Sunday, August 3, 2008

NAK MALUKAN SIAPA?

Cadangan Tan Sri Annuar Musa agar Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon di Permatang Pauh amat pelik.

Ia datang daripada pemimpin dari negeri di mana BN sudah membelanjakan banyak wang tetapi tetap kalah selama lebih 17 tahun. Mungkin untuk berjimat cermat.

Dalam laporan Malaysiakini, TS Annuar dilaporkan berkata meletakkan calon BN akan menyebabkan pembaziran duit rakyat dan tidak perlu BN mengikuti strategi politik DSAI. Cadangan apa ni? Mengapa pulak nak jimat jika selama ini sudah banyak dihabiskan untuk pilihan raya kecil dan PRU. Tidak masuk akal lah.

Tetapi takpe kerana itu sekadar cadangan daripada pemimpin yang mungkin mengetahui bahawa membelanjakan wang dalam pilihanraya kecil tidak menguntungkan BN jika mereka mengetahui calon PKR akan menang. Mungkin ada logik juga di situ.

Bagaimana pula dengan tuduhan yang mengatakan BN takut atau pengecut? Siapa nak jawab?

Namun, cadangan daripada Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr Latiff Ahmad, pun lagi kelakar. Menurut AgendaNews, Dr Latiff dilaporkan berkata jika BN hendak meletakkan calon di situ, bolehlah meletakkan pegawai rendah parti seperti pemeriksa kira-kira.

Nak malukan siapa?

5 comments:

terubuk jantan said...

Salam Dato,
semoga dirahmati oleh Allah S.W.T sekeluarga...Dato,sejak dari tahun awal 80an akhbar rasmi bagi saya dan keluarga adalah UTUSAN MALAYSIA kerana sejak atuk dan nenek saya membacanya hinggalah ke generasi keluarga saya pada masa ini.sejak 3 tahun kebelakangan ini saya dapat merasakan bagai ada sesuatu yang kurang dalam pembacaan saya didalam s/khabar ini,saya bukan mereka yang pandai memberi komen tentang penulisan kewartawanan atau ahli dibidang ini,tetapi saya adalah ahli dan pembaca setia s/khabar ini sejak ia dijual pada kadar harga rm 0.70 hinggalah rm 1.50.Saya rasa bagai ada kekurangannya maksud saya dahulu apabila membacanya seperti datang satu semangat yang menyirap2 bila membaca sesuatu isu,bentuk penulisan yang mudah difahami(atau mungkin umur saya sedang dimamah zaman),komentar-komentar yang kritis.Secara peribadi ruangan AWANG SELAMAT memang menjadi pilihan sejak berkurun lama walaupun saya ingin tahu siapa sebenarnya awang selamat(dari tahun 1997).Dato, sebagai Ahli dibidang penulisan dapatkah dato berikan tips kepada saya bagaimanakah cara yang baik untuk membaca s/khabar dan apakah yang sepatutnya dibaca dahulu didalam s/khabar tersebut.seperkara lagi dato,apakah dengan wujudnya pelbagai s/khabar pada waktu ini mempengaruhi mereka yang baru mula pandai membca suratkhabar.Saya akan tetap menjadi pembaca tegar akhbar Utusan Malaysia..thanks Dato.

zeme said...

Salam Datuk IY,

Sekiranya pemimpin-pemimpin BN melihatkan pilihanraya kecil Permatang Pauh ini secara skop yang penting dan amat bermakna bukan hanya setakat kerusi itu tetapi kepada perancangan DS Anwar yang ingin menjadikan kerusi tersebut sebagai medium untuk membentuk kerajaan PR, maka BN akan sedaya upaya merampas kembali kerusi tersebut bagi mematahkan terus perjuangan DS Anwar.

Kerusi ini amat penting sebagai ukuran kepercayaan dan sokongan rakyat samada masih berbaki kepada BN atau terus menduduki menyebelahi bayangan DS Anwar. Andaikata kerusi ini milik BN walaupun sukar, ia sudah memberikan kemenangan moral untuk BN bertapak kembali dihati rakyat. Memang pelik tetapi tidak mustahil, kalau di Kelantan kerajaan BN dan PAS saling bersilih ganti memerintah sehingga rakyat Kelantan di gelar "pengundi unik" kenapa tidak boleh berlaku di Permatang Pauh.

Wasalam

epain said...

sy berborak dgn rakan sekerja...

n kami capai "kata sepakat"...iaitu kalau betul2 nak reverse psikology, letak 7 calon...n semuanya bebas tapi mempunyai nama...

antara 3 nama yg kami "cadangkan" ialah org yg pernah lawan anwar atau wan azizah...

1) ibrahim saad
2) pirdaus ismail
3) ezam

amacam?

Anonymous said...

pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Permatang Pauh betul-betul menjadi "hotspot" kini.PKR dan UMNO/BN,mereka semua ingin memberikan yang terbaik.tapi jika dilihat pada kertas,Anwar mempunyai peluang yang lebih besar untuk memang kerana Permatang Pauh seperti sudah dipahat dengan nama Anwar.tapi apapun boleh berlaku di dalam kancah politik.jika UMNOP/BN bijak menyusun strategi maka harapan masih ada untuk BN merebut kerusi di Permatang Pauh.

mat_terab said...

Saya ada debgar Umno akan meletakkan Shaiful Bukhari Azlan menentang Anuar di permatang Pauh betul ka dato....?