Bertemu dengan Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Rashid Shirlin (gambar), di KLIA dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, semalam.
Saya tanya bagaimana "suasana" di Permatang Pauh.
Beliau menerangkan Puteri UMNO kini bekerja keras untuk memberi penerangan di akar umbi terutama golongan umur pertengahan dan atas yang mampu berfikir dengan apa yang berlaku kebelakangan ini termasuklah laporan liwat Saiful Bukhari Azlan. Rasional mengapa Permatang Pauh memerlukan Ahli Parlimen baru yang dapat membantu mereka sepanjang masa. Jangan biarkan kawasan ini terus tidak dibela.
"Golongan ini mungkin boleh menerima apa yang kita terangkan berbanding golongan muda yang terlalu taksub dengan Anwar. Golongan muda ini tidak mahu percaya dengan kes itu dan termakan propaganda yang mengatakan ia satu konspirasi.
"Walaupun sengit tetapi Puteri UMNO tetap berusaha dan berjuang demi kepentingan bangsa dan negara."
Kes Puteri kena raba?
"Itu perbuatan tidak baik. Tiada sebab untuk berbuat demikian. Tapi...tiada siapa yang mengambil gambar untuk menunjukkan bukti." (Dalam hati saya... "mungkin perbuatan raba itu berlaku cepat sangat kot. Tak sempat ambil gambar")
Mengenai pertandingan Ketua Puteri UMNO?.
"Ada lima calon tok. Semua kawan-kawan belaka. Saya menawarkan khidmat dan kepemimpinan. Terpulanglah kepada ahli Puteri untuk memilih calon yang layak."
Menurutnya, beliau ke KL untuk menghadiri Sidang Parlimen dan kemudian bertolak ke Singapura untuk mewakili Malaysia di satu persidangan di republik itu.
Monday, August 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam,
Kalau tidak silap, Puteri UMNO menghantar kira-kira 1,500 orang ahlinya untuk menjadi perayu undi di Permatang Pauh.
Kedatangan Puteri UMNO yang begitu ramai, tentu merupakan cabaran yang hebat kepada orang-orang PKR di Permatang Pauh.
Oleh kerana setiap "aksi" tentu ada "reaksi", Puteri UMNO terpaksalah menghadapi reaksi yang mungkin hebat pula daripada orang-orang PKR.
Dalam keadaan yang begitu "panas", reaksi orang-orang PKR ada kemungkinan akan berlebihan dan agak "ganas". Tapi keadaan yang tidak dikehendaki kadang-kadang berlaku juga, kerana perbuatan Puteri UMNO menghantar ahli yang begitu ramai adalah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan "kepanasan" di Permatang Pauh!
Datuk,
kalau diambil gamabr mereka sedang raba puteri-puteri umno berkenaan, tu boleh mendapat sambutan yang hangat di youtube. Saya jamin.
Perbuatan yang tidak baik seperti ini diwarisi oleh kepimpinan mereka yang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Apa lagi yang boleh kita cakap mengenai mereka? Tiada ke satu kebaikan pun yang boleh kita contohi daripada mereka?
Sdr Sang Rajuna,
Dalam pilihanraya, sesiapa saja boleh menghantar seberapa ramai penyokong atau "apa saja" peluru yang boleh membantu kemenangan calon mereka. Yang penting halal dan tidak melanggar peraturan.
Macam anak Allahyarham Yusof Rawa dalam ceramahnya di Kubang Semang berkata pembangkang akan menghantar 2.5 juta penyokong pada penamaan calon. Sekarang tidak tahu berapa juta masih tinggal dan berapa lagi yang akan datang.
Oleh itu, setiap parti perlu menghormati antara satu sama lain. Tidak payahlah melakukan "raba meraba" setelah tiga atau empat hari sudah "meninggalkan" isteri. Kalau tidak tahan, baliklah kampung dulu dan datang semula untuk membantu kempen parti.
Jangan jadikan orang lain sebagai tempat untuk "melepaskan" nafsu. Hormatilah hak orang lain.
Sdr PK,
Kalau kita biarkan gelagat seperti ini bermaharajalela, yang rosak bukan orang lain tetapi rakyat negara ini terutama golongan muda.
Berkempenlah secara bersih dan gentleman. Janganlah mengambil kesempatan daripada golongan yang lemah. Jika mereka bertindak nanti,jangan pula terperanjat.
Ramai ahli Puteri UMNO dikatakan mahir dalam seni mempertahankan diri dan dunia persilatan ini. Jangan salah raba, mungkin teraba anak tok guru silat. Nahas nanti.
Salam Datuk,
Adakalanya sikap kurang sopan Pemuda PKR ini datang dari kepimpinan. Jika kepimpinan baik maka anak buah tak berani nak buat hal. Tapi kalau kepimpinan teruk maka anak buah pun bermaharajalela. Inikah contoh terbaik kepada kepimpinan PKR?
Nampaknya BN terus mempermainkan isu peribadi Anuar yang mengaitkan sumpah Saiful ni.....
kata tak mau serang peribadi tapi dalam Akhbar asyik dok bantai Anuar saja bukan menyerang PKR....
Ini namanya cakap tidak serupa bikin...
Saudara Mat_terab,
Isu Saiful bukan isu BN, itu isu DSAI sendiri. Saiful bukan ahli BN, tetapi pengikut taksub DSAI seperti mana mat_terab sendiri.
Ada otak, pikiaq...
ada telinga, dongarr..
jangan asyik memerap ajeee
2RRUN...
Kalau saiful bukan Ahli BN apa pasai BN bermatian bela saiful....?
Berapa ramai lagi mangsa liwat dan rogol sebelum ni tak pernah mendapat perhatian istimewa daripada BN pun......?
dan yang peliknya kenapa Saiful Dibawa oleh najib semasa hari pengumuman Calon BN Dato Arif Shah bertanding di Hotel Sunway seberang jaya baru-baru ni.....? apa motifnya Saiful di bawa kesitu...?
Kalau dah taksub ni susah sikit. Pantang orang usik sikit pemimpin dia, ada je. Orang macam ni telinga dah tak boleh pakai dah, semua dah di'tune' untuk proses apa yang Anwar cakap je. Kes peribadi pun dia cakap ada kaitan dengan politik. Teruk dah tahap cacaiannya. Ramai orang yang macam ni.
Apalah penyokong pkr ni...Asyik raba- raba. Takpelah puteri...sabar ja la. Teruskan perjuangan! Orang yg suka raba-raba akhirnya akan REBAH!
Post a Comment