Sunday, August 3, 2008

MUHYIDDIN PERTAHANKAN NAIB PRESIDEN

TS Muhyiddin Yassin hanya mahu bertanding jawatan Naib Presiden.

Keputusan itu berbeza dengan pandangan ramai tok nujum politik yang meramalkan beliau akan bertanding jawatan nombor dua UMNO.

TS Muhyiddin juga dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden oleh cawangan yang sudah bermesyuarat. Antaranya Cawangan Jitra yang mencalonkan beliau sebagai Timbalan Presiden dan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai Presiden.

Warta Jam 5 RTM melaporkan TS Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini, berkata beliau menghormati pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Paklah, bulan lalu.

19 comments:

Nasionalis said...

Ramai kecewa ...

tarings said...

Rasanya politikus2 penakut sepertinya harus di sembelih seperti ayam. Tiada keyakinan diri. Takut kehilangan segalanya. Walhal sudah berjuta2 dan berkepuk2 dikaut.

Jika yang ingin ditandingi itu seorang yang memang sangat pintar, berkaliber dan menjadi pujaan segenap peringkat rakyat, mungkin kita tidak akan merasakan kekesalan ini.

Tetapi yang hendak ditandinginya itu hanyalah...

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Ramai yang kecewa. Beliau menjadi harapan, namun beliau cukup taring. Mungkin juga ada kaitan dan kebenaran ulasan saya tidak berapa lama dahulu:

http://c-bok.blogspot.com/2008/07/pemimpin-bawahan-umno-cuma-ikut-sahaja.html

Gagak di Rimba said...

Muhyiddin agaknya tidak berani mengambil risiko. Jadi biarkanlah dia begitu. Kalau nasibnya baik,mungkin dia akan naik ke tempat kedua setelah Najib menjadi PM.

Bagaimanapun, dia bukanlah berkalibar sangat. Masih ada pemimpin lain yang boleh dipilih.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nasionalis,

Politik memerlukan pemimpin yang berhati waja dan sanggup menghadapi risiko. Tidak berani menghadapi risiko tidak payahlah berpolitik. Mungkin politik menghormati ketua.

tok janggut said...

Salam semua, Beginilah kesudahannya politik Melayu. Ada sahaja yang tak kena. Bila ada pemimpin yang tak mahu bertanding dalam jawatan tertentu, ada pula yang mengatakan pemimpin tersebut penakutlah, tak mahu ambil risikolah, jadi pak turutlah dan sebagainya. Sebenarnya dalam hal ini hanya tuan punya diri sahaja yang tahu. Tukang tilik, tukang cakap dan tukang sapu ni hanya tahu cakap sahaja.

Saya hormati keputusan Muhyiddin dan itulah yang sepatutnya dilakukan oleh beliau.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tarings,

Dalam politik, ada pihak yang membuat pelbagai perkiraan sebelum mengambil langkah ke hadapan atau ke belakang. Tanpa perkiraan yang betul untuk melangkah ke hadapan mereka mungkin terjunam ke dalam gaung yang sukar untuk dipanjat ke tebing. Jika berundur ke belakang, mungkin orang akan menganggap mereka penakut dan pengecut. Itulah politik perkiraan.

ibrahim yahaya said...

Sdr ZAK,

TS Muhyiddin seorang yang berpengalaman dalam pentadbiran negeri dan Pusat. Beliau juga telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sebagai MB dan Menteri yang mematangkannya untuk menjadi pemimpin kanan parti dan negara.

Tegurannya selepas PRU12 bertujuan untuk menyedarkan pucuk pimpinan mengenai keresahan akar umbi dan apa yang melanda UMNO. Selepas tegurannya diberikan perhatian, mungkin sudah masanya beliau berhenti menegur dan menjadi ahli parti yang setia. Ahli parti yang menghormati keputusan MT.

ibrahim yahaya said...

Sdr Gagak di Rimba,

Peralihan kuasa hanya membabitkan Paklah kepada DS Najib. Tempat nombor dua sudah pasti terbentang luas untuk sesiapa saja yang berwibawa untuk membantu Presiden dan Perdana Menteri. Sudah tentu ramai yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan itu. TDM menyebut nama seperti DS Dr Rais Yatim. Akar umbi juga pasti mahukan pemimpin yang selalu turun padang dan bertemu mereka tidak kira di majlis perkahwinan atau kematian. Mereka juga mahu pemimpin yang mudah ditemui dan mendengar pandangan mereka.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Muhyddin tunggu apa jadi di Permatang Pauh.

Kalau Anwar berjaya sembelih KO calon Paklah, senario dalam UMNO akan bertukar. Stock market Paklah akan merudum teruk.

Dalam politik ni , mana ada yang kekal.

Akar Umbi said...

Apa pun terpulang kepada TSMY untuk membuat keputusan. Apalah ertinya jika suara-suara di luar pagar yang menjolok. Rasanya beliau lebih arif dan memahami dengan segala liku dan karenah jika berganjak ke hadapan.

terubuk jantan said...

Dato,
Ts Muhyiddin akan keatas juga..percayalah..INSYALLAH..kita tunggu "signal" rakyat di Permatang Pauh.Saya sudah letih....tapi tiada kenal putus asa.

ahm said...

well said sdr taring,
nampaknya di kalangan pengkritik blog duniatiger ini pun ramai yang kaki turut. dalam keadaan politik dan survival bangsa ynag dah semput ni pun masih nak berdiplomasi lagi ke. sekarand adalah masa untuk bertindak bukan sekadar mengiakan sahaja apa kata pemimpin yang dah goyah dan tenggelam punca. kalau perlu ubah pemimpin, ubahlah... tak perlu berdiplomasi lagi... in inilah sebabnya para pemimpin tak nak turun keran mereka tahu akan ada penyokong yang membabi buta terus menyokong... selamanya lah kita akan terus mundur... hentikan budaya mengampu sebab your 'ampu' wont feed you...

tok janggut said...

Nak jadi berani pun biar kena pada tempatnya. Jangan nanti sejarah berulang macam apa yang berlaku pada Ku Li. Mahathir kata Ku Li tak sabar, kalau dia sabar ada kemungkinan dia akan jadi PM. Sekarang, apa dah jadi, siapa Ku Li sekarang?

Razlan said...

Tahniah Kepada Muhyiddin kerana dapat bersabar lagi ...

diharap percaturan ini akan dapat memberikan kebaikkan kepada beliau dan UMNO keseluruhannya ...

Permainnan kali ini bukan permainan yang biasa .. semua faktor kene ambil kira .. Ahli UMNO tetap akan memberikan penghormatan kepada Tan Sri ..

Kita tengok dan lihat sahaja ..

Datuk Rimau ...
Keikhlasan semakin terpancar di dalam UMNO walaupun ramai yang cucuk sana cucuk sini ...

Saya berharap akan lebih ramai yang menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden ... dan memberikan kepada yang lebih layak dan senior ...

Kalau ada Pemimpin yang bermasalah di peringkat Cawangan dan Bahagian .. tak payahlah nak bertanding di peringkat lebih atas .. percayala kepada Akar UMBI ...

sekian ... :)

Anonymous said...

Mungkin dirasakan bahawa beliau berasa tidak cukup konfiden untuk mmemastikan diri beliau untuk memegang jawatan timbalan presiden dan juga presiden parti UMNO dalam masa terdekat ini. Beliau hanya mengamalkan ""play safe"" agar dapat menunggu masa yang sesuai untuk mernagkul posisi yang dihendalik oleh beliau kelak.

Keputusan beliau mungkin akan mengecewakan banyak orang, namun begitu apa yang boleh kita buat adalah menghormati keputusan beliau.

Unknown said...

salam dato

kecewa..kecewa
mengaum macam rimau..bunyi macam kucing la pulak

carcoon

Anonymous said...

Bagi saya TSMY bertanding untuk jawatan Naib Presiden kerana menghormati keputusan peralihan kuasa Pak Lah. Untuk langkah yang lebih selamat, beliau bertanding untuk jawatan Naib Presiden.. Yang pastinya beliau tidak tamak untuk berebut jawatan Presiden. Bukan apa, cuma takut "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...

Anonymous said...

Beliau bukannya penakut tapi sebagai menghormati pendirian Pak Lah yang ingin membuat peralihan kuasa pada 2010 nanti..