Tiga hari lagi pengundi di Permatang Pauh akan keluar mengundi.
Siapakah calon pilihan mereka?
Sehingga ini, mereka telah "dihujani" dengan pelbagai jenis maklumat oleh ketiga-tiga calon yang bertanding terutamanya calon PKR dan Barisan Nasional. Calon Akim, Hanafi Mamat, bergerak seolah-olah seperti "orang mempunyai banyak masa". Beliau "berkampung" di round about Bukit Tengah.
Bagi PKR dan BN, sejak pengumuman perletakan jawatan DS Wan Azizah Wan Ismail, mereka sudah menyiapkan segala-galanya terutama jentera pilihanraya. BN diterajui oleh DS Najib Tun Razak manakala DSAI mengepalai PKR.
Secara perlahan-lahan, bendera dan poster di pasang. Ia diperhebatkan selepas penamaan calon pada 16 Ogos lalu. Kedua-dua parti segera mencari ruang dan peluang untuk meletakkan bilik gerakan, markas, poster, banner dan buntings di tempat yang strategik. Yang lambat, terpaksa letak di tepi sajalah.
Ketika BN menggunakan warna biru sebagai lambang bilik gerakan mereka, parti pembangkang pula diwarnai oleh biru laut, hijau dan merah. Bilik gerakan PAS bermula beberapa hari lalu mungkin ada sesuatu yang menyebabkan "kelambatan" itu.
Isu yang dimainkan pula boleh dibahagikan kepada isu tempatan dan isu nasional. Ini termasuk isu rasuah, kezaliman, penindasan, Malaysian Malaysia, konsep sama rata sama rasa, isu moral dan integriti, pembentukan kerajaan baru, peribadi calon serta pembangunan. Ada juga menyatakan Anwar Ibrahim adalah anugerah Allah SWT di bumi Malaysia ini.
Ketika PKR dibantu oleh penceramah parti pembangkang, BN pula dibantu oleh bekas rakan-rakan DSAI seperti Mohamad Ezam Mohd Nor, Datuk Nallakarupan, Anwar Shaari, Zahid Arip, Lokman Adam dan Hanafiah Man. Pemimpin parti komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak juga bergerak cergas setiap malam.
Pembangkang disokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor, Nurul Izzah dan Dr Mujahid Yusof. Mereka merancang untuk mengadakan majlis ceramah besar-besaran membabitkan DS Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ketika hampir hari mengundi Selasa ini, keadaan dikatakan lebih seimbang berbanding sebelum penamaan calon dan kecekapan kedua-dua parti untuk menarik pengundi atas pagar menyokong mereka akan menentukan keputusan.
Di pihak PKR, mereka begitu yakin dengan "kemenangan" kerana sambutan ceramah yang diadakan. Bagaimanapun, mereka juga mengetahui ramai yang datang adalah juga orang luar dari Pulau Pinang terutama dari Wilayah Persekutuan.
Tidak hairanlah ceramah mereka yang "membelasah" pemimpin kerajaan sekarang terutama pemimpin UMNO amat menarik orang ramai terutama jika tempat ceramah itu terletak di tepi jalan.
Bagi ceramah BN, pula kehadiran bekas rakan-rakan DSAI telah menarik minat orang Permatang Pauh untuk mengetahui "manusia" yang bernama Anwar Ibrahim.
Apa yang menarik, ceramah yang disampaikan lebih kepada pengalaman peribadi mereka dengan DSAI dan kurang menyentuh mengenai isu liwat. Bagi mereka, itu adalah isu peribadi yang perlu diselesaikan oleh Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan.
Bagi PKR, mereka yakin mendapat undi bukan Melayu kerana isu yang ditimbulkan menarik minat penonton terutama konsep Malaysian Malaysia, pendekatan sama rata sama rasa, kemasukan 10 peratus bukan Melayu di UITM dan dakwaan berlakunya penindasan serta kezaliman kerajaan sekarang.
Bagaimanapun, BN pula yakin penduduk Permatang Pauh juga mengutamakan keselamatan dan keamanan untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan seharian yang selesa.
BN memaparkan apa yang dilakukan oleh DSAI telah banyak mengganggu perjalanan negara sekarang. Malaysia digambarkan seolah-olah ditadbirkan oleh kerajaan yang lemah sedangkan inilah kerajaan yang memerintah sejak 51 tahun lalu.
Sejak pelbagai isu membabitkan peribadi DSAI, ada peningkatan mendadak sokongan pengundi Melayu kepada BN terutama mereka yang diatas pagar. Ini termasuk penyokong tegar PAS yang mahu pemimpin pembangkang yang bersih dari segi moral mereka.
BN pula yakin, ramai pengundi UMNO dan BN yang memberi sokongan kepada DS Wan Azizah kerana tindakan memprotes pada Mac lalu, akan kembali semula ke pangkuan BN.
Sama-samalah kita tunggu. Ada tiga hari lagi. Macam-macam boleh jadi.
Saturday, August 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
datuk tiger,kita dah mula nampak ada perubahan besar kesedaran pengundi kat permatang pauh.BN adalah pilihan tepat dan terbaik,lupakan saja DSAI (PKR)pasti Permatang Pauh banyak pembangunan selepas ini.Pastikan tigers power beraksi sehingga 26 ogos ini.
maknanya undi BN lupakan saja kamus PKR (DSAI)dalam istilah bank,"tutup akaun".menang BN Permatang Pauh pasti maju.
adunan sambal belacan kat permatang pauh rasanya dah cukup masak,soal siapa jadi pilihan pada 26 ogos ni,serah pengundi saja.jika kurang yakin atau rasa tertipu saja dengan PKR,bagi undi calon BN.sure tak nyesal,bahagia ke anak cucu dan cicit.
Sekadar cerita sambal belacan bersiri dan mee udang, kita sebenarnya tidak dapat membuat perangkaan dan ramalan yang hampir tepat siapa yang mungkin berjaya. Dato' mungkin tidak berjaya mendampingi informasi terkini dan berganding rapat dengan 'punca maklumat' yang memandu kepada analisa kekuatan pihak BN atau PKR.
27hb sebenarnya lebih menarik kerana dakwaan demi dakwaan dibuat khusus dari pihak yang kalah.
Rumah sudah siap, pahat baru berbunyi...
Kalau nak selamat dari penindasan berterusan dari UMNO/BN yg dialami sekarang dengan ekonomi merudum dengan rasuah nak menang jawatan, rasuah ekonomi rakyat Permatang Pauh wajib memilih PKR.
Sampai sekarang tiada calon UMNO/BN yg setanding DSAI. Paklah sendiri mengakuinya!! apatah lagi Dr M.
Kembalikan Malaysia kepada parti yang membawa kemakmuran dan bukan kepada kehancuran seprti yg dilaksanakan oleh UMNO/BN sekarang.
Hidup Malaysiaku untuk semua bangsa.
hasipon65
Sdr Hasipin66,
Pada peringkat awal, isu sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan tidak memberi "kesan" kepada penyokong PKR dan pengundi atas pagar apatah lagi dalam ceramah pembangkang, mereka menyatakan ia satu konspirasi politik pemimpin BN. Apatah lagi majlis itu dibuat sehari sebelum penamaan calon.
Malah, pembangkang mengedarkan risalah yang menyatakan bahawa sumpah itu tidak perlu dan ada penyokong PKR yakin dengan kenyataan pemimpin PAS bahawa ia tidak selari dengan Islam. Ketika itu, ramai yang kebinggungan.
Bagaimanapun, dalam ceramah BN tanpa menggunakan isu itu untuk menghentam atau menghina lawan, penceramah mereka menjelaskan mengenai budaya sumpah dalam masyarakat Melayu tidak wujud kerana mereka tidak berbuat demikian walau dalam apa keadaan sekalipun. Ia jarang berlaku.
Dalam kes Saiful, beliau yang membuat laporan atau yang menuduh, sanggup bersumpah laknat seolah-olah ingin menunjukkan sesuatu kepada rakyat bahawa beliau bercakap benar mengenai apa yang dilakukan oleh calon PKR terhadap dirinya. Ini membuat pengundi yang di atas pagar mengupas dan meneliti maklumat yang diterima berhubung tindakan Saiful itu yang jarang dibuat oleh bangsa Melayu. Tindakan itu sudah pasti bukan satu perkara remeh atau dibuat-buat. Ia satu peristiwa besar yang tidak boleh diperlekehkan dan pemilihan hari pula ialah hari Jumaat, sehari sebelum penamaan calon. Mereka mula memahaminya.
Sdr Anon,
Inilah yang ingin dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dalam satu ceramahnya di PP. Beliau bukan saja mahu "tutup akaun" tetapi mahu "mengkuburkan" riwayat politik Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Marilah kita tengok sama ada kejadian "tutup akaun" atau "mengkuburkan" riwayat hidup pemimpin yang disebut oleh penyokong-penyokong tegar PKR sebagai anugerah Allah SWT kepada manusia di bumi ini, akan berlaku.
Salam Datuk,
memang benar kata datuk Kerajaan BN sudah cukup matang dalam mentadbir negara. Selama 51 tahun sudah cukup memberitahu pada semua sama ada masyarakat PP ataupun masyarakat malaysia Kerajaan BN cukup perhatin kepada rakyat. Tidak ada apa yang perlu kita ragukan kepada kepimpinan BN. Kerajaan kita bukan kerajaan penindas seperti negara luar. Kita tidak perlu bergaduh atau berperang untuk mendapatkan makanan dan keamanan itu sudah cukup jelas kenapa kita harus berasa bangga dengan kepimpinan BN.
Bersyukurlah kita kepada kepimpinan BN yang sememangnya amat perihatin dengan semua kaum tanpa mengira agama mahupun bangsa.
Sdr Hasipin66,
Nampaknya Sdr benar-benar penyokong kuat BN yang boleh membantu memenangkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah,jika berceramah di PP. Jika Sdr selalu menyatakan kelebihan dan kebaikan BN, lama-kelamaan orang akan menyedarinya.
Sdr Kluangman,
Ikutilah SBPP dengan teliti, anda akan boleh membuat telahan dan ramalan tepat dengan dicampurkan dengan maklumat lain dalam media arus perdana dan media baru.
Nampaknya media arus perdana terutama The Star turut juga membuat banyak laporan termasuk mengenai kempen calon PKR dengan gambar-gambar yang boleh mempengaruhi pengundi. Adakah MSM semakin telus dan terbuka sekarang?
Sdr Hafiz,
Takyahlah guna perkataan kesat. Kawallah sikit jika hendak komen anda disiarkan.
Sdr Tintabiru,
Mungkin ada pihak yang tidak menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati tuhan. Tiada malapetaka, tiada bencana alam seperti gempa bumi, banjir besar yang mengorbankan ribuan penduduk, ribut taufan atau tiada peperangan.
Kecuali Mei 1969, negara ini sentiasa aman dan tiada perbalahan kaum. Rakyat tidak takut untuk keluar di waktu malam seperti di sesetengah negara yang sentiasa bergelora dan tidak selamat. Sejak 51 tahun lalu, setiap rakyat memahami dan menghormati hak masing-masing yang dipersetujui oleh pengasas negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan. Mereka duduk semeja, berhujah dan berbincang apa yang terbaik untuk negara ini. Asas ini perlu dijaga agar kita terus hidup aman sentosa tanpa diganggu gugat oleh orang gila kuasa.
Assalamulaikum...
Kita lupakan sejenak pasal politik..
Kita ke Perlawanan Bolasepak....
Yahoooooooooooo... Kedah menewaskan Selangor 3-2.
Kedah Juara dengan merangkul 6 gelaran utk tempoh 2 musim.
Bro Dato' IB,
Heheh,..wat can I say..hopefully D Ariff Shah will win..i dun want bro AnWar to win but if D Ariff Shah lost hopefully d new MP for Permatang Pauh will b Hanafi Mamat..heheh..biaq pi PKR/PAS/DAP & UMNO/BN kalah janji yg menang leh bagi keadaan sejuk balik.. org Melayu UMNO maseh marah/merajuk tak mau PLah jadi PM leh pilih Hnafi Mamat..Melayu PKR/PAS yg marah kat bro AnWar leh pilih Hanafi Mamat gak..bahkan India & Cina yg marah kat MCA/Gerakan/PKR/DAP leh pilh Hanafi Mamat..last2 puak India yg sokong Hindraf tapi marahkat PKR/PAS/DAP pasai tak leh buat apa utk tlng depa boleh pilih Hanafi Mamat gak..MIC & yg lain2 parti India yg marah kat PLah pun leh gak undi Hanafi Mamat.. tunjuk sikit kat bro AnWar ngan PLah bahawa rakyat tak mau depa jd lantik Hanafi jd MP..heheh..kalo jd camni pun dua2 bro AnWar ngan PLah tak sedaq lagi saya tak tau nak kata apa dah la.. sorang kaki landing, sorang lagi kaki toron jalan belakang..apo nak dikato,..heheh..(",)
SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!
p.s Bro Dato, kalo ada trkasar or trsilap Bro Dato edit je lah..kalo rasa tak leh publish komen ni pun tak pe..(".)
http://pkrpasdap.blogspot.com
SEMASA AZIZAH UMUM PERLETAKAN JAWATAN, HAMPIR 110% ORANG PERCAYA ANWAR AKAN MENANG DENGAN SELESA. Namun berlaku, tsunami dengan tiba-tiba membongkarkan permasalahan dan jenayah yang dilakukan oleh Anwar oleh pihak tertentu MENYUKARKAN aNWAR al_juburi menang di PP.
persoalan
1. Bagaimana dengan undi protes PAS kepada Mat Jenin?
2. Orang Cina lebih tertarik kepada calon BN yang boleh cakap mandarin.
3. Anwar diserang kiri kanan. Sebelum ini mereka tidak pernah terbayang serangan yang begitu hebat.
4. PAS sudah tak wujud di PP? Nik Aziz kelibatnya semasa penamaan calon sahaja. Penyokong PAS diam aje, mana pergi?
5.Pendedahan oleh Nala, Ezam, Datuk Hamzah Zainuddin, konsul hormat Moggolia pasal PENIPUAN ANWAR bagaimana?
6. Debat oleh Ketua Menteri dan Bekas KM, bukti kejayaan Koh Tsu Koon menjawab persoalan rasuah dan masalah tanah di Pulau Pinang.
(ada banyak lagi. JOM jumpa abe MIE di website)
http:..pkrpasdap.blogspot.com
SELAMAT MENGUNDI KEPADA YANG BERDAFTAR.
Hmm ... macam baca artikel dari akhbar Berita Harian ...
Langsung tak berubah ...
Tukarlah sket gaya tu Datuk ... asyik dok sama cam Berita Harian, baik gi keje balik dengan Berita Harian!
Post a Comment