak nak buat..
tapi kalau dia nak buat .. belakang pun boleh tok ..cakap la apa pun .. dia buat jugak tok ...
itu la manusia yang pentingkan diri dan dia takkan peduli orang ..
Salam,
Oleh kerana bersumpah itu urusan seseorang individu dengan Tuhannya, kita biarkan sajalah sesiapa yang hendak bersumpah, walaupun sudah menjadi trend.
Tapi perkara yang menarik hati saya ialah mengapa masih ramai orang yang tetap memuja Anwar dan menganggap dia sebagai wira dan idola, walaupun dia tidak mahu bersumpah?
Barangkali orang yang "benci" pada Anwar ingin menjawab?
Pokok persoalannya ialah kenapa seseorang itu bersumpah dan kenapa seseorang itu tidak perlu atau tidak mahu bersumpah?
Di dunia sekarang ini, kalau dengan bersumpah maka semuanya akan selesai, bersumpahlah sehendak hati. Malangnya, kita masih ada Mahkamah yang akan menentukan tuduhan itu betul atau sebaliknya.
Kenapa perlu diperbesarkan, tunggu ajelah 10 September, ini bila orang menafikan kita tak puas hati.
Yang sebenarnya, kalau kita ni pro satu pihak, apa yang lain tak pentingkan. Ini kena pada kedua-dua belah pihak.
Seperti para akhir : Jika Anwar bersumpah hari ini, adakah anda percaya bahawa beliau berada di pihak yang benar???
Yang perasan pandai agama kat Malaysia ni Pandai sangat ke????
salam datuk!
dah jadi mcm trend pulak angkat sumpah ini.saya rasa tak elok sangat la buat benda ni macam ni.nanti umum akan mempermainkan pula benda sumpah-sumpah ini.
sumpah ini hal yang peribadi.nak buat atau tidak,itu terpulang.tapi yang penting adalah nawaitu untuk bersumpah.kita bersumpah atas kebenaran atau kita bersumpah untuk berselindung disebalik kebenaran?.
Tuan,
Sekiranya Anwar terpilih nanti, apakah akan terjadi "mimpi ngeri"?
Sekiranya Calon BN terpilih, adakah BN akan membuat perubahan drastik kepada seluruh pentadbirannya, atau dengan kata lain, melaksanakan janji, menghapus politik wang, lebih prihatin dan mengambil tindakan segera terhadap masalah rakyat, etc. etc... ???
Oleh kerana Tuan Imam telah mendedahkan segala galanya mengenai sumpah yg telah berlaku dan orang yang menyuruhnya...dan bagaimana reaksi si Sesumpah itu maka fikirlah sendiri yek...
Semoga Malaysia aman, bebas, merdeka dari kejahatan UMNO/BN.
JahLela
Aku sebagai orang UMNo pun tak setuju cara bersumpah yang boleh di bawak main oleh pemimpim kita ikut suka-suka saja nak bersumpah kalau macam tu senang la kalau buat salah nak lepas ja bersumpah...kalau mencuri nak lepas ja bersumpah depa ingat apa sumpah ni boleh di bawak main....?
apa kata singgah sat di http://bangsaku2020.blogspot.com/
Anwar terkenal dengan sikapnya selama ini yang akan mengambil apa jua peluang dan menggunakan apa jua cara untuk memperkukuhkan kedudukannya, tetapi yang sungguh menghairankan saya ialah mengapa masih ada satu cara yang cuba dihindarinya iaitu bersumpah. Tindakannya itu menimbulkan tanda tanya, adakah itu Anwar yang sebenarnya”
Diubah suai daripada jawapan sdr Ezam
OOI...MAIN SUMPAH-SUMPAH PULAK! MACAM P.RAMLEE DAA...! LEPAS NI RAJA PETRA BERSUMPAH..LEPAS TU KETUA POLIS NEGARA...LEPAS TU NALLAKURUPAN...EZAM DAH BAYAK KALI BERSUMPAH...LEPAS TU PENGARAH JAKIM...LEPAS TU AZALINA..PERGH!. BEST JUGAK MAIN SUMPAH-SUMPAH NI. SEKALI MACAM A.R TOMPEL DAAA...KELAKAR !
Seorang Muslim sejati tidak perlu bersumpah kerana berkata benar adalah merupakan satu kewajipan. Jika sesuatu keadaan memerlukan seseorang itu bersumpah, maka dengan itu difahami bahawa sepanjang kehidupannya telah dipenuhi dengan kata-kata dusta sehingga sesekali apabila seseorang itu bekata benar, maka dia bersumpah dengan nama Allah bagi meyakinkan bahawa dia adalah benar.
Dalam konteks ini, konsep bersumpah sewajarnya tidak boleh diterima pakai dalam menentukan kebenaran dan keadilan terhadap seseorang. Sebaliknya, ia adalah perantaraan di antara seseorang yang bersumpah dengan penciptanya (Allah) dan bagi memberitahu kepada khalayak tentang kebenaran melalui sumpah yang dilafazkan. Namun ianya tidak terikat dengan mana-mana peraturan mahupun undang-undang bahawa dia adalah benar. Ini kerana kebenaran hakiki hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Oleh itu, proses perundangan masih perlu diteruskan samada melalui hukum syariah ataupun sivil. Selebihnya, khalayak berhak membuat persepsi peribadi.
Namun persepsi peribadi inilah yang cuba dieksploitasikan oleh sesetengah golongan dalam usaha meraih kepentingan politik iaitu dengan mengeksploitasi persepsi khalayak untuk mendapat undi.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang Muslim, setelah kemelut ini diheret kepada isu sumpah serta melibatkan kesucian agama Islam dan kebesaran Allah s.w.t, maka penulis dengan rendah dirinya ingin mengajak SELURUH UMAT Islam terutama di Malaysia, atas tanggungjawab FARDHU KIFAYAH, agar bersama-sama menunaikan SOLAT HAJAT dan berdoa agar Allah s.w.t menunjukkan KEBENARAN HAKIKI melalui kekuasaan yang dimilikinya dengan melimpahkan RAHMAT kepada mereka yang dianiaya dan menurunkan LAKNAT kepada mereka yang menganiaya. Ini kerana umat Islam sudah muak dan jijik dengan keadaan serta kemelut yang melanda di negara ini. Ayuh, saudaraku,firman Allah dalam surah Al-Fatihah " Hanya Engkau Kami Sembah, Dan Hanya Engkau Kami Memohon Pertolongan". Kami umat Islam inginkan bentuk kehidupan yang sederhana serta jauh daripada segala macam KEJIJIKAN yang sedang berlaku di negara ini. A Lu Pikir Lah Sendiri
fikirlahsendiri.blogspot.com
Lerr.....
Yang jadi saksi sumpah tu pulakk yang jadi hero dalam sesi sumpah ni....
Ni yang tidak betul dengan minda rakyat Malaysia ni.....MENIDAKKAN KEBENARAN,MENGHALALKAN KEMUNGKARAN.., sedih aku melihatmu rakyat negaraku yang tercinta..
Korang semua pikir le sendiri situasi DSAI....nak bukti diri tak bersalah, di beri ruang dan jalan secukupnya..tapi???
Semua tak di buatnya..... kenapa???
siapa yang berkonspirasi....DSAI atau kerajaan BN???
Tabik pada `pengarah' yang telah menyusun peristiwa-peristiwa ini dari awal..isu akuan bersumpah,(Bala,RPK,DSAI)hingga sekarang dan ke penghujung cerita ini...!!
Percayalah....kita semua (rakyat Malaysia)telah dan akan terus rugi seandainya permainan mak yong DSAI ini berterusan..
SEBAGAI ANAK MALAYSIA..PANTANG NENEK MOYANG KITA BERKHIANAT KEPADA NEGARA..KALAU HENDAKKAN KUASA, GUNALAH SISTEM UNDANG2 NEGARA BERDAULAT INI.. BUKAN DENGAN MEMBUAT RUSUHAN,UGUTAN DAN MENCACI SESAMA KITA.. PENTAS ADA DISEDIAKAN..SILAKAN MENCUBA KALAU ADA YANG BERHASRAT..!! JANGAN DIGANGGU GUGAT PILIHAN RAKYAT,JANGAN DICABAR KESOPANAN RAKYAT,KALAU TIDAK.....PADANG JARAK,PADANG TEKUKURLAH JADINYA NANTI.
KAMI SUDAH BUAT PILIHAN, KERAJAAN BN YANG KAMI HENDAKKAN.KALAU TERINGIN NAK JADI PM,TUNGGU LAH PILIHANRAYA AKAN DATANG, BARU KITA TENGOK SIAPA YANG BENAR-BENAR ANAK JANTAN..TAPI BUKAN YANG MINAT JANTAN.
Malam ini kita akan melihat dan menerima keputusan rakyat permatang pauh...sama ada keputusan bijak atau keputusan menolak kerajaan Pusat. KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA...
Dia dah bersumpah, macam2 pulak orang lain kata. Kata tak sah lah, apa lah. Sekarang ni dia bersumpah depan Quran. Ini sudah menjadi cerita dia dengan Tuhan. Yang lain tak payah pandai2 nak menilai. Sekarang ni yang sorang lagi tu asyik merapu tempat lain pulak cakap macam2 taknak bersumpah. Takut ke apa? Jangan cakap banyak sedangkan diri sendiri pun tak buat juga.
Post a Comment