Dengan menghadap kiblat dan memegang kitab al-Quran di depan mimbar Masjid Wilayah Persekutuan, Saiful melafazkan sumpah petang semalam:
"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya."
Malam tadi, di Kubang Semang, Permatang Pauh, anak DSAI, Nurul Izzah, menganggap sumpahan itu satu konspirasi untuk menjatuhkan bapanya.
Berucap di hadapan penyokong di sebuah rumah yang mempunyai banyak pokok kelapa, puteri itu berkata plot itu dimainkan untuk meracun pemikiran rakyat.
Katanya, jika dulu dibuat oleh "orang yang pandai sedikit" iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, kini plot itu ditiru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau tetap percaya ia sengaja diada-adakan.
Saturday, August 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Salam Debaran Dato,
Rasa sayalah banyak jugak hal lain DS Pak Lah nak buat begitu juga Ds Najib, asyik berkonspirasi sahaja pulak pemimpin negara kita sejak dari T.D.M saya kurang terima dengan apa yang diperkatakan oleh YB Izzah.Tapi terpulanglah pada Yb Izzah kerana itu hak beliau....Dato,jawapan sinis TDM malam tadi tentang isu siapa nak jadi p.m begitu tepat dan padat.Good Luck to Daso & dsai and to D.I.Y.
Salam,
Saya agak pendirian penyokong Anwar tidak akan berubah, walau apa pun helah dan strategi politik kotor yang digunakan oleh kerajaan BN.
Semakin beliau difitnah dan dizalimi, mungkin simpati terhadap beliau semakin bertambah.
Sama ada andaian ini betul atau tidak, sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Hari-hari sambal belacan, tak muak ke...
haii salam kenla blog u bagus sekaliii
jangan lupa kunjungi blog ku juga yaaaa
Korang ni pun satu lah...
pening betul saya :)
Janganlah berbalah lebih2..
Nanti yang dikejar tak, yang dikendong bercicirkan..
FIKIR, KAJI DAN BUAT.. MENGENAI APA YANG TELAH DIPOSTKAN. JANGAN ANGGUK2 JE :)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
PAS president Abdul Hadi Awang regarded Mohd Saiful Bukhari Azlan's act of swearing on the Quran as an act of kebodohan (stupidity) which went against the teachings of Islam.
'Saiful clueless on Quran'
...................................
Ada islam hadhari, ada islam mufti perlis, ada islam mik aziz, ada islam pejabat ugama, ada islam mufti perak, ada islam hadi awang, ada islam arqam, ada islam peguam islam, ada islam bar council..
Sebenarnya yang mana satu ISLAM sebenar kerana 'mereka' telah merosakkan Islam dengan tafsiran mereka sendiri sehingga kita keliru yang mana satu betul, yang mana satu nak ikut..
Salam Datuk,
Pencuri kalau dah mencuri dia nak mengaku ke tidak? Sure tidakkan. sebab dia tak nak masuk jel. Mcm tu jugak DSAI, dia buat takkan nak ngaku dia dh buat.Itu cari pasal le jawab nyer.
Inilah contoh anak malaysia yang bukan truely malaysian. Rasanya suku sakat DASI ni baik dok kat Amerika lagi baguslah, tak ada kucar kacir negara kita. Simpan rakyat yang tak tahu mengenang budi ni tak ada faedah nya buat baik pun tentu di balas dengan tuba.
sumpah-sumpit ni buleh makan diri sendiri, bro.
tak tau lah... tak ponah dibuek dek orang. sampai masuk TV pulak tu.
yang diaib dan yang mengaib, buleh ko sonang2 yo buek sumpah macam tu. kalau boto pun, poie mahkamah dah la.
tak paham laaaa manusio zaman moden ni.
tak lamo lagi, ado yang junjung Quran gamai-gamai sambil berarak di dataran merdeka. elok tak agak eh macam tu?
Kenapa la susah-susah sangat kalau dia,nurul Izzah,tu kata saiful bohong lah konspirasi lah senang je, dia paggil press kemudian bersumpah dgn nama Allah bagitau satu malaysia yg bapak dia tak bersalah.. kan senang je
Kalau kata salah junjung alquran tu Nurul Izzah dgn Anwar Ibrahim dgn Mak dia sekali tak payah buat tapi senang je muncul depan alquran lepas tu bersumpah dgn nama allah macam awang hadi cakap tu..selesai.. kecuali dia memang takut kot.. apa2 hal kalau saiful bohong ALLAH akan balas terus kat dia..
Ooooo jadi dato la orang yang duk terhendap-hendap di belakang pokok kelapa semasa ceramah Nurul Ezah di kubang semang malam tu....
jadi ni la kerja Datuk...
tak jentelman la dato kalau dok menyorok nyorok ni...
aku rasa ramai lagi orang BN dok ternyorok-nyorok dalam ceramah pakatan maklum la nak cari isu dah ketandusan isu tak gitu dato...?
Baik-baik dato nyorok pun nyorok juga nanti disengat lipan dalam semak tu baru tau......
Sdr Mat Terab,
Wartawan tak perlu nyorok-nyorok.
Duduk atas kerusi dekat media. Semua orang pandang dan buat de saja.
Semua kawan-kawan, nak takut apa. Bukan orang politik, jadi mereka faham.
Lipan pun takut ghimau.
Sdr Mat Terab,
Wartawan tak perlu nyorok-nyorok.
Duduk atas kerusi dekat media. Semua orang pandang dan buat de saja.
Semua kawan-kawan, nak takut apa. Bukan orang politik, jadi mereka faham.
Lipan pun takut ghimau.
Jadi bukan Dato la....
Mungkin perisik Umno lain kot....
Dato duk tang mana....tu...aku tak nampak pun...?
Malam ni tak pi kat bukit Jelutong dekat Bong Siew ka.....?
jangan tak pi dato...Anuar dan Tok guru nik Aziz ada bagi ceramah malam ni....
Rugi tak pi banyak isu Dato boleh ambik untuk hentam Pakatan balik....
nanti aku tunggu Dato kat sana....
Tadbir......
Politik sekarang ni amat memeningkan kepala. Sumpah & tuduhan fitnah berleluasa.
http://dunia-politik.blogspot.com
Semoga Allah tunjukkan kebenaran...amin
Bukan perkara main sumpah2 ni. Nak kena laknat ke. Kalau dia berani bersumpah tu apa lah maknanya ye. Semua pun tahu kan. Anwar je yang tak berani nak bersumpah bagi banyak alasan. Pencacai2 Anwar memang akan sokong Anwar ni kaw2, biar apa pun yang jadi. Semua dah jadi buta. Apa alasan Anwar bagi, semua main telan je.
minta maaf la ye, tapi ye ke benda ni direka-reka? as part of a big conspirasy to bring down Anwar?.
Benda ni belum pasti lagi, tak siapa yang tau kebenaran nya melainkan Anwar dan Saiful... dan mungkin beberapa orang lagi la..kita tak tau.
Tapi yang paling aku tak setuju macammana Anwar gunakan kes ni untuk menheret dan menjatuhkan Malaysia di mata dunia.
Siap pergi menjaja kes ni dan minta sokongan kat luar. Patut ke?Bagi saya, benda ni saya lihat sebagai kelakukan tak bertanggungjawab dar Anwar.
Memperdagangkan nama Malaysia untuk mendapat simpati.
Post a Comment