Friday, August 22, 2008

JANGAN LUPA MEE UDANG SUNGAI DUA

Salah seorang pelayar tetap DUNIATIGER mengingatkan saya agar jangan lupa mencuba "mee udang Sungai Dua" .

Maka, semalam saya mencari tempat itu dengan beberapa orang rakan.

Kebetulan pula seorang rakan pernah pergi ke restoran berkenaan yang terletak berhampiran dengan sungai.

Menurutnya, keenakan mee udang itu menyebabkan seorang teman yang selalunya berbual-bual ketika makan, tapi kali ini tidak membuka mulut untuk berbual kerana "terlalu asyik" menghirup kuah mee itu.

Berpandukan tempat "di tepi sungai" kami pun mencuba nasib mencarinya. Atas bantuan seorang lagi teman, kami berjaya menemui "Restoran Mee Udang Sungai Dua".

Teman yang pernah datang ke situ menasihatkan kami menimbang udang terlebih dulu agar tidak terlalu banyak udang dalam mee kuah nanti. Sebelum ini, beliau makan mee kuah dengan tiga ekor udang besar di dalam mangkuk meenya.

Makan banyak udang, sudah pasti bukan masalahnya tetapi membayarnya, pasti menggaru kepala. Beliau membayar harga lima pinggan mee udang hampir RM150. Wow...

Berpandukan nasihat itu, kami pun mengambil keputusan untuk mengambil lima ekor udang di mana setiap seorang akan mendapat seekor udang besar.

Saya tidak bercakap ketika menikmati keenakan kuah mee udang itu. Anda mempunyai pilihan untuk menempah air kelapa atau air panas di situ. Empat rakan lain memilih air kelapa dan saya memilih kopi O yang begitu sedap sekali.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada semua pihak, dalam keributan kempen Permatang Pauh sekarang, orang luar yang datang untuk mendengar ceramah BN atau PKR, eloklah mencuba mee udang Sungai Dua itu.

Wallet saya kekurangan RM61.80 petang semalam.

Selamat mencuba.

21 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Mee udang memang sedap, di sabah terlalu sukar untuk mencari mee udang. Sebab jarang dijual di sini.

terubuk jantan said...

Salam DIY,
Satu pesan pada Diy, sekembali nanati ke ibukota jangan lupa periksa kandungan "uric Asid Dan Kolestrol" kami prihatin pada kesihatan anda.....

P/s: Dato bila nak belanja pelayar-pelayar budiman....

MAWAR BERDURI said...

Dear Mr. Tiger.

Kalau baca olahan ayat di atas dalam cerita mee & udang, mcm aku mau p masak mee + udang, bab tak kan mau p PP baru dapat makan, org sabah ckp kebangkalan nanti..

Semoga pejuang2 BN yang berkempen di Permatang pauh sehat2 belaka di samping udang mee yang menyelerakan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Mungkin Sdr boleh mendapatkan resipi mee udang Sungai Dua dan kemudian mula menjualnya di Sabah. Jual mee udang tidak apa tetapi jangan jual negara. Buruk padahnya.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Itu sekali saja makan mee udang. Sebab nak tahu betapa sedapnya mee udang Sungai Dua. Sejak seminggu ini, saya banyak makan buah dan minum air kosong. PP ada masanya panas dan memeritkan.

Hari ini, hujan sejak pagi lagi. Hujan rahmat untuk menenangkan segala keributan ceramah di Permatang Pauh. Bertenang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mawar Berduri,

Badan mungkin "sihat-sihat" belaka, cuma mereka mungkin kurang tidur menyusun strategi atau sibuk pasang poster dan bendera.

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
wa rimau pon makan udang ke, tok memang terer mee udang pon dah jumpa, tok n goreng ketam kuala juru pon sedap tok, tapi mintak asing jangan mintka set sebab ketamnya besar
p/s tok ada orang suka makan yang besar2 je makan kecik2 tak mau

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Ini rimau makan semua yang halal.

Sudah meningkat usia ini, ada juga yang dikurangkan atau ditolak. Antaranya udang, sotong, belacan, telur, cuka, air batu dan lada.

Orang yang suka makan yang besar saja adalah orang besar. Mereka akan jadi kecil jika makan benda kecil. Jangan makan rasuah.

epain said...

time by election ni mesti kedai tu masyukkk...

paling tidak pun, dia mark-up skit...tulah untungnya ada by election...

ramai org dapat faedahnya...rezeki...

Anonymous said...

hai dato....

pi berkempen ke pi jalan2 cari makan.....

sakan berkempen...

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Ketika saya sampai, kerja-kerja membesarkan restoran itu sedang giat dijalankan. Mungkin sudah masyukk lamaa daahh. Saya hanya menambahkan lagi rezeki mereka. Datangla beb.

ibrahim yahaya said...

Sdr PBS,

Bukan berkempen tetapi sebagai pemerhati untuk melihat "ibu kepada peperangan maklumat" yang berlaku di sini. Macam-macam flyer dan bahan penerbitan disebarkan oleh kedua-dua pihak. Hari ini, muslimat PAS mengedarkan risalah di masjid.

mn said...

Salam Datuk,

1. Saya tak tahu yang Datuk teringin nak makan mee udang?

2. Bagi mereka yang tahu, mee udang Sg Dua tu dah tak berapa sedap dah.

3. Mee udang paling sedap sekarang terletak di Tikam Batu, Sg Petani. Dia punya tuan restaurant bekas Askar pencen berasal dari Melaka(kg Datuk kot).

4. Peliknya restaurant ini kerap masuk akhbar berbahasa Cina. Tapi akhbar-akhbar Melayu tak tau keujudannya.

5. Di sini satu mangkok besar dengan 2 ekor udang saiz besar harganya baru RM8.

6. Bila-bila free, Datuk lajak mai Sg Petani, kita pi try tengok. Bagi saya ranking mee udang Sg Dua tu dah jatuh dah.

Quantum Metal Consultant said...

Harimau bila 'pekena' udang jangan pula lepas ini jadi Udang Harimau..Tiger Prawn - takut sudah tidak berbisa lagi.

Quantum Metal Consultant said...

Bagi orang Melayu, hiburan dan politik adalah pesta, jika di PP Dato' mencari 'ibu maklumat' yang jumpa kelak hanya 'ibu fitnah dan maksiat'.

Hari pengundian tinggal beberapa hari lagi, maaf jika saya katakan Dato' tidak mmberi kami maklumat yang berbentuk ilmu dan berguna, sekadar sambal belacan bersiri dan me undang itu lebih kepada santapan perut dari santapan minda. Ole ole Dato' biarlah 'luarbiasa' dari normal, tinjau tinjaulah pendapat bernas pengundi PP untuk dikongsi bersama, tinjau tinjaulah samada sumpah laknat sudah terkena sasaran setakat ini...

Yang lebih penting adakah Dato' sudah berpuashati memberi kami maklumat yang terbaik setakat ini kepada kami..atau Dato hanya menganggap pemergian ke PP hanya satu percutian santai santai..jangan biar tinta tumpul sedangkan PP sudah di depan mata.

epain said...

datuk...saya memang teringin nak datang p. pauh...

tapi rasanya sekang ni tgh panas sangat...takut nanti kang ada pulak yg mintak IC saya, terus simpan buat pekasam...

tapi tak pe...one day sy akan dtg, n kedatangan utk rasa mee udang n laksa yg dikatakan power tu...

bila balik KL?...nak kirim buah pala...

hasipin66 said...

datuk,jangan telebih makan mee udang Rimau,nanti satu badan naik panas.kita orang mau juga test,tapi harganya boleh tahan pula ya?.hari buang undi nanti,kena masak mee udang Permatang Pauh.

Mas said...

Memang sedap mee udang kat sini. tapi saya buat lagi sedap.....Satu lagi mee udang yang dikatakan sedap ialah kat Kampung Seronok, Penang. Tak tau masih sedap lagi ke.

Anonymous said...

mee udang sg dua dah kurang sedap berbanding awal 90an ketika saya tinggal di taman desa murni, kat sebelah sungai tu je.

selepas dikomersialkan cara masakannya, dah kurang enak, pak.

maso jambatan tu masih jambatan kayu, gerai mee udang tu memang terkenal. masakan dio memang sodap, bang.

tu la masalah eh bilo sesuatu yang original tu kito komersialkan.

sebona eh, banyak bondo dalam malaysia ni yang patut dikekalkan keasliannya. bilo kito masukkan nilai komersil, jadi hampeh!

PS... kalau makan mee udang tu, jgn pilih udang galah... pilih udang koteh, lagi sodap! sobab tu kito jgn jadi macam udang galah - KEPALA JE BESAR, ISI KURANG!

UMNO PARTI PENJARA said...

terasa lapar pulak bila baca cerita ni :)

Menarik;)


Jemput ke selingan menarik ;)
http://teampemudaumno.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

mak aih datuk ... mahalnya makan mee udang sampai rm 61.80 ...

hmm ....