Thursday, August 28, 2008

DSAI KESAL PEMBENTANGAN R/U DNA

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat pada jam 10.05 pagi.

Majlis itu disaksikan oleh ahli Parlimen termasuk 70 dari BN. PM dan timbalannya tidak hadir di majlis itu. Antara Menteri yang hadir ketika itu ialah Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Zaid Ibrahim.

DSAI seterusnya keluar dewan dan kemudiannya mengadakan sidang akhbar yang turut dihadiri oleh beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Saifuddin Nasution, Tian Chua dan Nurul Izzah.

Sidang akhbar yang dihadiri oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan seorang lagi anaknya, Nurul Hana, menjadi tumpuan jurugambar dan wartawan di Dewan Rakyat.

AP Permatang Pauh mula mengemukakan soalan di Dewan Rakyat pada jam 12 tengahari mengenai rasional pembentangan Rang Undang-undang DNA oleh kerajaan. Beliau mendakwa apa yang dilakukan kerajaan sekarang kerana takut dengan keberanian dan suara rakyat di seluruh negara.

22 comments:

Anonymous said...

Salam Dato'
Saya rasa rang undang-undang DNA tidak perlu dipersoalkan jika ianya bertujuan untuk kebaikan bersama dan bukan untuk menindas seseorang... Anwar memang suka buat kecoh.. Tak dapat bayang suasana dalam persidangan Parlimen bila Anwar turut serta nanti.. Mesti kecoh dewan yang dah sedia kecoh...

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Sudah selamat sampai ke ibukota Tok..??
Lucu juga kedengarannya bila manusia ni mendakwa kerajaan takut dengan kebenaran, keberanian dan suara rakyat seluruh negara... SELURUH NEGARA apanye???
Begitulah hakikatnya bila orang sudah tertangkap basah...., macam2 alasan lerr yang hendak di beri...
Sumpah tidak mahu, DNA testpun dia kata boleh di manipulasi...apa lagi, nanti bawa mesin `lie detectorpun' dia kata konspirasi...
Bagaimana kalau kita buat ujian mesin pengesan penipuan secara `live' keseluruh dunia..?? mesti gempak dan kelabu biru tu muka dia di TV.....!!! Jom kita buat ujian tu.....

Anonymous said...

saya rasa undang2 tu perlu, tetapi timing kerajaan untuk bentangkannya tak berapa kena. dalam situasi politik dan isu liwat yang masih diperkatakan, sememangnya rang undang2 tersebut mudah untuk di politikkan.

Anonymous said...

salam dato!

Anwar..Anwar...

isu ini pon nak dibangkitkan dan dipolitikkan.sebenarnya rang undang-undang DNA itu kes-kes yang akan datang dan bukan pada kes-kes yang lepas.Anwar tidak boleh fikir hanya dia seorang saja yang ada kes di Malaysia.jika rang undang-undang tersebut dapat menyelesaikan kes jenayah,maka salah ke ia dilaksanakan?.takkan nak lepaskan penjenayah begitu saja?

Razlan said...

Dato Rimau ..

Itulah Anwar ... Agenda untuk meletakkan virus kepada otak rakyat Malaysia yang apa sahaja yang dibuat nya adalah betul dan apa yang kerajaan buat adalah tidak betul ...

Rang undang-undang ini telah diwujudkan di hampir semua negara di dunia .. jadi tak ada alasan nak buat sekarang, besok atau lusa ...

Lagi cepat kita buat .., lagi cepat la kebaikkannya di nikmati oleh seluruh negara ....

Kenapa yang dia takut sangat .. ? Kalau dia betul . sokong jee laaa ..

Tetapi sekarang Anwar akan meneruskan agenda "Meletakkan Ketidakpercayaan oleh semua rakyat kepada Kesemua Kerajaan BN" ..

Lepas ni dia akan provok lagi.. provok sampai maksimum .. lepas tu jatuhkan kerajaan dengan Demontrasi besar-besaran, supaya dia boleh menjatuhkan KERAJAAN BERAJA .. Hak sama rata dan ... jadilah kita SINGAPURA KEDUA ...

mungkin bukan sekarang .. mungkin 10 tahun lagi .. tetapi agenda ini akan terus dijalankan dan di benihkan agar Kejatuhan Kerajaan Melayu menjadi kenyataan ...

Unknown said...

salam dato

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

carcoon

Anonymous said...

Hampa tak faham lah...kesannya boleh jadi pada siapa saja terutamanya kalau kau orang selalu pergi Siam, Golok, Padang Besar, Medan dan tempat-tempat yang kamu melakukan maksiat. Orang boleh kata kau ada anak di sana. Depa ambil DNA kau dan kata match dengan DNA dia. Apa macam?

Unknown said...

why Anwar have to make such a noise over the thing that might help another criminal cases in the future?

the DNA bill is not for a personal attack.it's more towards the beneficial to us all.

besides the DNA bill is for future cases.not retrospective.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Apalah yang hendak ditakutkan sangat, pembentangan Rang Undang-undang DNA oleh kerajaan banyak rasionalnya. Banyak kebaikan yang akan kita dapat. Kalau perkara baik kita nak wujudkan kenapa mesti terlalu banyak komplen. Kalau ianya untuk kebaikan dan keamanan negara?

Anonymous said...

Salam Datuk Tiger,
Bukan kah bil DNA itu hanya untuk suspek sahaja maka Anwar terlepas kena dia sudah pun di charge?
Tak kan dia nak guna isu ni untuk meraih undi popular lagi?

Anonymous said...

Salam,
Rand undang undang DNA di buat oleh kerajaan ke siapa ke apa slahnya. Itu kan untuk kebaikan semua orang. Membantu untuk selesaikan banyak kes jenayah . Janganlah sebab jadi pembangkan asyik nak bangkang saja.
Benda baik apa salahnya. YB Nurul Izzah pun patut setuju dgn DNA ni..

evelyn said..

Anonymous said...

Saya nampak Rang Undang-undang DNA ni satu undang-undang yang bagus dan akan memudahkan lagi tugas-tugas penyiasatan dan mungkin akan mempercepatkan lagi proses mahkamah bagi suatu kesalahan jenayah..

Quantum Metal Consultant said...

Apa undang undang pun boleh dieksploitasi atau dimanipulasi. Jika itu yang ditakutkan, maka undang undang rimba kena pakai, pun undang2 tersebut awal2 lagi dimanipulasi, didiskriminasi dan apa apa si lagi...

Undang undang Islam, hudud pun awal awal dihujani dengan bantahan, spekulasi dan berbagai lagi...

Pokoknya, undang2 itu perlu diteruskan dan dibaiki dari masa kesemasa bila terdapat kelemahan sepertimana pindaan yang dibuat kepada undang2 lain, bukan suatu yang tidak pernah dilakukan..

Anwar mungkin betul dan benar, tetapi bukan dalam semua perkara dan pada semua masa.. takut takut dia benar sikit sahaja tetapi kecohnya yang lebih..

Anonymous said...

Salam Tok Rimau..

Dalam hal undang-undang ini...saya harap Undang-undang ini tak menjejaskan hak kita sebagai rakyat atau ada pertindihan dengan hak asasi manusia. Undang-Undang DNA ini mesti tidak menentang Undang-undang Hak Asasi Manusia yang dipersetujui oleh kerajaan dengan UN.

Moga wakil rakyat kita dapat menimbang dengan baik supaya hak-hak yang sepatutnya tidak terabai...

Wassalammmmmm

tok janggut said...

Siapa makan lada, dia yang rasa pedas.

Anonymous said...

tok,
apasal ada org sensitive sangat kalau dengar DNA nie. Yg penting kita kena betul mengunakanya. Kalau DNA ni boleh membawa kebaikan kepada kepada rakyat. mengapa tidak.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya rasa kerajaan tidak akan meminda Rang Undang-Undang itu secara tergesa-gesa kalau tidak ada tujuan tertentu.

Oleh kerana sebelum itu Anwar tidak membenarkan DNA-nya diambil, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa antara tujuan utama Rang Undang-Undang DNA dipinda ialah untuk membolehkan DNA Anwar "mengikut undang-undang".

Mungkin hanya penyokong setia UMNO yang tidak nampak hal tersebut.

Al-Yasar said...

Salam,


Anwar wajar bersikap demikian, kerana nampak sangat rang undang-undang mengenai DNA itu hendak diluluskan secara tergesa-gesa, dan macam hendak "memerangkap" Anwar pula

sumandak bayu said...

Bukan setakat lada yang termakan dek orang yang bernama DSAI tapi tangkai jering pun dia siap makan dengan 'sambal liwat' dia.

Masalah dia lagi ada pula rakyat yang tetap nak sokong kat dia. Rasanya otak dah penuh dengan virus HIV, setakat nak mulakan sentimen simpati kat keluarga DSAI dah lapuk lah terima lah hakikat yang rang undang-undang DNA bakal menjatuhkan pemimpin yang bernama DSAI.

jiwakita said...

RAKYAT KINI HANYA MAHU YG MUDAH,MURAH,RINGAN DAN SENANG
SAHAJA DIBERI DAN TERIMA DARI KERAJAAN.....

RISIKO,SUSAH,HANCUR,MERUDUM DAN
BANKRAP YANG DITANGGUNG KERAJAAN
TIDAK DIAMBIL PUSING.....

KEWANGAN KERAJAAN ADALAH WELFARE KEPADA RAKYAT JELATA.....

RAKYAT TELAH DIPESONGAN PEMIKIRANNYA... BUDAYA MENYALAHKAN
KERAJAAN TELAH SUBUR DIMINDA......

KEBOBROKKAN,KELEMAHAN,TIDAK CEKAP,
DAN PELBAGAI KEADAAN NEGATIF TELAH
DICOP TERHADAP KERAJAAN.....

NANTIKAN KERAJAAN KERAMAT YG AKAN
MEMBERI MANFAAT DAN SHAFAAT KEPADA
RAKYAT JIKA MUNCUL......(KERAJAAN ALTERNATIF..)

TAGIHLAH JANJI YG DILAUNGKAN...

Anonymous said...

Tembelangnya sudah pecah. Itulah mentaliti bekas TPM tu. Kalut bila kena kat batang hidung sendiri, bila kena sikit kat orang...satu dunia dia buat kecoh ! Hang pi tibai dia sikit Nazri Aziz oiii...!

Anonymous said...

Orang taksub Umno tak nampak kemungkinan rang undang2 ini akan disalahgunakan sebab belum terkena batang hidung dia sendiri. Mungkin 1 hari nanti KJ dibuktikan dgn DNA melakukan onar dgn saiful ketika Mukhriz berkuasa or vice versa? Boska