Monday, August 18, 2008

BAGI SAJA JAWATAN KAT DIA?


(gambar dari blog Wong Chun Wai)

Posting Terbaru - 4.45 petang

Menurut blogawan, Datuk Wong Chun Wai - Dr Toh telah keluar Gerakan sebentar tadi. Baguslah agar TS Dr Koh tidak pening kepala untuk menghadapi orang semacam ini.

Posting Asal - 9.47 pagi

Saya tidak kenal Dr Toh Kin Woon.

Tetapi, jika saya Presiden Gerakan, saya sudah pecat orang seperti ini.

Ini kerana beliau bercakap sebagai penyokong PKR bukan ahli Gerakan.

Ini kerana Dr Toh, bekas EXCO Pulau Pinang menyokong DSAI.

Tersalah kem? Atau nak cari jawatan dalam Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang? Bagi apa saja jawatan yang sesuai kat dia.

Menurut berita Malaysiakini, Dr Toh bukan saja menyokong Anwar tetapi juga melawat bilik gerakan pilihanraya PKR di Permatang Pasir.

Oleh itu, saya cadangkan Dr Toh masuk saja PKR. Tidak payah memeningkan kepala Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam berita Malaysiakini, Dr Toh dilaporkan berkata: "I am not speaking for my party, I am speaking for myself as an individual - I do support Anwar Ibrahim in this by-election. I am not actually supporting him too much as an individual but more on the movement that he leads. I feel if Anwar (is elected to) Parliament, the voices of the opposition will be stronger and the chances of strengthening the democracy and widening the democratic space will be better. For these reason, I support him."

21 comments:

Anonymous said...

Datok Tiger,

Nak pecat buat apa ?? Gerakkan memang dah Sokong DAP dah lama..

ITU Agenda mereka orang-orang CINA nak takluk Pulau Pinang.

Apa nak kita gaduhkan, sebelum ini, si naib Pemuda gerakkan pun ada masalah sama,menyokong pembangkang, tapi tak dikenekan tindakaan juga.

Koh Soo Koon pun dok sokong benda yang sama, ideologi Pembangkang. Kita pun dok diam lagi.

pikir laa ... BN ni dah ada musuh dalam selimut.. bukan buang Toh .. saya cadangkan buang Gerakkan ..

Tapi dimasa macam ni ... mungkin BN pun dah tak ada kuasa nak buang mana2 pihak .. walaupun dan TIKAM kita dari belakang ...

Orang Melayu Pematang Pauh pun dah jadi KELADI .. kita nak siram benda yang baik2 pun dah Tak boleh lekat ...

Nasib laa .. MElayu gaduh la dengan Melayu ,...

Ginggo

MAWAR BERDURI said...

Dear Mr. Tiger of d year.

Ini sekadar luahan rasa: Saya pernah tertenguk' VCD di mana DSAI memberi ucapan dalam satu majlis tertutup ramai tetamu yang hadir rata2 offcouse suku india n cina..

kata2 DSAI pada masa 2 sangat2 tidak relevan dan masuk dek akal manusia yang waras..tapi kerana dok siuk dengan kata2 dusta c DSAI ni maka semua yang hadir bertepuk gumbira dan bangga. kata2nya berbunyi "Malaysia ni bukan Melayu Punya, malaysia ni India Punya, Cina Punya"

dari mana org tua ni ambil ini fakta saya pun tak tau..kali DSAI ni keturunan Amerika.

ni lah asas kenapa suku2 lain yang diprovokasi oleh org yang dituduh meliwat ni sangat menyokong beliau, walaupun di kalangan ahli BN sandiri. sebab DSAI ni dah janji nak bagi Malaysia ni tuk depa.

ironinya Mr tiger? kalau sesuatu berlaku dengan Dengan negara yang kita cintai ni (Palis2 lah)..org india boleh lari p negara nenek moyang mereka kat Negara India sunun tak kisah ah di Mumbai kah mana2lah. pasti ada suku sakat mereka lagi. org cina plak bleh pulang ke Negara CHINA, Hong Kong yang maju 2.

Tapi org Melayu di Malaysia mau lari p mana??? yop. kalau ada yang berkeluarga di Indon 2 sah org indon. tapi yang nyata2 Malaysia saja harapannya macam org2 DUSUN dan serangkaian dengannya kat sabah terutamanya, mau lari p mana??? tak kan mau p mongolia tanah tumpah kelahiran altantuya...mengarut juga kalu dah kena lari ke sana??

JADi Kepada penyokong2 DSAI yang taksub mau ni Malaysia jadi "kamu punya" jangan terlalu tamak haloba. Ini Malaysia kita tumpang saja. Ini Malaysia Tuhan saja yang punya.

Chaw.

Anonymous said...

Betul datuk. Kalau beliau sudah bercakap seperti gara-gara penyokong PKR, lebih baik masuk sahaja parti PKR. Tidak perlu mempengaruhi orang lain di dalam perti Gerakan untuk mengikuti fahaman beliau. Kemungkinan beliau ini dibayar oleh pihak pembangkang untuk menghasut ahli-ahli di dalam parti untuk menyokong PKR di bawah kepimpinan DSAI.

ketam said...

Just wonder why as a MUSLIM,Anwar and family and supporters BERMATI-MATI when Raja Petra,BAla and Dr Mynamar make a PERAKAUAN BERSUMPAH but accused Saiful a liar when he make a PERAKAUN BERSUMPAH WITH HIS GOD'S NAME?? Why?? Maybe he doesnt believe god's way..

Al-Yasar said...

Salam,

Sekarang agaknya tarikan Anwar kepada orang-orang bukan Melayu semakin kuat. Jadi tidak menghairankan jika bekas wakil rakyat Gerakan ini pun menyokong Anwar.

Anwar boleh dipecat dari jawatan TPM, tapi pengaruh dan karismenya belum boleh dimatikan.

Anonymous said...

kepada Tiger

Macam mana plak Dr Toh bole cakap lagu tu! Saya setuju jugak kalau GERAKAN bertindak nak pecat dia. Nak melawat bilik gerakan konon!

DARIPERANTAU!

ketam said...

Just wonder kenapa anwar,keluarga dia dan semua penyokong da yg beragama islam bermati-matian mempertahankan PERAKUAN BERSUMPAH BALA,RAJA PETRA,DR MYANMAR tetapi menafikan sekeras-kerasnya PENGAKUAN BERSUMPAH yang dibuat oleh SAIFUL dengan nama ALLAH??
Adakah mereka lebih percaya PENGAKUAN BERSUMPAH Mahkamah daripada PENGAKUAN BERSUMPAH dengan nama ALLAH??

Anonymous said...

`lompat-melompat' makin rancak nampaknya..

awal bulan ni, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kiew dah pun `melompat' dgn pengikut-pengikutnya..

apa dah jadi ni?

-pemerhati-

Mohd Nadzri Kamsin said...

Bagi sahaja Dr Toh Kin Woon sambal belacan Permatang Pauh.

Tengok samada dia boleh menghayati keenakan sambal belacan.

Anonymous said...

Begitulah nampaknya orang Cina dan India telah memahami bahawa hanya DSAI dan Pakatan Rakyat yang mampu membawa perubahan kepada negara Malaysiaku yang tercinta ini.

Baguslah begitu untuk kesejahteraan masa depan. Kita perlukan first class ahli politik dan pemikir dan bukan yg hanya tahu songlap, curi, tipu dan bohong rakyat.

Hidup Malaysia

Anjang

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
ni perkara biasa dalam politik ditikam atau menikam tapi tikam dari belakang nih bahaya tok lagi pun sekarang ni sumpah al quran tak laku lagi
tetapi sepandai2 tupai melompat lompat lompat tanah tetap ketanah tok,
yang herannya tok isu2 yang dibangkitkan oleh orang melayu sendiri yang tidak faham yang nampaknya lebih bahaya tok kerana mereka nampaknya dah lupa landasan perjuangan dan nampaknya kepentingan peribadi atau nak menunjukkan siapa lebih pandai yang diutamakan, lebih demokrasi yang dituntut atau pun kita bagi je semua baru namanya demokrasi
khalid & anwar pn nampaknya dah menyimpang jauh dari landasan perjuangan dan kefahaman politik mereka pon dah menurun tetapi ilmu manipulasi dah meningkat nampaknya tok.
p/s kat mana makan sedap tok kat pp, subaidah kot??

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

melompat-lompat parti memang dah jadi budaya sekarang. perjuangan ah tak ada lagi. kalau orang macam nie wujud pada satu ketika dahulu, mereka dibuang ke laut bagi ikan jaws makan.

Al-Yasar said...

Saya rasa tidak ada salahnya Dr.Toh meninggalkan Gerakan. Kalau kapal sudah hendak tenggelam, elok juga dia bertindak segera menyelamatkan diri (mungkin masuk PKR atau DAP).

Lagi pun, setelah Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP, saya tidak pasti apakah BN akan dapat menawannya kembali dalam masa terdekat.

Jadi orang-orang yang pragmatis seperti Dr.Toh,mungkin tidak perlu menunggu sehingga kapal tenggelam untuk melompat ke kapal lain.

mn said...

Salam Datuk,

1. Kenapa Datuk tak letakkan gambar Datuk Arif Shah dalam blog ini.

2. Biar semua orang tahu Datuk adalah penyokong UMNO.

3. Ikut macam saya letak terus gambar DSAI dalam blog saya. Sebab saya sokong DSAI.

mat_terab said...

Nampaknya BN sudah mengalami zaman kejatuhan kerana banyak orang kuatnya keluar parti....
Baguslah nampaknya kebenaran akan tertegak jua......

ibrahim yahaya said...

Sdr SUKJ,

Saya menyokong orang baik. Orang itu mesti bersih dan kelihatan bersih.

Sebagai pengikut, saya menyokong pemimpin yang budiman. Saya menolak pemimpin yang mengkhianati agama, bangsa dan negara. Satu hari nanti, Sdr akan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

MAWAR BERDURI said...

Dear SUJK

Kenapa Mau mengajar org apa yang perlu mengikut pandangan anda terhadap apa yang anda buat...kalau anda simpan gambar DSAI si bawah bantal sebelum tidur pun itu anda punya pasal...

bukan aku penyokong kuat mr tiger...tapi bagi aku. setiap org punya hak untuk menentukan apa yang terbaik utk dirinya. sekian

Anonymous said...

eleh....EZAM pun lompat balik kat UMNO tak kecoh pun!!!!
hipokrit

mat_terab said...

Terbaru aku dengar hangat cerita Ketua Wanita Gerakan Dato Tan Lian Hoe menyarankan agar Gerakan keluar BN....betul ka dato....?
Kalau betul ni dah kes berat ni.....?
Dah la SAPP pun nak keluar BN ni gerakan pulak....
Tapi Elok la tu.....
Apa nak tunggu lagi Kapal dah nak karam.......?

Anonymous said...

Cuba fahami baik2 apa yg beliau cakapkan ...

" I feel if Anwar (is elected to) Parliament, the voices of the opposition will be stronger and the chances of strengthening the democracy and widening the democratic space will be better. For these reason, I support him."

Nak kata orang Melayu bodoh, kuat melenting ... marah. Tapi dah mmg ye pun ... jika suara pembangkang kuat di Parlimen, maka demokrasi akan jadi lebih kuat ...

tak lah jadi cam era Tun M dulu ... angguk2 geleng2 ... macam pemerintahan kuku besi ... dah suara pembangkang tak kuat masa tu, so apa jer yg dibuat kerajaan susah nak dipersoalkan ...

jika suara pembangkang kuat, kerajaan tak boleh nak buat sukahati diorang jer sebab akan ada suara pembangkang yg akan mempersoalkan tindakan mereka ...

kalo Ariff Shah jadi Ahli Parlimen, jawabnya dok Parlimen tido jer la ... datang Sidang Dewan Rakyat pun setahun ntah berapa kali jer sebab sibuk dok kampung buat keje gotong royong!

Anonymous said...

Orang kalau perangai dah macam ni tak guna simpan lagi.