Thursday, August 14, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (10)

Selain bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, berkempen di Permatang Pauh, ramai lagi bekas rakan, sahabat dan pegawai DSAI dikatakan bersedia membantu berkempen untuk BN pada pilihan raya kecil itu.

Ini untuk memberitahu pengalaman pahit dan kekecewaan mereka dengan orang yang pernah mereka sanjung sehingga ada yang sanggup melarikan diri ke luar negara dan ada juga disumbatkan ke dalam penjara serta menjadi penghuni Kamunting.

Ejen kenit memberitahu saya, antaranya ialah rakan tenis DSAI, Datuk Nallakarupan; pegawai khasnya, Annuar Shaari dan beberapa rakan seperjuangan seperti Hamdan Taha yang bersedia memberitahu pengundi Permatang Pauh mengenai "rakan mereka" itu.

Keadaan ini sudah tentu mewujudkan keadaan di mana DSAI akan menghadapi sahabat, rakan perjuangan dan pegawai khasnya yang kini sudah menjadi "musuhnya" yang akan menerangkan satu persatu apa yang mereka tahu mengenai DSAI.

Sudah tentu apa yang "diceritakan" bukanlah kenangan manis tetapi apa yang berlaku di belakang tabir dan karekter sebenar DSAI yang mungkin orang ramai masih tidak tahu atau mahu mempercayainya.

Apa pun, segala cerita ini sudah tentu didengar baik-baik oleh pengundi dan keyakinan mereka bergantung kepada contoh-contoh atau peristiwa tertentu serta bukan ucapan berfalsafah yang banyak digunakan sebelum ini.

Umpamanya, jika mereka mengatakan DSAI tidak layak memimpin negara ini, apakah karekter Penasihat PKR ini yang tidak melayakkan beliau menerajuinya? Adakah sikap peribadi? Adakah sikap meninggalkan asas parti untuk memperjuangkan bangsa? Apakah sikap double standard terhadap sesuatu isu? Hubungannya dengan luar?

Ejen kenit memberitahu saya, Datuk Nallakarupan dalam satu ceramah tertutup sanggup ke mahkamah jika ada apa yang diperkatakan tidak benar. Malah beliau berkali-kali berkata, apa yang dinyatakan itu demi untuk kepentingan negara ini.

24 comments:

terubuk jantan said...

Apabila bercakap mengenai kempen -kempen peneragan, BN seharusnya sedar bahawa pru12 menujjukakan siri-siri cermaha BN tidak lebih seperti ceramah pelahar tingkatan 5 kerana penceramah masih membawa isu yang sama berulang kali pada hal pada wkatu tersebut parti lawan memmaiankan isu minyak dan beberapa kelemahan kerajaan BN tapi tidak dijwab dengan sempurna.Harus juga diinagt bahawa ini adalah pematang pauh sensitivi masyarakat disana perlu dihormati dan dihargai.Langkah untuk membawa Ezam dan beberapa rakan DSAI adalah salah satu langkah yang baik tetapi janganlah pula BN berharap langkah itu sebagai satu-satunya langkah yang paling mujarab kerana BN perlu mempelbagaikan cara kempen mereka berlandaskan asas perjuangan selama ini..TRADISI MEMBELA RAKYAT(dato masih ingat dengan slogan ini).Dato, sepekara lagi amatlah diharapakan agar pemimpin-pemimpin UMNO yang turun disana nanti dapat memastikan sokongan padu pada calun BN YB Ariff Shah berterusan dari hari pencalonan hinggalah petang pengundian itu.Dato,BN perlu kerja kuat.....InsyALLAH

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Ceramah pelajar tingkatan 5 akan hanya menghasilkan keputusan untuk peringkat rendah saja kerana ini membabitkan kepentingan negara. Ceramah BN perlu ada kelas bukan retorik atau berfalsafah. Bukan juga mengenai pembangunan kerana apa saja ada di Permatang Pauh.

PP adalah medan penceramah BN untuk menerangkan mengapa DSAI tidak harus dipilih kerana ramai sudah tahu BN diberikan mandat membentuk Kerajaan Pusat.

Ini bukan pertarungan antara DSAI dan Paklah atau DSAI dan DS Najib. Ini adalah pertarungan "DSAI and
The Rest" yang menyaksikan sama ada hajat individu yang ingin menjadi PM tercapai atau berkecai tinggal harapan.

Jika dalam dua PRU lalu, ada pemimpin dan ahli UMNO masih memberi undi kepada PKR tetapi kini mereka perlu berfikir mengenai kepentingan parti, bangsa, agama dan negara. Mereka perlu meneliti apa yang akan berlaku jika DSAI dipilih sebagai Ahli Parlimen PP. Itu je.

Sokongan padu perlu diberikan kepada Datuk Ariff. Jangan hanya berpura-pura memberi sokongan tetapi mesti tetap menyokong padu. Individu yang sanggup hangus dan tidak bersalah jika "semua tidak dapat" adalah mereka yang tidak layak untuk menjadi ahli pasukan. Tentulah mereka tidak layak menjadi ahli dan pemimpin UMNO.

tok janggut said...

Salam semua,
Saya ada 3 perkara yang nak dikatakan di sini.
1)Yakinkan pengundi PP tentang siapakah sebenarnya DSAI. Agak susah tapi usahalah demi negara. Pengikut PKR sekarang sama macam PAS di Kelantan, bagi gula ambik, bagi kain ambik, tapi tetap undi PAS.

2)Kepada semua UMNO di PP, sokonglah Ariff Shah, jangan berpaling tadah atau kecil hati kerana calon pilihan tak terpilih. Kepada Ustaz Pirdaus dan Ketua Bahagian PP, sokonglah Ariff.

3)Kepada ahli UMNO yang benci sesangat kepada Pak Lah, tolonglah...tolonglah sokong calon BN di PP demi negara. Jangan sabotaj parti Ok. Matanglah dalam berpolitik

MAWAR BERDURI said...

Dsai bukan saja double stndard tapi dari cakap dia ja boleh fikir bah, dia ni double trouble...bawa bencana kesegenap pelusuk bumi Malaysia. bagus g makan keropok double deaker tak pening kepala, daripada dengar ceramah2 PKR yang berleluasa di segenap laman kat internet. pening aku putar belit kalah taufan kat amerika.wawawa

Anonymous said...

Dalam keadaan UMNO menghadapi porak poranda dalaman dengan musim pemilihan dan kritikan pedas bekas pengasa UMNO 'baru' Dr M...kirim salam la...

Biasnya yg diramalkan oleh Dr M boleh pakai cuma tak tahulah kot kot ada Jin ghaib membantu BN.

UMNO dah terpecah kepada 3 bahagian sekarang. Jadi jangan takut untuk mengucapkan selamat tinggal UMNO/BN

Hamblau kau...

Tok Misai

Anonymous said...

Datuk,
Hamba yang hina lagi daif ini adalah pengundi di Permatang Pauh.
Katakan pada hamba, senaraikan kepada hamba mengapa hamba harus menyokong BN? [Menyokong UMNO, Menyokong MIC,Menyokong MCA etc..]
Kepada yang berjaya memenangi hati hamba, tiada hadiah lain kecuali, Undi hamba ini jua.
Tak mau wang. Tak mau apa-apa imbuhan. Yang hamba mau hanyalah sebab-sebab yang menarik.

-makangaji.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Kata orang-orang tua-tua, kalau nak tahu baik orang tanya kepada sahabatnya, dan kalau nak tahu buruk orang tanya kepada musuhnya.

Jadi kita tidak perlu hairan kalau mendengar ceramah bekas kawan/sahabat atau "musuh" Anwar nanti, kerana apa yang akan didedahkan oleh mereka tentulah keburukan Anwar.

Dalam hal ini BN beruntung dapat menggunakan mereka, kerana kalau mereka tidak dapat nmenolong "membunuh" Anwar pun, mungkin dapat "melukakan" Anwar.

Bagaimaapun, kita tahu mereka pada umumnya "berpisah" dengan Anwar kerana sebab-sebab peribadi, dan bukan sangat kerana prinsip perjuangan.

Contoh yang paling jelas ialah Nallakarupan, bekas sahabat Anwar yang kini telah menjadi musuh ketatnya.

Kita tahu dia marah dan meninggalkan Anwar, pertama kerana Anwar tidak menyokongnya memegang jawatan tinggi dalam PKR, dan kemudian tidak jadi dipilih sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil Ijok.

Jadi kalau orang seperti ini membongkar keburukan Anwar, dan kononnya dia menyokong BN untuk kepentingan negara, anda nilailah sendiri kredibiliti mereka!

Mohd Nadzri Kamsin said...

Walaupun pilihanraya kecil, tetapi Permatang Pauh adalah satu perkara yang besar. Ini laluan untuk perlantikan Ketua Pembangkang yang lalu. Pakatan Rakyat telah pun sebulat suara untuk melantik Anwar (jika menang) pada 27 Ogos sebagai Ketua Pembangkang yang baru.

Cerita tentang Saiful masih tidak habis lagi. Saya mendapat e-mail terbaru pula tentang bapa Saiful.

" Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau.



Jawatankuasa ini diketuai oleh seseorang dari Perisik tentera yang saya tidak akan beritahu buat masa ini. Itulah sebabnya mengapa bapa Saiful enggan menunjukkan mukanya dikhalayak ramai, terutamanya didepan kamera.Sekiranya wajahnya keluar dikaca TV, maka sudah pasti ramai yang mengenalinya. Dia sebenarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.Kerjanya ialah menjadi broker. Kalau anda mahukan sesuatu, dia boleh lakukan.



Kalau mahukan kontrak kerajaan, kalau mahu memerangkap seseorang,kalau nak jumpa mana-mana menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, panggil saja Bapa Saiful, dan dia akan melakukannya. Kerjanya senang. cipta satu kes liwat terhadap Anwar. Ini akan menyebabkan PAS menjadi risau dan mereka akan berfikir dua kali tentang Anwar dan Pakatan Rakyat.



Panggil Pas dan Umno duduk bersama dan bercakap tentang perpaduan Melayu. Biar PAS nampak bahawa masa depan Pas ialah bersama Umno dan bukan dengan PKR, yang mana akan dijatuhkan dengan kes liwat terhadap Anwar ini. Beritahu kepada Pas bahawa Umno bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam dinegeri-negeri yang dikuasai oleh mereka dan Umno akan bersetuju bahawa menteri besar akan diberikan kepada Pas.


Para perancang muzakarah Pas-Umno tentang perpaduan melayu ini juga sedar bahawa menawarkan jawatan Menteri besar kepada Pas dan pelaksanaan undang-undang Islam , masih belum cukup. Mereka juga perlu memusnahkan kredibiliti Anwar untuk membuktikan kepada Pas bahawa masa depan Pas terletak bersama Umno dan bukan dengan PKR. Tidak menghairankan, jawatankuasa muzakarah Umno-Pas adalah orang yang sama dengan 'jawatankuas memusnahkan Anwar' dan bapa Saiful, bersama dengan perisik tentera adalah pelakon penting dalam keseluruhan drama ini.



Ya.. Perisik Tentera lagi! Sekarang anda boleh lihat mengapa Perisik Tentera membocorkan maklumat tentang laporan rasmi mengenai pembabitan Rosmah Mansor didalam pempunuhan Altantuya. Tujuannnya ialah untuk menjatuhkan Najib. Dan orang-orang sama ini juga terlibat didalam muzakarah Pas-Umno, yang mana diantaranya melibatkan orang-orang seperti bapa Saiful dan rakan baik Anwar, Rameli Musa. Baru-baru ini, bapa Saiful, yang telah meninggalkan anaknya sejak kecil, kembali kedalam hidupnya.



Mengapa, setelah lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba bapa ini kembali muncul menemui anaknya? Senang saja. Dia mahu menghantar anaknya menemui Najib. Najib merasakan dia menghantar Saiful kepada Anwar untuk dijadikan sebagai ejen. Apa yang Najib tidak tahu ialah, budak ini dihantar untuk mengenakan Najib.



Pernahkah terfikir, mengapa bapa saudara Saiful yang memanggil sidang akhbar untuk meminta Anwar bersumpah bahawa Anwar tidak pernah meliwat Saiful? Mengapa tidak bapanya? Sedangkan surat yang dibaca oleh peguam itu dikatakan ditulis oleh bapa Saiful.



Sebenarnya, Saiful tidak begitu mengenali bapanya. Ibu bapanya bercerai ketika Saiful masih kecil, dan ibunya berkahwin lagi. Bila ibunya meninggal dunia, bapa tirinya pula menghilangkan diri dan Saiful seterusnya dijaga oleh bapa saudaranya. Dan satu perkara penting didalam keseluruhan episod ini ialah 'ibu angkat' Saiful ialah Mumtaz Jaafar, yang merupakan proksi Rosmah Mansor dalam urusan perniagaanya.


Apakah ini dapat menerangkan mengapa Najib bersetuju berjumpa Saiful? Ramai yang tidak dapat memahami bagaimana seorang timbalan Perdana Menteri yang begitu penting dan sibuk , mahu membazir masa bertemu dengan seorang pelajar tercicir seperti Saiful. Ini adalah kerana Saiful adalah 'anak angkat' kepada Mumtaz Jaafar. Itu sebab Najib berjumpa dengannya.



Melihat kepada perawakan bapa saudara Saiful, kita boleh memahami mengapa lelaki ini istimewa. Apakah doktor menemui contoh air mani bapa saudaranya didubur Saiful, dan mungkin itu sebabnya mengapa polis tidak mendakwa Anwar? Mungkin ini dapat menjelaskan, mengapa polis membebaskan Anwar selepas penahanan yang dramatik sehari sebelum itu. "

Anonymous said...

Nazri,
Kau ni pandai-pandai cerita pasal Saiful ni... Ada bukti sahih ke? Kalau setakat dengar dari mulut orang baik jangan buat spekulasi membabi buta... Atau nak glamor sebab bagi komen panjang-panjang? Dato' apa pendapat Dato' tentang apa yang dikomen oleh saudara Nazri ni?

Berkenaan PRK Permatang ini, saya berharap agar pemimpin-pemimpin UMNO yang turun padang akan memberi sokongan padu yang kuat dan utoh kepada Dato' Arif Shah.. Yang paling penting sokongan haruslah ikhlas san sepenuh hati..

Bung Karno said...

makangaji,

kenapa harus menyokong PR-PKR-Anwar (Menyokong DAP dan sekutunya PAP Singapura , Menyokong HINDRAF perkauman dalam PKR, Menyokong sosialis anti-agama dalam PKR, Menyokong Melayu yang nak jual Melayu dalam PKR - macam Khalid Ibrahim).

Nazri,

Anwar telah didakwa di mahkamah. Dia hanya perlu meyakinkan dunia bahawa dia tidak ada bersama Saiful antara 3 hingga 4.30 ptg pada 26 Jun 2008.

Tuduhan kali ini tepat waktu dan tarikh. Sangat mudah bagi Anwar menyangkal.

Sdr2,

Harga telur dan susu dah naik. Bulan puasa dan raya ni alamat kurang makan kueh manis.

Hanya telur asli dan susu asli je yang tak naik harga. Kalau lama lagi langusng tak ada harga.

Quantum Metal Consultant said...

Oleh kerana Nazdri tahu banyak perkara daripada kita tentang Saiful, Anwar, bapa Saiful, Rosmah, Mumtaz, elok beliau menampilkan diri menceritakannnya kepada pihak polis demi ugama, bangsa dan negara..

Ada berani..

daddy-wafiah said...

Walau apa pun yang DSAI and the geng katakan dan janjikan hanyalah sandiwara dan mainan politik semata2.Sanggup kah PAS memberi mandat PM kepada PKR yang terang2 tidak membela nasib orang melayu dan bersekongkol dengan pihak yang suka mempertikaikan perlembagaan negara kita. fikirlah demi agama bangsa dan negara, jangan kerana mau ambil hati geng pakatan rakyat, sanggup mengorbankan prinsip parti.Semoga Malaysia kekal aman dan makmur hingga ke generasi kita yang akan datang.

zorro said...

hai tiger, apa kabar, lama tak dengar kabar rasa rindu pula....
dengar nama menakutkan, tengok muka mngerunkan, tapi mendengar cerita memberikan ilmu dan pengetahuan dan menyedarkan.

zorro said...

ZORRO.
Jangan pandang remeh pada jentera BN: Anuar
DSAI-nampak takut pada jentera BN, apa lagi kawan inilah masanya kita serang!!!!! PKR, inilah masyanya kita rebut peluang untuk menebus marwah BN (UMNO)yang tercalar,paut dan tautkan kembali persahabatan kita, dan kukuhkan perpaduan kita ketepikan dulu perasaan ingin merebut jawatan dalam Parti UMNO, tumpukan perhatian untuk memperkuatkan barisan jentera pilihanraya BN.Kenyataan Anuar melambangkan ketakutannya, sekali terlepas, akan tumpas!!ini bermakna melambangkan BN(UMNO)memang kuat, dan mengerunkan seperti ngauman Harimau yang sedang lapar!!tapi kita tak perlu over comfiden KERANA PKR adalah parti yang suka memecah belahkan kaum.Apa lagi bila DSAI meminta bantuan daripada rakyat dengan mendermakan RM 1 untuk membantunya membiayai pada pilihanraya akan datang. amat memalukan dan menyuasahan rakyat ! hai.hai. apanak jadi.....patutnya DSAI le yang tanggung pakai duitnya sendiri dia kan kaya.buat apa minta duit rakyat yang miskin dan susah.kalau dia menang belum tau DSAI kenang budi rakyat....

Mohd Nadzri Kamsin said...

mankanan, bungkarno & kluangman,

Saya tidak mengada-adakan cerita. Saya hanya berkongsi apa berita yang saya terima. Mungkin sahih mungkin tidak.

Cuma jangan kita terlalu taksub untuk mengatakan orang ini bersalah orang ini tidak.

Antara Anwar & Saiful, salah seorang telah mempermainkan dan terus menipu rakyat Malaysia. Sejauh mana si penipu boleh terus menipu, kita pun tidak tahu.

Anonymous said...

DSAI tidak langsung pentingkan perjuangan parti, bangsa mahupun rakyat jelata. Beliau hanya inginkan diri beliau untk jadi PM sahaja. Itulah matlamat utama beliau. Kalau Pak Lah jemput beliau masuk UMNO dan janjikan jawatan PM pada 2010, beliau akan terus masuk parti UMNO hari itu juga. Tiada keraguan.

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger
agak menarik bila mereka2 yang pernah bersama anwar ingin membantu kerana mereka2 ini membongkar bilamana anwar akan menjadi PM(anwar katala) ini menunjukkan keikhlasan bukan seperti anwar yang memburukkan orang lain setelah dia keluar dari umno, abim, sistem kehakiman, polis dan sebagainya..
adakah mereka tidak merasa rugi nih tok anwar nak jadi pm tetapi mereka pula nak membongkar kebenaran, inilah semangat yang perlu dalam perjuangan dan demi kepentingan rakyat khusunya pendduk pm yang akan membuat pilihan
tetapi rasanya mereka telah sedar dalam membuat pilihan kerana tiada apa pun perubahan di penang sampai hari ini, dan rasanya betul kata datuk tiada yang personal
jum kita pergi makan2 cari jalan di penang

Anonymous said...

betul tu daddy-wafiah moga Malaysia kekal aman dan makmur hingga ke generasi kita yang akan datang dari kejahatan UMNO/BN.


mummy-wafiah

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER
dalam politik tiada kawan dan lawan yang KEKAL.

TUAH AYAM NAMPAK DIKAKI,
TUAH ATAU MALANG MANUSIA TAKSIAPA YANG TAHU....HANYA ALLAH YANG MNENTUKAN.

MELAYU JANGAN MUDAH LUPA!!!!!
kalau ANWAR jadi PM...LK SIANG adalah TPM.

Anonymous said...

Nadzri "Mungkin sahih mungkin tidak." ini namanya khabar angin? Sumber "mungkin" ni akan membawa kepada fitnah... Bukan fakta kerana mungkin...

Bung Karno said...

Nazri,

kalau Saiful menipu, Anwar saja yang kena

kalau Anwar menipu, 7 generasi rakyat Malaysia yang kena.

Anonymous said...

sori bro..off topic...

Mongolia claimed its first ever Olympic gold medal after judoka Tuvshinbayar Naidan beat Kazakhstan's Askhat Zhitkeyev in the men's -100kg class

WakilKondaKondi

Anonymous said...

Sdr Ibrahim and the rest of the commentors

The right words should be capitalism democracy.

One could say more than 3/4 nations on the earth presently embrace capitalism-style economics.

Every human beings are born into the world either as female or male.
The Female being "Yin" and the Male being "Yang".

So too every human beings on this earth, shall realize that by age 21, he or she is going to be part of majority-consumers "Yin" or part of minority-producers "Yang".

If you want the majority-consumers to be free, to have freedom & liberty, free will, free enterprise, free market, free trade, freedom of expressing opinions, free press, free speech, etc, then you must embrace capitalism democracy government and put the majority-consumers at the top of human food chain and create an inequality society as in a "dog eats dog" in a jungle world.

Bankers are the most powerful human in this system because they are like "demigod" of fortune for they create capital or money out of thin air.

"I produce nothing, I own","Greed is good"- famous quotations from Gordon Gecko, in movie "Wall street".

How could a human being become a consumer if he does not have money to spend, right, Sdr. Ibrahim?

Remember the 3 golden rule of democracy: Majority wins!Majority rules!Majority always right!

The helm and the leadership of a capitalism democracy nation such as Malaysia should be place upon the majority-consumers faction.

They (majority-consumers faction) are:

Lawyers, Media executives, PR executives, Journalists, Entertainers, Artists, Businessmen, Bankers, economists, Merchants and Traders, Sales&marketing executives, Corporate executives, Accountants, Insurance agents, MLM agents, Stock brokers, Finance Executives,Equity Traders, etc..

The occupations above always champion these causes: Money controls production and a human being should become rich to have freedom.

The name of the game is capitalism, Sdr. Ibrahim.

The key objectives are the rich gets richer, the poor gets poorer and the powerful becomes more powerful.

In a simple conclusion, Sdr.Ibrahim, the planet earth shall be inherit by people who are rich, cunning, good-look, eloquent speakers, artistic talents and charming and popular human beings.

For they all represent the majority-consumers of humanity.

"Individual consumers that drives America's economy" - George W. Bush, US President.

Hope you are enlightened, Sdr. Ibrahim!

Conspiracy Theorist said...

Salam Bro Tok Tiger,

Suh aja Nalla tunjukkan tape yg kat rumah dia yg ada swimming pool yg boleh dilihat dari tepi kolam yg ada cermin tu, heheh..pasti meletup nya..tu pun kalo betul dia ada tape tu lg le..heheh..apo nak dikato..(,")

saya rasa bro AnWar akan sabotage diri dia untuk kalah sbb dia tak nak jd PM direct tp jd PM pakai proxy je supaya dia bebas brgerak dgn misi dia sbgai Messenger of Illuminati..

bro nadzri, ada yg betoi sal saiful tu dan ada yg tak betoi dan tak logik, heheh.. apa pun mana ada bapa atau bapak saudara gamak nak buat camtu..melainkan memang kena liwat..tp kalo nak pakat frame bro AnWar camtu tak masuk akai gak..uish malu woi kalo nak bagitau org kita kena main belakang..tst..tst..tst..

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO BRO AnWAR!!