Sunday, August 17, 2008

ELAKKAN PROVOKASI, JANGAN GADUH

Salah satu elemen dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh kali ini ialah gelagat kumpulan anak-anak muda bermotosikal seramai antara 10 hingga 15 orang membawa bendera parti dan mengelilingi kampung dan bandar untuk mendapatkan perhatian.

Adakalanya mereka membunyi hon motosikal untuk menggalakkan orang ramai terutama di jalan-jalan raya memandang ke arah mereka. Mungkin bagi menarik perhatian memandang mereka yang menyokong parti tertentu. Saya sudah terserempak dua kali dengan mereka.

Malam tadi, ketika bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, memberi ceramah di Kampung Tanah Liat, Kupang Semang, kumpulan anak muda ini yang membawa bendera PKR dan PAS, lalu di kawasan itu.

Mereka mula membunyikan hon atau menekan minyak yang sedikit sebanyak mengganggu perjalanan ceramah itu. Nasib baik tiada pihak daripada BN yang "bertindak" terhadap golongan bermotosikal itu yang boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.

Saya menasihatkan sesiapa saja, sama ada BN atau pembangkang perlulah mengelakkan daripada membuat provokasi sehingga menimbulkan kemarahan pihak yang satu lagi. Cukuplah kejadian meraba, memukul jurugambar dan berlagak seperti samseng.

Biarlah pilihan raya kecil ini berjalan dengan lancar tanpa gangguan "gedebe".

Satu lagi, jika ada ceramah, penganjur perlu memastikan tidak berlaku kesesakan jalan raya sehingga menimbulkan kemarahan kepada pengguna yang lain.

Ceramah, ceramah juga, kelancaran jalan raya perlu juga diutamakan.

12 comments:

mat_terab said...

Aku setuju pendapat dato....
Tapi aku teringat masa aku kecik-kecik dulu tahun 80-90an waktu pilihanraya waktu tu BN cukup kuat semua budak-budak muda masa tu semua sokong BN, masa tu pas orang tua-tua ,tok-tok aji ja.....
macam ni la budak-budak motor masa tu BN buat kat Pas semasa ceramah....masa tu ceramah mat sabu tak ramai datang dalam 100 orang ja paling ramai.....La ceramah kat mana semunya penuh dan banyak pula budak-budak muda suka kat Pakatan...
Apa yang nak aku bagi tau pengajarannya masa kita kuat kita jangan sombong kerana bila kita sudah lemah kita akan kena balik...
Tapi tidak bermakna aku setuju budak-budak muda ni buat Provokasi..sebenarnya sudah puas kami nasihat depa ni dok macam tu gak darah muda katakan.....
aku harap pihak belah sana kena sabaq no.....
tentang Kesesakan jalanraya tu sesah la sikit pasai apa orang terlalu ramai...
Bukan tak da Unit Amal kami jaga tapi terlalu ramai macam-macam ragam orang...
Dato kena Faham tu.....
Biasalah kawasan Pilihan Raya memang macam tu.....

sumandak bayu said...

Saya setuju benar dengan cadangan Dato', kita dah hampir 'Merdeka' 51 tahun tapi hairan kejadian semasa penamaan calon kat Permatang Pauh seolah-olah orang kita dah tak ada sifat kemanusiaan.

Anonymous said...

Penyokong muda PAS dan PKR ini hanya melakukan adengan semula atas apa yang pernah dilakon dan dibuat oelh BN dan UMNO suatu ketika dulu, semasa kuat dan hebat.

Berilah mereka peluang untuk meluahkan dengan cara anak muda berpolitik. Mereka pun belajar dari golongan veteran politik yang tidak kurang 'kurang ajar'nya cuma cara dan pendekatan yang berbeza.

Tidak ada gaduh atau masalah jika provokasi itu 'tidak dilayan' sangat, pandai pandailah mengawal emosi sendiri - kluangman

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Pada pendapat saya walau apa sekalipun parti yang kita anggotai biarlah beradab dan beretika. Anak muda sekalipun yang tua harus pimpin yang muda jangan yang tua dok asik perati sorak sambil tepuk tangan sokong apa yang orang muda buat. Nak berpolitik biarlah dengan beretika. Lagipun orang melayu penuh dengan adat dan budaya jangan kerana fahaman politik sampai kita lupa sopan santun dan adab orang melayu. Ingat yang tua kenalah rajin menegur orang muda kerana adakalanya darah orang muda tidak dapat menilai yang baik mahupun yang buruk.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Darah muda ni pantang kena marah, pasti mereka juga akan bertindak. Jadi janganlah buat orang marah.

Nak sokong parti mana pun, sokonglah. Yang penting perangai kita janganlah macam sesetengah pemimpin parti. Itu je.

ibrahim yahaya said...

Sdr Sumandak Bayu,

Apabila ramai-ramai, macam-macam perangai akan muncul. Yang lembik nak tunjuk kuat. Yang kuat, nak tunjuk gagah perkasa. Tapi hormatilah juga maruah orang lain dan jagalah tangan tu agar tidak meraba sesuka hati.

Bayangkan, orang lain meraba adik perempuan kita. Sudah tentu kita tidak suka dan marah. Jadi jika tidak mahu orang lain buat kat adik perempuan kita, kita pun jagalah nafsu syahwat. Raba tu bukan cara untuk provokasi orang jantan. Itu cabul namanya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Sikap kurang ajar ini perlu diajar kerana kita tidak mahu mereka menjadi gangster jalanan satu hari ini. Tidak kiralah parti mana, pemimpin mestilah berani menegur mat-mat motor ini agar tidak bertindak di luar batasan.

Dalam kejadian di Perda, kereta saya dihalang oleh lebih 15 motosikal yang menguasai jalan raya. Mereka saja memenuhi jalan seolah-olah mahu saya memperlahankan kenderaan saya. Tapi sebab saya ghimau, saya suruh dia orang ketepi, mereka ikut saja. Jadi kita kena berani tegur. Apa nak takutkan?

Dulu, ketika jadi pelajar, saya juga kaki gaduh tetapi cara yang gentleman. Bergaduh di padang atau tempat yang dipilih - satu dengan satu. Bukan apabila kita ramai, baru nak tunjuk berani. Apabila tinggal sorang, jadi cencorot.

Takut pada tuhan saja. Orang kurang ajar perlu diajar. Apa naik FWD tahan kereta orang lain, nampak macho ke? Lepas tu berdiri tepi hilux macam beruk makyeh. Machoo ke? Orang macam ni kena tegur walaupun kita kena belasah. Kalau mati pun, sekali saje.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Saya setuju pandangan Sdr.

Sebagai pemimpin parti,kita perlu berani menegur ahli parti yang berperangai tidak senonoh. Janganlah pula kita menuduh orang lain yang buat apabila perkara itu berlaku. Siasatlah dulu sebelum mengatakan orang lain buat.

Sebagai pemimpin parti, kita tidak boleh selalu minta maaf kerana tidak boleh mengawal perangai ahli parti. Kalau sudah hilang nyawa, minta maaf tidak akan mengembalikan nyawa individu itu. Ingatlah. Kita bertanding dalam pilihan raya kecil, bukan berperang di medan perang yang boleh menyebabkan ada nyawa tercabut.

Sang Rajuna said...

Salam,

Saya tak pergi ke Permatang Pauh dan baca laporan akhbar saja.

Mengengai Puteri UMNO kena raba dan kena ludah, ada juga laporan dalam Harakahdaily dan gambarnya sekali.

Mengikut Harakahdaily, sebelum budak-budak PKR meraba dan meludah mereka, Puteri UMNO ada yang tunjuk aksi lucah,iaitu tunjuk ponggong se-olah mengejek isu liwat.

Jadi laporan akhbar arus perdana nampaknya berat sebelah, dan cuba tunjuk keburukan pihak pembangkang saja.

Janganlah begitu.

Anonymous said...

dato,
Baru sahaja "kehangatan" pilihanraya kecil P.Pauh bermula tapi sudah macam-macam hal yang berlaku.

Anwar memberi ulasan bahawa penyokong dia bukan marah pada wartawan tapi marah pada polisi media mereka.kenapa boleh beri justikasi sebegitu?maknanya diMalaysia ni tak boleh media hendak bebas bersuara?kalo tak bersuara untuk menyokong mereka maka wartawan layak untuk dipukul.begitu?

agaknya mereka yang "amok" tempoh hari dah kurang akal gamaknya.kenapa perlu bertindak sedemikian?.buat malu saja pada negara luar.

pada peringkat ini semua pihak kena banyak bersabar.jangan mudah terpedaya dengan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

orang-orang muda jangan pula mudah terpedaya dan menerima sogokan mana-mana pihak.jangan hanya ingat seronok sahaja.

Anonymous said...

Semekom Tok Rimau,
Ini lah budaya PKR yang hendak di terapkan ke dalam jiwa sanubari rakyat Malaysia. Budaya memperlekehkan undang-undang, menghalalkan yang haram (depan-belakang boleh), merampas kuasa tanpa pilihanraya, dan macam-macam budaya seberang yang hendak mereka tanamkan dalam budaya baru PAKATAN RAKYAT. Nauzubillah.....
Budaya samseng kita tak heranlah..kerana, rata-rata pemimpin PKR tu semua bekas-bekas banduan, maka sudah tentulah mereka ambik kaki-kaki pukul untuk kerja dengan mereka.. naka ambik anak tok lebai kat kampung tu..mana ada yang sanggup bersubahat dengan spesis-spesis ni.. maka tidak heranlah kalau mereka yang memerintah (kalaulah..)negara ini akan jadi macam indon, kita akan tidak selamat keluar rumah kalau tidak bawa parang atau pisau... yalah, daripada mati katak, baik mati dengan bawah 2-3 orang musuh kita mati kojol sama-sama. Betul tak....betuiii.
Kalau DSAI bunuh orangpun, penyokong-penyokong beliau tidak akan percaya dia ada buat perkara tu....macam komen-komen dari responden masa penamaan calon hari tu.... saya jadi tertegun sejenak bila mendengar dan melihat mereka dengan kewarakan dan kematangan mereka mempertikaikan dakwaan-dakwaan yang di kenakan kepada DSAI.
Keghairahan penyokong-penyokong PKR ini amat MERBAHAYA kalau tidak di bendung dari sekarang, DSAI harus dipertanggungjawabkan ke atas tindakan-tindakan penyokong-penyokongnya, contoh yang paling ketara ialah akibat komen-komen DSAI mengenai laporan-laporan akhbar yang tidak memihak kepada PKR telah menyebabkan para wartawan akhbar menjadi mangsa. DSAI amat merbahaya untuk keharmonian dan keselamatan negara ini..dan sekiranya tidak di pantau akan menyebabkan rusuhan seperti yang pernah beliau lakukan pada tahun 1974 dahulu.
Cuba anda semua renungkan dan fikirkan apa akan berlaku sekiranya perkara ini tidak di kawal dari sekarang.!!

Anonymous said...

Kalau nak buat juga perangai macam tu dengan perbandingan kes lalu, tak da beza lah mereka dengan orang lain. Sama ja, cuma tambah sikit extra dekat mereka yang suka buat kecoh dan berhimpun sana sini buat kacau. Pukul orang dan sebagainya. Bawak budaya samseng yang disemai Anwar. Bagus. Tahniah!!