Posting Kesepuluh - 10.25 malam
Keputusan Rasmi.(Sumber AgendaNews)
PKR : 31,195 undi
BN : 15,524 undi
AKIM: 92
Majoriti : 15,671 undi
Undi rosak : 447
Peratus keluar mengundi : 80.83 peratus
Posting Kesembilan - 10.10 malam
Keputusan PRK Permatang Pauh (beberapa sumber)
PKR : 31,195 undi
BN : 15,524 undi
AKIM : 92 undi
Majoriti : 15,671 undi
(Jika dicampurkan jumlah undi keseluruhan ialah 46,811 undi. Laporan tidak rasmi SPR ialah 38,144 orang yang keluar mengundi. Oleh itu, perbezaan jumlah keseluruhan dengan jumlah keluar mengundi ialah 8,667 orang. Undi pos? )
Posting Kelapan - 9.30 malam
Pasukan petugas PKR telah "membersihkan" poster, placard, buntings dan banner parti pembangkang di kebanyakan tempat di Permatang Pauh. Hanya poster BN yang masih kelihatan. Lagi cepat membersihkannya, lagi bagus untuk berehat.
Posting Ketujuh - 9.15 malam
Ejen kenit memberitahu saya, setakat perkiraan di 17 pusat pengundian, PKR telah mendapat 21,789 undi manakala BN pula mendapat 11,190 undi. Majoriti yang diperolehi ialah 11,387 undi. Akim mendapat 63 undi.
Posting Keenam - 8.50 malam
Keputusan Tidak Rasmi (daripada pelbagai maklumat yang disebarkan)
PKR : 32,000
BN : 14,000
AKIM: 34
Majoriti : 18,000
(Bagaimanapun, ejen kenit berkata, angka ini tidak betul kerana jumlah itu lebih besar berbanding yang keluar mengundi iaitu 38,144 orang)
Posting Kelima - 8.30 malam
Setakat 12 pusat perkiraan undi, calon PKR dikatakan sudah mendapat majoriti lebih 7,000 undi. Ramai pihak yang meramalkan jumlah itu dijangka meningkat lagi iaitu menyamai atau melebihi majoriti DSWAWI iaitu 13,398 undi. Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan kira-kira 38,144 atau 65.25 peratus pengundi keluar mengundi.
Posting Keempat - 7.30 malam
Setakat perkiraan di lapan pusat perkiraan undi, ejen kenit memberitahu saya, calon PKR sudah mendahului dan kebanyakan sokongan yang diperolehi adalah daripada golongan muda. Bagaimanapun, calon BN ada juga mendapat sokongan daripada golongan tua melebihi calon PKR.
Posting Ketiga - 6.45 petang
Walaupun 25 pusat pengundian ditutup jam 5 petang tadi, orang ramai terutama penyokong PKR masih berkumpul di hadapan pusat berkenaan.
Mereka membawa bendera dan ada antaranya yang memakai topeng DSAI bersorak setiap kali kenderaan yang lalu di hadapan mereka membunyikan hon.
Penyokong PKR juga masih berkumpul di markas gerakan mereka sama ada menikmati kopi panas atau berbual mengenai apa yang dilalui sejak 10 hari lalu.
Ada juga anak-anak muda yang bermotosikal membawa bendera PKR bergerak beramai-ramai sambil membunyikan hon motosikal mereka. Di Kubang Semang, gerai yang terletak berhampiran masjid di situ dipenuhi oleh penyokong pembangkang. Ada yang menikmati nasi kandar yang enak di situ dan ada juga yang berbual serta memerhati gelagat orang ramai. Beberapa gerai menjual t-shirt, badge dan sticker pembangkang juga didirikan di situ.
Di beberapa tempat yang dilalui, ada juga pekerja parti sudah mula menarik turun bendera yang dipasang di jalan raya. Di beberapa tempat, pekerja parti dilihat sudah mula mengemas termasuk menyusun kerusi meja.
Setakat jam 6.45 petang, ejen kenit memberitahu saya, beberapa kawasan didahului oleh PKR dari segi perkiraan jumlah pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka.
Posting kedua - 2.10 petang
Setakat jam 2 petang tadi, kira-kira 49 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
Ejen kenit memberitahu saya, ada beberapa insiden dilaporkan berlaku termasuk seorang lelaki yang memakai t-shirt pembangkang mengganggu pengundi di salah satu daripada 25 pusat pengundian.
Lelaki itu segera diberkas oleh pihak keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak dingini berlaku. Perkara itu dilaporkan juga oleh Buletin 1.30 tengahari TV3.
Dalam satu kejadian, seorang lelaki dikatakan menunjukkan kapak kepada ahli Puteri dan Pemuda UMNO yang ditugaskan membawa pengundi ke pusat pengundian. Mereka segera beredar dan tidak jadi untuk membawa beberapa pengundi berkenaan.
Jalan-jalan menuju ke pusat pengundian dikatakan sesak dan parti yang bertanding menggalakkan penyokong mereka mengundi lebih awal. Lebih awal lagi bagus.
Kedudukan sokongan dilaporkan seimbang setakat ini dengan kedua-dua parti yakin akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang kecil, bukan lebih 13,000 yang diperolehi oleh DSWAWI pada PRU12, Mac lalu.
Posting asal - 11.20 pagi
Hari ini, pengundi Permatang Pauh akan keluar mengundi untuk memilih ahli Parlimen mereka. Mereka mempunyai tiga calon untuk dipilih iaitu DSAI, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat. Ketiga-tiga calon dan parti mereka selesai memberi ceramah malam tadi.
Setakat jam 11.15 pagi, proses pengundian berjalan lancar dan suasana cerah membolehkan pengundi pergi ke pusat-pusat pengundian dengan kereta yang disediakan oleh parti-parti yang bertanding terutama BN dan PKR.
Ejen kenit memberitahu saya, setakat pagi ini kira-kira 30 peratus sudah keluar mengundi dan tiada kejadian tidak diingini berlaku sejak pagi tadi.
Setakat malam tadi, ejen kenit berkata keadaan seimbang dan BN dijangka memenangi Permatang Pauh dengan keputusan yang mengejutkan. Bagaimanapun, usaha parti yang bertanding di saat-saat akhir akan turut mengubah keadaan.
Bagaimanapun, kegiatan menghantar SMS kepada pengundi terus dijalankan pagi ini dengan pelbagai dakwaan antaranya penyebaran tindakan merobohkan kuil oleh kerajaan. Ini adalah taktik yang kurang sihat dan tidak seharusnya dibenarkan.
Ejen kenit menerangkan pembangkang banyak menggunakan kaedah penghantaran SMS di saat-saat akhir dan yang menghairankan mereka mempunyai nombor telefon bimbit pengundi di seluruh negara.
Malah, perkara ini diutarakan oleh PM sendiri selepas PRU12 pada Mac lalu.
Siapa yang membantu memberikan senarai nombor telefon bimbit ini? Memang cekap.
Tuesday, August 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
45 comments:
Salam Dato'
Biasalah.. Waktu mengundi orang sanggup buat apa saja untuk berkempen parti kesayangan masing-masing. Mungkin ada yang merasakan kempen secara sms lebih mudah dan ada yang mudah mempercayai apa yang dikempenkan itu. Tapi apa yang membimbangkan sms tersebut lebih berbaur fitnah. Jika yang terima sms tu bijak menilai takpelah juga.
Salam!
Harapnya pengundi Permatang Pauh tidak mudah terpedaya dengan dakyah murahan tidak kira ia datang dari BN atau PR.Yang patut kita berikan perhatian adalah kepada fakta dan bukannya khabar angin yang belum tentu kesahihannya.
Tapi betul juga kata Datok.bagaimana pembangkang bole ada senarai nombor telefon bimbit para pengundi?
magik ni!
Salam Tok Tiger,
Mungkin ada orang dalam agaknya? Ala biasa le tu sanggup bermati-matian untuk mendapatkan apa yang diidamkan... macam budak kecik merengek mahukan sesuatu sampai ibubapanya mengalah.
Pokok pangkalnya sesiapa yang menerima sms sebegitu rupa tidak harus mempercayai secara membuta-tuli. Gunakanlah akal fikiran yang dikurniakan Allah itu sebaik mungkin... Akhir sekali... SELAMAT MENGUNDI BUAT WARGA PP... Kita tunggu keputusan malam nanti...Wallahualam...
Assalamualaikum!
saya ada jumpa gambar-gambar yang didakwa ada aktiviti menjual IC untuk pilihanraya Permatang Pauh.tidak diketahui samada gambar dan info yang diberi adalah sahih atau tidak.Harap Dato serta semua pengunjung blog ini dapat browse dan berikan pandangan masing-masing.URL blog adalah seperti dibawah.
http://maverickysm.blogspot.com/2008/08/identity-card-for-sale.html
Salam Datuk,
Cara kotor macam ni lah yang mencemarkan sistem Pilihanraya kita dengan menyebarkan fitnah-fitnah dan membangkitkan isu yang boleh menggugat kepercayaan masyarakat kepada BN.Tak perlulah nak sebar fitnah / sms / dan perkara yang tak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Jangan kerana terlalu ghairah untuk mengejar kemenangan yang akhirnya tidak mendatangkan keuntungan. Harap masyarakat PP akan bijak memilih calon yang dapat membantu mereka dari pelbagai aspek. Selamat mengundi
salam.
Di Malaysian today juga ada dilaporkan mengenai "gangguan" yang berlaku ketika proses pengundian.dikhabarkan bahawa "UMNO dan Polis cuba menghalang kaum bukan Melayu pergi mengundi" dan Hot Spot PKR didakwa lengang kerana "UMNO telah membeli tenaga pekerja di hot spot tersebut".
diharap semua dapat melayari Malaysia Today dan dapat mengesah ia benar atau tidak.
Datuk,
org dalam yang membantu patut dikenakan tindakan..saya pun heran pada pagi selepas subuh semasa PRU12 yg lalu, saya mendapat sms dari mereka meminta saya mengundi calun mereka, tercatat sekali pusat undi saya..nampaknya mereka lebih menafaatkan teknologi maklumat berbanding parti pemerintah..
Nordin
Apa kes la pembangkang ni? Dah takde modal nak berkempen ke sampai sanggup tunjuk parang la,mengganggu pengundi la..Apa hal ni? Rileks lah...Berilah peluang pengundi untuk menjalankan tanggungjawab...Jangan bertindak bodoh dan bangang macam tu...
Salam Tok,
Daripada tunjuk kemaluan spt di Pendang, baik tunjuk kapak. Tak ada salah kalau mereka hantar sms. Jgn salahkan pembangkang kalau BN lembap mendakapi teknologi.
Agen besaq saya memberitahu, PKR sudah mendahului di banyak pusat undi. Tolong check betul atau tidak?
beballah ko haris fadhilah...pecaya dulu baru siasat..
Datuk,
Rata-rata blog pro pembangkang memaklumkan yang DSAI akan menang PIRU PP nih...Risau nih...Update le informasi terkini Datuk. Nak tau juga perkembangan di sana.
Kami dari Dubai majoritinya, yang kenal dan terang2 mengaku, semuanya anti-UMNO/BN. Muak, meluat, menyampah dsbnya terutama kepimpinan yang bongkah, rasuah, seleweng....kalau mereka semua angkat sumpah dengan kaabah yang mereka suci dalam debu pun, majoriti tidak akan percaya.
Semuga kmenangan ini mengubah lanskap politik Msia seluruhnya ke arah lebih baik untuk masa depan generasi.
Kalau Anwar tidak jadi PM pun, lebih menyedarkan UMNO/BN yang gelombang tsunami boleh menguburkan kekayaan pemimpin mereka dari airmata rakyat.
Alhamdulillah kalau mengikut pengumuman tidak rasmi DSAI telah menang besar.
Semoga rakyat Malaysia beroleh rahmat dan kemakmuran hidup bersama sama pelbagai kaum.
Akhirnya UMNO/BN sedang berada di ICU.
Yahya Ahmad
Jerantut
'Setakat malam tadi, ejen kenit berkata keadaan seimbang dan BN dijangka memenangi Permatang Pauh dengan keputusan yang mengejutkan. '
kelakar la statement ni dato'. Tidak berpijak di bumi yang nyata langsung. Semua orang tau DSAI pasti menang.
Skuad Peninjau
Datuk...mengapa payah sangat menerima kenyataan.
Sekilas ombak dilaut dah tau dapat ke tidak ikan nak dipancing.
Mungkin Datuk dan segelintir masih lagi bermimpi atau tidak merasakan gelombang tsunami reformasi.
Selagi keadilan tidak di tegakkan selagi itu berjuang.
Pendek kata orang dah benci sangat sangat dengan UMNO/BN
Rongak
Salam Datuk,
setakat menang permatang pauh tak heran, sbb KERAJAAN BN masih lagi mentadbir negara ini.
he he tintabiru...lain pulak nada kau kali ni...macam tak mau terima hakikat jer...
No to UMNO/BN
Raden
Alhamdulillah...akhirnya kejayaan kepada DSAI...sekalung tahniah. Teruskan perjuangan kita.
pembetulan datuk...
kat p.pinang PKR bukan parti pembangkang,
BN yg parti pembangkang!!!
Dengan rasminya Dsai telah berjaya menjadi ahli parlimen PP. Sekarang saya tunggu pula mana ahli parlimen BN Sabah yang dikatakan oleh Jeffrey Ketingan nak melompat ke PKR sebaiknya sahaja Anwar diumumkan menang di PP. Buatlah sekarang. Saya dah tak sabar nak tunggu 16 Sept, apa akan jadi?
Datok betoi ker dgn kemenangan DSAI Pak Lah akan lebih lunak dan liberal dgn komponen BN bagi menghalang depa lompat ke Pakatan.Dlm statement Pak Lah di JB tentang kesaksamaan gender.Amende tu?Adakah se moderate Barat?Dgn berlawanan jenis jadi dgn sejenis boleh dineutralkan.Bimbang juga nanti ramai silverdaddies pasang anak ikan.Tolong Datuk ulas sikit. Lin Dan.
Salam,
Ketika saya menulis posting ini (pukul 11.25) keputusan rasmi pilihan raya kecil Permatang Pauh sudah pun diketahui. Dan Anwar jelas menang besar.
Kalau kita percaya pengundi ialah orang yang bijak, kita kenalah mempercayai bahawa para pengundi di Permatang Pauh telah menggunakan kebijaksanaan mereka.
Seorang dua pengundi mungkin silap. Tapi kalau lebih 3i,000 orang yang memilih Anwar, mereka tentu tidak melakukan kesilapan.
Harap Mawar Berduri dan Tinta Biru tidak kecewa!
Jangan esok negara makin lingkup dengan kekecohan anjuran Anwar. Tu je pun yang dia pandai buat, ajak orang buat kecoh. Habis huru hara merata2 semenjak dia keluar penjara. Tapi yang tu jugak orang sokong.
TAHNIAH YG MENANG...
YG KALAH CUBA LAGI PADA PRU13 NANTI...
YG MENANG...CALON DAN PARTI... MUNGKIN PAKATAN RAKYAT...
PENGUNDI HANYA PUAS MEMBERI KEMENANGAN PADA CALON "DULI,KINI DAN SELAMANYA".....
MEMINJAM KATA-KATA "LETAK KAYUPUN BOLEH MENANG".....
PENYOKONG PR PUN PATUT DIBERI UCAPAN TAHNIAH JUGA KERANA CALON
PM YG BARU MENANG..TAHNIAH....
KINI KITA SAMA-SAMA MENANTIKAN DETIK 16 SEPT......
LAGU INDAH ATAU LAGU PUNAH...
YG BERKUMANDANG...
Hangpa semua miss beberapa point penting dari keputusan PRK PP ini. Dato Kadir Jasin ade mengulas 10 perkara yang penting. Jengok-jengoklah.
Pasal sms ni apa nak heran...jika kita menguasai teknologi kita pun boleh buat. Macam juga kita menerima sms iklan kat hp...macamana pengiklan tu tau no kita!
Soal tektik kotor ni ibarat kata, kata dulang paku serpih la. Tapi satu hakikat yan perlu kita terima, rakyat kita ini semakin bijak menilai. Apa yang berlaku kat PP, kempen BN semacam terover sangat memperbodohkan rakyat. Jadi anything yang overdone ni...orang nak jelak.
Similar thing happened di kelantan dalam PRU 12. UMNO over campaign sehinggakan sampai ketahap angkuh..orang naik jelak.
Apa yang UMNo perlu buat adalah membuat post mortem secara jujur dan menerima hakikat bahawa ia perlu melakukan perubahan jika mau terus relevan dalam politik melayu dimasa depan.UMNO kena bangkit dari denial mode kesan dari PRU 12 lalu. Yang paling penting jangan cuba membalas dendam terhadap orang melayu kerana menolak UMNO kerana padahnya amat buruk dalam PRU 13 nanti.
Jika perlu dibuat rombakan besar-besaran terhadap kepimpinan parti,lakukanlah. Individu tidak penting. Buat apa kepimpinan yang ditolak dibiarkan terus memimpin kerana jika terus kekal hanya akan meruntuhkan parti.
Fikir-fikirkanlah
bat8
satu perkara yang penting juga perlu diamati oleh ahli-ahli UMNO hasil dari PRK PP ini adalah sokongan dan komitmen yang diberkan oleh rakan-rakan parti komponen BN yang lain.
Sejauh mana mereka turun membantu UMNo dalam PRK ini. Pada pengamatan saya, MCA dan MIC tidak begitu komited membantu sebagaimana kita nampak komponen Pakatan rakyat.
Juga dikala kempen PRK ini berjalan kedengaran kenyataan berlapik parti komponen memberi amaran kepada UMNO dan ugutan lembut untuk keluar dari BN jika UMNO masih meneruskan agenda ketuanan melayu.
so guys, lets look at bigger picture facing UMNO and BN.
Satu lagi perkara yang penting - dont u guys notice that kempen PKR mendapat sambutan dari semua kaum. They forget buat sementara waktu perbezaan kaum to forge a united front against BN. Very frighteningkan. So tektik baru kenalah dicari kerana ugutan perkauman dah semakin tak menjadi.
bat8
Faktor kemenangan Dsai
adalah pelbagai...
Pendapat mengikut umumnya pastilah
faktor calon tempatan atau boleh dikatakan "dulu,kini dan selamanya"
sahaja...menjadi pertimbangan.
Isu-isu yg dibawa atau berlaku dari
kedua-dua pihak tidaklah membawa apa-apa erti untuk
mempengaruhi pengundi untuk memberi
undi kepada Dsai walaupun
isu itu fakta atau auta sekalipun..
Sentimen kebencian terhadap parti
dan pemimpin kerajaan serta sentimen ketaksuban kepada pemimpin
amat menebal adalah tidak harus diketepikan juga..pada umumnya tetapi pengundi p.p tidaklah sampai ketahap itu...
Kelebihan PKR amat terserlah acapkali tidak dapat dinafikan oleh
sesiapapun...PROVOKASI,EKSTREM,BRUTAL,
ataupun sedap sedikit disebut..RADIKAL...
Di sini pengundi lebih mengetahui
kuasa yg ada pada diri..serta makna
D.E.M.O.K.R.A.S.I
UMUM INGIN MENGETAHUI BAGAIMANAKAH LANSKAP POLITIK NEGARA SERTA PARLIMEN AKAN DATANG....?
APAKAH DASAR-DASAR YG AKAN BERLAKU,
BERUBAH ATAU DIPERBAHARUI UNTUK
KELANGSUNGAN PENTADBIRAN PAHLAH..?
ADAKAH AKAN BERLAKU PUSINGAN 360o
PERALIHAN KUASA 16 SEPT. SPT DIUAR-UARKAN PEMIMPIN SERTA PENYOKONG TEGAR.....?
JIKA IANYA MENJADI KENYATAAN...
BAGAIMANA MATLAMAT YANG TELAH SEDIA MAKLUM DITEGASKAN YG AKAN DI
PERKENALKAN,KERANA KATA LEBIH MUDAH
DARI DILAKSANA UNTUK DIKOTA...
KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN AKAN
DITUNTUT OLEH RAKYAT YG RASIONAL,TERBUKA MINDANYA SERTA YG MENAGIH KEMAKMURAN,KESTABILAN DAN KEHARMONIAN.....JANGAN MENJADI TIKUS MEMBAIKI LABU,MENGAJAR KETAM
BERJALAN DAN AYAM JANTAN BERKOKOK
BERDEGAR-DEGAR EKOR BERGUMANG TAIK.
JIKA TAKSUB MENJADI PERTIMBANGAN...APAKAN DAYA UNTUK DIHALANG....BETAPA HEBAT IA KENCING
TIDAK DIAMBIL PUSING...
WALAU CAKAP MERAPU IA TETAP DIJULANG
RANKING NO.1
APA ADA PADA AKHLAK...PALING UTAMA ADA LUCK...
LAGI BANYAK CAKAP '0' ITULAH PATUT SOKONG...
JADI.. OTAK KITA TELAH BERSARANG DI TEMPAT KETIGA..KEPALA LUTUT LER
Terimalah kenyataan...UMNO/BN dah tidak relevan lagi kepada generasi sekarang...No to UMNO dulu kini dan selamanya....
Rakyat mahu hidup bersama-sama tak kira apa bangsa tanpa ada sifat perkauman.
Yg paling penting rasuah perlu di benteras, penipuan, salah kuasa dan bongkak, sombong serta mengkhianati perjuangan negara.
Moga Malaysia terus aman sejahtera. Negaraku yg tercinta.
Bubarkan UMNO/BN
Ajus
Kuching
Hari ini bermulalah penghapusan hak-hak keistimewaan MELAYU dan HAK AGAMA ISLAM di bumi MALAYSIA.
Hanya kerana hendak tumbangkan BN PAS telah gadaikan perjuangan ASAL nya iaitu menegakkan ISLAM.. sungguh mengecewakan...
Dulu menghina UMNO kerana bekerjasama dgn MCA dan MIC tetapi sekarang PAS dgn bangga berpeluk dengan DAP yg langsung tak menghormati agama ISLAM dan hak MELAYU.. Walaupun UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC namun kedua-dua parti itu sanggup bertolak ansur dalam HAK MELAYU dan ISLAM.. Dengan DAP?SEmoga ALLAH memelihara umat ISLAM di MALAYSIA dan negara MALAYSIA.
wassalam
Hari ini ANWAR IBDRAHIM dah MENANG dan akan duduk dalam PARLIMEN. Maka HARI INI bermulalah proses MENGHAPUSKAN HAK KEISTIMEWAAN MELAYU,HAK AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA DAN HAK BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN.Hari ini juga bermulalah PERJUANGAN ANWAR dan kuncu-kuncu nya utkmenghapuskan perkara tersebut yang menjadi tunjang keamanan dan keharmonian negara. BErsedialah wahai umat ISLAM MELAYu khusunya utk menghadapi penghapusan DEB dan Wawasan2020. Bersedialah untuk menerima kenyataan bahawa selepas ini semua agensi kerajaan yg dikhususkan untuk orang MELAYU dan BUMIPUTERA akan dibuka kepada Bukan Bumiputera.MARA,FELDA,RISDA,MARDI,FELCRA dan banyak lagi akan diambilalih oleh bukan bumiputera.
Ini lah yang dimahukan oleh ORANG_ORANG MELAYU yg menyokong ANWAR dan PKR kerana mereka mahu kesamarataan.
Saya bukan menentang hak bukan bumiputera tetapi ini adalah HAK KEISTIMEWAAN yg diperolehi kerana banyak yg dikorbankan oleh nenek moyang saya dalam memberi HAK KERAKYATAN kepada mereka,walaupun mereka beritahu bahawa mereka lahir di bumi MALAYSIA sekalipun tetapi mereka masih mesti melihat sejarah kerana jika nenekmoyang saya tak bersetuju memberi HAK KERAKYATAN kepada mereka maka mereka akan dilahirkan di NEGARA ASAL MEREKA..
wassalam...
Salam,
Sebenarnya banyak pihak, termasuk Tun Mahathir, yang percaya bahawa yang akan memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh ialah Anwar, bukan calon BN.
Hanya akhbar arus perdana yang dikuasai oleh UMNO/BN yang cuba memberi gambaran, dan memutarbekitkan fakta, bahawa kononnya pengaruh BN meningkat dari sehari ke sehari, dan calon BN akan memenangi pilihan raya itu.
Mungkin ada sesetengah pembaca di luar Permatang Pauh yang percaya dengan laporan akhbar arus perdana itu.
Tapi saya rasa, selain sebagai alat propaganda, akhbar arus perdana itu, tidak jujur dan menjatuhkan kredibiliti mereka sendiri.
Sekarang Anwar sudah menang.Mungkin orang Sabah seperti Mawar Berduri atau Tinta Biru tidak mahu Anwar menang.
Tapi Anwar menang atas pilihan majoriti pengundi, lebih 31,000 pengundi. Ini memang kemenangan yang patut diraikan!
Tak heran pun, BN masih lagi menjadi pemerintah, aku nak heran apa kalau takat dia menang kat PP...
Salam Tok Tiger,
Tok Tiger? Maklumat yang diperolehi dari ejen kenit tidak tepat. Dah le kalah, majoriti pun tak dapat dikurangkan. Dimanakah silapnya?
Yang menang saya ucapkan taniah, yang kalah saya ucapkan selamat mencuba… apapun taniah kepada jentera2 parti masing2 yang banyak berkorban untuk memastikan kejayaan parti masing2.
Saya sedikit kurang senang dengan kenyataan TPM di Utusan online pagi ini…
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan akan melakukan perubahan yang perlu bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Saya sebagai rakyat Malaysia, mahukan DSAAB turun secara hormat dari tampuk pimpinannya, bukannya tunggu sampai 2010. Apa bezanya turun sekarang? PM kita seolah-olah gali lubang tutup lubang ketika ini. Contohnya tak habis2 ngan caranya utuk menggula-gulakan rakyat. Yang terbaru ada kejutan buat rakyat dalam bajet 2009 katanya. Sape peduli benda tu semua ketika ini? Yang rakyat kisahkan sangat mahu DSAAB turun secepat mungkin dari menghancurkan lagi UMNO.
Bolehkah TPM kita melakukan perubahan ini untuk menyakinkan rakyat? Wallahualam…
terimakasih KJ dan Ezam...
kerana menambahkan 'kemeluatan' rakyat terhadap UMNO/BN
terimakasih juga MSM kerana memberi liputan yg 'melampau' dan 'overkill'
umum tahu malah ahli UMNO sendiri tahu pada pru12 lalu KJ merupakan 'liability' utk UMNO/BN..
kenapa masih nak guna khidmat mamat ni...tak da tokoh lain ke???
pesan kat dia..lain kali kempen kat kampung nail moto aje, yg dia angkut kereta mewah dia sekali wat apa?..org akan tanya balik ..mana engko dapat duit???
jgn lupa bayar upah petugas p/raya,
banner,poster pun jgn lupa nak bayar...nanti jadi kes makamah lagi
Setuju dengan ketam...
Nampaknya rakyat PP memang tak boleh terima kenyataan bahawa Anwar membawa perjuangan songsang.. Mereka masih taksub dengan pemimpin kesayangan mereka yang banyak auta tu. Sekarang ni yang dirisaukan bukanlah kekalahan BN tetapi nasib bangsa Melayu dan Islam selepas ni...
Tahniah pada pengundi Permatang Pauh yang sudah terlebih matang sehingga tidak tahu menilai jauhari daripada manikam.
Kirim salamlah pada DSAI yang mengharapkan sokongan MP Sabah dan Sarawak untuk melompat katak join PR. Kalau mahu bermandikan darah, cuba-cubalah dengan sentimen rakyat Borneo ni...biar bertetak, nama join keadilan...sorilahh...
kenapa mo pakai MP Sabah dan Sarawak nak rampas kuasa...kalau betul anak jantan....biar rakyat yang menentukan..bukan MP, mereka tu semua di pilih oleh rakyat yang menyokong BN..bukan suruh mereka hijack undi rakyat untuk menyertai keadilan.....
Tok Rimau..... Tahniah kerana tugas-tugas yang tok jalankan di sana...kepada RAKYAT MALAYSIA.. condolences kerana memilih untuk menjadi seperti negara jiran kita Indon dan Thailand yang di perintah oleh rakyat, tapi mempunyai nilai ekonomi yang tercorot dalam dunia.....
Kalau PR jadi kerajaan... negara ini akan jadi macam Indon dan Thailand yang saban hari kecoh dan huru hara hingga nilai matawang mereka jatuh merundum sampai tak berharga langsung.... salahkan diri kita kerana itulah yang kita impikan... jangan salahkan sesiapa kalau keluarga anda menjadi mangsa liwat, rogol atau di bunuh, kerana itu semua adalah KONSPIRASI sahaja.
Tok Rimau.
Nombor HP kita semua sudah jadi bahan perniagaan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini.... nak tahu siapa yang jadi dalangnya.... tanya AZMIN ALI.. yang guna slogan `i'll follow you' tu sapa punya kompeni????
Dan pada rakyat PP...terimalah nasib kamu sebagai pembangkang kepada kerajaan Persekutuan... rakyat Sabah sudah pernah merasakannya dan kerana itulah kami jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding dengan negeri2 lain di negara ini.
Kepada rakyat negeri yang di perintah oleh PR.. buat apa menang sorak kalau kampung tergadai??? Nak minta wang ihsan dari kerajaan pusat buat pembangunan...?? Jangan mimpilah kawan..... PM boleh kata ya.. tapi masih memerlukan persetujuan wakil rakyat yang lain untuk melaksanakannya.. buat apa bagi mereka pembangunan.. baik lagi salurkan wang tersebut pada negeri2 yang menyokong kerajaan pusat.. ada lagi faedahnya..betul tak Tok Rimau..???
2rrun
He he ehe hehehehhe. Kelakau kelakau..Rakyat Sabah baru pernah sepenggal jadi pembangkang..mundur sampai ke hari ini...Dasyat sungguh...yang Kelantan tu dah lebih 10 tahun jadi pembangkang tapi lebih baik dari penduduk Sabah..jalan sampai 4 line dari Camaron Highland ke Gua Musang ke Besut. Bas Express sentiasa penuh...Negeri Kelantan Miskin tapi rakyat kaya..salah siapa?
Mungkin calon yang orang Sabah pilih tak betul kot. Tu la kurang bijak asik pangkah lambang aje kredibility calon tak pernah ambik kira..ingat..undi calon bukan undi Parti kerana tanggungjawab parti meletakan calon yang AMANAH dalam memperjuangkan rakyat bukan memperjuangkan PARTI sahaja.
Wassalammmmmmm
Ha ha ha...
Kelakau la cakap kau ni 2rrun Sabahan...
Frust menungging la tu...
Sabah di rogol UMNO/BN tak sedar ker?
Raimin
kerana pilih parti lerr Sabah jadi begini...yg di dakwa miskin kunun...har..har..harr,tiap hari kita nampak ada saja kereta model baru keluar dari showroom...miskin amende??? kalau nak cari bahan kempen tu, pakai lerr otak tu, jangan pakai bontot main sondol jerrr......
Kelantan miskin tapi rakyat kaya...kata siapa??? Jalanraya tu kerajean `pe' ke yg buat??? kirim salam lerrr.....
2runn
Heheheh..Memang Jalan Raya Kerajaan Persekutuan buat kerana YB pandai cari peruntukan..bukan macam kat Sabah..loklak punya..pasal tu mundur....
harharhar....
bila masa pula Sabah mundur??? yang mundur itu ialah otak wakil pembangkang yang memperkatakan tentang Sabah tapi tidak mengetahui apa-apapun tentang hal ehwal negeri Sabah.... sian juga durang ni...
Raimin....yang `merogol' Sabah bukan UMNO/BN...., tapi suku sakat awak di Sdkan tu..... mo ku hantam pantatmu??? Sini kau....
Post a Comment