Saturday, August 9, 2008

PAK GUS DUR PERLU BUKA HATI

Malaysiakini melaporkan bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid dan Sandra Day O'Connor mahu dakwaan terhadap DSAI digugurkan.

Mereka memberi amaran bahawa integriti Malaysia kini dipersoalkan berikutan dengan pendakwaan terhadap orang kuat PKR itu.

Saya tidak mahu mengulas apa yang dikatakan oleh tukang cakap Amerika Syarikat itu tetapi hanya mahu menasihatkan Pak Gus Dur agar tidak payahlah campur tangan dalam hal ini kerana tidak manis dan kurang beradab sebagai satu rumpun Melayu.

Saya yakin Presiden Indonesia, SBY amat menyetujui dengan pandangan agar tidak mencampuri urusan jiran apatah lagi ia diambil mengikut undang-undang Malaysia. DSAI didakwa bukan tanpa sebab tetapi atas laporan liwat oleh Saiful Bukhari Azlan.

Oleh Pak Gus Dur yang pernah satu ketika dikaitkan pelbagai "cerita-cerita" kurang sedap oleh media Indonesia, membiarkan isu DSAI ditangani oleh kerajaan Malaysia.

Jika Pak Gus Dur tahu apa yang saya diberitahu berlaku sebelum ini, mungkin mantan Kepala Bapak RI itu akan memahaminya. Mungkin menyetujui dengan saya, kecualilah mahu berlaku songsang.

6 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

BAPAK perlu tahu yang ramai indo-indo tiada permit menceroboh malaysia macam malaysia negara tidak ada maruah.

melakukan jenayah, tinggal di rumah haram bergaul lelaki perempuan... memang BAPAK tahu anak ayam bapak memang rajin bekerja, tapi kena ingat Malaysia pun ada undang-undang...

BAPAK jaga urusan dalam negeri bapak aje...atau bapa hendak mengalih pandangan ke negara ini kerana masalah negara BAPAK yang kini semua orang dah benci BAPAK.

waduh-waduh kurang mengerti lagi bilangnya.???

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Hubungan Malaysia dan Indonesia perlu dijaga dengan baik. Jangan biarkan pihak tertentu merobohkan perpaduan serumpun ini. Jangan biarkan orang lain menjadi pemecah tembok kekuatan bangsa ini.

Ada pihak yang sentiasa memerhati gerak-geri Malaysia/Indonesia kerana mereka mencurigai apa yang dilakukan terutamanya berkaitan bangsa dan agama. Sebenarnya, mereka takut dengan bayang-bayang sendiri.

Ejen kenit memberitahu saya bahawa seorang kenalan lama akan dicadangkan menjadi duta negara ke Indonesia tahun hadapan. Saya yakin individu itu akan terus merapatkan hubungan serumpun. Semoga kedua-dua negara sentiasa dilindungi Allah SWT.

Akar Umbi said...

DIY,

Artikel ini mengingatkan saya pada:-

"Mana bisa saya undur, mara lagi saya dipimpin".

Pak Gus Dur yang sering tidur!

Gagak di Rimba said...

Pemimpin UMNO dan kerajaan mungkin mahu isu dakwaan liwat terhadap Anwar dilihat sebagai isu kecil, sebagai "isu peribadi" antara Anwar dengan bekas pembantunya Saiful.

Akan tetapi, majoriti masyarakat umum di Malaysia dan orang-orang di luar negeri, saya kira tidak melihatnya demikian.

Anwar ialah bekas TPM dan tokoh nasional yang mempunyai reputasi di luar negara, dan kini masih merupakan seorang pemimpin pembangkang yang berpangaruh. Oleh itu tidak dapat tidak, isu Anwar menjadi "isu politik nasional."

Dalam peristiwa tahun 1998 yang menarik perhatian seluruh negara dan orang-orang di luar negara, persepsi umum ialah Anwar telah "dizalimi" dan "tidak dibicarakan dengan adil". (Peristiwa Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara sudah merupakan rekod yang tidak boleh dipadam bahawa Anwar memang dizalimi).

Oleh kerana peristiwa tahun 1998 itu meninggalkan rekod bahawa Anwar telah dizalimi dan tidak dibicarkan dengan adil, orang-orang di luar negara (termasuk Gus Dur) tentu membuat andaian bahawa pada kali ini Anwar akan dizalimi sekali lagi.

Jadi saya kira inilah latar belakangnya mengapa orang-orang diluar negara -- Gus Dur, orang Amerika atau siapa saja -- begitu prihatin terhadap nasib Anwar.

Memang komen dan tindakan Gurs Dur dan orang Amerika boleh kita anggap sebagai perkara yang tidak dikehendaki.

Akan tetapi, pemimpin UMNO dan kerajaan yang menjadi "dalang" di sebalik tuduhan lihat Anwar terhadap Saiful, saya kira patut juga dipertanggungjawabkan sehingga membawa kepada "campur tangan" orang-orang luar ini.

Kes Anwar menarik perhatian orang luar kerana ia kes politik nasional, merupakan "ulangan" kepada kes tahun 1998 yang dipersepsikan melibatkan kezaliman dan ketidakadilan, dan melibatkan seorang tokoh politik nasional yang mempunyai reputasi di luar negara.

Campur tangan orang luar, seperti Gus Dur, tidak dapat dielakkan, walaupun tidak dikehendaki.

Yang jelas isu Anwar memburukkan lagi imej kerajaan dan negara kita di luar negara.

Salah siapa?

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Saya pun pernah dengar cerita itu.

Ia ada kaitan dengan desakan rakyat Indonesia agar Pak Gus Dur "berundur" kerana mahukan pemimpin baru yang lebih berwibawa.

ibrahim yahaya said...

Sdr Gagak Dirimba,

Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan "mata lebam" itu menunjukkan kezaliman polis. Saya diberitahu oleh ejen kenit bahawa apa yang berlaku ialah tindakan "provokasi" yang dibuat oleh DSAI terhadap TS Rahim Noor yang menyebabkan berlakunya hilang pertimbangan. Perkataan yang digunakan amat menyakitkan hati sehingga kita pun boleh hilang sabar. Kuatkan iman kita.