Saturday, August 30, 2008

BERSAMA JAGA KEDAULATAN NEGARA

Menonton kejadian di Bangkok dalam Buletin 1.30 tengahari TV3 sebentar tadi mengenai tindakan ahli Pakatan Rakyat terus mengepung Rumah Kerajaan Thailand, menyebabkan saya serta merta berdoa agar keadaan ini tidak berlaku di negara ini.

Kejadian rusuhan ganas dan demonstrasi jalanan itu sudah pasti akan menjejaskan kestabilan Thailand, apatah lagi ada yang berani merusuh di dua lapangan terbang iaitu di LT Krabi dan LT Phuket, menyebabkan ramai penumpang terkandas.

Bagi perusuh dari Pakatan Rakyat itu, mereka menganggap demokrasi ala Barat yang diamalkan kerajaan adalah punca berlaku rasuah di Thailand dan mereka mahu Perdana Menteri, Samak Sundaravej, yang menyokong Thaksin Shinawatra segera meletakkan jawatan.

Rakyat negara ini harus mengambil iktibar dengan kejadian di negara jiran itu terutamanya dari segi ancaman kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang boleh melumpuhkan dayatahan negara. Apabila kita lemah, ramailah yang akan datang.

Kita harus memastikan tiada gejala demonstrasi jalanan dan rusuhan ganas ini berlaku di negara ini sehingga boleh menyebabkan rakyat takut untuk keluar rumah atau menjalankan urusniaga seperti biasa.

Kejadian di Indonesia pada 1999 juga mengingatkan kita mengenai pergaduhan kaum yang menyebabkan ramai masyarakat Cina meninggalkan republik itu dan pergi ke Singapura atau tempat yang lebih selamat.

Kejadian di Thailand sekarang sudah tentu mencemarkan nama negara itu tambahan pula kini ada sebuah filem bertajuk Bangkok Dangerous, yang menceritakan kegiatan pembunuh upahan hasil kerja kreatif dua beradik Pang.

Filem itu yang ditulis dan diarah oleh Pang Brothers pertama kali ditayangkan pada 1999 dan mulai Ogos 2006, skrip filem yang sama dibuat semula Bangkok Dangerous dengan menampilkan Nicolas Cage yang akan mula ditayangkan pada September ini.

Sama-samalah kita mengambil iktibar apa yang berlaku di negara jiran dan terus menjaga serta mempertahankan kedaulatan negara ini.

9 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Kejadian seperti inilah yang kita takut berlaku kepada negara kita. Apabila rasa hormat telah hilang manusia sanggup lakukan apa sahaja yang penting hasrat tercapai tanpa mengambil kira kesan di atas apa yang telah dilakukan yang penting hati puas. Tapi berbaloikah itu semua sekiranya negara kita yang selama ini aman dan makmur menjadi kucar kacir seperti negara jiran?
Kita ambil iktibar di atas apa yang berlaku di negara jiran. kita pertahankan kedaulatan negara kita kerana kalau bukan kita siapa lagi yang akan mempertahankanya.
Demi untuk generasi kita, bangsa dan agama serta negara kita.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Selalunya kita akan mengingatkan "sihat" apabila kita "sakit" disebabkan sikap atau tabiat sendiri. Umpamanya menghisap dadah dan minum arak. Dalam ertikata lain ketika kita sakitlah, kita sentiasa memikirkan saat dan ketika kita sihat segar bugar.

Ketika sihat itulah, kita boleh berlari atau membuat sesuatu mengikut keinginan kita. Ini termasuk makan apa yang kita suka.

Oleh itu, ketika sihatlah kita perlu mengingatkan diri agar tidak cepat sakit dan menjaga kesihatan dengan baik. Jika tidak, apabila sudah jatuh sakit, tiada apa lagi yang berguna. Menangis air mata darah sekalipun, sihat itu tidak akan kembali apabila mendapat penyakit kronik.

Begitu juga dengan keamanan. Jagalah keamanan ini agar tidak berlakunya "kekacauan". Jika sudah berlaku "kekacauan", sudah tentu negara kita akan hangus menjadi abu. Ketika itu, nasi sudah menjadi bubur.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Hampir mencapai kemerdekaan, sekitar tahun 1948, kita dikejutkan dengan kebangkitkan komunis di Malaysia. Mereka mahukan Malaysia mengikut 'kepala' mereka sedangkan negara ini asal kepunyaan orang Melayu.

Satu persatu mereka ambil, Singapura kita berikan, kini Batu Putih. Lepas ini apa agaknya. Di Malaysia Pulau Pinang dah kita berikan kepada DAP sama memberikan kepada Singapura Junior.

Begitulah sejarah jangan kita lupa. Satu-persatu sejarah cuba dibina kini supaya generasi masa hadapan mengamatinya.

Kehadiran BABI-DAP-PAS bukti bagaimana kemerdekaan masih perlu diperjuangkan. Ketiga-tiga barua itu bijak mengatur strategi supaya kita membenci sesama kita asalkan mereka menjadi idola kita dan percaya yang kerajaan masih belum merdeka.

(NAK TAHU CERITA MERDEKA BANYAK LAGI JUMPA ABE MIE DI WEBSITE DI ATAS)

Anonymous said...

Yang ni saya sokong Datuk ... demonstrasi jalanan bukan jalan penyelesaian segala masalah ...

tapi nak buat camner Datuk? Dah dari zaman U budaya tu dah diterapkan?

Tengok Naib Canselor UiTM buat dekk jer student2 ponteng kelas nak gi demonstrasi ke pejabat SUK Selangor.

Lepas tu merebak-rebak pulak ke negeri lain ...

Buluhnya dah terlentur sejak dari rebungnya Datuk ...

Sang Rajuna said...

Salam,

Untuk menukar kerajaan atau menjatuhkan kerajaan, rakyat tentunya tidak perlu berdemonstrasi, sekiranya pilihan raya dalam sesebuah negara itu dijalankan dengan telus dan adil.

Akan tetapi, jika pilihan raya tidak dijalankan dengan telus dan adil, dan rakyat tidak percaya lagi kepada "peti undi", apa yang berlaku di Thailand itu tidaklah mustahil boleh berlaku di negara lain, termasuk di Malaysia.

Jadi untuk mengelakkan demonstrasi seperti itu, jika kita tidak mahu, kita bukan tidak ada pilihan: jalankanlah pilihan raya dengan telus dan adil.

Bagaimana perjalanan pilihan raya di negara kita? Anda boleh nilai sendiri.

Sang Rajuna said...

Salam,

Agaknya yang memeningkan kepala rakyat ialah kerajaan selalu bersikap "double standard".

Kalau demonstrasi ditujukan kepada kerajaan (misalnya menentang sesuatu tindakan atau dasar kerajaan), demonstrasi seperti itu tidak dibolehkan, malah ditindak dengan keras, kerana dikatakan "bukan budaya kita".

Tapi bila demonstrasi itu dijalankan untuk menyokong sesuatu tindakan kerajaan, boleh pula. Tak timbul soal, itu bukan budaya kita.

Saya teringat satu masa dulu rakyat memang digalakkan mengadakan demonstrasi ketika kerajaan (Tun Mahathir sebenarnya) hendak mengurangkan kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu.

Tapi sekarang Tun Mahathir dan orang Melayu yang lain mungkin sudah lupa bahawa orang pertama yang bertindak mengurangkan kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu bukan orang Cina atau orang India, tapi seorang pemimpin Melayu bernama Mahathir.

Dan hal itu digerakkan melalui demonstrasi!

Anonymous said...

Begitulah bila demonstrasi dijalankan secara berpilih pilih:- boleh jika Uitm atau UMNO Pulau Pinang buat tapi salah kalau pembangkang atau PR buat.

Ini yang menyemarakkan kemarahan rakyat. Apa salahnya demonstrasi jika ada pengawalan dan kebenaran.

Cuba tengok banyak demonstrasi diMalaysia tapi tidaklah sampai hari hari. Ada provokasi untuk membuatkan pergaduhan dalam demonstrasi tapi boleh dibilang.

Saya pun tak mahu pergi demonstrasi hari hari. Ada masa saya pergi. Malah dinegara seperti United Kingdom pihak polis pula memantau dengan memberi kebenaran dan mengawal perjalanan demonstrasi Anti War dahulu.

Pada saya demonstrasi amat digalakkan untuk menyuarakan bantahan tetapi mesti terkawal tingkahlaku.

tintahitam

Anonymous said...

KENAPA...TAK PERCAYA?? Itu bakal berlaku pada kita bila sepupu parti pakatan rakyat di negara ini terikut-ikut sepupu-sepipi mereka di THAILAND. Dengan suasana sekarang...hanya dengan kumpulan yang beliau gunakan di PP saja sudah cukup untuk mengoyangkan pinggul inul di jakarta.... waduh-waduh, maaf bapak..saya terlupa yang beliau enggak minat dengan cewek-cewek...
Katanya dalam kempen....lepas angkat sumpah, duduk di bangku, kenyit-kenyit mata...30 orang MP lompat ikut parti dia...mana diaq??? nasib baik bukan kerajaan perak yang lompat ikut BN...

Anonymous said...

salam!

harap belum terlambat untuk saya memberi komen.

sebenarnya demonstrasi atau tunjuk perasaan ini tak salah.di US sering sahaja ada demonstrasi tapi masih terkawal.yang buat jadi salah bila keadaan dah tak terkawal.ada rusuhan,ada yang terbunuh,kena pukul,kedai dipecah masuk --- ini yang kita tak nak.nanti kalau selalu sangat ada rusuhan memang susah lah kita nak hidup aman.

macam saya kata tadi,tunjuk perasaan itu ok tapi jangan melampau-lampau.nanti tak pasal-pasal orang yang terlibat dengan tunjuk perasaan tu pun kena sekali!