Sunday, August 3, 2008

PENYAMUN CURI PERIUK NASI

Bayangkan penyamun merompak orang miskin.

Tentulah sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah miskin, barang dikebas orang pula. Peristiwa malang itu berlaku di Klebang, Melaka. Memalukan orang Klebang dan orang Melaka saja. Atau..orang luar dari Johor atau Negeri Sembilan. Singapura kot?

Akbar The Star melaporkan penyamun mencuri 15 peralatan memasak dan sebuah periuk nasi elektrik di Happiness Centre for the Mentality Disabled Children.

Saya yakin orang kaya di Melaka atau pun Kerajaan Negeri akan segera membantu mereka ini.

Macam mana nak makan jika tiada periuk nak masak nasi?

Penyamun pun satu hal, carilah tempat lain untuk merompak jika terdesak sangat.

(Renungan Rimau: Kumpulan yang mengebas projek orang pun boleh digelar penyamun. Individu yang memberikan projek kepada keluarga dan rakan taulan pun juga kepala penyamun. Bagi direct nego pun penyamun. Janganlah curi duit orang terutama orang miskin. Orang kata zalim marah, tetapi mereka tetap buat juga. Networking? Networking penyamun.)

2 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,
mereka ini belajar dari Ali Baba Bujang Lapok iaitu penyamun yang kena kerat dalam gua tu.biar nanti kena kerat-kerat baru tauuuuu...penyamun!

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Salam kembali.

Ini mungkin kerja penyamun yang terdesak kerana ketagihan dadah atau apa saja yang menyeronokkan mereka. Satu pengajaran kepada kita ialah jangan biarkan periuk nasi dan peralatan memasak di luar rumah kerana banyak penyamun tarbus yang kemaruk duit. Jika ditangkap antara dendanya ialah bekerja 20 tahun di rumah orang miskin yang dicuri itu.