Posting Kesepuluh - 5.30 petang
-RM5.4 bilion disediakan untuk PDRM bagi menjamin keselamatan awam.
-RM220 juta untuk pembinaan ibu pejabat dan balai, pondok polis di seluruh negara.
-BONUS sebulan gaji atau minimum RM1,000 - dua kali bayaran iaitu pada September dan Disember.
-RM 207.9 bilion untuk bajet 2009
-RM 154.2 bilion untuk belanja mengurus,
-RM 53.7 bilion untuk belanja pembangunan.
-Kestabilan politik perlu dijaga bersama untuk membina negara yang aman, teguh dan bersatu.
-Negara tidak dapat dibangunkan dengan retorik politik.
-Budaya politik yang keterlaluan akan merugikan rakyat dan negara.
-BN akan terus jaga kestabilan politik dan meningkatkan ekonomi negara.
-BN tidak akan membenarkan ketidakpastian ditimbulkan yang menjejaskan ekonomi negara.
-Saya tidak membenarkan mandat rakyat dirampas daripada BN yang menang secara sah.
-Saya yakin rakyat akan terus beri sokongan kepada BN.
-Keamanan dan kemakmuran negara adalah tanggungjawab bersama termasuk yang berbeza fahaman politik.
-Marilah bersama mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.
-Semoga Allah SWT akan melindungi negara ini.
-Kebenaran mengatasi kepalsuan.
- 5.31 petang - tamat membentangkan Bajet 2009.
Posting Kesembilan - 5.15 petang
STRATEGI KETIGA - MEMPERKUKUHKAN DAYATAHAN NEGARA
-Kadar kerugian yang boleh ditolak ditingkatkan kepada 70 peratus.
-Mekanisme penentuan harga awal diperkenalkan.
-RM6 bilion untuk mempergiatkan pembangunan koridor.
-Dana RM300 juta untuk mengukuhkan pelaburan swasta di Iskandar Malaysia.
-Taraf perintis untuk pelaburan perhotelan.
-RM2 bilion majukan sektor Maritim.
-Elaun modal dipercepatkan layak dituntut.
-Sumber minyak akan habis dan perlu mencari penyelesaian baru untuk bekalan tenaga bagi jangkapanjang.
-Usaha mempertingkatkan keberkesanan tenaga agar lebih produktif dan berhemah.
-Galakkan sumber tenaga alternatif di samping meneroka sumber tenaga nuklear.
-Pelan Tenaga Negara diwujudkan bagi memastikan bekalan tenaga negara mapan.
-Pengecualian cukai - duti import ke atas sistem solar, duti import ke atas barangan perantaraan, cukai peralatan sistem pemanasan solar keluaran tempatan, barangan penggunaan keluaran tempatan yang menjimatkan tenaga, duit import 100 peratus dan duti eksais 50 pemegang francais yang import kereta hibrid CBU baru (2000 cc).
-Pengecualian cukai - ke atas syarikat perantara domestik bagi merancakkan pasaran modal.
-Pengecualian cukai 3 tahun bagi pendapatan fi dan keuntungan.
Posting Kelapan - 5 petang
-RM 1.8 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur di luar bandar.
-RM 3 bilion untuk membangunkan Sabah dan RM 3.3 bilion untuk pelbagai projek di Sarawak termasuk jalan luar bandar.
STRATEGI KEDUA - MODAL INSAN
-RM47.7 bilion untuk pendidikan dan latihan.
-RM2.4 bilion untuk mempertingkatan kemudahan serta program latihan dan kemahiran.
-ILP dibina di Marang
-RM360 juta biaya projek kemahiran MARA.
-RM 70 juta untuk latih jururawat.
-Latihan diploma kejururawatan dipendekkan ke setahun.
-Geran pelancaran RM30 juta untuk pusat latihan jururawat.
-RM31 bilion untuk KEMENTERIAN PELAJARAN.
-110 sekolah rendah dan 181 sekolah menengah akan dibina.
-RM14.1 bilion untuk KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI.
-23 syarikat GLC dalam program pintar sebelum ini termasuk Sekolah Jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Program itu membantu penambahan bilangan pelajar yang berkeputusan cemerlang.
-Program Pintar akan diperluaskan terutama di Sabah dan Sarawak.
-RM22 juta untuk Yayasan Pintar sebagai geran pelancaran.
-Pengecualian cukai kepada anugerah perkhidmatan cemerlang diperluaskan.
Posting Ketujuh - 4.45 petang
-Kurang bayaran tol untuk bas kecuali di Tambak Johor dan Bukit Kayu Hitam.
-Beri pampasan kepada operator tol berikutan pengurangan kadar bayaran tol.
-Bas baru dipasang dalam negara dikecualikan.
-Bas dan teksi cukai dikurangkan.
-RM 1 bilion insentif peningkatan pengeluaran hasil padi
-RM475 juta untuk bantuan input pertanian.
-Mansuhkan cuti import ke atas baja dan racun perosak.
-Kemiskinan bandar - fungsi AIM diperluaskan membantu orang miskin di bandar.
-RM100 juta untuk program dana modal Kewangan Mikro Bandar.
-RM160 juta untuk pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas untuk ORANG ASLI.
-RM150 elaun OKU tidak bekerja.
-RM150 elaun untuk murid OKU.
-Lanjut tempoh pinjaman untuk kakitangan awam daripada 25 kepada 30 tahun.
-Tambahan RM100 juta untuk skim jaminan kredit perumahan.
-Potongan cukai 10 peratus kepada syarikat beri sumbangan kepada badan amal.
-RM50 juta untuk tubuh dana RSPO.
-RM13.7 bilion untuk perkhidmatan kesihatan.
-Duti eksais rokok dinaikkan tiga sen sebatang menjadi 18 sen sebatang.
-Oleh itu, sekotak rokok 20 batang meningkat 60 sen.
Posting Keenam - 4.30 petang
-RM 580 juta untuk pembangunan di Sabah dan RM420 juta untuk Sarawak.
-Duti import ke atas barang pengguna dikurangkan kepada 10 ke 60 peratus. Antaranya ialah pengisar makanan, ketuhar mikro dan cerek eletrik.
-Duti import dikecualikan sepenuhnya, mi hoon, jus dan jagung manis dalam tin.
-Cukai jalan diesel sama dengan cukai jalan petrol berkuatkuasa 1 September.
Pengecualian cukai kepada syarikat antaranya:
-Pinjaman RM3,000 untuk perumahan untuk pekerja
-Telefon mudah alih, bil telekomunikasi dan internet
-Diskaun hingga RM1,000 setahun dan barangan jualan syarikat kepada pekerja.
-Tambang pergi balik percuma kakitangan awam setiap tahun (Sabah/Sarawak/Semenanjung).
-Rapid Penang menyediakan 14 lalu baharu.
-RM35 bilion untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam bagi 2009-2014
-Sistem LRT sedia ada akan dipanjangkan.
-42 km laluan baru LRT dari Kota Damansara ke Cheras.
-Rel komuter akan ditingkatkan. 13 EMu baru dtambah menjelang 2011.
-Komuter Sentul ke Batu Caves siap menjelang 2010.
-Komuter elektrik - Seremban ke Gemas/ Ipoh ke Padang Besar berjalan lancar.
-Terminal moden lima tingkat untuk teksi, bas bandar. Mula beroperasi 2011.
-Terminal berpengangkutan bersatu yang baru akan dibina di Kuala Lumpur.
Posting Kelima - 4.15 petang
Paklah kata semua pihak walaupun ada perbezaan ideologi perlu bersatu untuk menghadapi masalah yang dihadapi oleh negara terutama dengan perkembangan ekonomi global.
3 Strategi Khusus Bajet 2009
1. Menjamin kesejahteraan rakyat
2. Membangunkan modal insan
3. Memperkukuhkan dayatahan negara.
STRATEGI PERTAMA - MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT
- Tabung bantuan khas RM25 juta ditubuhkan bantu mangsa bencana.
- Elaun ibu pelihara kepada RM1,000 mulai 1 September 2008.
- RM220 juta untuk program meningkatkan pendapatan
- RM50 juta untuk bina 1,400 rumah baru dan baikpulih untuk 1,000 rumah
Posting Keempat - 4.03 petang
Bacaan doa dan diikuti oleh pembentangan Bajet 2009 oleh Paklah pada jam 4.05 petang.
Posting Ketiga - 3.55 petang
TV3 menyiarkan ketibaan Paklah diiringi oleh Menteri Kewangan Kedua, TS Nor Mohd Yakcop. Paklah kemudian bersalaman dengan timbalannya, DS Najib Tun Razak dan masuk ke Dewan Rakyat.
Paklah mengenakan baju Melayu biru manakala baju DS Najib berwarna merah jambu.
Posting Kedua - 3.30 petang
RTM1 mula membuat siaran langsung pada jam 3.30 petang. Antara panel mereka ialah Prof Dr Zarinah Yusof dari Universiti Malaya dan Mohd Azlee Md Ideris (PriceWaterhouse).
RTM2 juga mengadakan siaran langsung dengan dua ahli panel dan dipengerusikan oleh pengacara, Datuk Mahadzir Lokman.
Posting Pertama - 3.19 petang
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat sebentar lagi. Adakah ia "Bajet Populis"?
TV3 dan NTV7 sudah memulakan siaran langsung pada jam 3 petang.
TV3 menampilkan bekas Presiden BSKL, Datuk Mohd Salleh Majid sebagai pengacara dan dua ahli panel iaitu Prof Datuk Dr Syed Othman Al-Habshi (Inchief) dan K Sandra Segaran (Deloitte Kassim Chan).
NTV7 pula memaparkan tiga ahli panel termasuk Datuk Dr Aznam Zainal Yusof.
RTM turut dijangka mengadakan siaran langsung.
Friday, August 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Mari kita hidupkan kembali "Belanjawan"
Nombor satu Mahadhir? Apa la kau ni..... memuja muja orang cam gitu...... jangan dipuja puja tak tentu hala.... kena banding dulu baik buruk orang tu secara lengkap..... jangan ikut sentimen diri sajer atau terpesona dgn gaya owang tu..... kalau nak bagi hormat pun, kita hormati lah Tun Dr. Ismail... pemimpin Malaysia yang berprinsip.
Salam Datuk,
1. WANG bukan segala-galanya?
2. Tunggu posting saya malam nanti.
3. T.kasih Datuk
Salam Datuk,
Mudah-mudahan pembentangan bajet kali ini dapat membuka luas minda-minda manusia yang dah hitam pekat dan kelabu.
http://pkrpasdap.blogspot.com
1. BAJET RAKYAT DAN BERKEBAJIKAN.
2. KAWAN SUKA DUKA
3. SABAH DAN SARAWAK DAPAT PERUNTUKAN LEBIH.
4. KITA DENGAR PULA APA MASALAH PEMBANGKANG. aNWAR KRITIK pasal gementar Pak Lah. Tak ada apa yang dia hendak cakap. Benda buruk aje.
5.banyak subsidi, kenaikan gaji, orang susah dibantu dan banyak elaun termasuk untuk nelayan.
KITA MAHUKAN SEMUA FREE, PERCUMA. TAK PAYAH BUAT KERJA. biar bangla dan nepal kerja kita lihat sahaja, tapi hendak pakai kereta dan rumah besar....angan-angan Mat Jenin.
hai tok kadir...
setiap orang ada pemimpin yang di sukai...
seperti mana ko suka tun dr ismail...
sama aje la...
setiap pemimpin ada kebolehan masing2,
seperti ko kata tun dr ismail berperinsip. tun mahathir pemikir jauh...
dolah?? tak tau nak cakapa ape...
tok ghimau, rokok naik da....
adoi....
Salam Datuk,
TV9 yang membuat kelainan dalam program Analisis Bajet 2009 jam 10:30 malam tadi tak sempat sebut ke?
Program pertama membabitkan perbincangan Bajet oleh NCA TV9 itu menonjolkan Pengantara Dr Asraf Wajdi Dusuki serta Dato Dr Ma'amor Osman (PPIM) dan Dato Izat Emir (Perdasama).
- LOK
Bajet ooo Bajet
Saya tidak yakin dengan Bajet 2009.
Bajet 2007 dan Bajet 2008, banyak yang tidak terlaksana kerana kurang pemantauan dari Pak Lah dan menteri-menteri pilihannya.
Bajet 2009 sekadar gula-gula getah, selepas dikunyah dan habis manisnya, ia akan dibuang dalam tong sampah.
Malangnya Malaysia yang mempunyai pemimpin-pemimpin politik sekadar memancing undi daripada tujuan utama iaitu meletak maruah negara dipersada antarabangsa.
-ADAM AMIN-
Sabah dan Sarawak patut diberi kredit yang lauar biasa dalam bajet 2009:-
1.sumbangan kerusi Parlimen dalam PRU12 yang paling maksimum.Mempertahankan Kerajaan Persekutuan dirampas oleh pembangkang.
2.Sumbangan sumber galian yang besar dan berterusan(petrolium,gas asli).
3.Masih ketinggalan dalam banyak bentuk prasarana.
4.Masih amat kurang kaum bumiputera mencapai tahap "korporat"apa lagi berstatus :billiorner"(DEB khusus bumiputera Sabah dan Sarawak jadi fukos).
5.Pembangunan modal insan berkelas profisional di peringakat luar bandar.
Menambah lebih peruntukan sehingga rm5 million kepada Ahli Parlimen di laur bandar (pedalaman)2 faktor:-i.bentuk geografi yang luas.
ii.nyata ketinggalan dalam semua bentuk pembangunan sejak merdeka.
mana pembelaan untuk golongan swasta?
kami ni langsung tidak menyumbang kepada Malaysia ke?
langsung tiada imbuhan kepada golongan swasta.
harga bahan api dab barang2 naik kami kena tanggung jugak,tapi kenaikan untuk pekerja swasta langsung tiada.
di mana keadilan?
Post a Comment